Perkahwinan bukan hanya untuk melunaskan tanggungjawab batin semata-mata. Kononnya dengan penuhi kehendak nafsu, ia boleh membuatkan pasangan bahagia dan tidak lagi berpaling pada orang lain. Jadinya, dengan cara begini ia boleh membantu mengikat kesetiaan suami untuk tidak berlaku curang pada isteri. Semuanya terletak pada hati.
Terlalu menjaga, baik atau bertanggungjawab pasangan pada rumah tangga, kalau ada orang lain yang datang menempel, tidak mustahil lama kelamaan perasaan setia dan kasih sayang itu akan terhakis.
Malah, bila pasangan berlaku curang, masih ada cara atau peluang untuk para isteri terutamanya meraih kesetiaan suami dan kembali bahagia seperti dulu. Semuanya bergantung pada hati.
Melalu perkongsian Diyana Tahir, Pakar Hubungan & Keintiman, peluang untuk kembalikan kesetiaan suami tetap ada apabila kita melakukan perkara mampu menggembirakan pasangan.
Kesetiaan Suami
Kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan merupakan salah satu punca utama perceraian Keadaan ini disebabkan oleh ruang kosong yang tercipta di antara anda dan suami. Mengapa ruang kosong boleh tercipta sedangkan masing-masing saling mencintai dan bukankah itu sebab utama anda dan suami bersetuju untuk membina mahligai bersama?
Di saat hadirnya orang ketiga dalam sesebuah hubungan, akan ada satu pihak yang bahagia dan satu lagi pihak berduka. Tidak adil kan! Tapi percayalah yang anda sebenarnya boleh berdamai dengan perasaan yang sedih, sakit dan menyesakkan ini jika anda tahu cara yang betul untuk melakukannya.
Keyakinan diri dan menjadi positif adalah magnet yang sangat powerful untuk suami memilih anda menjadi satu-satunya yang bertahta di hati mereka dalam kata lain mengembalikan kesetiaan suami kepada anda.
Hanya ada 3 hal utama yang perlu anda lakukan saat anda mahukan suami kembali setia kepada anda.
Ramai wanita yang nak kembalikan kesetiaan suami pada diri selepas dicurangi suami dengan poligami dan skandal gagal mengurus emosi mereka dengan baik. Sedangkan ketika dalam kesakitan mereka sendiri yang menolak suami jauh dari mereka tanpa sedar. Padahal masih ada perasaan sayang cuma tak tahu cara betul urus emosi.
Ini adalah kesilapan ramai wanita kerana berharap suami akan memujuk, merawat, bantu dan fahami diri mereka. Saat anda minta cerai pada suami sebenarnya anda sedang mengugut suami anda. Walaupun cerai terletak pada suami, tapi keegoan mereka tergugat,
Ramai wanita bila gagal urus emosi, mereka tak sedar impak dari apa yang diungkapkan. Seorang suami akan rasa loser, tak berguna bila isteri asyik minta cerai.
Bagi seorang suami cerai bukanlah isu yang boleh diambil mudah sebab itu bila isteri meminta cerai, suami akan berasa sangat down. Sebab itu lelaki sangat ingin dihormati berbanding keegoan, lelaki lebih mengutamakan kehormatan diri, ingin diri dihormati.
Ads
Dengan tanggung jawab yang perlu digalas oleh suami, dalam masa yang sama ingin dihormati tapi direndah-rendahkan oleh isteri dengan meminta cerai. Ramai wanita terlalu fokus pada suami kawin lain dan ada skandal. Hanya fokus pada kesan tanpa melihat pada punca utamanya.
Ramai wanita bila gagal mengawal emosi merasa diri tidak bersalah dan hanya nampak kesalahan suami. Mula bersangka-sangka dengan suami sebab terlalu marah. Sebab itu pentingnya ada ilmu. Ramai wanita tidak nampak punca suami curang.
Seorang lelaki rasa sangat rendah diri, bila di attack, diherdik, dimarah oleh perempuan. Manusia mahukan kebahagiaan, bila anda dah tidak beri kebahagiaan, suami akan cari bahagia di tempat lain
Jadi, amat penting untuk anda kuasai emotional independent ini. Bila emosi dah selesai baru mudah untuk uruskan masalah. Sebab itu penting dalam hubungan kalau nak berdamai masing-masing perlu ambil tanggung jawab walaupun kesalahan sendiri hanya sedikit.
SUMBER KASIH SAYANG
Cipta kasih sayang dalam diri dengan merawat hati dan padam dulu kebakaran dalam hati yang membara. Amat penting untuk mewujudkan kasih sayang dalam diri sebab ramai orang tak independent dengan mengharapkan kasih sayang dari suami semata-mata.
Ads
Sejujurnya, anda tidak boleh sepenuhnya bergantung pada suami, sedangkan suami anda juga mahukan hal yang sama. Sebab itu penting untuk seorang wanita menjadi emotional independent. Orang yang terlalu mengharapkan kasih sayang dari orang lain ini ialah orang yang tak menyayangi diri. Sebab itu penting hadirkan kasih sayang dalam diri.
Bila anda berjaya hadirkan kasih sayang dalam diri baru fokuskan pada menghargai dan mensyukuri kekuatan diri. Ramai wanita tidak merasa diri mereka hebat dan tidak menghargai diri mereka sendiri. Mereka tidak sedar kekuatan diri mereka. Sedangkan dengan mengetahui kekuatan diri barulah anda jadi lebih berkeyakinan.
Sebab itu penting untuk mulakan proses penyembuhan. Rawat hati anda yang sedang rasa sakit, sedih dan kecewa itu. Sembuhkan fikiran dengan perkara positif, perkara yang boleh menggembirakan anda. Bagaimana? Sebab itu penting untuk belajar menerima kenyataan dan realiti. Berhenti melayan perasaan yang hanya akan memudaratkan kesihatan hati dan fikiran anda.
PENCIPTA KASIH SAYANG
Ramai wanita bila diuji dengan masalah mereka akan merasakan diri sebagai mangsa. Membiarkan diri terus hidup derita kerana tak ada ilmu perhubungan dan tahu tahu apa yang perlu dilakukan sedangkan sangat penting untuk dia menjadi pencipta kasih sayang.
Ramai isteri bila diuji dengan masalah orang ketiga dalam hubungan, mereka mengabaikan anak, membenci anak. Menyalahkan anak atas apa yang jadi. Bila anda berbuat demikian sebenarnya suami akan lebih menjauhkan diri. Seringkali dikaitkan bahawa untuk mengunci hati suami adalah dengan anak jadi jika anda ingin menjadi isteri pilihan cipta hubungan baik dengan anak.
Penting juga untuk anda mencipta kasih sayang untuk suami sebab ramai orang beri kasih sayang yang salah buat suami. Suami inginkan isteri memahami kehendak mereka. Setiap orang mempunyai cara untuk dicintai tersendiri dan berbeza antara individu. Cari ilmu bagaimana untuk menyayangi suami dengan cara yang dia harapkan.
Bagaimana seorang isteri boleh mengetahui cara suaminya ingin dicintai sekaligus dapat mengunci hati dan mengembalikan kesetiaannya kepada anda. Beri apa yang suami perlukan, jangan buang masa. Perhatikan suami anda.
Selain itu, isteri adalah tempat untuk suami jadi orgasme. Sama-sama merasakan kepuasan hubungan intim. Bila suami berjaya puaskan isterinya dia akan rasa yakin dan bersemangat. Ramai wanita salah erti berkenaan orgasme sebenar suami. Sedangkan orgasme sebenar suami adalah bila mana mereka dapat memuaskan isteri. Sebab itu penting suami isteri tahu ilmu hubungan intim.
Jadi sejujurnya, anda juga boleh menjadi sangat bahagia saat anda tahu caranya dan bukan terus dibelenggu masalah yang sama tanpa berbuat apa-apa. Sebab itu penting dalam hubungan kalau nak berdamai masing-masing perlu ambil tanggung jawab walaupun kesalahan sendiri hanya sedikit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaik pihak polis mendedahkan ketua sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berjaya ditangkap Selasa lalu merupakan seorang usahawan kosmetik dan adiknya. Nama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa pula yang terpalit menjadi mangsa fitnah media sosial.
Hasil pemeriksaan polis ke atas sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang yang dinaiki kedua-dua suspek, polis menjumpai teh cina mengandungi dadah jenis syabu seberat 126.86 kilogram bernilai RM5 juta.
Malah, suspek utama mendakwa dirinya seorang ‘Datuk Seri’.
Agak-agaklah Nak Pakai Gambar Kereta Saya – Alha Alfa
Tanpa usul periksa, netizen menyebarkan gambar dan mendedahkan Alha individu yang dimaksudkan. Berang dengan tindakan melulu netizen Alha menegaskan bukan dia yang dimaksudkan.
“Agak-agaklah. Korang jangan lah nak main melulu-lulu, nak serang-serang. Nak main DM DM, nak komen bukan-bukan kat IG saya. Agak-agak lah saya jual dadah.. haha main tangkap muat je.
Saya tengah kerja lagi ni. Sorry guys nak sembur tu kaji dulu. Takkan la saya sorang je pakai mustang kat Malaysia ni. Agak-agak nak guna pakai gambar kereta saya suka hati macam ni. Ya Allah.. sedih.”
Dan, dalam posting yang berlainan Alha meluahkan perasaan sedihnya yang tak terkata. Malah, tuduhan tak berasas itu juga membuatkan kehidupannya bertukar huru-hara.
BUKAN SAYA! please yang baca kat mana-mana benda ni. Korang bagitau sikit saya sedang seronok-seronok balik kerja dan ada kat rumah ni ha.. tengok Netflix. Dah.. dah please stop call, whatsapp, DM bagai. Rimas saya.”
Luahnya mahukan pengertian daripada orang ramai.
MW : Jangan sesuka hati fitnah orang, tuhan dengar doa orang teraniaya ni.
Percaya atau tidak, urutan yang bagus mampu hilangkan tekanan harian kaum mak-mak. Sebenarnya bukan percutian dan membeli belah saja yang patut anda dahulukan, kalau sesekali dapat curi peluang pergi spa atau berurut, anda akan dapat hasilnya dan rasa puas satu badan. Tetapi bahagian mana yang patut anda urut? Nak tahu lebih jelas, anda boleh semak perkongsian daripada tukang urut, Emy Haznida Hazairul Sham ini…
Sis akan share tentang jenis urutan yang diperlukan seorang perempuan. Of course sebagai seorang perempuan (tambahan yang dah mempunyai anak), akan mengalami keletihan yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Ok, penat yang sis maksudkan bukan penat mental (tu dah satu hal), tapi yang ini more to physical exausted.
Walaupun seorang perempuan itu belum berkahwin atau melahirkan anak sekalipun, badan tetap akan letih dan memerlukan rehat yang secukupnya. Sesekali, korang kena trust your body. Bila dah mula rasa letih, jangan diabaikan (which is mmg selalu kita buat), atas alasan tak ada masa dan tak penting.
Mengurut ni terapi paling simple yang boleh anda buat. Pasang lilin atau penggunaan minyak pati aromaterapi memang membantu, tetapi kalau korang memerlukan ruang dan masa untuk berehat sambil dimanjakan, urutan adalah pilihan paling tepat. Ok, ini sis listkan beberapa urutan yang diperlukan oleh seseorg wanita gitchewww:
1. Kaki
Kalau tak sempat nak mengurut whole body, ambillah lebih kurang 30 minit untuk mengurut kaki. Semua stres badan ditanggung oleh kaki okay, sebab itulah bila kita mengurut, akan dimulakan dari kaki. Biasanya, bahagian ini jugaklah yang mempunyai banyak angin dan urat bersimpul. Bahagian kaki yang paling stres adalah betis dan celah peha.
Wanita dah bersalin khususnya, sakit di celahan peha ketika diurut adalah normal sebab uratnya bersangkut paut dengan rahim kita. Satu lagi kawasan azab sakitnya jika diurut pada kaki adalah bahagian belakang pelipat lutut. Jika anda obes atau seorang yang aktif, maka bersiap sedialah untuk merasai kesakitan ketika angin dan urat bersimpul dibetulkan semasa diurut.
