Setiap menantu tentunya mahukan mentua yang baik dan memahami, bukannya dicemuh. Ada juga mentua mulut laser dan tak jaga mulut. Segala yang menantu buat tak betul di matanya.
Bila rasa diri menantu tak betul, mulalah jaja aib dan bandingkan dengan anak menantu yang lain. Susah juga kalau mentua mulut laser dan mulut jahat. Inilah yang boleh buat menantu benci.
Walau bagaimana pun tak semua mentua bersikap demikian. Ada juga mentua yang memihak pada menantu. Janganlah diusik menantu sebab dia tahu perangai anak lelakinya.
Sedihnya, kalau mentua mulut laser, suami langsung tidak memahami, malah nak menangkan maknya. Inilah buat menantu makan hati.
Alhamdulillah, ini berita gembira untuk para isteri yang selama ini takut-takut, suaminya diam-diam bernikah satu lagi.. berpoligami tanpa isteri tahu pun.
Sekarang, tak perlu lah berasa gusar. Sebabnya, kalau suami berhajat nak kahwin lagi, mahkamah dah perintahkan untuk isteri pun perlu hadir sama ke mahkamah untuk prosiding kebenaran dan sebagainya.
Bukan apa, sebelum adanya perintah macam ini. Ada segelintir suami ini bila dah terlalu kemaruk sangat nak berkahwin lain, mulalah dia ‘terlupa’ pada isteri sedia ada itu.
Tahu-tahu diri sudah pun dimadukan. Allah.. hancur leburnya perasaan seorang isteri itu.
Sebab peruntukan sebelumnya isteri sedia ada tak perlu pun hadir. Pernikahan tetap akan berlaku. Haa.. bila ada perintah macam ini, tidaklah isteri sedia ada itu rasa teraniaya.
Peguam Syarie & Kosultan Perundangan Islam, Khairul Fahmi Bin Ramli ini berkongsi makluman ini kepada umum.
Dalam Permohonan Poligami Suami, Isteri Pun Perlu Hadir Ke Mahkamah
Khabar gembira kepada isteri-isteri yang sedia ada, sekarang wujud peruntukan dimana isteri-isteri yang sedia ada akan dipanggil untuk hadir ke Prosiding Permohonan Kebenaran Poligami serta Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Nikah Poligami.
Sebelum ini, mana-mana suami yang ingin berpoligami tidak perlu memanggil isteri ke Mahkamah, cukup sekadar suami dan bakal isteri sahaja yang hadir ke Mahkamah bagi tujuan Permohonan Kebenaran Poligami serta Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Nikah Poligami.
Namun kini, mana-mana suami yang berhasrat untuk berpoligami, suami perlu menjadikan isteri sedia ada sebagai pihak di dalam permohonnya.
Ini bermaksud, jika suami mohon poligami atau nak sahkan poligami, isteri sedia ada pun perlu hadir ke Mahkamah sebagai Pihak.
Ini adalah berdasarkan peruntukan di dalam Arahan Amalan No 7. Tahun 2021 dimana Isteri sedia ada akan menjadi pihak yang dipanggil.
Dengan ini, ia sekali gus memberi peluang kepada isteri sedia ada untuk menuntut hak-hak mereka seperti berikut :
Nafkah Diri
Nafkah Anak
Harta Sepencarian
Rata-rata yang membaca perkongsian ini, turut bersetuju dengan peruntukan yang baru ini. Malah, ada juga dari kalangan lelaki turut memberi sokongan.
Mingguan Wanita :Berpoligami ini bukan untuk suka-suka, seronok-seronok. Sebenarnya bila dah tertakdir berada dalam perkahwinan sebegini, ianya menuntut satu pengorbanan yang besar. Jika dari mula sudah tidak jujur, bagaimana mahu melaksanakan tanggungjawab seikhlasnya kerana Allah. Fikir-fikirkanlah.
Isteri mestilah cantik untuk suami. Betul tak? Barulah suami tambah sayang. Bila cakap tentang kecantikan, cukup sinonim dengan diri seseorang wanita. Tanyalah, siapa yang tak nak kan? Ada wanita yang dianugerahkan rupa paras yang menawan namun ada juga yang perlukan usaha untuk dia menyerlahkan kecantikan dirinya.
Ye Ke Isteri Cantik Untuk Suami?
Selain itu, sebagai isteri, pasti ingin kelihatan cantik demi untuk suami tercinta. Suami mana yang suka lihat pasangan dia comot dan selekeh kan?
Menurut Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat, Pensyarah Kanan UiTM, tak dinafikan lelaki memang suka sesuatu yang cantik, termasuklah suka pandang wanita yang lawa. Itu memang fitrah lelaki suka wanita cantik, tapi kenalah berpandukan pada ilmu dan iman.
Betul ke bila dah tua suami rasa isteri dah tak lawa?
“ Apabila seorang lelaki itu memilih seorang wanita sebagai pasangan hidupnya, bermakna wanita itu sudah cukup cantik bagi diri lelaki itu. Itu isteri kena tahu.
“Bila semakin berusia, memang ramai wanita akan rasa bimbang, dirinya dah tak cantik di mata suami seperti ketika muda dulu.
“ Seseorang wanita itu tetap menawan walau pun sudah tua, tapi kata orang, ‘cantik orang tua’. Tak boleh bandingkan usia muda dan usia tua. Cantik di usia tua takkan sama cantik ketika muda.
” Yang penting, kena sentiasa kemas dan bersih di depan suami. Jangan asyik nak berbaju kelawar saja di rumah. Kena ingat, suami dulu berkahwin dengan ‘anak orang’ bukan anak kelawar,” jelas Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat lagi secara bergurau.
Hargai Pasangan
Dalam hal ini, suami kena main peranan dan kena hargai isteri. Kalau suka pasangan berlawa untuk mereka, kena tengok juga. Tak suka dia pakai baju kelawar, tapi kalau itu saja baju yang dia ada, tak boleh salahkan dia. Apa pun, asas kecantikan adalah kebersihan diri.
Pada zaman penggunaan media sosial secara meluas ini, suami kena ambil tahu tentang isteri. Pantau mereka. Misalnya dia dah bersiap cantik, ambil gambar dan muat naik ke media sosial. Alasan mereka, cantik mereka adalah untuk suami. Tapi dalam tak sedar, mereka dah benarkan orang lain memuji mereka termasuk lelaki-lelaki lain.
Isteri juga kena ingat niat mereka berhias adalah untuk suami. Tapi jangan sampai suami-suami orang lain pula yang tergoda!
Suami Kena Rajin Puji
Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat menyatakan, suami kena selalu memuji isteri.
“ Ini membuatkan isteri akan rasa ada orang yang menghargai dirinya. Dia tak perlu lagi orang lain puji. Tapi jika suami tak suka puji, inilah yang membuatkan dia mencari pujian daripada orang lain termasuk memuat naik gambar di media sosial. Mungkin mereka ini inginkan perhatian dan kurang kasih sayang,” akhiri Prof Madya TS. Dr. Mohd Nor Mamat.
Baik didik anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua kena balance. Tak boleh terlebih dan terkurang tetapi apa yang penting cara didik tak boleh nak pandang remeh. Kena tahu selok belok agar anak membesar jadi pasangan yang terbaik buat teman hidupnya nanti. Paling penting biar anak tahu menghormati dan tak berkira buat kerja rumah. Nak tahu lebih bab ini, baca perkongsian penuh dari Puan Iman Plymouth ini…
Kita terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.
Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.
Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.
Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?
Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah orang perempuan automatik berdikari.
Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang ‘terabai’ dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...