Ada macam-macam cara mak-mak boleh buat untuk simpan barang basah dalam peti ais di rumah. Salah satunya sebagai mana yang dikongsikan wanita ini, Miemiey Apple Berry adalah menggunakan plastik ziplock.
Ianya lebih mudah, dan menjimatkan ruang. Dalam masa saya, senang untuk mak-mak asingkan siap-siap jumlah barang basah ikut kegunaan setiap hari.
Malah, cara ini juga memudahkan dirinya menyediakan bento untuk makanan harian anak-anaknya ke sekolah.
Asingkan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock
Bersihkan barang basah dan asingkan dalam bekas siap-siap sebelum dipindahkan ke dalam plastik ziplock yang lebih kecil.
Boleh dibahagikan ikut hari penggunaan.
Kongsinya,
Pagi ni saya anak share cara saya asingkan dan simpan lauk pauk dalam peti ais.
Tips ni saya gunakan ziplock untuk lebih cepat penyediaan bento anak-anak ke sekolah.
Ads
Memandangkan kita dah nak puasa (ketika status dimuat naik pada 10 April 2021). Jadi dengan cara ni sangat senang kita keluarkan lauk yang kita nak masak waktu berbuka dan sahur.
Ruang dalam peti pun boleh digunakan sepenuhnya. Ada juga saya letak dalam bekas tapi bekas-bekas kecik je kalau yang berkuah @ lauk untuk goreng.
Gambar ni saya nak cepat masa nak masak sebab lupa keluarkan awal.. tapi lagi bagus keluarkan awal lauk defrost sendiri.. kalau nak cepat tak nak letak air dalam plastik boleh letak air dalam bekas rendam dengan plastik pun cepat.
Ads
Mana Nak Dapatkan Plastik Ziplock
Plastik ziplock ada yang gunakan semula, ada yang pakai buang. Bergantung pada penggunaan dan jenis plastik.
Ziplock korang boleh beli dekat kedai eco, Mr. DIY, Daiso dan mana-mana pasaraya yang terdekat. Ada macam-macam saiz. Jadi pilih je saiz yang sesuai korang nak guna.
Untuk sayur dalam peti sejuk pun saya basuh dan letak dalam ziplock ni juga.
Lebih tahan lama tempoh hayat kesegaran sayur tu.
Harap dapat membantu memudahkan kerja masak memasak untuk yang tersayang. Jangan lupa masak sedap-sedap tau.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Tak kiralah banyak atau sedikit, mak-mak kena pastikan ada simpanan tetap setiap bulan sebagai kegunaan sewaktu kecemasan mahupun kegunaan dimasa hadapan.Ada macam-macam cara yang boleh digunakan untuk melakukan simpanan ini.
Ramai menganggap jumlah tabungan tersebut agak ‘membebankan’ lebih-lebih lagi dengan keadaan komitmen sedia ada.Sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh dicuba iaitu dengan jumlah yang lebih sedikit tapi tetap mendapat tabungan yang banyak.
Bagi pasangan suami isteri, atau nak tabung sendiri je pun boleh cuba membuat simpanan yang dinamakan tabung bajet seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Siapa sangka bermula RM10 sebulan dan dilakukan secara berperingkat dan konsisten,boleh dapat RM780 setahun! Cara ini lebih menyeronokkan dan tidak terasa ‘menabung’ kerana ada target yang perlu dipenuhi sehingga akhir tahun. Malah boleh digunakan untuk pelbagai perkara nanti.
Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;
“Cuba bayangkan, apa korang dapat beli dengan RM780?”
Mesti banyak benda dapat dibeli. Nak beli 1 dinar emas (4.25 gram) dapat, melancong dalam negeri boleh, nak beli jersi Juventus original pun ok.
Nak jadikan sebagai modal bisnes air buah pun boleh sangat-sangat!
Kalau saya, dana sebegini lebih kepada reward family. Bawak pergi makan paling sedap dan sebagainya.
Masa mula menyimpan kat mana-mana sekalipun, memang nampak sikit dan tak berbaloi. Apabila sampai penghujung, baru ia nampak sangat besar.
Contoh salah satu tabung yang kita boleh buat ialah Tabung Bajet. Tak payah berpasangan, sendiri pun boleh buat. Cuma sediakan balang kosong je!
Bermula dari Januari dengan RM10 kemudian penambahan RM20 pada Februari dan seterusnya.
Korang tahu tak, berapa jumlah total setahun ini bersamaan RM780! Banyak benda dapat dibeli dan dibuat dengan amaun jumlah ni kan.Cuba korang bayangkan 10 tahun konsisten, dah ada RM7,780! Dapat pergi umrah dah.
Hafizul Hakim
Menyimpan itu mudah, kita yang buat susah!
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Selamat Menabung! Biar mula dengan sedikit tapi konsisten membuat simpanan demi masa depan.
Biasanya baju T memang mudah mengembang dan berkedut-kedut pada bahagian ‘leher’ baju, terutamanya selepas dicuci. Sayang sungguh, sebab ia boleh menyebabkan baju nampak seperti sudah lama walaupun sebenarnya masih baru. Sebenarnya dengan merendam bahagian leher baju T tersebut dengan air sejuk sebelum menggosoknya boleh mengembalikan kekemasannya.
Tip ini dikongsikan oleh Nexcy, pakar dalam perkhidmatan dobi dari Jepun sendiri. Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan penyangkut menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Nexcy juga kongsikan cara untuk membaiki dan mengembalikan kekemasan bentuk pada bahagian leher baju T yang mengembang ini seperti berikut;
Bahan Diperlukan:
Seterika
Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
Cara Membuat:
1. Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas.
2. Kemudian rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
3.Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
4.Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
5.Seterika bahagian ‘neckline’ menghala ke arah atas baju T.
6.Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Siap!
Hasilnya, Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Ada masalah leher baju T mengembang dan berkedut-kedut, boleh cuba rendam sekejap dalam air sejuk sebelum gosok. Memang berkesan, leher baju T kembali elok, macam kita baru beli.
Dapur adalah tempat paling penting buat mak-mak. Kalau dapur tak berasap, tak makanlah keluarga. Sebab itu, pentingnya dapur buat-mak-mak nie. Kadang-kadang ada yang jadikan tempat untuk hilangkan stres, maklum la tempat untuk masak macam-macam kan.
Walau bagaimanapun, kalau dapur kecil tapi perkakas dapur pulak banyak. Macam mana tu. Mesti rimas kan. Jadi, apa kata buat kan tempat gantung alat dapur kesayangan mak-mak ni. Tak perlu modal pun, kadang-kadang boleh ambik barang tu kat belakang rumah atau bahan yang memang dah sedia ada kat rumah. Mintalah bantuan suami yer kalau nak buat tu.
Ini antara perkongsian daripada Norrul Izani yang telah menghasilkan tempat gantung alat dapurnya. Puas hati betul.
“Diy ni boleh letak pelbagai alat seperti kuali/pan/senduk/sodek/botol susu dan tempat letak botol2 sos masakan. Guna apa yang ada sahaja tanpa perlu keluar duit.
“Sebelum ni gantung je kat grill tingkap dapur.. asal boleh sangkut je..tp tu lah..semakk jer.. buat rak mcm ni, baru la sedap mata memandang..”
Bahan-bahan:
Jaring BRC
Bilah buluh
Playar
Cable tie
Cat kayu putih
Drill
Skru cangkuk
Gergaji
Penyangkut s
Cara nak buat berdasarkan pada gambar.
Skru cangkuk ni beli kt kedai eco je.. dah 3 tahun dlm tool box tu. Jd guna je la yg ada...
Lipat BRC ikut saiz yg anda suka.. yg tajam2 tu lipat guna playar. Jgn potong, nnti tajam..luka tangan...
Ni bahagian yg kena lipat…bg kemas…
Gunakan buluh sebagai tulang utk menguatkan struktur binaan.
Contoh cara buat bingkai dan ikat bg kemas. Kemudian, potong buluh lebih tu ikut saiz yg kita nk.
Selepas cat, jemur bagi kering dulu.. lepas tu boleh lah drill bahagian mana yg kita nak.. ukur ikut kesesuaian. Boar sesuai dgn tinggi tukang masak, kalau tinggi sgt takut nk kena panjat pulak nk ambik kuali kalau rendah sgt, suntuk pulak…
Gantung atas sinki sebab nnti lepas cuci terus sangkut, air yg menitik xrisau sbb terus jatuh dalam sinki.. botol susu pun boleh sangkut situ.. jimat ruang.. pengudaraan bagus..bersih..cepat kering..
Tempat letak botol sos masakan.. ikut kesesuaian tempat lah.. yg penting, senang nk capai masa nk masak..😁 feeling2 chef gitu 😂😂
Selamat mencuba!
MW: Baiklah, lepas nie boleh minta bantuan suami. Barulah sedap mata memandang dan makin keraplah mak-mak masuk dapur nanti.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.