Bila anak buat perangai dan tak dengar apa yang mak ayah cakap, mulalah ‘naik angin’. Ini kalau ada di rumah, seorang anak buat perangai, rasanya semua anak kena. Kadang-kadang, kenakalan anak bukan hanya di rumah, boleh terbawa-bawa di tempat awam.
Biasanya, anak-anak yang tunjuk kenakalan di tempat awam, kalau mak-mak mahu menjerit, malu orang lain akan pandang. Nak senang, mak-mak hanya bagi renungan tajam sahaja. Bagi anak yang faham, mereka akan ‘behave’ dan yang tak nak dengar, nanti dapatlah habuan dalam kereta.
Begitulah, anak-anak nak membesar. Mungkin ada cara mak ayah yang tidak sedar, apa yang kita marah, tegur mahu pun memukul anak, ia sebenarnya memberi kesan pada anak itu sendiri. Anak pun ada harga diri dan terasa dengan apa yang kita lakukan.
Sebab itulah, jika dalam sehari anak kena marah atau pun tanpa sengaja merotan atau denda dek kenakalan mereka mesti mak-mak rasa sedih. Lebih-lebih lagi bila tengok raut wajah anak semasa tidur. Rasa kasihan, semua ada. Kadang-kadang, mak-mak berjanji pada diri sendiri tak akan buat lagi, tapi bila marah, mulalah sukar dikawal.
Sebenarnya, cara mak ayah melayan anak itu boleh membuatkan emosi anak tidak menentu. Inilah yang menyebabkan mereka rasa rendah diri dan hilang harga diri. Walaupun kita sebagai mak ayah menganggap sekadar untuk mengajar tapi ia boleh beri kesan pada anak.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini tentang perkara yang patut mak ayah elakkan agar anak-aank tidak terasa harga dirinya rendah.
Cuba lihat anak-anak kalian yang sedang tidur tu. Tatap wajah mereka baik-baik. Pernah tak terlintas di hati kalian, dalam fikiran mereka yang suci itu, apa yang mereka fikirkan tentang kita, apa yang mereka fikir tentang diri mereka sendiri?
Tahu tak? Anak-anak kita, walau umurnya masih kecil, mereka tetap ada harga diri dan maruah. Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri. Penilaian ini dibuat berdasarkan bagaimana mereka dilayan oleh ibubapa.
Ads
Ada beberapa perkara yang kita perlu hindari agar kita tidak menyebabkan anak merasakan harga dirinya sangat rendah. Anak-anak yang rasa harga dirinya rendah, cenderung menjadi insan yang mempunyai masalah sosial dan kecelaruan emosi.
Elakkan Perkara Ini
Antara perkara yang kita perlu dielakkan:
1. Mengherdik Anak Di Depan Orang Ramai
Kadangkala anak kita tak sengaja atau tak tahu apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang salah. Jika anak melakukan kesilapan atau kesalahan di kawasan awam, tak usahlah herdik atau pukul mereka di khalayak ramai. Tiada siapa selesa dimarahi di hadapan orang ramai, kerana ia menjejaskan reputasi dan harga diri.
2. Membuka Aib Anak Pada Orang Lain
Ibu bapa sering kongsi kisah gelagat aneh, perangai buruk dan kesilapan anak kepada orang lain, sebagai satu topik perbualan santai atau bergurau. Itu sebenarnya suatu memalukan dan dibenci oleh anak. Tindakan ini boleh menyebakan mereka hilang keyakinan diri, dan kepercayaan pada ibubapa.
Ads
3. Mengatakan Sayang, Tapi Bersyarat
Kadang-kadang kita gunakan ugutan dengan mengatakan kita tak menyayangi mereka bila mereka tak dengar nasihat. Ini sesuatu yang perlu dielak. Kita perlu mengatakan kita tak suka sesuatu perbuatan yang salah, bukan tak sayang kepada mereka. Mengatakan kita tak sayang mereka, adalah satu penderaan emosi.
4. Tuduh Suatu Yang Tak Mereka Lakukan
Syak wasangka yang berlebihan pada anak ada kesan negatif. Anak akan rasa dirinya tidak dipercayai dan dibenci. Mereka akan rasa nilai mereka dalam unit keluarga adalah kecil. Jika dibiarkan, anak akan mencari tempat lain untuk menagih kasih dan kepercayaan. Ini akan membuka ruang pengaruh tak elok dari luar.
5. Memandang Rendah Kebolehan Anak
Kanak-kanak memang tak cekap. Jika makan, habis berterabur. Bila menyusun, habis bersepah. Jika melukis, habis comot. Namun, hendaklah sentiasa memberi mereka peluang untuk mencuba. Jangan rendahkan semangat mereka dengan berkata mereka menyibuk dan buat tak pandai buat sesuatu kerja.
Semoga bermanfaat!
MW: Apa yang mak ayah buat ini, boleh juga berlaku di luar kawalan. Jangan terus menghukum anak-anak.
Mak-mak bila sudah tekad nak bercerai, terus failkan hak penjagaan anak. Jangan tangguh!
Proses mahkamah akan mengambil masa, oleh sebab itu jika nak bercerai, sekalikan terus permohonan hadhanah.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Mimie Mizah ini, dia sarankan agar wanita yang melalui nasib sepertinya agar membuat persediaan awal setelah nekad mahu bercerai. Ini nasihatnya:
Mak-Mak Bila Sudah Tekad
Pentingnya failkan hak hadhanah interim dan hak hadhanah bersekali terus semasa failkan penceraian.
“Aku sikit habuk taksey dan tak penoh nok pero pun.” (Aku tak nak sebesar habuk pun dan tak pernah fikir nak pelihara). Akhirnya keluar juga watak sebenar, hampir 10 orang pegawai polis menjadi saksi.
Ayat yang keluar ini dari dua orang individu… akan aku ingat sampai bila-bila. Pakej dengan video rakaman dan perbualan yang aku akan simpan sampai bila-bila. Kelak, anak sudah dewasa, andai mereka bertanya, anak-anak akan tahu cerita sebenar yang berlaku.
Aku tak kisah mereka hendak cerita apa pada orang lain, pada orang kampung. Segala maki hamun, menyumpah, mengumpat, mengata, fitnah bagai, sikit pun aku tak kisah. Yang penting aku dan anak-anak tahu, dan Tuhan itu Maha Mengetahui.
Terus Failkan Hak Penjagaan Anak
Kenapa bila orang maki hamun, kita masih boleh tersenyum saja? Sebab walau mereka keluar perkataan kesat dan buruk macam mana pun, yang sakit itu hati mereka, bukan hati kita.
Mak-mak, bila sudah tekad nak bercerai, terus failkan sekali hak penjagaan anak. Jangan tangguh. Proses mahkamah ambil masa. Bila keadaan macam ini berlaku, PDRM akan bagi kerjasama terus sebab adanya perintah mahkamah.
Jangan Tangguh!
Sudah beberapa kali perintah ini dilanggar sebelum ini sebenarnya, aku masih bersabar dan bertahan. Tapi, tidak untuk kali ini. Sudah melampau sangat, tiga perjanjian dilanggar dan mereka anggap benda remeh saja.
Khalas. Yang penting, anak akan selamanya dengan aku, tanpa drama dan sandiwara lagi dari pihak belah sana.
Rata-rata warganet turut berkongsi bahagia apabila anak-anak kembali ke pangkuan Mimie Mizah. Alhamdulillah!
Mingguan Wanita : Setelah bercerai, permohonan hak jagaan (hadhanah) tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri pihak pemohon bermastautin. Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.
Masya Allah… terkedu baca tajuk yang mana punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak semalam adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.
Hasil bedah siasat pada pukul 10 pagi tadi mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata,
“Ini mungkin disebabkan stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan didera.”
Apa yang lagi menyedihkan, pemeriksaan fizikal mendapati terdapat banyak kesan lebam ditemui pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bahagian bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada bahagian kemaluan mangsa.
Ya, tak mampu nak bayangkan rasa sakit yang ditanggung si mangsa apabila melihat keadaannya. Mangsa yang merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih merupakan anak pertama dari dua beradik lelaki. Yang kedua berumur lapan tahun.
Mak Ayah Si Mangsa Ditahan
Bapa mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai selain menjadi pemandu Grab, manakala ibu mangsa mengambil upah menjaga tiga orang kanak-kanak di rumahnya.
Ibu dan bapa mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Julai bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarganya pada jam 3.40 petang tadi untuk dikebumikan.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya, makin bertambah usia perkahwinan, makin suami isteri tahu tentang karenah dan perangai masing-masing. Isteri manja, mengada-ngada tu hanya di awal perkahwinan. Tetapi bila lama-lama, perangai itu tetap ada tapi dari sisi lain pula. Merajuk cara orang tua-tua.
Walau bagaimanapun, ada juga suami yang masih tidak tahu dan kenal isterinya walaupun berkahwin sudah masuk berbelas tahun atau berpuluh tahun. Bila masa isteri merajuk, ingin bemanja dan sebagainya. Sebaliknya, suami tengok semua itu sama sahaja. Akhirnya, isteri hanya perndam rasa.
Makin lama berkahwin, makin suami isteri banyak tahu tentang orang yang sentiasa ada bersama susah atau senang. Bukannya makin tidak tahu. Perkongian daripada Zul Fikarullah boleh membuka mata suami di luar sana cara nak bagi hati isteri gembira.
8 Cara Mudah Buat Isteri Gembira Dan Tambah Sayang Pada Suami
Sepanjang 10 tahun saya mendirikan rumah tangga bersama cinta hati, saya telah belajar banyak perkara tentang insan istimewa yang bernama wanita.
Terkadang suami berasa bingung dengan karenah isteri yang tak terjangka. Sebenarnya mudah sahaja jika kita tahu apa yang mereka inginkan. Contohnya seperti berikut;
1. Isteri suka didengari. Sentiasa berikan telinga dan hati walaupun untuk cerita dan masalah yang sama biarpun untuk kali ke-100. Awak dengar je. Anggap macam tak pernah dengar lagi cerita tu. Berikan sokongan penuh kepada dia.
2. Isteri suka awak buat keputusan. Nak makan kat mana? Nak pergi mana? Awak kena fikir sampai dia senyum. kalau dia jebik awak kena fikir idea lain sebab dia tak nak lah tu. Layan kan je. Ketika itu dia rasa awak adalah heron dia.
3. Isteri suka awak cakap manja dan romantik. Kata i luv u selalu biarpun sudah berpuluh tahun kahwin. Dulu sebelum kahwin hari-hari awak ucapkan kan. Sekarang pun mesti sama lagi. Walaupun dia tahu awak sayang dia, tapi dia suka dengar ungkapan cinta dari mulut awak.
4. Isteri suka awak bantu dia kat rumah tanpa dipinta. Bantu kemas katil, bantu sapu sampah, bantu buang sampah, bantu picitkan badan dia dll. Tak buat selalu pun takpe, asalkan ada sahaja bantuan kecil dari awak.
5. Isteri ni suka lelaki kemas dan bergaya. Kacak no. 2, yang penting kemas. Awak patut bersyukur dia terima awak walaupun awak tak kacak. Jadi bila keluar tu biarlah sedap mata memandang, bau wangi, misai janggut trim kasi kemas, pakai kasut. Barulah dia senang hati. Kebersihan mesti jaga baik-baik terutamanya ketika nak bersama dia.
6. Isteri suka awak mengalah. Kalau awak salah cepat-cepat minta maaf. Kalau salah dia pun awak minta maaf je. Tak payah lawan sebab awak tak kan menang. Nanti dia dah sejuk dia akan minta maaf balik kat awak. Percayalah, hati dia lembut sebenarnya.
7. Isteri suka dibelai dan dimanjai. Peluklah sekejap dia ketika dia sedang masak. Urut badan dia bila dia kata penat. Jangan peluk time awak ‘nak’ je. Belai-belai dulu dia, Jangan main terkam je. Jika keluar berjalan peganglah tangan dia.
8. Isteri suka suprise, walaupun sekecil-kecil coklat favourite dia pun dah berbunga-bunga dia rasa. Apatah lagi kalau awak suprise pulut dakap kat dia kan. Berseri-seri terus muka dia.
***
#MekanikCinta
MW: Isteri ni lembut hatinya. Kalau buat apa yang dikongsi itu mahunya bertambah kali ganda sayangnya. Betul tak isteri?
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...