2. Bahagian pinggang dan belakang badan
Normal sangat untuk rasa sakit pada kedua bahagian ini. Especially kalau korang jenis lasak dan main taram angkat barang-barang berat. Atau korang sejenis yang aktif dan suka buat aktiviti fizikal macam hiking ke, berzumba ke, atau apa saja aktiviti kecergasan yang mencabar kemampuan tubuh. Jangan pulak tak exercise lepas baca ni, actually semua aktiviti tu sangat bagus untuk memberi ruang kepada tubuh untuk recharge tetapi haruslah dilegakan dengan urutan. Jadi, tak adalah kes sakit badan and that’s it! Esok tak moh dah aku exercise. Tapi janganlah right after korang menggasak badan tu, hari tu jugak korang pi mengurut, terkujatlah urat-urat tu. Sebaiknya tunggulah 24-36 jam sebelum nak berurut.
Lagi satu, sakit pinggang ini normal kalau seorang perempuan tu selalu mendukung ank. Come on, kadang-kadang kita anak 4-5 tahun pun still berdukung. Betui dak? Terutama waktu nak mandikan ank atau nak hantar nurseri, memang akn berdukung. Lebih parah, kalau korang atau pengasuh duduk rumah tinggi, lagi melengkung tulang belakang tu. Jadi, biasanya kalau mengurut bahagian ini, ada beberapa point yang akan diberi perhatian lebih supaya korg akan lebih lega.
3. Bahu dan belikat
Selalunya yang akan rasa sakit pada bahagian ini adalah orang yang selalu menghadap komputer, photographer atau videographer misalnya, dan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian seperti tukang masak, baker ke atau tailor. Haaa.. Tak sangka kna?
Dok tatap skrin komputer dari pagi sampai petang tanpa merehatkan diri memang antara punca kenapa bahu dan belikat tu selalu sakit. Yang menjahit tu pulak asyik menunduk, yang memasak pulak banyak menggerakkan upper body, sebab itulah korang selalu sakit bahagian itu. Untuk melegakan bahagian ini, selalunya tekanan ketika mengurut akan dibuat pada bahagian belakang tengkuk, membawa ke atas bahu dan ditarik ke bahagian belikat.
4. Kepala
Ok, urutan kepala ni pun penting. Tapi takdelah ditekan-tekan macam mengurut badan. Selalunya orang perempuan ni mudah sakit kepala atau pusing-pusing, jadi penyelesaiannya, sapu minyak cap kapak kan?
Bila korg selalu sakit kepala dan masih tidak kronik, itu tidak semestinya migrain. Boleh jadi korang terlalu letih dan banyak berfikir menyebabkan urat di sekitar T zone stres dan menggalakkan rasa sakit kepala. Biasanya urutan kepala ni akan dimulakan dengan memberi kelegaan pada T zone dan atas kening, kemudian dahi. Lepas tu, barulah urutan lembut atas kepala akan dibuat. Tapi urutannya tu ada cara yang betul untuk dibuat.
Kalau korang rasa kepala berat sangat, sis cadangkan korang basuh kepala dan bersyampu macam biasa. Sebelum membasahkan kepala, jirus air pada bahagian kaki ke betis dan seluruh badan. Biarkan sekejap, korang akn dapat rasa macam wap keluar, lepas tu barulah basahkan kepala dan mandi macam biasa k!
Untuk next post, in sha Allah sis akan cerita tentang urutan kegemaran perempuan (dan penting juga ya), yang berkait dengan batin. Tq sebab sudi baca post sis dengan tabah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kesalahan pasti mendapat hukuman yang setimpal. Patuhilah setiap peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Bawa kereta dengan berhati-hati, demi keselamatan diri dan orang lain di jalan raya.
Terkini, pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.
Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan itu.
Mengaku Bersalah Atas Pertuduhan
Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin untuk membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.
Nur Fatin kini turut sedang menjalani prosiding atas pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah di dalam badan.
Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23 tahun.
Anggota Tentera Maut
Dalam kejadian Sabtu lalu, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, disahkan maut di lokasi kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.
Pemandu Myvi wanita berusia 23 tahun itu ditahan dan dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan sudah tamat tempoh dan saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.
Kemalangan pada 9 pagi itu membabitkan kereta Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan dengan kereta Honda Accord dan Proton Iswara.
MW: Semoga yang setiap yang berlaku memberi pengajaran juga buat kita, agar mematuhi setiap peraturan jalan raya. Perlu ingat setiap kesalahan yang dilakukan takkan terlepas dari hukuman undang-undang. Jalan raya perlu dikongsi bersama, fikirkan juga keselamatan untuk diri sendiri dan orang lain yang tidak bersalah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...