Resepi Pantas Pizza Tanpa Yis, Cuma 25 Minit Dah Dapat 1 Saiz LARGE

Musim cuti sekolah ini, dekat seharianlah anak-anak berkumpul di rumah. Bila dah ramai-ramai, teringin pula nak makan pizza. Nak buatnya lambat dan ambil masa. Lebih mudah order online.

Sebenarnya ada cara mudah dan pantas nak buat pizza tanpa yis. Perkongsian daripada Puan Ummul Omar ini akan mudahkan kerja mak-mak di dapur.

Cuma 25 minit saja dah boleh dapat 1 pizza saiz Large. Kalau beli online tu mahu satu saiz large dekat RM25. Cuba kalikan pembelian dengan 2, tak ke RM50 melayang untuk pizza saja.

Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak minta nak makan pizza mama buat tapi aduhai. Malas betul nak buat sebab lambat siap. Order lagi senang kan?”

Nah resepi MUDAH dan PANTAS buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni.”

Bahan-bahan Pizza Tanpa Yis

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese (tiada dalam gambar, Masa nak masak nanti letaklah ya)

IKLAN

Uli Tepung Sampai Jadi Doh (Rujuk Video)

 

Siap Uli Tepung, Ikut Step Ini

Resepi Pantas Pizza Tanpa Yis, Cuma 25 Minit Dah Dapat 1 Saiz LARGE

1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.

IKLAN

2. Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.

3. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.

4. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10 minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.

IKLAN

Nota : Resepi ini membolehkan mak-mak dapat 1 pizza saiz large.

 

Resepi Pantas Pizza Tanpa Yis, Cuma 25 Minit Dah Dapat 1 Saiz LARGE
Nah! Hasil Pizza 25 minit. Rotinya lembut di dalam, rangup di luar. Puas hati makan. Magikkan?

 

Baca Sini : Kalau Nak Belajar Cara Buat Pizza Tanpa Uli Pula.

Sumber/Foto/Video : Facebook Ummul Omar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI