Realiti bila dah berumah tangga, baru beli barang dan sesuatu, bini dicop suka menghabiskan duit suami.
Eh, nak ‘membawang’ pun jangan sampai terpotong jari sendiri tau. Ini nak bagi kesedaran pada yang suka sibuk-sibuk hal rumah tangga orang.
Kita tak pernah tahu dan duduk dalam kasut dia. Dah kenapa tanpa selidik nak mencanang bini yang habiskan duit lakinya? Pernah congak pengorbanan seorang isteri setiap hari?
Haa… kalau belum, jemput jentik mata hati melalui perkongsian saudara Firdaus Shakirin kejap!
Menghabiskan duit suami?
Menyusahkan suami? Biarkan suami kerja sorang-sorang?
What kind of mentality is this? What kind of mindset you have? Dah tu isteri nak menghabiskan duit siapa, jiran sebelah? Mintak duit dari org tuanya?
Tanggung jawab mencari nafkah, mencari rezeki untuk keluarga itu diletakkan pada suami sebab kemampuan suami untuk berbuat sedemikian,
Ads
Melaksanakan tugas itu bukanlah menjadi tanggungjawab isteri untuk mencari rezeki untuk keluarga, namun isteri dibenarkan untuk melakukannya dengan tujuan membantu meringankan bebanan suami.
Bekerja atau menjadi suri rumah, adalah pendebatan yang takkan habis. Setiap keputusan yang kita ambik, ada pro and cons yang tersendiri.
Setiap orang ada their own reason why they choose to be like that. It’s a rubbish to say menghabiskan duit suami.
It’s your right, wife right to use duit suami. Hak dia, nafkah dia adakah isteri yang jadi suri rumah tu akan minta lebih dari yang sepatutnya?
Dia aware dengan kemampuan suaminya. Isteri yang bekerja juga perlu meminta haknya walaupun dia ada pendapatan sendiri. Then, its still the same, right?
Ads
Zaman sekarang ni, kebanyakan suri rumah ada kesedaran, diorang sedar yang diorang tak boleh terlalu bergantung pada suami. Diorang ada kesedaran untuk mengurangkan beban suami. So, diorang buat kerja sambilan, bagi ada pendapatan sendiri.
Sangat tidak wajar jika orang cakap suri rumah ni goyang kaki, bersenang-lenang kat rumah, dan menyusahkan suami.
Orang yang tak berilmu je yang akan cakap macam tu. Yang jadi suri rumah tu pula, bukan yang jenis tin kosong. Banyak je berkelulusan tinggi tapi jadi suri rumah.
Then awk nak cakap, belajar tinggi-tinggi tak guna? Perabih duit mak bapak je? Awak tu yang belajar tak tinggi, bila dia dah berkahwin, ada tuntutan lain yang perlu didahulukan dan diutamakan dia. Itu tandanya dia lebih faham agama daripada awak.
Ads
Tak kisah lah awak tu mertua ke, ipar duai ke, biras ke, kawan-kawan ke, once anak awak get married, abang awak get married, he need to support his wife.
Dia kena tanggung wife dia, if he choose not to tanggung his wife, let his wife work to tanggung diri sendiri, then, please don’t get married.
Jangan suka-suka, sedap-sedap je mengata, memperburukkan suri rumah atau isteri.
And for all suri rumah, don’t bother what other says as you know you are right.
“You will never reach your destination if you stop and throw stones at every dog that barks”…Deep right?
Hadam lumat-lumat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berkebun merupakan terapi buat Siti Mariah Alias, 49 dan suaminya Abdullah Muji, 57. Bukan itu saja malah dengan cara ini juga merupakan salah satu riadah selain dapat mewujudkan jalinan kasih sayang, cinta dan rindu sesama ahli keluarga. Selain itu dengan berkebun dapat merapatkan lagi hubungan dengan anak-anak.
Inilah antara konsep yang digunakan oleh Siti Mariah dan suaminya dalam merealisasikan taman herba di laman belakang rumah. Walaupun tinggal di rumah teres lot tengah tetapi Siti Mariah dan suami tetap berjaya merealisasikan taman herba di belakang rumahnya. Lebih menggembirakan lagi taman di rumahnya pernah diiktiraf sebagai tempat pertama (Juara) di dalam pertandingan Landskap anjuran Majlis Perbandaran sepang, Kategori Rumah Teres Lot tengah 2015.
“Pada masa sama saya turut berinteraksi dengan alam dan menyedut udara segar setiap hari. Ia terapi bagi saya,” katanya yang sangat mengagumi mereka yang memiliki taman yang hebat dan penuh kehijauan.
