Pengorbanan seorang ibu itu tidak ternilai, biarlah nyawa dipertaruhkan dan sanggup bertahan demi anak kesayangan. Selain kecanggihan teknologi perubatan yang digunakan dan kuasa tuhan, sebenarnya ‘semangat juang’ seorang ibu yang telah disahkan mati otak selama empat bulan, yang mampu beri kehidupan dan menyelamatkan nyawa bayinya didalam kandungan.
Lahirkan Bayi Menerusi Pembedahan Caesarean
Seorang bayi sihat dan selamat dilahirkan di Prague, Republik Czech oleh wanita yang mati otak selama hampir empat bulan. Proses kelahiran bayi perempuan itu dibuat menerusi prosedur pembedahan caesarean pada usia kehamilan 34 minggu pada bulan lalu, 117 hari selepas ibunya disahkan mati otak.
Ketua pakar bius, Roman Gal di Hospital Universiti di bandar Brno memaklumkan bayi seberat 2.13 kilogram itu adalah salah seorang bayi paling berat dan paling matang dilahirkan wanita yang berada dalam keadaan sedemikian.
Mengalami Pendarahan Kandungan 16 Minggu
Ibu bayi berkenaan disahkan mati otak selepas mengalami pendarahan pada April lalu ketika kandungannya berusia 16 minggu.
Ads
Doktor memastikan jantung, paru-paru, buah pinggang dan organ lain wanita itu terus berfungsi sambil memantau janin.
“Jururawat turut ‘berkomunikasi’ dengan fetus tersebut manakala neneknya sering membacakan kisah dongeng. Ahli terapi turut membantu menggerakkan kaki wanita itu untuk simulasi berjalan,” ujar Gal.
Ads
Sistem Sokongan Hayat Dimatikan
Difahamkan, sistem sokongan hayat wanita itu dimatikan sejurus anaknya dilahirkan. Bayi tersebut diberi ‘susu ibu’ oleh ibu saudaranya yang juga mempunyai anak.
Ads
Pada 2016, seorang bayi lelaki dilahirkan di Portugal oleh ibu yang mengalami keadaan sama.
MW: Kasihnya ibu tiada tandingannya. Sanggup bertahan dan berkorban nyawa demi anak kesayangan kekal hidup.
Baby Nishka, bayi empat bulan yang menderita kanser otak tahap empat ini menyentuh hati pelakon dan pengacara terkenal Elly Mazlein. Baby Nishka atau nama sebenarnya, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham tak mampu bersuara disebabkan penyakitnya itu.
Bersimpati dengan keadaan yang dialami baby Nishka, Elly Mazlein seru orang ramai membantu ibu dan ayah bayi berkenaan. Tulisnya di instagram,
“Mama sedih.. moga baby Nishka (kuat). Mari bantu apa yang mampu.”
Emosi Elly tersentuh apabila membaca kisah dari gambar throwback yang dikongsikan ibu baby Nishka, dalam instagram @kheriykhairiah_nishkaofficial
“Agak lama, kami amik masa untuk memberitahu semua keadaan baby Nishka yang sebenar. Orang kata setiap tutur yang keluar dari mulut ibu dan ayah adalah doa. So sedaya upaya kami cuba untuk tidak berkata dan mengucapkan benda yang buruk dan negatif tentang keadaan baby Nishka.
Seperti semua sedia maklum, baby Nishka sudah 4 bulan menjalani rawatan di HUSM. Sudah 4 kali tubuh kecil ini berjuang di katil pembedahan.. dicucuk.. dibedah sana sini untuk tujuan dan niat berubat.
Nak adik sihat. Rawatan kimo pun dah adik lalui untuk lawan kanser jahat dalam kepala adik.
Benar.. kita hanya merancang. Doktor hanya perantaraan.. doktor dah cuba sedaya upaya. Tapi Allah lebih tahu. Allah segalanya. Baby Nishka kini sudah memasuki zone paliatif care bermaksud tiada rawatan atau ubat untuk tujuan penyembuhan dalam kata mudah (angkat bendera putih) untuk kes baby Nishka.”
“Rawatan kimo (kemoterapi) yang diberikan tidak respond ke atas kanser baby nishka. Kanser dalam kepala baby Nishka semakin berkembang dan membesar sehingga kini baby Nishka tak dapat bernafas sendiri dan bergantung dengan bantuan mesin ventilator. Doktor sudah nak menghentikan merawat.. Allahu. Tapi mummy daddy merayu mintak teruskan rawatan. Doktor bagi 2 kali kimo lagi untuk adik (last).
Mummy daddy harap adik kuat dan kanser jahat tu boleh mengecut dan tak tekan saraf pernafasan adik. Sedih, pilu bila tengok keadaan baby Nishka yang kuat bertarung nyawa. Kadang-kadang kita manusia biasa belum tentu sekuat baby Nishka.
Doakan baby Nishka ya sempena malam Jumaat ni (ketika status dimuatnaik) agar Allah bantu kami, agar Allah buka jalan, agar Allah hantar seseorang untuk bantu kami menyelamatkan Nishka. Kami berharap, ada doktor, ada seseorang atau badan NGO yang boleh tolong kami untuk dapatkan second opinion atau jalan untuk teruskan rawatan.
Selagi terdaya kami nak usaha untuk selamatkan anak kami. Terima kasih atas segala bantuan, doa anda semua kepada baby Nishka. Budi baik anda hanya Allah sahaja yang mampu balas.”
Terbaru, ibu baby Nishka, Khairiah Kamarudin berkongsi perkembangan anaknya yang semakin positif.
“Alhamdulillah keadaan baby Nishka (di mata kami) nampk makin baik. Nampak baby Nishka selesa berada di wad sekarang. Doktor-doktor dan nurse-nurse semua sayang baby Nishka. Memberi lebih perhatian dan kasih lebih dari sekadar seorang patient.. terima kasih semua.
Betul-betul membuatkan kami rasa terharu dan mesra di sini. Keadaan baby untuk semalam dan hari ni, nampak baik. Nishka buka mata bila dipanggil or bila dicium dan ada respond bila dipegang kaki tangannya.. alhamdulillah.
Walau tak aktif, walau sekecil itu pergerakkan adik dan progress adik, dah cukup untuk buat mummy dan daddy gembira..
Insha Allah baby Nishka akan menjalani rawatan kimo dalam masa terdekat.”
“Mummy daddy harap adik kuat dan kanser tu boleh mengecut dan tak tekan saraf pernafasan adik.. Insha Allah.. adik jangan takut, Allah ada dik.. mummy daddy.. seluruh famili.. uncle aunty dari seluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia juga selalu doakan adik… (terima kasih semua).
Semua orang nak tengok adik sihat dan semua tak sabar nak peluk cium adik.
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat, saudara mara, uncle aunty dan seluruh rakyat Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia yang tak putus-putus mendoakan, memberi bantuan dan memberi semangat dan sering bertanya khabar baby Nishka. Jasa baik dan murni anda semua hanya Allah sahaja yang mampu balas.”
MW : Pembaca Mingguan Wanita yang mahu bantu Baby Nishka, boleh salurkan sumbangan anda ke :
Jiwa dalam filem tamil Raatchasi ini lain macam. Watak utamanya Lakonan Jyothika sebagai guru besar bernama Geetha Rani berjaya memukau anda dari minit pertama hingga tamat jalan cerita.
Bagaimana beliau, menjadi guru besar yang berdisiplin lagi tegas mengharungi liku cabaran membaik pulih sekolah kerajaan yang serba daif malah guru dan para pelajarnya berdepan masalah disiplin yang kronik.
Luar biasanya filem arahan S Gowthamraj ini hingga memukau Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Kerana jalan ceritanya menterjemahkan aspirasi yang beliau mahukan dalam pendidikan anak-anak di negara ini.
Salah satunya, ‘guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak murid.’ Melalui inisiatif Program Sarapan Percuma yang bukan sekadar pemberian makanan, sarapan pagi untuk anak-anak.
Tulis Dr Maszlee Malik di instagramnya,
Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.
Saya akan tulis artikel mengulas filem ini. Yang pasti, filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.
Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.
Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.
Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini.
tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita.
Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.
Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.
Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.
Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!
Selama beberapa hari, ingatan usahawan tudung terkenal, Mawar Karim tak dapat melupakan bayi Niskha. Atau nama sebenarnya, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham yang disahkan menderita kanser otak tahap empat pada usia empat bulan.
Lalu, rezekinya dipanjangkan untuk bertemu bayi itu dalam trip yang tak dirancang. Bergetar hati lihat derita bayi Nishka ini, yang mana sakitnya membuatkan si comel ini hilang penglihatan dan tak mampu bersuara.
Kongsi Mawar Karim,
“Unplanned trip to Kelantan.
“Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka, tabah menghadapi dugaan dan lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute , strong girl.
“Rezeki saya dapat berjumpa baby Nishka. Sejujurnya saya tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini. Asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik-baik rancang, Allah tentukan.
“Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang saya terus datang melawat.”
“Setiap ujian dihadapi berbeza-beza. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka.
“Saya sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan.
“Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan.
Untuk pembaca yang mahu turut serta memberikan sumbangan, membantu meringankan beban mak ayah bayi Niskha boleh salurkan ke:
No acc CIMB Bank : 7002814262 Khairiah bt Kamarudin
#pleaseshareforbabynishka #prayforbabynishka
Menurut laporan akhbar sebelum ini, bayi Niskha ini bukan saja alami kanser otak, malah bulan lalu disahkan menghidap penyakit kanser buah pinggang. Keadaan itu membuatkan dia tidak aktif dan perlu menggunakan alat bantuan untuk pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Bayi secomel ini sudah melalui empat kali pembedahan; dua di kepala dan dua di dada. Malah, turut lalui rawatan kemoterapi sebanyak dua kali.
Ibunya seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, Pulai Chondong dekat Machang dan ayahnya, Mohd Farham Che Ahmad, 36. Setiap hari mereka berulang-alik ke hospital untuk menjaga anaknya.