Popia Sira Sambal memang sedap dan antar kuih yang menjadi kegemaran ramai. Namun nak buat Popia Sira Sambal yang kekal rangup dan berkilat cantik ada caranya. Bukan apa, jika salah teknik ia mudah lemau dan lembik. Mak-mak boleh cuba resipi Popia Sira Sambal yang dibuat niaga oleh Puan NoraFiza Kamarin ini. Tip dan panduan lengkap turut disertakan sebagai panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Siape peminat popia sira sambal? Saya suka buat je tapi bukan kuih feveret saya.Inilah antara kuih yang paling laku laris customer saya selalu order.”
“Inti saya guna sengkuang+lobak+udang geragau sahaja.Nampak mudah cara dan bahan-bahannya tapi hakikatny kalau salah cara buatnya tak kan lama jadi rangup dan lembik selepas disira.”
“Salah satu kuih yang simple tapi perlu teknik sira yang betul.Siapa-siapa pakar buat popia sira ni boleh tak kongsikn tips dan teknik anda untuk kita sama-sama belajar. Lain orang lain carannya kan.Saya kongsikan cara dan resepi popia sira saya ye.”
Bahan-Bahan Utama:(Inti sayur)
1 pack Kulit popia/50pcs
1 biji Sengkuang(size sederhana)
3 biji lobak(size sederhana)
Udang geragau (2 sudu besar)
Sedikit serbuk perasa
Cara Membuat:
1.Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.
2.Tumis bahan-bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak. Masak agak bahan-bahan layu sahaja.
3.Kemudian toskan dan sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak,sengkuang tadi kering. Kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantek dan tak rangup. 4.Bahan inti dah kering dan sejuk boleh start menggulung.
5.Gulung jangan terlalu ketat atau padat ye.Inti pun jangan terlalu banyak..sedang-sedang je supaya popia tak lemau atau lembik bila sejuk.
.
Ads
Ads
6.Lekatkn dengan air je pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
Ads
7.Habis menggulung semua popia boleh goreng garing-garing dengan api yang sederhana.
8.Toskan popia goreng bagi suam-suam atau sejuk sebelum disira.
Bahan-Bahan Sambal Sira:(untuk 50pcs)
5 sudu besar cili kisar (10tangkai Cili kering + 1/2 labu bawang putih+air sikit paras-paras bahan sahaja/blend halus)ambil 5 sudu besar je dari bahan yang di blend.
15 sudu besar @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
2 sudu besar Sos cili
1 sudu kecil perasa Cukup rasa
2 sudu besar Bijan
5 sudu besar/ sedikit minyak masak
Cara Membuat:
1.Tumis cili yang di blend hingga pecah minyak.
2.Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir,sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja, jangan pandai-pandai nak tambah air. Saya menyira memang takde guna air ye sebab cili kisar tadi dah ade air.
3.Gula memang guna lebih banyak dari cili ye.Itulah tips untuk bagi popia kekal rangup..sos cili pula untuk bagi nampak brkilat cantik hasilnya.
4.Dah pekat serta berbuih ganas tutup api bagi suam-suam.
5.Sambal dah suam terus masukkan popia gaul sampai rata.
6.Susun popia dalam dulang atau talam tapi jangan susun bertindan-tindan @ bertindih-tindih..kalau tak nanti popia tak kekal rangup..dah sejuk baru boleh susun dalam bekas. Selalunya lepas sira letak bawah kipas untuk bagi cepat sejuk.
Tip Ekstra!
#Bahan-bahan inti tu kalau nak letak bahan lain seperti ayam, daging, udang basah pun boleh.Ikut selera masing-masing, nak ganti sayur dengan kobis atau taugeh pun takde hal yang penting inti toskan bagi kering sedikit.Untuk meniaga akak guna bahan-bahan yang simple dan mudah sahaja sesuai dengan harga.
#JustShare cara saya
Sekian dari dapor kecik akak..Selamat Mencuba dengan jayanya.
MW: Begini rupanya cara untuk buat popia sira sambal yang kekal rangup dan sedap. Makan panas-panas memang sedap, mak-mak nak buat untuk berniaga pun boleh sangat.
Ada caranya untuk masak Daging Goreng Kunyit yang sedap, malah tetap lembut walaupun bukan daging bahagian batang pinang. Malah tak guna ‘pressure cooker’ pun daging tetap lembut, berjus dan manis.
Boleh cuba tip dan cara masak daging goreng kunyit seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummi Syuhada ini.
Daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang.Untuk perapan daging goreng kunyit ni boleh refer gambar. Tips ni sesuai yang tak guna pressure cooker.
1.Perap daging dengan bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serbuk kunyit.
2.Ni cara mudah untuk sahur. Daging perap tadi goreng sekejap dalam 5 minit bagi keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging.
3.Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup kuali. Masa bangun sahur tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur.
*Daging selama dia terperap dalam kuali tu dia melalui proses melembutkan urat-urat daging tu.Isi daging lebih juicy & manis.
3.Kemudian, goreng kentang dengan carrot dulu, baru bawang besar.
4.Goreng asing dulu supaya tak overcooked, daging dah masak baru campur dan gaul-gaul kejap.
5.Tabur sikit lada hitam.
6.Boleh letak sayur banyak-banyak seperti kacang buncis dan bunga kobis.
Info Ekstra!
Yang penting:-
Jangan masak masa dia masih beku dan sejuk.
Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi.
Kalau nak buat goreng-goreng atau masak kicap.. kena perap dulu dengan bawang putih,halia,rempah.
Gulai kari atau kurma. Masak sampai rempah tumisan pecah minyak. Masuk daging, ratakan dengan rempah guna api sederhana, masuk daun pandan.
Biar keluar air daging dan bagi dia sebati dengan rempah dulu. Tambah air sikit-sikit kalau kering sangat. Agak-agak daging dah mula tender baru tambah air lebih, santan + kentang. Masa ni dah boleh besarkan api.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak masak daging goreng kunyit yang sedap, tetap lembut walaupun tak guna bahagian daging batang pinang. Boleh cuba cara masak yang dikongsikan ini.
Mudah sangat rupanya mak-mak boleh buat tauhu kering atau fucuk sendiri di rumah. Hanya menggunakan air soya segar tanpa gula.Bukan apa, bila buat sendiri, lebih terjamin tahap kebersihannya, halal malah hilang segala keraguan dari segi cara pemprosesannya. Masak tumis air letak telur dan kentang pun dah cukup sedap!
Berikut perkongsian cara membuat tauhu kering ini oleh Zaujah Abu Syuhadah sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
1 Bungkus Air Soya Segar (tanpa gula)
1 Batang Chopstik
Cara Membuat:
1.Panaskan air soya segar didalam periuk. Gunakan api yang paling perlahan.
2.Biarkan air soya panas dan tidak perlu dikacau sehingga membentuk lapisan berkedut-kedut pada bahagian atas.
3.Apabila lapisan tersebut berwarna kekuningan, ambil pisau dan lalukan dikeliling tepi periuk bagi memudahkan lapisan diangkat nanti.
4.Selepas itu, ambil chopstik dan angkat lapisan tersebut dan tarik perlahan-lahan.
5.Jemur pada cahaya mata hari sehingga benar-benar kering.
Ayam masak kicap antara menu kegemaran anak-anak dan memang berselera bila makan lauk ni. Ada pelbagai resipi ayam masak kicap yang ada, namun cuba letak sikit perencah sup, memang lebih sedap rasanya.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Ida Radziini sebagai panduan;
Ada tak yang kalau buat Ayam Masak Kicap, akan letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cuba la buat, memang sedap rasa dia.
Resepi untuk 3/4 ekor ayam. Ini cara saya ye.
Bahan-Bahan:
*Bawang besar dihiris
*Bawang putih ditumbuk kasar
*Halia ditumbuk pecah je
*Serai sebatang dititik (pilihan, letak lagi sedap )
*1/2 sudu kecil serbuk sup ( saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan)
Cara Membuat:
1. Tumis semua bahan hingga naik bau, kemudian masuk kicap dan sedikit air (saya guna kicap lemak manis).
2. Dah menggelegak, masuk ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. Garam tak perlu sebab masa goreng ayam dah letak garam, kicap pun dah ada masinnya. Siap!
Simple aje resepi saya ni, tapi rasa insyaaAllah sedap.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...