Setengah suami ada pelbagai usaha dan cara nak hargai isteri. Bukan setakat bantu kerja rumah, jaga anak saja tapi yang lebih menggembirakan isteri dengan memberi hadiah yang tidak di sangka-sangka.
Walau bagaimanapun, tidak semua suami buat begitu. Betul tak? Malah, ada suami di luar sana yang mempunyai cara tersendiri untuk nak hargai isteri. Tidak kurang juga ada yang buat endah tak endah atau tak kisah pun. Mungkin suami anggap menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin sudah mencukupi.
Jangan fikir suami yang bekerja dan memberi nafkah, hanya dia saja perlu dihargai. Bagaimana pun la dengan pengorbanan yang isteri lakukan? Kadang-kadang, suami ingat tarikh penting dalam kehidupan bersama pun sudah cukup. Tarikh ulangtahun perkahwinan, hari lahir pun amat-amat seronok buat isteri.
Tapi, ada ke suami ingat? Biasanya bab-bab ingat tarikh penting inilah yang paling susah nak ingat. Entah-entah tarikh lahir sendiri pun tak ingat. Macam mana tu…
Antara perkongsian daripada Ahlia Fariza ini adalah tip untuk pasangan suami isteri, baik yang belum berkahwin mahupun mereka yang bersedia ke arah rumah tangga. Boleh lihat tip yang diberikan ini. Moga ia dijadikan panduan buat suami isteri di luar sana.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Hadiahkan Emas’, Tanda Kasih Suami Hargai Pengorbanan Isteri, Pasti Rezeki Mencurah-Curah
Jangan Asyik Pandang Kebahagiaan Orang Lain, Hargailah Apa Yang Allah Beri
Info Lebih Menarik DI SINI
Tip Nak Hargai Isteri Kita
Tip ini adalah untuk pasangan yang telah bernikah, untuk yang belum bernikah, boleh juga baca untuk persediaan berumah tangga
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta.
Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100%. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung.
Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Ini kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan misalnya
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
MW: Bukan susah pun nak hargai isteri. Kalau tak mampu buat semua itu, bolehlah pilih mana yang termampu buat. Rasa bahagia isteri nanti.
Sumber: اهليا فاريز
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mula-mula kenal, memang Aishah jatuh cinta habis dengan sikap suaminya yang penyayang, pemurah, bertimbang rasa, dan jujur. Sudah tentu peribadi terpuji terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Sebenarnya memiliki suami anak emak ini ada pro dan kontranya. Paling penting isteri perlu peka dan bersedia.
Jika sang lelaki masih belum berkahwin dan bujang, ianya tidak mendatangkan masalah. Namun pastinya situasi ini menjadi rumit apabila anak lelaki tersebut berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. Perkara ini yang dialami Aishah. Tindakan suaminya menurut segala kemahuan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa. Sewajarnya seorang isteri tidak boleh melatah secara membuta tuli. Sebaliknya, anda cuba memperbaiki keadaaan dan mengambil jalan tengah untuk menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga. Antara langkah yang dapat dilakukan ialah:
Belajar Menerima
Pastinya kamu telah mengetahui situasi ini sejak kamu berdua mula berkenalan. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya. Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.
Luahkan perasaan
Jika kamu terasa dengan sikap suami atau ini mentua, cuba luahkan pada suami. Jangan memendam perasaan atau meluahkan secara kiasan. Pastinya suami tidak memahami apa yang telah terjadi. Di samping itu, elakkan diri kamu dari rasa amarah atau cemburu sekiranya suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.
Berfikiran Terbuka
Biar pahit kenyataan yang harus ditelan, anda harus sentiasa berfikiran terbuka dan positif atas segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua. Jadi perkara ini lama-kelamaan tidak akan menjadi masalah besar kepada anda. Sentiasa berdoa di samping bersabar dalam mengharungi segala ujian yang melanda. Harus diingat, ibu mertua adalah ibu kepada suami anda, jadi dirinya memerlukan perhatian yang lebih berbanding anda. Usianya yang semakin meningkat juga membuatkan dirinya inginkan perhatian anak lelakinya.
