Selalunya, boleh naik ‘syeikhhh’ kalau lelaki bincangkan topik nak tambah isteri. Kononnya, ikut sunnah, boleh berlaku adil dan mampu.
Tak tahu apa ada dalam fikiran lelaki dan apa yang tak cukup lagi dengan isteri yang ada. Tapi, kalau dah ketentuan dan jodohnya, terima dengan redha buat isteri pertama dan suami jangan sesekali abaikan tanggungjawab.
Peliknya, ada juga lelaki yang rasa diri tak mampu tapi bukan main kecoh lagi nak tambah isteri. Kalau yang ada pun tak mampu baik tak payah.
Jadi, bagi lelaki yang berangan nak kahwin seorang lagi, cuba faham betul-betul pesanan ringkas dari Latifah Mohamad ini. Kalau mampu teruskan, jika tak bersyukurlah dengan isteri yang ada sekarang ini.
Nak Tambah Isteri, Lihat Kemampuan Diri, Jangan Munafik
Lelaki yang berhasrat atau bercita-cita untuk kahwin sorang lagi, fahami dulu beberapa pesanan ringkas ini.
1. Jangan sesekali sebut sebab kamu nak poligami tu kerana kelemahan isteri pertama. Tak pandai masaklah, tak pandai melayanlah, tak rajinlah, pemalaslah, degillah bla..bla…Nanti setepek kena kat muka kamu balik tuduhan itu. Dah beranak pinak baru perasan ke semua gejala yang kau sebut tu? Lebih baik kamu mengaku saja memang kamu gatal ke, tergoda ke, terjatuh cinta ke…tak lah nak marah sangat .
2. Jangan ungkit segala kesalahan isteri, sebab dalam tangan isteri ada 1001 kesalahan suaminya yang dia simpankan termasuklah dengkur kamu, kepam kamu, kentut kamu, pelahap kamu, semua…semua…nak cerita hal bini, cermin dulu hal kamu sendiri.
3. Dah nikah tu, jangan dah rasa pemenang lalu rasa masalah kamu pun berakhir. Sebenarnya masalah kamu baru bermula ok!
4. Kalau masih sayang isteri pertama, pujuklah dengan baik bukan hanya tayang kamu dengan isteri baru saja. Waktu tu hati wanita mana yang tak hancur. Berusahalah dan bersabar untuk menjahit semula perasaan isteri. Ajaklah bercuti, beli sebuah kereta mustag ke, beli emas sekilo atau jet peribadi ke. Tak kisahlah mana-mana yang kau mampu.
Ads
5. Berlaku adil. Jangan perasan yang kamu tu bagus dah. Sentiasa muhasabah diri sendiri dan jangan terlalu cenderung kepada yang kamu sukai lalu meninggalkan yang kamu tidak cintai.
6. Berhati hati setiap kata, setiap tindakan. Jangan salah sebut, jangan tersalah panggil, jangan terlupa tarikh, jangan tersasul apa apa kata yang sensitif, kadang hanya satu perkataan pun perang nuklear boleh meletus.
7. Semakin banyak bilangan isteri semakin berat tanggung jawab, amanah dan tugas. Semakin mudah kakimu terhumban di sirat. Kalau rasa tak mampu baik tak payah. Kalau rasa mampu mudah mudahan kamu berbahagia hingga jannah!.
Yang penting jangan suka PERASAN.
Perasan adil, perasan ikut sunnah, perasan mampu, perasan baik tapi sebenar hakikat?! Kalau betul, alhamdulillah. Kalau temberang, kamu memang munafik!
Ads
Mingguan Wanita : Ada lelaki, sanggup kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri. Itu lagi bahaya.
Hebat tak hebatnya seorang isteri, bila berjaya menukar setiap belian rokok suami menjadi simpanan masa depan yang berguna untuk dirinya.
Caranya, suri ini Haryanee Arahim Ayang membuat perjanjian dengan suaminya, Aziyan Surip. Bagaimana setiap pembelian sekotak rokok membolehkan dia memperoleh simpanan dengan harga yang sama dengan sekotak rokok yang dibeli suami.
Saranan Suri Hebat Ini
Hari ni aku buat satu perjanjian dengan cek somi Aziyan Surip.
Di mana aku bertanya, “Adakah dia membeli rokok setiap hari?”
Dia kata, “Ye..sehari sekotak.”
Sebaik mendapat tahu suaminya telah membuat pembelian sekotak rokok sehari. Cuba lihat apakah tindakan beliau.
Ok.. Perjanjiannya, Setiap kali dia beli rokok. Contoh harga rokok sekotak RM5. Jadi RM5 juga dia kena berikan kepada si isteri ye. Kalau kata beli 2 kotak RM10. Pun juga kena bagi si isteri RM10. Jangan ngelat ye…
Kalau kata tak cukup nak bagi si istri tapi hanya cukup untuk beli rokok..uppppsss tak boleh skip. Tak ada bahagian isteri maknanya tak ada juga rokok dibeli.
Ini Isteri Kena Perhati
Kita tengok hasilnya nanti dalam masa sebulan. Hasil bahagian isteri jangan diusik. Pandai-pandailah si isteri nak buat apa dengan duit tu ye.
Ok sekarang cek somi setuju. Janji ye jangan tipu.Hari-hari akan ku cek rokoknya. Bukan apa mengelak daripada dia mengelat…Hahaaaa…
Perjanjian Berkuat kuasa
Mulai 25/7/2017
Kalaulah ramai isteri berani dan tegas boleh buat perjanjian setiap belian rokok suami ditukar kepada simpanan, tentu-tentu dah kaya raya suri-suri satu Malaysia ni.
Tip kumpul duit mungkin dianggap agak susah, maklum sahaja, bila kumpul ada saja duit yang nak digunakan. Kiranya tak istiqamah dalam simpan duti tabung, mesti ada yang ‘bocor’.
Namun, kalau kita memang niat untuk dapatkan sesuatu, sudah mestinya kita akan lakukan bersungguh-sungguh dalam tip kumpul duit tabung. Nak dapatkan duit secara serentak mungkin boleh menyebabkan kita pula ‘sesak’ pada tengah-tengah bulan
Jadi, Mohd Azrin Roslan, ada beri tip untuk semua dalam mencukupkan duit tabung sebanyak RM200 dalam masa 20 hari. Paling penting, kena buat jadual menabung supaya kita tidak culas.
Kita boleh guna teknik old skool yang masih lagi boleh diterima pakai sehingga hari ini.
Carilah tabung untuk menabung. Buatkan jadual menabung untuk 20 hari.
Saya buat jadual 20 hari bekerja kerana tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.
Setiap hari saya akan simpan duit not merah RM10 atau asing duit sebanyak RM10 ke dalam tabung.
Tanda pada jadual menabung setiap hari dan setiap kali masukkan duit ke dalam tabung.
Kenapa perlu tanda untuk membina momentum menabung. Setiap kali kita melihat progress menabung pada jadual menabung, kita akan rasa lebih bersemangat nak capai jumlah terkumpul RM200 dalam masa 20 hari.
Insya Allah, ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk memaksa diri menabung.
Kena Ada Pantang Larang Menabung
Anggaplah tabung ini sebagai ‘Forgotten Saving’ atau ‘Tabung Bunian’.
Pantang larang menabung. Setiap kali menabung jangan sekali-kali teringin nak intai-intai jumlah terkumpul.
Kalau tidak duit yang terkumpul akan lesap. Ingat tau.
Sekarang ini ramai yang Work From Home (WFH) semasa pelakasanaan PKP.
Duit yang belanja minyak, tol, parking dan makan tak dibelanjakan semasa WFH tentu boleh dimasukkan ke tabung ini.
Bagi yang berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga. Boleh asingkan duit keuntungan ke dalam tabung ini.
Tak banyak pun asingkan. RM10 saja.
Dalam masa 12 bulan akan terkumpul sebanyak RM2, 400. Inilah hasil usaha menabung secara konsisten.
Semoga kalian dapat menabung dengan jayanya.
Sekarang tak mustahil nak tukar duit tabung yang dikumpul ke dalam bentuk gram emas.
MW: Pantang larang yang patut diamalkan, jangan sesekali intai atau kira duit tabung. Mahunya, bila sekali ambil, akan jadi berkali-kali nanti.
Hari ini genap setahun usia Siti Aafiyah Khalid, anak penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bukan jangka masa yang singkat, 12 tahun Siti menanti kehadiran ‘Aafiyah anak ibu’.
Itu panggilan manja Siti untuk Aafiyah. Menjadi tular selepas dipopularkan oleh Sherry Alhadad.
Dalam instagram miliknya, Siti menitipkan doa untuk puteri kesayangannya ini. “Hari ini 19.3.2019.. setahun yang lalu pada tarikh yang sama , permata hati ayah ibu iaitu Siti Aafiyah Khalid dilahirkan.”
“Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui betapa syukurnya ibu ,Ayah serta semua yang mendoakan ibu selama ini.”
Doa Ibu Setiap Saat Untuk Aafiyah – Siti Nurhaliza
“Menantimu suatu kesabaran yang sangat tinggi.”
“Doa ibu dan Ayah , Siti Aafiyah menjadi anak yang soleha, baik budi, sopan, berilmu,berprinsip , kuat jadi diri, hormat orang , bak kata semua yang baik buat anakku.. namun, sebagai manusia dikau pasti tidak lepas dari kesilapan.
“Tak mengapa.. ibu ayah akan menegurmu, mendidikmu.. abang abangmu akan menjagamu.. keluarga & orang sekeliling akan mengingatkanmu & Allah SWT sentiasa disisimu sayang.”
“Semakin dikau membesar, semakin banyak ibu lihat diri ibu pada mu.. tak kurang ada juga senyuman nakal & perangai Ayah pada dirimu..”
“Aafiyah.. jadilah insan yang bermanafaat kepada insan lain yang memerlukan & ingat. Sentiasa merendah diri serta hormat ibubapa & orang sekeliling.”
“Kerana tinggi darjat seseorang itu kerana dia meninggikan darjat orang lain. Doa ibu setiap saat untuk Aafiyah.. ‘Allahumma inni As aluka Al A’afiya’.”
Penuh warna warni majlis meraikan hari jadi Siti Aafiyah yang bertemakan karnival dan taman permainan.
Sebagai lambang kasih sayang Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terhadap Aafiyah yang comel itu.
MW : Semoga Aafiyah yang semakin comel ini akan mengikut jejak langkah ibunya yang penuh santun dan tinggi akhlaknya, walaupun telah berjaya di kedudukan yang teratas.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.