Tetapi tidak semua orang mempunyai minat berkebun terutama individu yang tinggal di kawasan kediaman teres lot tengah kerana beranggapan ruang yang ada terlalu kecil untuk bercucuk tanam.
“Saya amat mengagumi sebuah rumah yang memiliki sebuah taman yang hebat dan penuh dengan kehijauan. Tidak semua orang mempunyai minat berkebun dan sudah pasti barang siapa yang memilikinya pasti dia juga seorang yang hebat. Apa yang saya suka tentang taman telah lahir dalam diri secara semulajadi,” sambung Siti Mariah.
Tanam Lebih 30 Jenis Tumbuhan Herba
Kadangkala dilihat, mereka yang menetap di rumah teres lot tengah sering mengabaikan halaman rumah di belakang rumah kerana beranggapan ruang sekecil itu tiada daya tarikan jika dihias cantik sekalipun kerana hanya sebuah ruang kosong yang sempit. Tetapi sungguh mengkagumkan dan berlainan sekali dengan rumah Siti Mariah dan suaminya ini mereka menggunakan sepenuhnya bahagian belakang rumah. Usaha pemilik yang menjadikan back line yang sering dijadikan ruang yang terbiar (abandoned space) sebagai sebuah taman herba. Terdapat hampir 30 jenis tumbuhan herba yang ditanam di dalam bekas seperti, pasu yang berbeza saiz.
“Ada antaranya adalah spesis yang jarang ditemui seperti buah ajaib, mahkota dewa, belalai gajah dan sebagainya. Pada saya taman herba ini juga umpama platform meditasi bagi saya sekeluarga merehatkan minda dan fizikal serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Oleh kerana rumah berada di lot tengah, saya mengambilnya sebagai cabaran apabila bersama suami menggunakan sepenuhnya bahagian belakang rumah dengan menukar 100 peratus ruang terbiar kemudian dihiasi hampri 30 jenis tumbuhan herba yang ditanam di dalam pasu yang pelbagai saiz. Ada antaranya adalah spesis yang jarang ditemui seperti buah ajaib, mahkota dewa, jerangau dan buah letop. Pada saya taman herba ini juga umpama platform meditasi saya sekeluarga merekehatkan minda dan fizikal serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi, katanya yang turut menanam herba popular seperti mas cotek jantan, mas cotek betina, bangun2, sabung nyawa, senduduk putih, senduduk ungu, kunyit hitam dan halia bentong,” tambah Siti Mariah lagi.
Wanita ini turut berkongsi mengenai keunikan buah ajaib yang dapat menghilangkan sebarang rasa asal contoh pedas dan menghadirkan rasa manis ketika mengambilnya. Selain herba Siti Mariah turut menanam tumbuhan untuk kegunaan harian dalam masakan seperti, selom, limau purut, limau nipis, lengkuas, cili padi, ulam raja, tomato, rosemary, basil dan lain-lain lagi yang hidup subur kerana diberikan penjagaan rapi.
“Jika hendak masak atau makan ulam-ulaman saya hanya tinggal petik sahaja di belakang rumah, jadi saya boleh jimat belanja selain menyahut seruan kerajaan untuk menanam sayur sendiri. Tanaman kontan ini mudah sahaja penjagaannya. Saya juga turut memberikan hasil kebun herba dibelakang rumah pada rakan-rakan sepejabat dan jiran berdekatan. Ini dapat juga mengeratkan silaturrahim. Pokok terbaru yang saya tanam ialah pokok letup-letup. Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat pening, sakit pinggang dan kanser. Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak boleh dijadikan jus boleh untuk merawat sakit kerongkong,” ujar Siti Mariah yang akui berkebun sama saja dengan kerja-kerja lain di mana perlu jujur, ikhlas dan disertai minat mendalam.
Perlu Konsisten
Dalam konsep penjagaan tanaman di taman herba Siti Mariah juga menerangkan seseorang itu perlulah konsisten.
“Saya dan suami selalunya akan membuang rumput, membaja, menanam yang baru dan mencantas pada hari minggu. Supaya tidak terlupa untuk membaja saya akan setkan dalam telefon bimbit tarikh yang sesuai untuk membaja. Ada sesekali anak-anak juga membantu. Di taman herba ini jugalah saya dan keluarga selalu membuat barbeku atau pun minum-minum petang sambil bersantai dan melihat anak-anak pokok herba membesar dengan sihat cukup menjadi kepuasan pada diri saya dan suami. Saya berbangga kerana mempunyai seorang suami yang memang rajin berkebun, kerana suami banyak membantu. Suami saya bukan sahaja menjaga tanaman yang berada di dalam kawasan halaman rumah tetapi turut mengambil berat ruang diluar kediaman saya. Contohnya ada kawasan tanah lapang dihujung pejalan kaki berhadapan rumah saya. Suami ada menanam pucuk ubi, serai, nenas, keladi, pisang, pandan untuk kegunaan seharian,” kongsinya.
Ditanya tentang rujukan dalam menjaga laman belakang rumahnya, Siti Mariah menerangkan, “Untuk mendapatkan ilmu-ilmu tentang penjagaan pokok-pokok herba ini pula saya selalu membaca blog-blog, membeli majalah dan di media sosial tentang penjagaan pokok. Saya juga ada memberi sedikit tip seperti cara-cara penanaman, penjagaan pokok bersama-sama kawan di media sosial. Pada saya inilah salah satu cara untuk memberikan ilmu dan sedekah secara tidak langsung. Menjaga pokok ini sebenarnya tidak susah kerana bukan membaja semata-mata menjadikan pokok kita hidup gemuk dan subur.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ternyata bukan mudah untuk mencari pengganti yang serupa dengan isteri pertama. Jika takdir Allah menentukan bahawa sang isteri pergi buat selamanya terlebih dahulu, jadi siapa kita untuk melawannya. Hakikatnya, bukan mudah untuk mencuba nasib dalam perkahwinan kali kedua kerana isteri pertama tiada gantinya sampai bila-bila.
Syafiq dan Musliha merupakan pasangan merpati dua sejoli. Sejak bercinta hinggalah mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikenali oleh keluarga dan teman-teman sebagai pasangan yang romantis. Syafiq merupakan suami yang cukup penyayang dan sangat kasihkan isterinya Musliha.
Biar pun sibuk di pejabat, setibanya di rumah, Syafiq akan membantu Musliha menguruskan anak-anak, sementara Musliha memasak di dapur. Begitu juga dengan kerja rumah, Syafiq cukup ringan tulang membantu isterinya. Setiap kali tibanya ulangtahun perkahwinan dan ulang tahun kelahiran, pasti ada kejutan Syafiq buat isterinya.
Hubungan yang indah dan bahagia ini berlangsung sehingga usia perkahwinan mereka mencecah usia 50 tahun. Kemanisan rumah tangga yang dibina akhirnya tercuit apabila Musliha disahkan menghidap kanser payudara tahap empat. Bagaikan batu besar menimpa kepala Syafiq apabila isteri yang dicintai dikhabarkan bakal pergi tidak lama lagi.
Disahkan Kanser
Walaupun Musliha seakan menyerah kerana tidak mahu melakukan apa-apa rawatan tetapi demi suaminya, dia ikutkan saja. Selain rawatan di hospital, dirinya turut mendapatkan rawatan alternatif. Suami dan anak-anak menjadi penguat semangat untuk Musliha teruskan hidup.
Jauh di sudut hati Musliha, dai bersyukur dirinya menghidap kanser dalam usia begini. Anak-anak sudah besar dan sudah tentu dapat menjaga ayah mereka. Tetapi tidak bagi Syafiq, dirinya seakan tidak mahu melepaskan isterinya pergi. Sudah takdir Allah SWT, selepas enam bulan bertarung kanser, akhirnya Musliha pergi buat selamanya.
Dari hospital hinggalah selesai urusan pengebumian, Syafiq langsung tidak menitiskan air mata. Anak-anaknya mula bimbang dengan bebanan emosi yang tidak tertanggung oleh ayah mereka. Puas dipujuk, Syafiq sukar untuk menjamah makanan. Setiap kali usai solat, dia akan terus menjengah pusara isterinya.
Tidak kira siang atau malam. Panas atau hujan, jika hilang di pandangan mata sudah tentu dia akan ke kubur. Melihat keadaanya yang sebegitu anak-anak merasakan ayah mereka perlukan teman untuk berbicara.
Kahwin Kerana Terpaksa
Setelah menetapkan beberapa syarat, akhirnya terpaksa jua berkahwin lain demi menjaga hati anak-anaknya. Namun kehadiran isteri baru, Hawa, membuatkan Syafiq rimas. Dirinya sentiasa membezakan isteri barunya dengan Musliha. Maklumlah hampir separuh usianya dihabiskan bersama Musliha.
Lama-kelamaan, Syafiq merasakan lebih baik dia dan Hawa berpisah sahaja. Tidak adil jika dia terus-terusan mendera perasaan isterinya itu. Setelah bercakap baik-baik akhirnya Hawa memahami keadaan dirinya.
Sesungguhnya cinta Syafiq kepada Musliha terlalu agung dan tiada siapa pun mampu menjadi pengganti tempat isterinya. Semoga Hawa dikurniakan lelaki yang lebih baik dan mampu menjaga dirinya. Ternyata tiada pengganti terbaik untuk isteri pertama sampai bila-bila.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Percaya kan zaman viral ini proses keibu bapaan makin mencabar. Paling terkesan sekali emosi diri yang kadangkala sukarnya nak dikawal. Nak bagi emosi mak-mak lebih bertenang, dan lebih fokus dengan anak-anak salah satunya adalah lupakan saja gosip alam maya.
Sebab otak yang tak dikelilingi dengan gosip pelik-pelik akan lebih mudah fokus untuk mendidik anak-anak jadi lebih cemerlang dan berjaya. Dalam masa yang sama, tenaga ibu jadi lebih besar dan tak dibazirkan untuk perkara yang tak penting.
Menarik sekali perkongsian Puan Nadiatul Ashikin Binti Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang mendapat intipati ilmu keibubapaan menerusi talk yang disampaikan oleh Dr Siti Rohana.
“Dah 6 tahun jadi ibu sekarang saya tahu. Aduhai.”
Ingatlah.. Mak Ayah Orang Pertama Anak Kenal Dalam Dunia
Ibu mesti bertenang supaya kita tak menyinga sepanjang masa. Supaya otak kita sempat berfikir dengan baik sebelum bertindak.
Bila anak pecahkan cawan, ibu berhenti sekejap. Rasa nak marah?
Tarik nafas dalam-dalam sampai kita rasa tenang dan otak boleh proses apa yang sedang berlaku dengan rasional.
Bila dah bertenang, baru otak boleh berfungsi sebagai manusia yang waras.
“Oh anak aku tak sengaja.”
“Oh anak aku nak tolong angkatkan.”
“Oh anak aku nak bagi aku cawan cepat-cepat.”
“Oh anak aku tangannya belum cukup kuat angkat cawan kaca yang berat.”
Bagi anak kecil, tiada siapa lagi yang paling dia cintai melainkan ibu. Orang pertama yang dia kenal di dunia ini. Bayangkanlah kalau anak kecil asyik dimarah, diherdik dan dipukul? Pada siapa lagi dia nak percaya dan bina kepercayaan diri sendiri kalau bukan pada ibu?
Di hati anak, ibulah segala-galanya.
Kalau ibu bunuh kepercayaan pada diri mereka dengan tempik, herdik dan pukul, kita ingat anak akan jadi orang yang percaya diri (high self esteem) bila perlu keluar hadap dunia luar nanti?
Ini Cara Ibu Belajar Bertenang
Ibu nak bertenang kena elakkan stress.
Lebih-lebih lagi stress yang tak perlu.
Yang tak penting pun. Yang langsung tiada kaitan dengan kita.
Salah satunya, stalk cerita gosip di alam maya ni. Perasan kan macam mana punya sakit hati bila kita baca kisah rumahtangga yang pelik-pelik, tak masuk dek akal? Padahal tu kisah orang lain. Tapi dah curi baaaaanyak tenaga kita.
Tanpa sedar kita stress. Lepas tu senang nak marah-marah. Hal kecil-kecil pun tak boleh nak toleransi.
Sebab? Kita tak bertenang. Otak kacau-bilau. Cloudy.
Teringat tuan Bukhari Ramli cakap.
“Otak ni tempat yang suci. Jangan masukkan sampah!”
Dulu saya tak faham juga apa yang tuan Bukhari cakap.
Lama-lama baru nampak, boleh kaitkan otak dengan mindset dan akhlak kita sebagai manusia.
Apa yang kita lihat dan dengar masuk ke otak. Tambah pula dengan emosi, memang dahsyat penangannya. Lalu tercipta belief system kita sendiri.
Nak Tak Nak.. Ibu Mesti Bertenang
Ibu, tak kita yang berubah, siapa lagi?
Anak tak ada orang lain untuk diharapkan, melainkan pada ibunya sendiri. Tak mungkin ibu orang lain tiba-tiba datang nak offer diri.
“Meh sini meh. Acik boleh jadi ibu yang bertenang untuk awak, nakkkk.”
Ibu, mesti bertenang. Anak kecil tak lama mana. Sampai masa dia dah pandai buat keputusan sendiri. Dah keluar pergi belajar, tak lama tu akan bina rumahtangga dengan orang lain. Tinggallah kita sendiri.
Sekarang ni masa untuk kita cipta sebanyak mungkin memori yang indah dan baik dalam hidup mereka.
Kita cuba, ya.
Tak jadi sekali, buat sampai sejuta kali.
Tak dosa pun. Asalkan kita tak putus asa. Tuhan nampak usaha kita.
Nadia Bakar : Paksa diri cuba tenang setiap masa walau banyak lagi cacat celanya.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.