Penggemar makanan Jepun di restoran sushi pasti suka makan jeruk halia. Nak buat jeruk halia ini sebenarnya tak susah. Dalam masa 6 jam setelah diperam, sudah boleh dimakan.
Resipinya tak susah. Bahan-bahannya pun mudah dicari. Nak lagi sedap, peram lama sikit. Selepas itu nak makan dengan nasi pun sedap juga!
Boleh cuba resipi Jeruk Halia perkongsian Tina Zahra Zamanuddin via Grup Masak Apa Hari NI..(MAHN).
Resipi Dan Cara Buat Jeruk Halia.
“Biasa tak makan kat Sushi King halia ni? Kali ni saya buat #gari atau #pickledginger atau biasa kat restoren sushi orang panggil #sushiginger from scratch. Halia hasil tanam sendiri dijadikan jeruk halia. Makan dengan nasi pun sedap.”
Segar sungguh halia yang ditanam sendiri.Halia setelah dibersihkan
BAHAN-BAHAN
Halia muda
Gula putih
Garam
Cuka
Pewarna merah (optional)
Air sikit
1-Hiris atau sagat halia nipis-nipis. Senipis kertas kalau boleh.
2-Rendam sekejap halia tadi dengan sikit pewarna merah (untuk dapatkan effect pink, kalau tak nak pewarna pun tak pe). Jangan guna banyak, nanti dia jadi merah tak cantik.
Ads
3-Gelegakkan air dan masukkan halia yang direndam tadi lebih kurang 2 hingga 3 minit.Toskan halia hingga kering.
4-Selepas ditoskan, halia yang dimasak kejap tadi akan jadi warna macam dalam gambar. Pink-pink sikit.Kalau tak letak pewarna pun still akan develop pink-pink sikit.Ikut nak letak or tak.
Ads
5-Masak air gula,garam dan cuka. Saya guna 1/2 cawan gula perang + garam 1 sudu besar + cuka 1/2 cawan +1/2 cawan air biasa (untuk dapat effect warna yang cantik you all guna je gula putih. Sebab rumah saya takde gula putih jadi saya pakai apa ada je).Masak hingga mendidih dan sejukkan.Bila dah sejuk air gula cuka tu,masukkan halia tadi dalam bekas kaca dan tuang air gula cuka tu dalam bekas tu.
6-Rendamkan halia dan simpan dalam peti sejuk.
7-Dalam 6 jam boleh dah makan.Lagi lama peram lagi sedap.
Bila fikir nak masak menu apa untuk keesokan pagi, ibu-ibu mesti jadi pening. Sebenarnya senang saja janji kita kreatif dan pandai berjimat.
Lebihan Sambal Bilis Nasi Lemak yang dibuat sehari sebelum boleh disimpan di dalam peti dan kemudian dijadikan menu yang mudah dan sedap iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.
Sarapan ringkas namun enak.
Pau Goreng Inti Sambal Bilis Boleh Disejukbeku
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!
Bantu Jana Pendapatan
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
“Tak Dapat Nasi Lemak Tak Apa, Asalkan Dapat Pau Goreng Inti Sambal Bilis”
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis yang dikongsi oleh Mama Shida kali ini cukup istimewa.. Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun.
“Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:
PAU GORENG INTI SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN: 1 paket yis kering 1 sudu pekat susu pekat manis 1 sudu makan gula 1 cawan air suam
BAHAN KERING: 4 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam 1/2 cawan minyak atau marjerin
BAHAN INTI SAMBAL BILIS: 1 cawan ikan bilis yang siap kopek | cuci bersih dan kisar kasar 1 biji bawang holland | potong dadu 2 ulas bawang putih | cincang halus 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam jawa 1 kiub pati ikan bilis Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis dan menggoreng pau.
CARA MEMASAK:
Campurkan yis, susu pekat manis, gula dan air suam dalam mangkuk adunan.
Kacau dan biarkan yis kembang lebih kurang 15 minit.
Sementara itu, semua bahan kering kekcuali minyak disatukan diayak dalam belas.
Masukkan minyak atau marjerin adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
Setelah campuran yis kembang, masukkan ke dalam adunan bahan kering.
Uli sebati lebih kurang 7-10 minit atau hingga doh tidak melekat di tangan lagi.
Tutup dan biarkan mengembang lebih kurang 45 minit.
Sementara itu bolehlah buat inti sambal bilis.
Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan bawang putih.
Apabila wangi, masukkan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan ikan bilis dan air asam jawa. Tambah sedikit, dan biarkan ia mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tumis hingga sambal bilis garing dan timbul minyak.
Angkat dan tapis minyaknya, Ketepikan dan sejukkan.
Doh pau yang sudah siap dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong,
Leperkan kemudian masukkan inti dan bulatkan hingga menjadi kuih bom. Buat sampai habis.
Rehatkan lebih kurang 10 minit dan goreng atas api kecil hingga pau berwarna keperangan.
Pau sedia dihidangkan.
PETUA MAMA SHIDA:
Sambal boleh buat awal, selain sambal bilis, korang boleh juga guna sambal sardin, kentang atau rendang, terpulang pada cita rasa.
Sumber/Foto: Facebook @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida
Rupanya lobak merah pun boleh dijadikan snek yang sedap dan sihat. Bagi anak-anak yang suka makan snek tapi payah nak makan sayur, mak-mak boleh cuba buat ‘Carrot Chips’ ini di rumah.Bakar garing dalam oven, atau guna air fryer pun boleh. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi Carrot Chips yang sihat dan senang nak buat ni daripada Puan Noraliza Alwi sebagai panduan;
“Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak/mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek. Resepi mudah buat carrot chip sihat untuk anak. Guna Air fryer pun boleh, 3 bahan saja.”
“Resepi Carrot Chips Mudah”
Bahan-Bahan:
Lobak Merah – ikut suka banyak mana
Minyak Zaitun
Garam sedikit sahaja
*Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja.
Cara Membuat:
1. Basuh bersih carrot.
2. Bolehlah ‘peel’ carrot dengan agak tebal.
3. Cuba elakkan dari terputus-putus.
4. Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil.
Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit.
Siap bakar garing boleh kunyah-kunyah macam potato chip.
Owh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.
Gulai memang disukai ramai kerana rasa pekat lemak santannya dan pedas. Dimakan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang terangkat habis!
Bagi penggemar gulai kuning, kali ini dikongsikan dua lagi resipi iaitu Gulai Kuning Ikan Dan Terung serta Gulai Kuning Daging Salai. Waduh. Dengar nama pun buat terliur. Ha..apa lagi, kena lah cuba ye.
Kalau nak pedas, boleh tambah lagi jumlah cili padinya. Kalau nak kurang pedas, gantikan dengan cili merah besar. Terpulang kesukaan masing-masing. Kalau nak versi lebih sihat, boleh ganti santan ori dengan santan kotak. Cuma, kalau nak betul-betul kaw, memang kena guna santan ori lah ye.
Jom kita semak apa resipinya…
GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan merah
3 biji terung bulat – potong dua atau empat
1 liter santan
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3cm kunyit hidup
1 batang serai – ketuk
3 keping asam keping/gelugur
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama separuh santan dan serai. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan ikan, terung, asam keping dan separuh lagi santan. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh ganti ikan merah dengan ikan senangin, kurau atau kembung.
Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Gunakan api perlahan agar tak pecah minyak. Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau terung pipit.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan dengan nasi putih panas.
Sumber: Rasa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.