Mak-mak ‘Datang Bulan’, Da’i Hamidah Terang Cara Manfaat 10 Malam Terakhir Ramadan

Lagi beberapa hari kita bakal meninggalkan Ramadan. Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini, walau mak-mak ‘datang bulan’ pun masih boleh gandakan pahala dengan amal ibadah.

Tapi tak bermakna, tak boleh berpuasa, mak-mak biarkan jiwa tu kosong. Banyak amalan ibadah yang mak-mak boleh sempurnakan.

Ini yang dikongsikan Da’i Hamidah untuk panduan wanita haid di bulan Ramadan.

Jom manfaatkan malam ganjil di 10 terakhir Ramadan kali ini. Semoga Ramadan kita tahun ini berkualiti. Bulan inilah peluang terbesar untuk kita perbanyakkan melakukan kebaikan.”

Sebab semua pahala amalan kebaikan akan digandakan.”

 

IKLAN

Mak-mak ‘Datang Bulan’, Da’i Hamidah Terang Cara Manfaat 10 Malam Terakhir Ramadan

6 Cara Mak-mak ‘Datang Bulan’ Manfaat 10 Malam Terakhir Ramadan

Bagi wanita haid yang tidak boleh berpuasa, kita juga dapat mengumpul pahala di antaranya dengan :

1. Berzikir dan berdoa sungguh-sungguh.

IKLAN

2. Mendengar alunan ayat Quran dan zikir.

3. Tadabbur terjemahan dan tafsir Al-Quran.

4. Mendengar tazkirah dan menuntut ilmu.

IKLAN

5. Membantu memudahkan urusan berbuka puasa dan bersahur ahli keluarga dan sahabat.

6. Membanyakkan bersedekah dan memberi khidmat.

Bacalah Juga Doa Ini

Perbanyakkan membaca doa berikut:
. ‎اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “ .
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku “

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan amal kebaikan.

Sumber/Foto : Da’i Hamidah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI