Nur Latifah Cherdiq Hanania, indahnya nama anak keenam Johan dan Ozlynn. Pemilihan nama yang indah dan unik ini rupa-rupanya sudah ada dalam simpanan pasangan suami isteri popular ini sejak tujuh tahun lalu.
Nur Latifah Cherdiq Hanania, Indahnya Nama Anak Keenam Johan & Ozlynn
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 39, yang kini masih dalam pantang selepas melahirkan anak keenam pada 3 September lalu kini dia dan suami cukup bahagia dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata.
Selain Ariq, rumah tangga mereka diserikan lima lagi permata hati iaitu Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru dilahirkan yang diberi nama Cherdiq.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania.. di hari Jumaat yang indah pada 3 sept.. nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu.. akhirnya dapat jugak kepada pemilik sebenar..
“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang merasa nikmat sekali lagi, bermata panda di malam hari.. berebut sape nak bergendong baby.. 3 putera dan 3 puteri.. akhirnya suami kata ok cukup takat ini.
Ads
Jangan Putus Asa, Bersangka Baik Dengan Allah
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki.. jangan putus asa.. sentiasa bersangka baik pada Allah..
“Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi.. tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian.. ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini.. membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya.. semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.. ujian kami.. kehilangan bonda tercinta,” luah Ozlynn.
Ads
Sumber/Sumber Foto : Instagram jozlynnhanania’s
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Vie Shantie laksana badal umrah buat arwah Siti Sarah, pemilik jenama fesyen Muslimah dan juga personaliti media sosial Vie Shantie Khan yang kini berada di Mekah berasa sangat bersyukur dapat menunaikan badal umrah buat Allahyarham Siti Sarah yang telah kembali ke ramahtullah sebulan lalu.
Bekas isteri kepada pelakon Eizlan Yusof itu menjelaskan bahawa meskipun tidak mengenali arwah Siti Sarah secara dekat, namun dia sering mengikuti perkembangan Allahyarhamah dan telah berniat untuk melakukan umrah setelah diberi kesempatan kelak.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Vie Shantie bersyukur dengan keizinan dari Allah SWT dia dapat melaksanakan niat murnianya itu.
“Umrah Badal
“Syukur Alhamdulillah, saya pun seperti kalian. Saya dan Arwah @sitisarahraissuddin @shuibsepahtu hanya mengenali each other cuma dari sosial media dan sebagai rakan celebrity.
“Tapi di akhir-akhir sebelum Allah SWT menjemputnya pulang, setiap hari saya akan mengikuti status perkembangan beliau disosial media.
“Hari-hari saya mendoakan dia disetiap waktu solat saya dengan penuh perasaan dan setulus ikhlas dari hati yang terdalam agar Allah SWT memberikan dia kesembuhan. Tapi ternyata Allah SWT lebih sayangkan dia melebihi kita semua.
“Hari ini, Allah SWT rezekikan kepada insan hebat ini ‘Badal Umrah’ melalui saya.
“Saya percaya tidaklah akan jatuh, walau sehelai rambutpun jika tidak dengan izin Allah. Walaupun sudah sebulan dia pergi meningalkan kita, tapi hari ini air mata mengalir deras mendoakan dia setulus ikhlas agar Allah menempatkan dia disyurga firdaus-Nya inshaa Allah.
“Disini juga, saya berbesar hati ingin melakukan sendiri UMRAH BADAL kepada 2-3 orang followers saya sebagi hadiah buat keluarga kalian yang telah pergi ke Rahmatullah. Tapi, SYARAT saya hanya satu.
“Kalian harus sertakan nama penuh ‘Arwah’ dan kenapa kalian nak saya buat Umrah mewakili kalian. Inshaa Allah. Sesiapapun kalian, apapun status kalian dan walaupun kita tidak saling mengenal tapi inshaa Allah saya akan memilih kalian dengan seadilnya.
“Saya percaya sesiapapun yang terpilih nanti, pasti itulah ketentuan yang sudah Allah SWT tetapkan. Please jangan DM saya ya, saya hanya buka diruang comment ini KHASNYA buat kalian, inshaa Allah. Semoga amal ibadah kita dirahmati Allah SWT sentiasa,” luah Vie Shanti yang cukup ikhlas.
Menerusi ruangan komen pada hantaran yang sama, suami kepada arwah Siti Sarah, Shuib berterima kasih kerana Vie Shantie sudi melakukan badal umrah buat isterinya.
“MasyaAllah,Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar,,Ya Allah terima kasih diatas badal umrahnya,Doa-doanya.Semoga Allah membalas segala kebaikan ini,semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabbal alamin,” tulis Shuib.
Vie Shantie terus membalas, “Saya hanya tergerak hati sebab ini sudah ketentuan dari Allah SWT but Arwah Sarah. Rezeki ke atas dirinya. Semoga Allah SWT menerima umrah ini dan mengangkat darjat Sarah disisi-NYA. Inshaa Allah”.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Vie Shantie
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
2 tahun tak berjumpa keluarga di Indonesia Tya Arifin reda. Begitulah luahan menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga pelakon yang berasal dari seberang, Tya Arifin.
Dek kerana pandemik Covid-19 sememangnya bukan mudah untuk merentas negara. Malah apabila disua tentang keluarga yang berada di Indonesia, Tya akui kerinduan terhadap mereka sungguh mendalam. Apatah lagi apabila hampir dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” ungkap Tya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Isteri kepada Asyraf Khalid yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa kini bergelar pengacara dan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Walaupun ada yang beranggapan pelbagai cabang seni seperti berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara namun Tya mengakui sebenarnya semasa di negara asalnya dia pernah menjadi penyampai radio. Cuma sebelum ini belum sempat berjinak jinak bergelar pengacara dan kini direalisasikan.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” jawabnya.
Sejak 14 Jun lalu program kendaliannya telah bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’. Malah paling membanggakan, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini juga membiasakan diri bekerja dari rumah.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Tya juga berasa bertuah kerana dapat mencungkil dan berkongsi kisah inspirasi dengan tetamu jemputan terkenal di Malaysia mahupun Indonesia. Malah dia juga pernah mengundang ibu mentua tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ibu mentuanya Tengku Zawiyah sebagai tetamu.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
Sumber Foto : Tya Arifin
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Moga syurga tempat remaja lelaki ini. Meskipun baru berusia 15 tahun, namun di anggap ‘wira negara’ kerana sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan dua orang jirannya. Sungguh murni sikap remaja ini yang sanggup berkorban nyawa dan melecur teruk untuk menyelamatkan orang lain wajar dijadikan inspirasi buat remaja lain.
Dalam kejadian berlaku di Iran ini, pihak kerajaan telah memberikan penghormatan atas kematian seorang remaja yang meninggal dunia kerana melecur teruk selepas menyelamatkan dua wanita jirannya yang terperangkap dalam kediaman mereka yang terbakar.
Ali Landi, 15, meninggal dunia semalam selepas dua minggu bertarung nyawa.
Media Iran melaporkan, Ali membantu kedua-dua wanita berkenaan menyelamatkan diri dan cuba mencampak silinder gas ke luar tingkap bagi menghalang api daripada terus marak.
Remaja berkenaan meninggal dunia kerana melecur 90 peratus, kata jurucakap hospital Emam Kazem di Isfahan di mana dia dipindahkan dari kampung halamannya di Izeh. Dua jiran yang diselamatkan adalah wanita berusia 80-an dan anak perempuannya, hanya mengalami luka luaran dalam kejadian yang berlaku 9 September lalu.
Warga Iran mengagumi keberanian remaja berkenaan dan menggesa Kementerian Pendidikan memasukkan kisah Ali dalam bahan pembelajaran di sekolah.
Kisah pengorbanan beliau juga menurut Presiden IRAN akan dimasukkan dalam bahan pembelajaran di sekolah supaya memberi inspirasi kepada generasi lain.
“Kematian tragis anak muda Ali Landi, seorang remaja yang bersemangat, sangat menyedihkan dan memilukan. Nama remaja yang berani dan bersemangat untuk menyelamatkan dua nyawa akan didaftarkan di kalangan wira negara ini,”
Presiden Iran, Ebrahim Raisi
Hari ini, gambar Ali yang sedang tersenyum menghiasi muka depan hampir kesemua akhbar utama Iran.
Sebuah video dikongsi di media sosial menyaksikan keranda yang membawa Ali dari hospital Isfahan diberi penghormatan oleh orang awam dengan iringan pancaragam tentera sebelum dikebumikan di kampung halamannya. – AFP
Mingguan Wanita:Selayaknya diberi penghormatan atas nilai murni dan sikap keberanian remaja ini. Semoga ditempatkan di syurga, atas asbab sanggup bertarung nyawa dan mengorbankan diri demi menyelamatkan orang lain.
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!