Pilih Sahaja Jenis Teh Disukai Sebab Setiap Satu Ada Khasiat Tersendiri

Mengikut cerita rakyat negara China, teh mula terkenal di seluruh dunia apabila daun pokok Camellia Sinensis terjatuh secara tidak sengaja ke dalam cawan yang berisi air panas menggelegak milik Maharaja Shennong pada tahun 2737 sebelum masihi.

Tidak dapat dinafikan teh adalah sumber pemakanan terbaik untuk kesihatan. Namun perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah teh anda itu adalah teh sebenar.

Teh asli diperoleh daripada pokok Camellia Sinensis. Terdapat empat jenis teh iaitu teh hijau, teh hitam, teh putih, teh pu-erh  dan  teh oolong.  Teh herba adalah seduhan beberapa pokok berbeza dan secara teknikalnya bukanlah teh.

 

Antioksidan unik yang dikenali sebagai flavonoid terdapat dalam teh. Selain itu teh turut mengandungi kafein dan theanine.

Semakin banyak kali teh diproses, biasanya ia menyebabkan kandungan polifenolnya semakin kurang. Teh oolong dan teh hitam telah banyak dioksida, jadi ia kurang kepekatan kandungan polifenol jika dibandingkan dengan teh hijau. Tetapi kuasa pengoksidaan masih lagi tinggi.

Pilih Sahaja Jenis Teh  Disukai Sebab Setiap Satu Ada Khasiat Tersendiri

Berikut adalah beberapa  kebaikan beberapa jenis teh  berbeza untuk kesihatan.

IKLAN
1-Teh Hijau

Dihasilkan daripada daun teh yang telah dikukus. Ia tinggi kandungan polifenol EGCG. Antioksidan teh hijau boleh mengganggu pertumbuhan kanser pundi, payudara, paru-paru, perut, pankreas, dan kolorektal.

Ia juga mampu mencegah penyumbatan arteri, membakar lemak, menterbalikkan semula tekanan oksidatif pada otak, mengurangkan risiko masalah neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson, mengurangkan risiko stroke dan memperbaik tahap kolesterol.

2-Teh Hitam

Dihasilkan daripada daun teh yang telah ditapai. Teh hitam memiliki kandungan kafein paling tinggi. Kajian telah menunjukkan teh hitam mampu melindungi paru-paru daripada kerosakan yang disebabkan pendedahan melampau kepada asap rokok. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan risiko stroke.

3-Teh Putih

Dihasilkan daripada daun yang tidak ditapai mahupun  diawet. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa teh putih memiliki sifat-sifat antikanser yang kuat jika dibandingkan dengan teh yang telah diproses.

4-The Oolong

Dikatakan dalam satu kajian terhadap haiwan makmal telah menunjukkan haiwan yang telah diberikan antioksidan daripada teh oolong mampu merendahkan tahap kolesterol jahat.

IKLAN
5-Teh Pu-Erh

Dihasilkan daripada daun the tua yang telah ditapai. Ia dianggap sebagai teh hitam. Terdapat satu kajian terhadap haiwan makmal yang menunjukkan haiwan yang diberikan pu-erh kurang pertambahan berat badan dan pengurangan kolesterol LDL.

Jenis Teh Herba

Teh herba adalah teh yang diperbuat daripada herba, buah-buahan, biji-biji atau akar yang direndam dalam air panas. Dikatakan teh herba memiliki kurang kepekatan antioksidan jika dibandingkan dengan teh hijau, teh putih, teh hitam dan teh oolong.

1-Teh Chamomile

Antioksidan yang terdapat dalam teh ini dikatakan mampu mencegah komplikasi akibat diabetes, penghilangan penglihatan, kerosakan saraf dan buah pinggang, dan membantutkan pertumbuhan sel-sel kanser.

2-Teh Echinacea

Dikatakan ia adalah satu ramuan herba yang boleh digunakan untuk melawan selesema. Namun begitu kajian terhadap enchinacea masih lagi tidak mendapat sebarang keputusan tepat.

IKLAN
3-Teh Hibiscus (Bunga Raya)

Terdapat kajian kecil mendapati dengan meminum tiga cawan teh ini setiap hari mampu merendahkan tekanan darah mereka yang mengalami peningkatan tekanan darah sederhana.

4-Teh Rooibos (Teh Merah)

Ini adalah herba Afrika Selatan yang telah ditapai. Walaupun ia dikatakan memiliki flavonoids dengan sifat-sifat melawan kanser, namun kajian perubatan yang dilakukan itu masih terhad.

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI