Setiap kali memesan nasi kerabu, mahupun menyediakan sendiri hidangan itu, mesti ada solok lada. Ia menjadi penyedap dan penambah selera serta wajib ada dalam hidangan nasi kerabu.
Tidak semestinya solok lada ini menjadi kegemaran orang Kelantan sahaja, tetapi orang luar dari negeri Che Siti Wan Kembang ini pun ada yang suka dengan hidangan ini. Malah, ia tidaklah menjadi kewajipan untuk dihidangkan dengan asi kerabu kerana ia juga sedap dimakan dengan nasi putih bersama lauk pauk yang lain.
Ada sesetengah orang tertanya-tanya bagaimana untuk membuat solok lada. Bahan yang digunakan itu, lada mesti sama atau tidak dan tidak kurang juga kandungan yang perlu ada di dalamnya.
Jadi, bagi yang gemar makan nasi kerabu dengan solok lada. Perkongsian daripada Aishah Toke Kek ini boleh membantu untuk mak-mak buat sendiri. Bahan yang digunakan pun cukup mudah dan cilinya tak semestinya cili dari Siam, boleh juga guna cili hijau yang biasa dijual di pasar, Cuma mungkin kenikmatan cili itu kurang ummpp sikit.
Bahan-bahan: 20 biji lada solok 12 ekor ikan selayang 5 ulas bawang merah Kelapa parut putih 150ml santan untuk merebus
Ads
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang, bila sudah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
Ads
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang (nak elakkan solok hangit)
Ads
8. Rebus sehingga santan kering. Dah siap.
Selamat mencuba.
MW: Senang sangat kan. Bolehlah mak-mak cuba buat nanti. Tak semestinya kena makan dengan nasi kerabu. Makan dengan nasi putih bersama hidangan lain pun best jugak
Macam-macam jenis air viral yang ada dijual dipasaran. Salah satunya Thai Milk Dessert ni.Bila beli boleh tahan juga lah harganya.Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je minuman viral ni rumah. Lebih jimat dan berbaloi secukup rasa lemak manisnya. Minum pulak sejuk-sejuk waktu panas..memang bahagia. Anak-anak pun mesti suka.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan E-da Norsyaidahsebagai rujukan;
Thai Milk Dessert Viral
“Aroi mak mak… uuuuuih!” “Sekarang tengah viral Thai milk yang artis-artis duk makan tu.So kekda try la buat, sebab hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat.Tapi buat sendiri lagi berbaloi.”
“Cara ni kekda buat simple-simple jek,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara.Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.
Resepi Thai Milk Viral versi kekda.
Bahan-Bahan:
1 Tin susu cair carnation (bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak-lemak)
2 sudu Susu pekat (Ni pakai je brand apa-apa)
1 paket Kristal Jelly Brand Nona (Perisa raspberry )Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka.
1 sudu biji selasih (rendam hingga kembang dan toskan)
1 mangkuk ais
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.
2 Susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak sikit je, sebab jelly tu dah memang manis.
Bagi kekda versi ni lagi sedap sebab bau wangi dari jelly raspberry tu dan lemak-lemak susu cair tu.Minum tengah hari panas-panas, satu mangkuk licin sorang.
Selamat mencuba!
MW: Sedapnya! Sesuai dijadikan pencuci mulut, minum sejuk-sejuk waktu panas.
Memang ada benarnya kuih-kuih lama orang dulu-dulu, kini payah nak jumpa orang jual. Bila tekak teringin rasa nak makan, kenalah buat sendiri, macam kuih Tepung Pasung atau juga dikenali Kuih Serunai ini. Namun sebenarnya bila buat sendiri kuih macam ni, lebih puas hati makan malah lebih jimat.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah ini sebagai panduan;
Alhamdulillah…Siap juga Kuih Tepung Pasung Kak Min panggil. Sepetang duk mengerjakan bahan-bahan untuk buat kuih nih.Bila rindu nak makan kuih-kuih dari kampung halaman.Duk merantau macam kak min terpaksa lah try buat sendiri kalau terasa nak makan. Kuih lama-lama nih payah nak jumpa orang buat jual kalau luar dari Pantai Timur.
Resepi kak min sertakan sekali.Mana yang teringin tu meh try buat.
Tepung pasung / kuih Serunai
Bahan-Bahan:
(Bahagian bawah)
2 sudu gula pasir
1 keping setengah gula melaka
1 setengah cawan air
1 helai daun pandan wangi
40 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 sudu teh air kapur
(Bahagian atas)
3 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan santan sederhana pekat
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong
Cara Membuat:
1. Masak gula, gula pasir & daun pandan hingga gula hancur dan sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan-bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
3. Sudukan/ paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang-lubang pengukus.Kukus dalam 5 minit.
4. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
5. Sudukan/paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi dan teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil. Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih tu tumbang.
6. Biar sejuk baru dihidangkan.
Siap! Selamat Mencuba.
Boleh guna pengukus comel dari La Gourmet Vintage Collection ini. Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut. MWGSP5
Tomato egg muffin, menu mudah dan ringkas. Sedap dan mengenyangkan. Masak pun guna air fryer. Sesuai dinikmati sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Boleh juga dijadikan menu diet.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini tidak banyak. Tempoh masa untuk memasaknya pun singkat. Tidak perlu menggoreng. Bila-bila masa teringin hendak makan boleh terus buat!
Resipi Tomato Egg Muffin
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang daun bawang di hiris
1 batang sosej(optional)
Sedikit lobak merah dipotong dadu
Sedikit lada benggala(optional)
Lada hitam dan lada sulah secukupnya
*serbuk cili (jika suka)
Resipi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer
Cara memasak:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama lada hitam dan lada sulah. Campurkan dengan semua bahan-bahan lain. Kacau sehingga sebati.
2. Tuang bancuhan telur ke dalam cawan kertas muffin.
3. Tabur sedikit serbuk cili.
4. Bakar dalam air fryer dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit atau sehingga masak. Bergantung pada air fryer masing-masing. Enak dinikati ketika panas-panas.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...