Bilik air atau tandas memang memainkan peranan di rumah. Kena pastikan bersih dan cantik mata memandang. Biasanya kalau bilik air lama, selalu memang macam-macam masalah seperti bocor celahan mozek, jubin lantai kekuningan sebab karat, mozek licin dan sebagainya.
Sebelum nak panggil kontraktor ubahsuai tandas tu, ada baiknya cuba DIY guna Epoxy Paint ni. Hasilnya nampak bilik air nampak cantik, mudah nak buat dan lebih jimat.
“Tahun lepas upah tukang pasang epoxy layer di tandas kena charge RM9++ (4 layers, ada corak, professional work). Tahun ini musim PKP, ternampak iklan Epoxy Paint DIY di Shoppee dengan harga lebih marhaen. Terus beli dan cuba.”
Antara tujuan Epoxy:
1. Tutup lubang celah-celah mozek. (port laluan lipan/cacing kecil)
2. Kurangkan licin mozek lama.
3. Cantik kan.
4. Untuk tandas tingkat 2, kalau kena caranya boleh selesaikan masalah lantai bocor, rosakkan wall tingkat bawah.
Antara penjual di Shoppee. Penjual ini bagus rating dan lengkap perkhidmatannya. Boleh pilih warna pilihan. Jangan salah warna pula, haru nanti.
Bungkusan yang dipos.
Barang-barang yang ada di dalam kotak. Lengkap kelengkapan untuk DIY. Terbaik.Set tu dah include 2 bancuhan, Rm139. Acu usha shoppe, banyak jenis dan harga lain-lain. 1 set ini ngam-ngam untuk keluasan tandas ni.
Kertas arahan. Fahami dan ikut urutan.
Ads
Bersihkan tandas dan keringkan dahulu sebelum proses mengecat bermula.
Pakai tape biru yang dibekalkan. Untuk bahagian yang tak nak di cat. Nampak celah mozek yang ketara lubangnya.
Hasil bancuhan pertama. Perkakas yang terlibat dengan bancuhan ini memang pakai buang.
Proses layer bancuhan pertama. Memang likat! Meletihkan dan memang kena sabar. Rancang langkah-langkah tapak kaki anda hahaha. Untuk tandas yang kecil, disarankan buat 2 layer terus. There is no coming back 🤣 layer cepat keras.
Ads
Buat 2 layer sebab ada lubang celahan mozek yang agak kritikal dan dalam. Dengan layer pertama tak cukup. Masih berlubang. Kena extra sedikit di bahagian tersebut.
Saya korbankan sudu untuk proses target lebihkan cat di celah mozek yang kritikal.
Siap layer pertama. Sabar dan tunggu semalaman.
Hasil esok nya. Memang keras dan lubang tertutup.
Ads
Bancuhan kedua.
Proses cat layer kedua. Kurang likat berbanding semalam. Juga boleh buat 2,3 layer terus. Banyak lebih berbanding semalam. (Bergantung kepada keluasan tandas).Layer pertama nampak lebih kepada nak tutup kecacatan dan lubang-lubang. Lebih keras apabila kering. Layer kedua lebih kepada kosmetik, nak kasi warna.
Siap! Tanggalkan tape biru.
Awal-awal cat yang digunakan memang kuat baunya.
Sebenarnya tak perlu pun keluar modal besar-besar untuk dapatkan ruangan kitchen bar (bar dapur) idaman hati.
Terpesona lihat, kitchen bar di kediaman Diyana Mahmud ini. Paling penting sekali, buat sendiri dan modal untuk table top tu cuma RM59.
Katanya, “Saya nak kongsi DIY kitchen bar dibuat dengan menggunakan table top Linnmon Ikea.”
“Kaki untuk kitchen bar tu, saya gunakan kayu yang dah ada dekat rumah dan spray warna putih.”
DIY Kitchen Bar Mudah Pasang
1. Guna table top ini.
2. Pasang bracket untuk lekatkan ke dinding.
3. Untuk kaki buat macam ini.
*kaki buat dan pasang sendiri. Gunakan spray putih sama warna dengan table top.
4. Letak sealer antara dinding dengan kaunter.
Sealer tu ada dijual dekat kedai hardware. Warna putih dalam bekas. Ala-ala kapur. Tujuan letak sealer tu tak nak bagi ada gap antara table top dengan dinding.
5. Inilah hasilnya.
MW : Mudahkan.. buat sendiri pun boleh. Lebih jimat dan tak perlu upah orang.
Perasan tak kadang kala api pada tungku dapur jadi besar dan bertukar warna oren sehingga menyebabkan periuk hitam berjelaga. Memang jenuh nak menyentalnya, sampai ingat tungku dapur gas dah rosak dan kena tukar yang lain.
Namun sebelum nak beli dapur baru, sebenarnya mak-mak boleh cuba dulu tip yang dikongsikan oleh Puan Sharina Binti Othman dahulu dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN), agar api kembali bertukar biru.
Berikut perkongsian tersebut;
“Api dapoq gas tetiba oren.Habis berjelaga periuk kesayangan.Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.Tapi tu la bajet pun cukup-cukup ja.”
Sapa pernah mengalami situasi sebegini?
“Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru. Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk. Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah.Ni dapoq gas yang biasa tu nah.”
1.Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu
2. Pusingkan benda tu. (Yang anak panah tu).
3.Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah).
Namun, setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya :
Buka tungku api, ketuk-katuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
Dan pasang semula tungku api tersebut.
Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.
Gambaq yang terakhir k.nana terbaca di komen group MAHN.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang ada masalah api tungku warna oren dan sebabkan periuk berjelaga, boleh cuba dahulu tips yang dikongsikan ini sebelum nak beli dapur baru. Jimat duit!
Kulit pisang dan kulit telur banyak kegunaannya yang ramai terlepas pandang. Kedua-dua bahan yang dianggap ‘tidak berguna’ ini boleh digunakan untuk menghasilkan baja yang berfungsi untuk menyuburkan pokok tanaman.
Jika biasanya kulit pisang dan kulit telur dibuang begitu sahaja, apa kata kali ini, kumpulkan. Boleh ‘diproses’ untuk dijadikan baja buatan sendiri.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...