Layani Sebaiknya
Jika suami anda melayani kamu dan keluarga sebaiknya, apa salahnya jika anda juga berbuat demikian. Layanilah ibu mertua seperti ibu anda sendiri. Walaupun kadang kala anda tersentap dengan tegurannya, tetapi sebagai menantu, anda harus pasrah. Jangan sesekali anda lupa, tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami disisi anda. Sebaiknya, berusahalah mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan sesuatu yang istimewa sempena hari ulangtahun kelahirannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setiap kali pulang dari pejabat, mak-mak bekerja bukan boleh terus berehat. Paling tidak ibu letak beg, gantung apron di badan dan bersiap-siap sediakan juadah makan malam untuk anak-anak dan suami. Ya, inilah rutin tetap ibu berkerjaya. Kalau ‘order’ menu kedai pun sesekali hanya sebab memang tak larat atau dah sakit demam.
Tiada rungutan daripada ibu kerana dalam hatinya mahu menjadi ibu terbaik untuk anak-anak. Penat usah cerita. Demi keluarga ibu boleh saja. Untuk lebih tersusun, ibu boleh rujuk info ini…
1. Curi masa untuk diri sendiri
Penting mencari satu masa untuk diri sendiri. Bayangkan selama ini anda sibuk menguruskan keperluan anak-anak. Sudah tiba masanya ibu perlu cari minat ataupun hobi yang boleh dilakukan setiap hari. Kalau hobi membuat roti, mulakan membuat roti yang benar-benar anda suka. Perkara utama adalah lakukan sesuatu yang anda suka. Menjaga kesihatan fizikal dan mental begitu penting agar anda boleh memastikan anak-anak bergembira setiap hari.
2. Cuba untuk ketawa
Belajarlah untuk ketawa. Tekanan itu adat dan tekanan itulah menjadikan diri ibu lebih kuat. Jadi, usahalah untuk belajar bergembira dan ketawa dengan anak-anak. Lakukan aktiviti bersama mereka sebelum tidur ataupun di hujung minggu.
3. Disiplin kerja itu penting
Aturan kerja penuh disiplin adalah asas kejayaan seorang ibu. Bangun seawal pagi dan lakukan setiap pekerjaan itu dengan pantas dan tangkas. Buat senarai kerja dan letakkan di tempat yang boleh dilihat dengan mudah. Misalnya di peti sejuk. Jadual biarlah praktikal untuk ibu lakukan jangan meletakkan sesuatu di luar jangkaan.
4. Keluarga tetap nombor satu
Walaupun wanita bekerja, anda tetap wajib letak keluarga fokus utama. Setiap kali balik ke rumah, perkara pertama dakaplah anak-anak. Luahkan kerinduan seharian yang ditinggalkan kemudian, baru lakukan perkara seterusnya. Sebelum tidur, peluk mereka dan ciumlah anak-anak dengan penuh mesra. Ini cara membina sikap positif dalam diri anak-anak tanpa anda sedari.
5. Cipta rumah ‘syurga’
Binalah sebuah rumah ibarat syurga. Tuang sehabis bboleh kasih ke dalam diri pasangan dan anak-anak. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. Ajar anak-anak mengemas barangan mereka. Ini akan membantu meringankan tugasan anda kelak.
Moga mak-mak mampu jadi ibu yang hebat di mata anak-anak dan masih ada masa untuk cipta cinta pada suami tersayang setiap hari!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak kisahlah rumah kita kecil atau besar, asalkan bahagia daripada menggangu dan menyusahkan orang lain. Oleh sebab itu disarankan pada pasangan yang baru berkahwin, tinggalkan berasingan daripada keluarga dan ipar duai.
Sebaik mana pun hubungan kita dengan keluarga dan ipar duai pasti lama-kelamaan akan bermasam juga lama-lama.
Lebih banyak yang kurang enak daripada yang indah berlaku bagi mereka yang tinggal sebumbung beramai-ramai. Maklumlah banyak kepala, banyaklah masalah yang nak kena hadap.
Biarlah Rumah Kita Kecil Asalkan Bahagia
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda dan hadam baik-baik ya:
Setelah berkahwin elaklah menetap dengan mertua atau ipar duai. Sama ada di rumah mereka atau rumah sendiri kerana kelak akan menimbulkan banyak masalah. Lagi satu privasi kita pun terhad.
Biarlah rumah kita kecil asalkan kita bahagia. Malah jika kita ada masalah ianya hanya dalaman sahaja dan tidak diketahui oleh orang luar.
Selain itu elaklah juga mertua atau ipar duai menumpang kita, jika datang sekali sekala tak apa. Kerana bimbang asal dari suka terus jadi tidak suka.
Selain itu jika terlalu ramai dalam sebuah rumah, tanggungan kita juga akan bertambah malah tidak semua sanggup berkongsi. Ada yang mempunyai peti ais peribadi, meja makan peribadi dan lain-lain. Jadi seolah-olah ibarat duduk di bilik sewa yang percuma.
Rumah Sendiri Tak Menggangu, Menyusahkan Orang
Masalah yang akan timbul pula ialah bil-bil dalam rumah itu yang tinggi. Jika ada yang berkongsi tidak apa tetapi jika hanya kita sahaja yang tanggung, penat juga. Sedangkan gunanya ramai tetapi yang bayarnya seorang saja.
Lebih-lebih lagi kita menetap bersama ipar duai kita yang tidak bekerja. Ini juga satu masalah buat kita. Andainya mereka ada anak-anak, terpaksa kita pula yang kena tanggung semua. Mereka senang lenang makan,tidur dan rehat. Malah lepas tangan kepada kita untuk menanggung semua.
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja
di sini. Seeloknya sebagai mertua ataupun ipar duai. Tak perlulah mengganggu rumahtangga anak dan adik beradik kita. Kita tidak tahu masalah mereka. Entah-entah gaji yang mereka dapat hanya cukup-cukup untuk tanggungan mereka anak beranak. Jadi jangan bebankan mereka.
Jika kita nampak mereka mewah sedikit, anggaplah itu mungkin hasil penat lelah mereka. Malah pastinya mereka tidak akan melupakan kita. Cuma satu saja jangan meminta-minta secara paksa sama ada wang ataupun apa sahaja.
Bina Kehidupan Sendiri Tanpa Menyusahkan Orang
Kekadang mereka akan memberi juga kepada kita mengikut kemampuan mereka. Tak perlu memaksa mereka memberi lebih kerana mereka juga ada tanggungan dan masalah. Tidak semua mereka mendapat gaji yang tinggi. Malah ada hutang yang perlu mereka bayar juga.
Jangan iri hati melihat kehidupan orang lain. Setiap kita rezeki berbeza. Ini tidak jika kita tengok kehidupan adik beradik atau ipar duai kita lebih elok dari kita, mulalah timbul perasaan cemburu dan tidak puas hati. Maka mula mengganggu dengan menyibuk apa yang mereka ada. Ini tidak baik dan boleh merosakkan hubungan kekeluargaan.
Biarlah kita berjumpa ataupun berkumpul sekali sekala. Kemeriahannya lain. Malah banyak cerita yang hendak kita kongsikan nanti. Lama tak berjumpa juga akan membuatkan kita saling merindu.
Oleh itu, biarlah kita membina kehidupan kita masing-masing asalkan tidak mengganggu dan menyusahkan orang lain. Dengan cara ini, perasaan yang tidak elok juga tidak akan timbul. Bila berkumpul sekali sekala pasti akan meriah. Makanya biarlah kita ada rumah sendiri. Tak besar tak apa asalkan kita gembira.
#kisahcikgulinda
MW: Kadang-kadang terperangkap apabila orang tua meminta kita untuk tinggal bersama, dek perasaan rasa bersalah kita setuju tinggal bersama. Hubungan yang awalnya baik menjadi keruh, tetapi masih ramai yang merasa bahagia walaupun tinggal beramai-ramai sebumbung.
Semuanya terpulang kepada diri masing-masing dalam mengawal setiap situasi yang sudah tentu bukan sesuatu yang mudah, Renung-renungkan.
Sumber: Cikgu Nurul Haslinda
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI