Cili kisar, salah satu keperluan yang mesti ada dalam peti ais mak-mak. Nak tak nak mesti akan digunakan dalam setiap masakan.
Ada sesetengah mak-mak rasa beli cili kisar kat kedai senang dan cepat. Terus boleh guna. Tak kurang juga mak-mak yang lebih suka buat sendiri cili kisar homemade ini.
Maklum saja, cili kisar yang dijual sesetengahnya pesdas sangat dan tak kurang juga warnanya pun tak semerah yang diinginkan.
Bagi mak-mak yang selesa buat sendiri cili kisar, keberangkalian untuk tahan lama mungkin hanya dua tiga hari. Lepas itu mulalah masam dan berkulat. Tak tahan lama.
Bagaimana nak bagi cili kisar yang mak-mak buat sendiri ini tahan lama. Jangan risau boleh ambil petua daripada Mim Yusof ini dalam membuat cili kisar tahan lama dan tak berkulat.
“Kali ini nak kongsi petua nak bagi cili kisar tak berkulat dengan cepat. Biasa yang saya buat tahan berbulan-bulan dalam peti ais, tidak berkulat atau pun masam”
Bahan-bahan: Lada kering Bawang putih Air yang ditapis (Boleh guna air coway atau jenama apa sekalipun, asalkan air tapis)
Ads
1. Gunting kecil-kecil lada kering, basuh bersih dan buang bijinya. Anggaran lada kering yang biasa guna sebanyak 400 gram.
2. Guna bawang putih sebanyak 3 labu, buang kulit dan basuh bersih.
3. Masukkan dalam kuali atau periuk cili kering tadi bersama bawang putih. Rebus sekali. Pastikan masa merebus gunakan air tapis. Elakkan daripada guna air paip
4. Rebus bahan tadi sehingga cili lembut.
Ads
5. Toskan dalam bakul. Tak perlu basuh sebab sudah rebus dalam air tapis. Kalau basuh sekali lagi dengan air paip, ia boleh menyebabkan kulat pada cili kisar tadi. Selepas itu, bolehlah kisar cili tadi bersama bawang putih. Gunakan air tapis juga.
6. Inilah hasilnya. Insya Allah tahan lama. Kalau nak mudahkan mak-mak, boleh simpan dalam bekas kecil-kecil untuk sekali pakai. Boleh buat stok.
Info: Penggunaan bawang putih ini penting sebagai pengawet dan bagi cili tahan lama dan tak berkulat.
Ads
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini tak pernah letak bawang putih, apa kata masukkan sekali bawang putih. Paling penting jangan guna air paip, guna air yang ditapis.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kulit popia yang tak habis digunakan selalunya memang mudah kering dan keras jika tidak disimpan dengan betul. Apatah lagi bila lama disimpan dalam peti sejuk. Selalunya bila kulit popia dah jadi kering dah keras, ramai yang buang sahaja sebab anggap dah tak boleh digunakan.
Sebenarnya ada caranya untuk lembutkn kembali kulit popiah yang kering dan keras ni. Iaitu lapik dengan kain lembap dan kukus sekejap.
Kulit Popia Jadi Lembut
Untuk faham lebih lanjut caranya boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Bee Keng ini.
Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.
Cara-Caranya :
1. Dalam kuali atau periuk stim lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung, maaf ya .. saya ni ada OCD sikit. ).
**Kain lembap bukan basah ya.Maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih, basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15min.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.
Nota:
Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.
Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan ia basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkannya keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
Namun demikian kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Untuk pengetahuan, orang cina suka makan popia yang tak goreng.
MW: Menarik tip yang dikongsikan ini, boleh cuba nanti. Jadi, tak lah membazir buang kulit popiah bila ia kering, boleh kukus sekejap semula supaya ia lembut semula.
Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Ikut 6 Tip Rebus Jagung yang dikongsikan ini.
1. Waktu Letak Garam
Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Tambah Sedikit Gula
Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Simpan Jagung Dalam Peti Sejuk
Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara Merebus
Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Sapu Mentega, Garam, Lada Sulah
Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Petik Jagung Waktu Pagi
Kalau ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak rebus jagung, isi cantik & kekal manis tak kecut ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting jangan letak garam semasa jagung sedang direbus.
Menu Diet saya loss 25kg+ selama 10 bulan dulu. Sampai sekarang maintain je, Dah hampir 9 tahun dah saya amalkan DSSS ni. Ni semua menu-menu Breakfast, Lunch dan Dinner saya.
Saya makan 6 kali sehari termasuk snacking.
Boleh la kalau ada yang nak Tiruvasi menu-menu ni tapi ikut keperluan badan masing-masing ya.
Semoga bermanfaat.
Ini Koleksi Bento Suku Suku Separuh
Diet Suku Suku Separuh
Sebagai pengetahuan, diet Suku Suku Separuh ini merupakan satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.
Yang mana, portion makanan sihat mengikut piramid makanan itu divisualkan dalam pinggan. Jadi mudahlah untuk individu yang amalkan mengikut diet sebegini.
Bahagian pinggan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu :
Suku pinggan dengan sumber karbohidrat.
Suku pinggan dengan dengan sumber protien dan lemak.
Separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...