Ketika ini beberapa negeri di dalam negara terkesan dengan dugaan bencana banjir. Namun demikian, meskipun dalam keadaan ditimpa musibah ini, beberapa perkara dan persoalan terutamanya melibatkan ibadah dan hukum perlu diambil tahu sebagai panduan kita. Baik untuk mangsa-mangsa mahupun para petugas dan sukarelawan banjir yang terlibat.Lebih-lebih lagi berkaitan kewajipan solat.
Boleh rujuk perkongsian ini sebagai panduan.
Fiqh Banjir – Panduan Ibadah Musim Banjir
Moga bermanfaat buat mangsa banjir yang terkesan.
1. Berwuduk
Air banjir boleh dikira air mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. Tapi yang sunat macam berkumur dan masukkan air dalam hidung tak perlu. Kalau ada najis atau bangkai yang berdekatan air tersebut, boleh guna air yang jauh sikit dari tempat tu.
2. Beristinjak
Air banjir juga boleh digunakan untuk beristinjak. Jika ada benda-benda kesat seperti tisu, kertas dan kain, ia juga boleh digunakan. Benda yang tak boleh guna ialah najis seperti tahi kering atau benda-benda yang dihormati macam makanan.
3. Tayammum
Kalau pusat penempatan banjir terputus bekalan air atau air tu cukup untuk minum je, boleh tayammum. Mangsa banjir yang sakit dan tak boleh guna air pun boleh tayammum. Kalau susah dapat debu tanah, boleh tepuk debu yang ada dekat dinding, cermin, meja atau tempat-tempat lain.
4. Wajib Solat Jumaat
Solat Jumaat wajib untuk lelaki. Kalau ada masjid dan surau yang dekat dan tiada halangan, kena solat kat sana. Kalau ada halangan, pusat pemindahan banjir kena hubungi Jabatan Mufti supaya luluskan solat Jumaat dekat pusat tu.
5. Solat Jamak
Masa banjir, mangsa atau petugas banjir boleh solat jamak ketika situasi mendesak macam selamat diri dan juga harta. Kalau sempat jamak taqdim sebab dulu sebab takut ada kesukaran nak jamak takhir, maka digalakkan untuk solat jamak taqdim.
6.Penempatan Diasingkan
Aurat wajib tutup bagi lelaki dan perempuan. Kalau darurat syarie, boleh bersentuhan antara bukan mahram sekadar perlu je. Penempatan mangsa banjir yang bujang perlu diasingkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Ads
7. Pelihara Aurat
Yang berkeluarga boleh letak di tempat yang terpelihara aurat mereka. Boleh guna langsir, khemah atau pemisah yang lain. Mangsa atau petugas banjir kena jaga pergaulan antara bukan mahram dan tidak berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.
8. Mandikan Mayat
Dalam situasi banjir, air banjir boleh digunakan untuk mandikan mayat. Yang mandikan jenazah kena yang sama jantina. Kalau pusat pemindahan tak ada air atau air hanya cukup untuk minum saja, boleh tayammumkan mayat bagi ganti mandi jenazah. Kalau tayammum pun tak boleh, terus solat.
9. Yang kafankan jenazah pun kena yang sama jantina. Kalau tak ada kain yang mencukupi atau warna putih, boleh guna sekadar yang mampu untuk tutup jenazah. Selepas itu wajib disolatkan dan dikebumikan dekat tanah perkuburan yang disediakan pihak berkuasa.
10. Darurat Syarie
Tak boleh ambil harta orang lain tanpa dibenarkan pemiliknya. Kalau dalam darurat syarie, makanan atau barang yang dimakan dan diambil sekadar untuk terus hidup, mesti diganti semula atau dibayar harganya jika diketahui pemiliknya.
11. Jika pemiliknya tak diketahui lepas dicari dengan bersungguh-sungguh, kena usaha hebahkan. Kemudian dia kena sedekah harga anggaran makanan atau barang yang diambil itu. Kalau pemiliknya dijumpai lepas tu, kena ganti semula atau bayar harga mengikut budi bicara pemiliknya.
12. Barang Mudah Rosak/Susut Nilai
Barang yang kita jumpa waktu banjir ni kita boleh bahagi kepada dua jenis. Pertamanya yang mudah rosak atau susut nilai macam makanan yang dah dimasak dan lain-lain. Yang ni boleh dimakan atau dimanfaatkan. Tapi kalau pemilik tuntut dengan bukti, kena ganti semula atau bayar ikut budi bicara.
Ads
13. Barang Tak Mudah Rosak
Yang keduanya barangan yang tak mudah rosak macam jam, barang kemas dll. Yang ni kalau dijumpai boleh ambil/simpan untuk tujuan jaga barang tu dan iklankan selama setahun sedaya upaya.
14. Lepas setahun, barangan tu boleh dimanfaatkan oleh orang yang jumpa. Tapi kalau pemilik asal tuntut samada sebelum atau selepas setahun, kena berikan semula kepada pemilik asal. Pusat penempatan banjir boleh buat inisiatif tabung atau kaunter uruskan barang luqatah (lost & found).
15. Pakaian Terkena Lumpur
Oh ya, tentang solat tadi lupa nak tambah pasal boleh tak solat dengan pakaian yang terkena lumpur. Jawapannya boleh sebab lumpur bukan najis.
16. Solat Wajib Berdiri Kalau Mampu
Satu lagi solat dalam keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang sempurna.
17. Harus Dapat Zakat
Last sekali, boleh tak bagi zakat kepada mangsa banjir? Harus sebab mereka dikira dalam golongan al-Gharimin iaitu orang yang terkena mudarat/bencana yang menyebabkan harta mereka musnah.
Untuk bacaan lanjut, boleh dowload aplikasi Fiqh Banjir (FIBA)di PlayStore.
Ads
Moga bermanfaat buat semua.
Rujukan:
Fiqh Banjir oleh INFAD, iFFAH & USIM
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan dan rujukan ketika ramai yang berdepan dengan dugaan bencana banjir ketika ini. Walapun ditimpan musibah, kewajipan menunaikan solat tetap perlu diutamakan.
Dunia sekarang ini, semuanya di hujung jari. Apa saja kisah kita mahu saja dikongsikan di media sosial. Mungkin ada yang memuji terutamanya kawan-kawan rapat dan tak mustahil dalam diam orang akan membenci.
Sebab itulah, tiap kali kita up gambar di media sosial kena hati-hati. Mungkin dalam memuji itu ada bencinya. Kita tak tahu hati masing-masing.
Sebenarnya, kita kongsikan di media sosial bukan minta untuk dipuji atau orang memuji. Sekaar untuk berkongsi kebahagiaan. Tap itulah, kita tak tahu penyakit ‘ain ini boleh berlaku pada sesiapa yang melihatnya.
Jadi, kita kena hati-hati dengan perkara ini. Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan Adli ini tentang penyakit ‘ain.
Suami-Isteri, Saudara-Saudari, Jaga-Jaga Dengan Penyakit ‘Ain!
Penyakit Ain (memandang atau renungan tajam dengan penuh kebencian sehingga menyebabkan kemudaratan) memang wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
Menurut Ibnu Abbas r.a., pandangan mata yang tidak dikawal oleh seseorang yang memiliki pengaruh boleh mendatangkan bahaya.
Musyrikin Mekah pernah menggunakan seorang lelaki yang terkenal mempunyai pandangan mata yang berpengaruh untuk menganiaya Nabi Muhammad s.a.w. Lelaki itu dikatakan berasal dari keturunan Asad berupaya memudaratkan makhluk seperti unta hanya dengan menggunakan pandangannya.
Biasanya, lelaki ini akan menahan diri daripada makan dan minum selama tiga hari, lalu pada hari berikutnya beliau akan merenung unta dengan kekuatan yang ada pada matanya sehingga menyebabkan unta itu mati di tempat kejadian. Beliau juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Nabi Muhammad s.a.w., namun Allah SWT memelihara Baginda sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Maidah ayat 67, “Allah jualah yang akan memeliharamu (daripada kejahatan)….”
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad beliau, daripada Abu Umamah bin Sahl bin Hanif r.a. bahawa bapanya pernah pergi bersama Rasulullah s.a.w. menuju ke Mekah hinggakan mereka melalui sebuah aliran air di Khazzar berdekatan dengan Juhfah. Sahl bin Hanif telah mandi dan dia merupakan seorang lelaki berkulit putih yang cantik fizikalnya.
Amir bin Rabi’ah, saudara kepada bani ‘Adi bin Ka’ab melihatnya ketika sedang mandi. Maka diapun berkata, “Tidak ada yang kulihat sepertinya hari ini, tidak sedikitpun kulit yang ditutupi”.
Kata-katanya itu mengakibatkan Sahl terjatuh ke dalam air dan kelihatan gelembung udara dari dalam air tempat dia mandi (menunjukkan bahawa dia telah tenggelam dan lemas).
Aku telah memanggilnya sebanyak tiga kali namun tetap tiada jawapan. Aku segera mendapatkan Nabi s.a.w. dan memberitahu tentang kejadian itu. Baginda bersegera ke tempat kejadian dan aku dapat melihat betis Nabi yang putih.
Kemudian Baginda memukul dada Sahl yang pengsan lalu berdoa, “Ya Allah selamatkan dia daripada panasnya, dinginnya, dan rasa sakitnya (penyakit disebabkan ‘ain)”.
Lantas Baginda bangun lalu bersabda, “Jika seseorang kalian melihat pada saudaranya atau pada dirinya atau daripada hartanya sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya, kerana sesungguhnya ‘ain itu benar!” (Riwayat Ahmad)
Amalkan Doa Ini
1) Sihir seperti ‘ain ini memang benar wujud, namun kita wajib beriktikad bahawa semua itu tidak dapat menandingi kekuasaan Allah. Allah jualah yang Maha Hebat.
2) Nabi mengajarkan kita agar sentiasa mendoakan keberkatan saudara Muslimnya yang lain. Ini sekaligus dapat mengikis sifat dengki dalam hati manusia. Bila kita melihat kecantikan dan kelebihan orang lain, ucaplah Ma Shaa Allah TabarakAllah. Mudah-mudahan dia tidak terkena ‘ain. Begitu juga, apabila melihat apa sahaja yang cantik pada pandangan mata kita, baik binatang, tumbuh-tumbuhan, harta benda, terlebih dahulu ucapkanlah Ma Shaa Allah TabarakAllah.
3) Berhati-hati bila nak up gambar kita di media sosial, tambahan pula hari ini zaman ‘selfie’, takut-takut kita terkena penyakit ‘ain kerana ramai yang memuji dan mungkin ada yang membenci. Maka berpada-padalah! Sebelum post apa-apa, betulkan niat dan ucaplah istighfar agar dipelihara Allah.
4) Selalulah amalkan doa ini, أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
(Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada setiap Syaitan, binatang berbisa, dan daripada ain yang membahayakan)
#jiwatenang
Mingguan Wanita : Moga ia menjadi panduan untuk kita semua. Berpada-pada bila berkongsi di media sosial.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ada benarnya setiap orang akan diberikan ujian yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan mereka. Setiap ujian yang diberikan pula tak sama. Sama ada kita perasan atau tidak, seringkali kita duji dengan benda yang paling kita lemah. Ia untuk menguji keimanan kita untuk terus taat pada setiap perintah dan suruhannya.
Mungkin, ada sahabat ni, bab tutup aurat ni dia memang dah sempurna, pakai tudung labuh semua. Tapi, jangan sesekali ingat diri dia dah sempurna.Mungkin dia tak lemah bab aurat. Tapi, dia lemah bab “REDHA”. Maka di situ Allah uji, anak sakit, diri sakit, ipar duai problem, suami problem. Ujian ini pula datangnya berkali-kali pula.Ye, selagi dia belum BELAJAR REDHA.
Mungkin, ada sahabat ni, bab tutup aurat ni dia juga sempurna, pakai tudung labuh semua. Tapi, belum tentu semuanya dah sempurna. Mungkin dia tak lemah bab aurat. Tapi, dia lemah bab “BERBAHASA”. Bicaranya sering membuatkan insan sekeliling TERLUKA dan menjeruk rasa. Maka mungkin atas sebab itu dia diuji, sakit yang berulang-ulang, rumahtangga dirasakan tidak bahagia, sedih..resah gelisah.
Bersihkan Hati Dengan Zikir Dan Al quran
Sungguhpun kifarah itu penghapus dosa dan menaikkan darjat, tapi dosa yang sama jangan diulang lagi. Sahabat, apa yang diucap itu cerminan hati. Bersihkan hati dengan zikir dan al quran. InsyaAllah lidah terpelihara..hidup lebih sejahtera.
Mungkin, ada sahabat ni, bab akhlak semua dia okay. Akhlak baik, sopan, peramah.Tapi, bab tutup aurat pula dia lemah. Maka di situ Allah uji bila perhiasan dunia ini dinampakkan indah di matanya. Bertudung tapi pakai baju nampak bentuk badan…Bertudung tapi kadang-kadang pakai baju lengan pendek. Bertudung… tapi sering aurat lain terbuka.
Sayangnyaaaa….akhlak yang dah cantik itu tidak didakapi syariat Allah sepenuhnya. Semoga dia sedar, seindah perhiasan adalah wanita solehah. Semoga dalam ketetapan takdirnya dia akhirnya berubah menjadi wanita yang dicemburui bidadari syurga.
Saya yang bercakap ni pun takde lah sempurna mana. Saya juga ada kelemahan. Ada aib yang Allah tutup.
Tapi saya sedar, setiap orang ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain. Kita mampu buat perkara tu kerana ITU bukan kelemahan kita!
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling KITA LEMAH.
Saya sering berdoa dan mengharapkan, agar apa yang saya selalu sampaikan pada orang lain dapat saya amalkan dan perbetulkan diri.
Dan saya sangat-sangat berdoa dan mengharapkan, agar saya tidak diuji dengan kesempatan untuk dapat melakukan maksiat walaupun tanpa pengetahuan orang lain.
CikguShainiRazali
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Banyakkan berdoa agar kita diberikan kekuatan dan berjaya menangani setiap ujian yang diberikan.
Hidayah itu milik Allah, namun ia perlu dicari dan bukan dinanti. Malah hidayah juga datang dalam pelbagai cara seperti yang dilalui oleh Nur Amira Ann Lee Abdullah, 32 tahun. Bermula dengan rasa ingin tahu yang mendalam tentang Islam membuatkan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan mulai mendekati agama Islam.
Di fikiran Nur Amira adalah lebih baik dia mencari ustaz atau orang yang lebih arif untuk mengetahui tentang agama Islam. Oleh itu, dirinya mengambil keputusan untuk ke Pusat Islam. Rezekinya barangkali, dia diajak untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pusat Islam kepada saudara baru dalam tempoh lima hari.
“Walaupun pada awalnya saya kurang percaya untuk ikuti kursus tersebut kerana ketika itu masih belum bergelar muslim, tetapi segalanya ada hikmahnya. Selepas tiga hari menjalani kursus tersebut, saya telah mengetahui pelbagai perkara tentang Islam. Saya banyak bertanya itu dan ini tentang apa yang sangsi tentang Islam.
“Segala kekeliruan saya mulai terjawab, sepatutnya pada hari keempat saya perlu bekerja keranasaya hanya mengambil cuti selama tiga hari sahaja. Oleh kerana rasa ingin tahu dan keseronokan dengan ilmu baru saya dapat, saya habiskan kursus selama lima hari itu.
“Selepas seminggu, saya ambil keputusan untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Memang terlalu cepat, tetapi apa yang saya takut ketika itu jika saya berlengah lagi, saya tak sempat peluk Islam bagaimana pula nasib saya,” ungkapnya yang memeluk Islam pada 18 November 2009 ketika berusia 22 tahun.
Respon Keluarga
Sesungguhnya bukan mudah buat Amira untuk menerangkan tentang niatnya untuk memeluk agama Islam kepada ahli keluarga terutamanya ibu tercinta. Apatah lagi Amira merupakan anak “mak” dan dia sangat rapat dengan ibunya. Segala-galanya dia berkongsi dengan ibu, jadi apabila ibunya tidak merestui keputusan membuatkan Amira jadi pilu.
Menurutnya, seumur hidup dia tidak pernah mengingkari perintah atau arahan ibunya tetapi saat memeluk agama Islam, dia terpaksa melukakan hati ibunya yang sangat dia sayangi.
“Saya memang sendirian ke pejabat agama Islam untuk mengucap syahadah. Sebelum saya keluar rumah, saya beritahu perkara sebenar dan ibu saya terus menangis. Saya juga sedih kecilkan hati mak ketika itu tetapi saya terpaksa juga lakukan tindakan ini kerana percaya tindakan saya betul.
“Saya juga terangkan kepada mak bahawa Islam bukanlah apa yang kami fikirkan selama ini. Saya janji dengan mak yang saya memang tidak akan berubah, saya tetap anaknya. Cuma agama sahaja yang berubah.
“Tidak dinafikan pada peringkat permulaan, muncul beberapa masalah seperti isu makan, tempat solat dan mengenakan hijab. Ia memakan masa lapan tahun untuk saya terangkan agar mak faham dan tidak memandang serong tentang Islam. Ia bukan satu hal yang mudah buat saya,” jelasnya lagi.
Tambah Amira dugaan terbesar buatnya setelah bergelar seorang Muslimah adalah dalam mengenakan hijab. Kakaknya sendiri menyoal itu dan ini apabila dia perasan ada sahaja muslim yang tidak mengenakan hijab dan mengapa pula perlu berhijab padahal baru menganut Islam.
Dalam masa yang sama, Amira tahu betapa berdosanya dia jika tidak mengenakan hijab, akhirnya Amira tekad mengenakan hijab setelah menerangkan bahawa apa yang Amira lakukan adalah menurut ajaran Islam dan bukannya mengikut orang.
Belajar Agama
Menurut Pensyarah di Admal Aviation College ini lagi, setelah mengucapkan syahadah, dirinya telah mengikuti pelbagai kelas untuk mendalami ilmu agama antaranya kelas fardhu ain, bengkel solat, bengkel menguruskan jenazah yang dianjurkan untuk saudara baru oleh Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan.
“Masa awal-awal dahulu, saya memang banyak ikuti kelas yang dianjurkan, maklumlah banyak perkara yang masih saya jahil serta tidak tahu. Alhamdulillah kini hanya sesekali saya mengikuti majlis agama kerana semua kelas asas telah saya ikuti.
“Sudah tentu, menjadi harapan terbesar saya untuk melihat salah seorang ahli keluarga saya mengikut jejak langkah saya menganut agama Islam terutamanya mak saya. Setiap hari saya pasti berdoa dan saya juga harapkan semua pembaca Mingguan Wanita mendoakan ibu saya mendapat hidayah.
“Selain itu, harapan untuk diri saya untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik. Saya juga tanam niat untuk menjadi lebih baik dari semalam. Dalam masa yang sama, saya memasang impian untuk melahirkan pendakwah satu hari nanti yang mampu berbahasa mandarin bagi memudahkan kefahaman di kalangan bangsa Cina tentang Islam.
“Oleh sebab itu saya dengan bantuan rakan baik saya membuka tadika Islam Mindacerah Mandarin untuk melatih khalifah kecil dalam berbahasa Mandarin dan suatu hari mereka mampu berdakwah dalam bahasa Mandarin,” ungkapnya Amira satu-persatu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!