Pelan Pemakanan Untuk Penghidap Diabetes Jenis 2, Bantu Berpuasa Dengan Selamat!

Pelan Pemakanan Ramadan Diabetes Malaysia menghasilkan kajian klinikal berasaskan bukti yang pertama seumpamanya mengenai kesan terapi pemakanan berstruktur dengan formula khusus untuk diabetes, dalam pengurusan diabetes Jenis 2 semasa Ramadan. Kajian tersebut dijalankan semasa Ramadan tahun lalu.

Nestlé Health Science dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Joslin Diabetes Center, Harvard Medical School, Boston AS, baru-baru ini telah menerbitkan sebuah kajian klinikal yang membolehkan para penghidap diabetes Jenis 2 menunaikan ibadah puasa dengan selamat di sepanjang Ramadan.

Tabiat Makan Tidak Betul Boleh Akibatkan Komplikasi

Menurut Profesor Madya Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, penyelidik utama dari Universiti Putra Malaysia, tabiat makan yang tidak betul, serta kurangnya aktiviti fizikal semasa Ramadan menjadikan penghidap diabetes lebih berisiko untuk mengalami komplikasi.

Komplikasinya yang boleh dialami adalah seperti hipoglisemia (paras gula dalam darah rendah), hiperglisemia (paras gula dalam darah tinggi), ketoasidosis (menyebabkan darah berasid), dan dehidrasi.

Pelan Pemakanan Untuk Penghidap Diabetes Jenis 2, Bantu Berpuasa Dengan Selamat!
Profesor Madya Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, penyelidik utama dari Universiti Putra Malaysia

Peranan Terapi Pemakanan Perubatan atau Medical Nutritional Therapy (MNT) adalah penting semasa berpuasa, bukan sahaja untuk mencapai kawalan diabetes yang optimum tetapi turut membantu penghidap diabetes Jenis 2 yang berlebihan berat badan serta obes mengekalkan kawalan glisemik yang baik ketika berpuasa.

“Malah, Ramadan memberikan peluang yang ideal kepada para pesakit untuk menyalurkan tenaga serta disiplin yang diperlukan  bagi mematuhi keperluan MNT; ia kemudiannya, membantu mereka mengekalkan kawalan glisemik yang optimum selepas bulan puasa.”

IKLAN

Dapatkan Nasihat Pakar Perubatan

Pakar Runding Endokrinologi Hospital Putrajaya dan Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Dr. Zanariah Hussein menjelaskan berpuasa adalah pilihan peribadi.

Pelan Pemakanan Untuk Penghidap Diabetes Jenis 2, Bantu Berpuasa Dengan Selamat!
Dr Zanariah Hussein, Pakar Runding Endokrinologi Hospital Putrajaya dan Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS),

Tetapi, bagi mereka yang menghidap diabetes Jenis 2, pilihan itu tidak boleh dipandang ringan. Berpuasa boleh menyebabkan mereka yang menghidap diabetes berdepan dengan risiko yang lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital akibat kadar gula dalam darah rendah, atau kadar gula dalam darah tinggi.

“Penghidap diabetes dinasihati agar mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum berpuasa bagi menilai keadaan semasa mereka dan membincangkan apa yang perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko yang terlibat.”

IKLAN

Resipi Disusun Dan Diadun Rapi

Hasil kajian berkenaan telah dimuatkan ke dalam Pelan Menu Ramadan 14 Hari dan Buku Pendidikan Pesakit yang mengandungi pelan makanan dan snek sihat untuk sahur, berbuka serta moreh. Buku tersebut boleh dimuat turun secara PERCUMA di nestlehealthscience.my

Setiap resipi yang dipaparkan di dalam buku berkenaan telah disusun dan diadun rapi oleh Universiti Putra Malaysia agar sesuai dengan cita rasa tempatan, serta disediakan khusus bagi menyokong keperluan pemakanan dan sasaran kalori harian untuk penghidap diabetes semasa bulan puasa.

Pelan makanan yang dicadangkan menangani secara spesifik jumlah kalori yang disyorkan, dan perkadaran seimbang makro-nutrien yang diperlukan di antara waktu Berbuka hingga Sahur.

Bagi memastikan keperluan pemakanan khusus setiap individu dijaga, dan pelan pemakanan yang tepat dipilih, para penghidap diabetes disyorkan agar berunding dengan pakar pemakanan.

Tindakan berkenaan dapat mengelak hipoglisemia, dan mengurus kadar pengambilan karbohidrat seseorang individu itu dengan berkesan semasa makan bagi meminimumkan hiperglisemia pascaprandial (selepas makan) selepas Berbuka.

IKLAN

Formula Khusus Untuk Diabetes

Pegawai Eksekutif Perniagaan Berkelompok, Nestlé Health Science Malaysia, Singapura dan Indonesia, Maria Rica Mier berkata, kajian klinikal terkini yang diterajui oleh Universiti Putra Malaysia ini bukan sahaja praktikal.

Malah ia turut menawarkan syor pemakanan berasaskan bukti yang membolehkan penghidap diabetes Jenis 2 berpuasa dengan selamat di sepanjang Ramadan.

“Formula khusus untuk diabetes kami, NUTREN UNTUK DIABETIK® yang merupakan sebahagian daripada RBP terbukti amat penting dalam membantu para pesakit menguruskan kadar gula dalam darah mereka semasa Ramadan.” 

Baca ini juga: ini-7-panduan-makan-nasi-untuk-penderita-kencing-manis-ikut-saranan-saintis/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI