
Nak goreng ikan pun ada petua dan tipnya barulah ia tak berbau hanyir atau melekat di kuali. Asam keping pula memang banyak kelebihannya. Selain di masukkan dalam masakan, rupanya ada fungsi lain bila masukkan sedikit asam keping dalam minyak panas yang digunakan untuk menggoreng ikan nanti.
Ia petua masakan untuk menjadikan ikan tak berbau hanyir atau melekat pada kuali.Bukan apa, lebih-lebih lagi jika guna kuali biasa ikan memang mudah melekat pada kuali, malah payah pula nak cuci nanti.
Petua dapur ini dikongsikan oleh Puan Ameera sendiri daan boleh dijadikan panduan.
Petua mengoreng ikan supaya tidak berbau hanyir dan tidak melekat di kuali.
Cara-caranya ada di setiap gambar.
- Panaskan minyak.
2.Letakkan 5-6 keping asam keping.
3.Terus masukkan ikan.
4.Nah ini hasilnya. Tidak melekat dan tidak berbau hanyir.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
“Macam Magik” Minum Air Rendaman ASAM KEPING, Terus Hilang Pening Migrain
Masak Sotong Saiznya Tak Mengecut & Elak Hanyir, REBUS Sekejap Dengan Asam Keping!
PETUA Tanggalkan Kerak Kuali Tebal Dengan ASAM KEPING Memang Menjadi Sungguh!
Mingguan Wanita: Boleh cuba petua dapur ini sewaktu goreng ikan nanti. Barulah ikan tak hanyir, mudah diangkat dan tak melekat pada kuali.
Sumber: Ameera
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KACANG BOTOR Berbuah Lebat, Buang Daun & Tunas Di Pangkal Pokok!

Isi Kandungan
ToggleRupanya antara tip supaya pokok kacang botor berbuah lebat ialah perlu buang daun, pucuk dan tunasnya di pangkal pokok.Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Sedap dijadikan ulaman atau ditumis begitu sahaja.
Kacang botor merupakan tanaman jenis jangka masa pendek yang mudah mengeluarkan hasil.Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Namun yang selalu menjadi masalah bila tanam kacang botor ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.
Jika hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penanaman yang dikongsikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat tak putus-putus berbunga dan berbuah.
Berikut perkongsian tersebut;
“Alhamdulillah hasil kutipan hari ini. Berbagi rezeki dengan jiran. Ramai yang tanya kenapa kacang botor tak berbuah dan mabuk daun. Petua dia senang je, buang daun dan tunas-tunas di pangkal pokok dan letak baja organik, hasilnya dengan izin Allah.”


Cara Penanaman:
1. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.
2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.
3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.
4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.
5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.
6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!
TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!
Mingguan Wanita: Begini rupanya petua nak tanam kacang botor supaya berbuah lebat tak putus-putus. Kena buang daun, tunas dan pucuk di pangkal pokok. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia & Hashimah Mohamad Shariff
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip Buat Popia Sira Cili Jadi Rangup & Tahan Lebih Lama!

Isi Kandungan
ToggleRupanya ada tip tertentu untuk membuat Popia Sira Cili agar jadi rangup dan tahan lebih lama daripada biasa. Bukan apa popia Sira cili ni, meskipun nak buatnya mudah, jika tak kena caranya, boleh jadi lemau dan cepat berkulat, tak tahan lama.
Mak-mak boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Mariam. Menurutnya, popia yang telah disira perlu dibakar dalam oven terlebih dahulu sebelum disimpan.
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Nak resepi tak untuk bagi rangup dan tahan lama popia sira..tak ada rahsia-rahsia ye..ini kita bagi ikhlas.Ok saya kongsikn resepi popia sira cili.”
Bahan-Bahan:
1 peket Kulit Popia
Minyak Untuk menggoreng
2 senduk cili kering campur bawang merah, bawang putih
Asam Jawa
garam
perasa
2 senduk gula pasir.
Cara Membuat:
1.Gulung kulit popia seperti biasa,berus pakai air tepung gandum letak garam sikit dan gunting.
2.Goreng dulu sampai garing.
3.Kemudian tumiskan cili kering, bawang merah dah bawang putih yang telah di kisar.
4.Masukan pula garam,asam jawa,perasa dan gula,tumis sampai betul-betul kering dan pekat.
5.Baru masukkan popia goreng dan kacau rata sampai sebati.
Tips Ekstra!
Kalau nak popia sira ini lebih rangup dan tahan lebih lama, masukkan dalam oven dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mak-mak yang suka buat popia sira sebagai kudapan tu, boleh lah cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Sumber: Siti Mariam
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Doktor Ini, 30 Minit Sebelum Tidur Jangan Tengok Telefon, Barulah MUDAH Lelap

Isi Kandungan
ToggleSebelum tidur, nak bagi mudah lelap kononnya, mata dan tangan mesti kena lihat telefon, bangun daripada tidur pun mesti telefon yang akan dicari dahulu. Betul tak? Nak kena lihat apa cerita menarik dan isu semasa. Belum lagi baca whatapps yang diterima sebelum ini.
Dunia sekarang makin moden dan canggih. Segala maklumat kini hanya di hujung jari saja. Sebab kita, segala berita dan cerita memang cepat kita dapat tahu. Rasanya, kalau tak ada telefon sehari mahu merana hidup masing-masing.
Bukan ingin bercerita tentang telefon tetapi tentang tabiat diri kita yang memang tak lekang dengan telefon, sampaikan sebelum tidur dan bangun daripada tidur, inilah yang dicarinya dahulu. Kesannya, boleh membuatkan kita sukar untuk tidur lena.
Bukan setakat telefon yang menjadi penyebab sukar untuk kita tidur. Ada banyak lagi yang menyebabkan kita sukar untuk mudah lelap dan tidak mampu tidur dengan lena. Telefon sudah tentulah salah satu penyebabnya.
Dr. Erna Nadia turut berkongsi tentang tip untuk kita mudah tidur atau lebih tepat lagi tidur lena. Bukan tengok telefon sebelum tidur dulu ye. Sebab ini boleh buat kita jadi ‘ralit’ sampaikan tidak sedar masa terus berlalu sampai ke pagi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kajian: Suka TIDUR Peluk Bantal Tanda Penyayang & Romantik!
Suami ‘Sedekahkan Masa’ Untuk Isteri Tidur 20 Minit, Bagi ‘Recharge’ Tenaga Dan Emosinya
Info Lebih Meenarik DI SINI
Mudah Lelap, Cuba Amalkan Perkara Ini
TIP BAGI MUDAH TIDUR
Ada sesetengah orang, bila letak sahaja kepala pada bantal, terus lelap.
Malah, ada pelbagai cara buat orang tidur tanpa sedar. Kita tak tahu.
Ada orang yang duduk atau berdiri kalau dah mengantuk pun boleh lena. Mungkin ada juga orang kena baring dalam bilik gelap, baru boleh lena atau kena ada cahaya terang baru boleh lena.
Tapi ada juga orang yang ada masalah susah nak lena sebabnya ada yang berfikiran serabut, faktor usia atau disebabkan penyakit.
Bagi yang ada masalah tidur sebab banyak fikir atau kepala berserabut atau tidak tahu sebab apa, bolehlah cuba amalkan perkara ini:
1. Elakkan mengambil apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi kafein di dalamnya. Contohnya kopi, teh, coklat, minuman bergas. Boleh saja ambil tapi masa terkahir adalah sebelum waktu Asar atau 8 jam sebelum waktu tidur (elok set untuk tidur pukul 10 malam).
2. Sibukkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti yang aktif. Banyakkan berjalan dan bergerak semasa di tempat kerja atau semasa belajar.
3. Cuba cari masa untuk bersenam pada petang itu. Dapat 30 minit pun dah ok. Senaman yang melibatkan moderate intensity seperti berjoging, berenang, lompat bintang, erobik, yoga, zumba.
4. Pastikan makan malam awal, iaitu sebelum Maghrib atau 4 jam sebelum tidur. Jangan makan yang terlampau berat atau terlampau ringan. Jangan pula tak makan, nanti tengah malam dah lapar.
5. Cuba set up tempat tidur supaya tenang untuk rehat dan tidur. Bersikan tempat tidur. Tukar cadar, letak wangi wangi sikit. Kalau rajin nak ubah posisi katil pun okay sebab setengah orang mood berubah bila posisi berubah.
6. Bila sampai masa tidur, tutup semua lampu atau jika tak biasa, buka lampu tidur sahaja.
7. Setengah orang suka ada muzik. Boleh pasang muzik ada bunyi laut atau hujan atau bunyi
alam.
8. Ada orang yang suka kalau diam-diam. Jadi tutup semua muzik yang ada.
9. Silentkan telefon bimbit anda. Jauhkan semua gajet anda dari katil. Pastikan anda tidak tengok gajet 30 minit sebelum tidur.
10. 30 minit nak tidur, gajet dah letak jauh, cuba baca buku atau terus baring. Jika sudah baring, terus tutup lampu. Boleh juga pakai mask (bukan surgical mask tau)
11. Boleh cuba minum secawan susu panas atau segelas susu sebelum tidur. Insya Allah ia membantu. Perut akan rasa selesa untuk tidur.
12. Solat sunat 2 rakaat atau solat Isyak dulu. Cuba buat dalam suasana lampu kelam kelam gitu.
13. Maafkan semua orang lepas baca doa tidur. Dan cubalah untuk tidur.
Kalau tak boleh juga, bacalah buku jurnal perubatan. Confirm mengantuk
Ramai kan yang ada masalah tidur ni?
Cubalah ya.
Insya Allah boleh.
Kena cuba untuk ajar diri yang kerja boleh diselesaikan esoknya. Malam adalah hari untuk rehat.
Apa apa pun, sabar.
Jika ada banyak kerja pun, sabar. Buat satu per satu.
MW: Mungkin setiap daripada kita ada cara tersendiri untuk mudah tidur. Paling penting, jangan sesekali tengok telefon, kononnya nak bagi ‘mata lali’ dan cepat tidur. Bukan itu caranya.
Sumber: Dr. Erna Nadia
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI