Gaya rambut Afro memiliki peminatnya yang tersendiri. Paling seronok apabila minat dan gaya ini dikongsi bersama anak tercinta. Anak-beranak ini tampil dengan gaya rambut Afro dan mereka tular di media sosial.

Sudah tentu rambut dengan gaya ini memerlukan disiplin dan penjagaan yang rapi agar rambut kekal sihat dan cantik pada kedudukannya. Patutlah rambut afro dua beranak ini kembang elok, Benny Harlem dan anaknya sanggup luangkan waktu untuk buat syampu sendiri.

Patutlah Rambut Afro Dua Beranak Kembang Elok, Buat Syampu Sendiri Rupanya

Anak Warisi Genetik Rambut

Di Washington, Benny Harlem bukan saja dikenali sebagai pendandan rambut paling berjaya yang terkenal di Instagram, tetapi dia juga pemegang World Guinness Records sebagai individu memiliki gaya rambut tertinggi di dunia dengan ketinggian 20.5 inci..

Sebenarnya, model lelaki berpangkalan di California itu menjadi terkenal pada 2016 ketika gambar gaya rambut Afro yang mengagumkan menjadi tular di media sosial.

IKLAN

Anak perempuannya, Jaxyn jelas mewarisi genetik rambutnya dengan beberapa gambar gaya rambut menarik menjadikan gadis itu turut popular di media sosial.

Patutlah Rambut Afro Dua Beranak Kembang Elok, Buat Syampu Sendiri Rupanya

Guna Syampu Sendiri

Portal Oddity Central melaporkan Harlem menjadi penyokong gaya rambut semula jadi dan menanamkan rasa cinta sama pada anak perempuannya sejak kecil.

IKLAN
Untuk memastikan rambut mereka sentiasa nampak segar, Harlem mendedahkan dua beranak itu menggunakan syampu yang dibuat sendiri menggunakan bahan semula jadi.

“Saya lihat rambut kita seperti tumbuhan. Sebahagian besar tumbuhan memerlukan bahan semula jadi untuk tumbuh dan terus hidup, dan sejujurnya, jiwa dan tubuh kita memerlukan perkara sama.

“Keluarga saya buat syampu sama seperti kami luangkan masa membuat makanan. Itu dinamakan disiplin,” katanya.

IKLAN

Patutlah Rambut Afro Dua Beranak Kembang Elok, Buat Syampu Sendiri Rupanya

 

MW: Tak kisahlah gaya rambut apa yang jadi ikutan, paling penting rambut harus disyampu bersih dan dijaga baik agar ia tidak berbau dan rosak. Betul tak?

Sumber: myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI