Bila memikirkan menu minum petang untuk anak-anak dan keluarga, adakalanya naik buntu dibuatnya.Jika selalu kita buat pau goreng berintikan sambal ikan bilis, namun sebenarnya kita boleh pelbagaikan dengan golek doh atas serbuk roti dan letak sos carbonara yang lemak berkrim. Sesuai sangat buat untuk anak-anak, malah kalau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Che Fyqah ini.
Masak apa harini? Itu lah kehidupan seoarang isteri dan ibu. Walaupun bertitle ibu tiri.. tapi tak pernah nak membahagi kasih sayang di antara anak tiri dan kandung. Sentiasa fikirkan untuk kenyangkan perut suami dan anak-anak. Semoga Allah memberi balasan yang baik buat kita.
Ni resepi dia abang kakak adik.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Satukan dulu yis, gula dan air suam dalam gelas. Kacau rata. Selepas itu, satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
2.Tuang air yis tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Uli gitu-gitu je. Bila dah rata sikit, letak marjerin.
3.Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.
4.Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Pastu bulat-bulatkan.
5.Kemudian celup dalam telur dan golek-golek dalam serbuk roti.
6.Selepas itu, perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan.
Ads
Siap.
Inti dia pakai Sos Carbonara saje. Tumis bawang holand dan bawang putih, cincang sosej dan tumis dengan lada hitam. Campur kiub ayam sikit, letak air sikit. Agak-agak dah pekat baru tutup api. Nak letak inti apa-apa pun boleh.
Jika selalu nak buat Nasi Kambing, kita gunakan daging kambing yang segar. Cuba bila guna daging yang segar ni, kena pandai cuci barulah tak hamis baunya bila dah masak. Buat mak-mak penggemar daging kambing, boleh cuba buat Nasi Kari Kambing Guna Kari Kambing yang dalam tin je. Cukup mudah dan senang nak masak. Rasanya pun memang sedap.
Boleh cuba resipi Nasi Kari Kambing yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidahini.
“Ya Allah..sumpah sedapp #nasikarikambingtinadabi ni. Eh ehh…anak 5 tahun yang cakap sedap sedap tau. Makan bersama ayam rose + jelatah”
Bahan-Bahan:
2 tin kari kambing adabi (untuk 6 orang)
5 pot cawan sedang Beras Faiza kashmir Basmathi (dicuci /rendam 15min jika takde Pressure Cooker /jika ada PC or noxxa tak perlu rendam)
2 biji bawang besar hiris
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
2 sudu butter + 2 sudu minyak masak
1biji Tomato potong dadu
1sk Garam
Akar ketumbar
Susu cair setengah tin
Cara-Cara Membuat:
1. Panaskan Marjerin + minyak (kita tumis dalam kuali asing dulu).
2. Tumis sampai wangi bawang besar/masuk 4 sekawan/tomato dadu/daun pandan.
3. Masuk kari kambing gaul sebati.
4. Masuk susu cair, akar ketumbar dan garam sikit sahaja.
5. Selepas tu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya. Lepas tu tekan on.
6. Masak nasi seperti biasa (sukatan seperti masak nasi biasa)
7. Masa nak kering nanti tu boleh la jenguk dan gaul-gaul rata. Masa ni bau dia satu rumah kemain sedap ooi.
8. Dah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar. Siap!
Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan:
Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)digoreng separuh masak. Angkat toskan minyak.
Suku tin Susu cair
3sudu besar Sos cili
Perasa
Serai
(Bahan A)
Segenggam cili merah besar
2 biji Bawang besar
4ulas Bawang putih
halia sikit
Cara Membuat:
1. Kisar bahan A
2. Guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai.
2. Masukkan ayam yang telah digoreng + susu cair + sos cili + perasa +garam.
3. Masak sampai ayam empuk dan masukkan sikit bawang besar hiris.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW: Mudah begini. Guna kari kambing dalam tin pun boleh jadi buat Nasi Kari Kambing yang sedap. Kena cuba buat sendiri di rumah.
Sedapnya resipi mudah telur rebus air asam ni. Satu lauk je pun dah cukup makan bertambah-tambah, tak cari lauk lain dah. Tapi nak rebus telur pun ada caranya dan masa yang tepat, barulah telurnya cantik dan bertambah sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norul Haisyu sebagai panduan;
Rebus telur 7 minit Buat air asam 10 minit Makan jangan tanye berapa minit sebab 2kali tambah.
Bahan-Bahan:
Telur Secukupnya
Cara Rebus Telur:
1. Basuh telur bersih-bersih masukkan dalam periuk. Periuk jangan besar sangat biar ngam-ngam dengan telur lagi baik.Kalau periuk besar air akan jadi banyak dan lambat mengelegak, sebab nanti air tu akan mengelegak atau mendidih dengan kuat.
2. Air sama paras dengan telur, letak atas dapur.
3. Buka api paling besar, ingat PALING BESAR.. kalau tak jadi. Set time 7 minit…Jangan lebih jangan tak cukup 7 minit nanti baru cantik cam nih.
Bahan-Bahan (Air Asam)
*Cili api
*bawang besar
*tomato
Hiris ke cincang ke ikut suka.
Asam jawa
Garam secukup rasa
Aji ckup rasa
Air suam
Bancuh sebati.
Cara Membuat:
1. Kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak…toskan dan potong letak dalam mangkuk.
2. Masukkan cili tomato dan bawang. Tuang air asam.Jangan makan terus. Biarkan seketika, 15 minit gitu boleh la makan. Sebab dia dah meresap dan sebati.
Rasanya lemak-lemak telur tu.. Ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi.
Rasa sedap laksa ini bergantung kepada kuahnya, kalau tahu rahsia buat kuah mak-mak mesti rasa puas hati buat laksa sendiri.
Tetapi kali ini, mak-mak boleh buat laksa dalam masa yang singkat dengan rasa kuah yang sedap!
Haa… pastikan ada periuk noxxa dulu ya! Jimat masa tak payah perisi tulang dan isi satu-satu.
Bahan-Bahan Buat Laksa:
1 peket laksa bihun beras cik Siti. Rendam semalaman.
1 kg ikan sardin + kembung dibuang kepala dan ekor dan masukkan dalam periuk Noxxa HP selama 90 min
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
Segenggam cili kering dipotong-potong dan direbus
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
2-3 keping asam gelugur/keping
Segenggam daun kesom
Sekuntum bunga kantan
Ulam
Sebatang timun
Sebiji bawang besar Holland
Nenas
Telur Rebus
Cili Merah
Daun Pudina/Salad
*Semua ulam ini dipotong dan dihiris
Cara-Cara:
Tapis dan celur laksa yang telah direndam tadi. Tapis sekali lagi.
Untuk Kuah Laksa
Ikan Sardin + Kembung tadi dikeluarkan dari periuk Noxxa dan diblend sehingga hancur semua tulang-tulang.
Blend semua bahan-bahn bertanda *
Masukkan bahan-bahan blend dalam periuk dan tumis tanpa minyak sehingga naik bau.
Masukkan ikan-ikan yang telah diblend tadi ke dalam periuk.
Apabila telah mendidih, masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tambah air sebanyak yang diperlukan.
Perasakan dengan gula, garam dan asam keping.
Masukkan laksa dalam pinggan, tuangkan kuah laksa dan hias dengan ulaman. Boleh ditambah petis udang jika suka.
Khas Buat Anda Yang Suka Laksa beras:
2cawan tepung beras.
2sudu tepung gandum.
2sudu tepung jagung.
Air panas baru lepas mendidih.
Gaul semua guna senduk kayu. Lepas tu masuk dlm acuan pulas dlm air mendidih. Biar terapung. Kemudian angkat masuk kan dlm air sejuk n tapis. Ok dh siap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kemalangan pikap polis Perlis mengakibatkan seorang pemuda maut selepas dirempuh. Keluarga kini menuntut keadilan. Baca laporan penuh perkembangan kes.