Mak ayah waspada dan tolonglah ambil langkah berjaga-jaga, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Kerajaan Selangor pantau pusat jagaan kanak-kanak.

Sebagai mak ayah pastinya kita berasa risau apatah lagi kembalinya penularan penyakit  HFMD terutama di Selangor. Tolonglah ya, jangan abaikn aspek kebersihan asas seperti mencuci tangan dengan kerap dan memastikan tempat-tempat yang sering dicapai oleh kanak-kanak kekal bersih.

Mak Ayah Waspada & Tolonglah Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Seperti mana yang dimaklumkan menerusi laman web KKM, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Jaga kebersihan diri demi mencegah penyakit ini menjangkiti anak-anak anda.

Tanda-Tanda Anak Anda Dijangkiti HFMD

Perhatikan tanda-tanda seperti demam dan ruam di tangan dan kaki, anak anda mungkin dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkitkan penyakit tersebut kepada kanak-kanak lain.

Elakkan perkongsian alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.

Baca Sini : Cegah Penularan Virus HFMD Di Taska | MWTV 10 Februari

Lepas Raya, Periksa Kesihatan Anak Bawah 5 Tahun, Bimbang Risiko Penyakit Berjangkit HFMD

IKLAN

Mak Ayah Waspada & Tolonglah Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Kenali Tanda Anak Jika Dijangkiti HFMD 

Mak Ayah Waspada & Tolonglah Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Kenali Tanda Anak Jika Dijangkiti HFMD 

Kerajaan Selangor Pantau Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Terbaru menerusi laporan dari Bernama, Kerajaan Selangor melalui pejabat kesihatan daerah (PKD) akan memantau pusat penjagaan kanak-kanak di negeri itu dengan lebih ketat supaya penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya juga akan mengadakan sesi taklimat dan tunjuk ajar selain penilaian risiko bagi institusi jagaan kanak-kanak yang terdapat di negeri itu.

Setakat 21 Mei lepas, beliau berkata sebanyak 13,262 kes HFMD direkodkan dengan daerah Petaling mencatatkan kes paling tinggi iaitu 4,155 diikuti Hulu Langat (2,608 kes) dan Gombak (2,112 kes), selain 419 daripada jumlah keseluruhan kes tersebut telah dimasukkan ke wad.

IKLAN

Wabak Masih Terkawal

Di MELAKA, 39 kes HFMD dilaporkan melibatkan murid prasekolah di 22 sekolah rendah, dengan 38 kes daripadanya dikesan di Alor Gajah manakala satu kes lagi di sebuah sekolah di Melaka Tengah.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata bagaimanapun tiada penutupan sekolah atau kelas dilakukan setakat ini kerana wabak berkenaan masih terkawal.

“Di peringkat Jabatan Pendidikan dan Kesihatan negeri, kita juga sentiasa memantau kes jangkitan HFMD dan langkah-langkah pencegahan turut dilakukan agar kes jangkitan dapat dikawal sepenuhnya,” katanya.

Di SABAH, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata COVID-19 telah mengajar rakyat Sabah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penyakit berjangkit, justeru tindakan sama wajar diteruskan bagi penyakit HFMD yang menular ketika ini.

IKLAN

Beliau berkata meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat adalah lebih penting dalam mengekang penularan penyakit berjangkit seperti HFMD dan COVID-19, terutama ketika musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang bakal tiba 30 hingga 31 Mei ini.

Mingguan Wanita: Mak ayah tolong ya waspada, anak-anak amanah dari Allah untuk kita lindungi merek. 

Sumber : KKM & Bernama

Sumber Foto : KKM & Canvaa

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Kisah inspirasi ibu tunggal dari Kak Engku

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI