Mesti ramai yang tidak tahu resipi rasam ini, katanya dari India Selatan. Mungkin bagi kita resipi ini lebih kurang sama dengan sambal ikan bilis, sambal penyet dan sebagainya untuk dimakan dengan nasi dan penambah selera.
Nak tahu macam mana nak buat resipi rasam ini, Siti Hazneza binti Abdul Hamid berkongsi resipinya. Menariknya, bukan sebarang resipi sebab ia bagus untuk ‘cuci perut’. Maklulah, kalau tak tahan pedas dan panas, laju saja ke tandas.
Paling penting resipi rasam ini sesuai juga untuk kita yang tak ada selera makan. Cukup dengan hanya nasi panas, boleh bertambah-tambah nasi.
Rasam ni bagus untuk ‘cuci perut’. Jadi kena berpada-pada menghirupnya.
Sangat sedap makan lawan ikan gelama masin dan papadom.
Tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu. Kasihan baby nanti.
Untuk musim sejuk sangatlah enak. Malah, bagi yang demam dan tak lalu makan, Insya Allah boleh kebah berpeluh dan pecah selera.
Boleh juga dijadikan pes, nak makan hanya tambah air panas atau didihkan saja.
Bahan-bahan:
2 sudu makan lada hitam biji
2 sudu makan jintan putih biji
3 – 4 labu bawang besar
3 labu bawang putih
3 biji tomato
1 sudu teh serbuk kunyit
5-6 tangkai cili kering
Segenggam daun kari
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa/ guna serbuk asam jawa
Cara Membuatnya:
Ads
Boleh blend halus semua bahan kecuali cili kering, daun kari dan asam jawa.
Boleh juga guna lada hitam serbuk dan jintan putih serbuk.
Semua bahan perlu ditumbuk.
“Jangan sampai haluih! Bekah-bekah sudah,” itu pesan ibu kandung saya dan Allahyarham mak tok saya.
Jika nak makan terus, letak air sebanyak yang sesuai. Boleh pecah telur dalam rasam jika mahu.
Jika nak jadikan pes, masak sampai pecah minyak, sejukkan dan bungkus.
1. Rasam memang panas. Bahan-bahannya mudah dan selalu ada dalam rumah.
2. Bahan-bahan di atas dapat empat bungkus begini (bahagi tak sama banyak)
Ads
3. Semua perlu ditumbuk kecuali daun kari, cili kering, kunyit dan asam jawa
4. Siap dah tumbuk bekah-bekah. Nak cepat blend saja.
5. Tumis daun kari dan cili
6. Masukkan semua sekali.
Ads
7. Letak air sikit dan kacau. Perisakan dengan garam dan asam jawa
8. Masak sampai pecah minyak. Tambah perisa garam/asam jika perlu.
Sejukkan sebelum bungkus.
Jika nak makan terus, kaup yang nak simpan. Tinggalkan baki dalam periuk.
Tambah air secukupnya ke dalam periuk dan didihkan. Jika mahu, pecah telur ke dalam rasam dan biarkan telur masak bulat-bulat (jangan kucar/ godek telur)
Mingguan Wanita : Tengok pun dah meleleh air liur. Boleh cuba nanti.
Perghhhhh… Teh Beng Vanilla ini punya bau dan rasanya memang kena taste! Boleh ketagih sampai nak minum setiap hari. Lagi bagus, anda boleh jual sebab rasanya luar biasa. Haaa… kalau nak buat bisnes boleh jual dengan harga Rm3 gelas biasa. Tak cuba tak tahu tapi inilah resepi istimewa daripada Puan Rusmida Rusdi...
Bahan-bahan:
Teh lipton – 5 uncang
Perasa Vanilla – setengah penutup
Air masak – 4 cawan besar
Susu cair – Suku tin
Susu pekat – 6 sudu
Gula – 1 sudu
Perisa jagung – 1 sudu
Tambahan:
Halia untuk kurangkan angin dalam bodi
Beledor hitam ( Agar-agar )
Ais Krim vanilla
Cara buat:
– Panaskan air. Masukkan uncang teh.
– Biar sehingga warna bertukar pekat.
– Masukkan susu cair dengan susu manis.
– Kemudian masuk perisa vanila.
– Masukkan gula last.
– Biarkan mendidih.
– Kacau rata.
– Warna dan rasa puas hati tutup api.
Nota:
Mak-mak boleh buat bisnes kalau anda suka!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya ada tip tertentu untuk membuat Popia Sira Cili agar jadi rangup dan tahan lebih lama daripada biasa. Bukan apa popia Sira cili ni, meskipun nak buatnya mudah, jika tak kena caranya, boleh jadi lemau dan cepat berkulat, tak tahan lama.
Mak-mak boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Mariam. Menurutnya, popia yang telah disira perlu dibakar dalam oven terlebih dahulu sebelum disimpan.
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Nak resepi tak untuk bagi rangup dan tahan lama popia sira..tak ada rahsia-rahsia ye..ini kita bagi ikhlas.Ok saya kongsikn resepi popia sira cili.”
Bahan-Bahan:
1 peket Kulit Popia
Minyak Untuk menggoreng
2 senduk cili kering campur bawang merah, bawang putih
Asam Jawa
garam
perasa
2 senduk gula pasir.
Cara Membuat:
1.Gulung kulit popia seperti biasa,berus pakai air tepung gandum letak garam sikit dan gunting.
2.Goreng dulu sampai garing.
3.Kemudian tumiskan cili kering, bawang merah dah bawang putih yang telah di kisar.
4.Masukan pula garam,asam jawa,perasa dan gula,tumis sampai betul-betul kering dan pekat.
5.Baru masukkan popia goreng dan kacau rata sampai sebati.
Tips Ekstra!
Kalau nak popia sira ini lebih rangup dan tahan lebih lama, masukkan dalam oven dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mak-mak yang suka buat popia sira sebagai kudapan tu, boleh lah cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Punca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap! Kadang kala video resipi simple yang dikongsikan memang boleh bikin kecur air liur dan membuatkan kita kita teruja nak mencuba, buat sendiri di rumah. Contohnya resipi mudah guna buah limau kasturi ni, dipadankan dengan ‘colek’ kering, secukup rasa masam, pedas, masin dan manisnya.
Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Aisyah Zulaikha. Memang menarik.
Ni anak bujang punya request..punca tengok video mukbang kat TikTok. Entah merepek-repek dia mintak tapi sekali dah rasa, eh sedapp.
Gula tu saya buat sendiri je..boleh la kalau nak buat cicah buah-buah nenas ke..mangga ke.
Ni saya share resepi gula tu ye.
Bahan-Bahan:
1 sudu besar Udang kering
5, 6 biji Cili kering *ikut tahap kepedasan masing-masing (buang biji)
Garam
Ajinomoto
Setengah Cawan Gula
Cara Membuat:
1. Sangai Udang kering dan cili kering sampai garing.
2. Selepas itu tumbuk dengan sedikit garam dan pak aji. Blend pun boleh. Blend dekat rumah ni rosak tu yang tumbuk.
3. Dah halus, gaul je dengan gula dalam setengah cawan. Siap..!
Mingguan Wanita: Kecur air liur bila tengok limau kasturi dicicah sebegini. Terasa masam, masin, manis pedas secukup rasa. Boleh lah cuba buat sendiri nanti.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.