Majlis Nikah Tak Sampai 10 Minit, Jaga Jarak Elak Sebar Covid-19

Majlis akad nikah serba sederhana, dengan mengikut tatacara pencegahan virus Covid-19 ini dikongsikan jurugambar, @aanuaar. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas dan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam.

Pernikahan pasangan pengantin Amirul Azim dan Nabila Saiful ini berlangsung beberapa hari lalu diadakan di Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang.

Ini kerana, sepanjang berlangsung akad nikah, pengantin lelaki dan jurunikah tidak pun berjabat tangan. Biarpun serba sederhana dan mengundang rasa sedih di hati pasangan pengantin, demi keselamatan dan kesihatan, mereka akur melaksanakannya.

 

Majlis Nikah Tak Sampai 10 Minit, Jaga Jarak Elak Sebar Covid-19

Majlis Di Rumah Kadi, Nikah Tak Sampai 10 Minit

Kongsinya lanjut,

IKLAN

Tugasan hari ini selesai shoot akad nikah #covid19 . Majlis akad nikah tak sampai 10 minit. Majlis buat dekat rumah Kadi sendiri. Hand sanitizers pun kadi sedia. . Tengoklah jauh mana majlis nikah ni.

“Pengantin laki dengan perempuan pun kena jarak jauh. Tiada salam tangan dengan kadi sewaktu sesi Ijab & Kabul. Sangat sedih tapi kena teruskan ikut cara ditetapkan.

“Lepas tu sesi akad nikah kena rekod video oleh kadi atas perintah Majlis Agama Islam. Setelah lebih kurang 10 minit alhamdulillah majlis selesai.

IKLAN

 

Majlis Nikah Tak Sampai 10 Minit, Jaga Jarak Elak Sebar Covid-19
Kredit foto : instagram seicisproduction

 

Sungguhlah, sebagai pasangan pengantin baru siapa pun mengharapkan majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan gilang gemilang.

IKLAN

Namun, virus Covid-19 ini perlu dihentikan dari tersebar ke individu lain melalui sentuhan. Maka, itu disarankan di mana pun anda berada keraplah membasuh tangan dengan sabun selama 20 saat.

MW : Tentunya majlis pernikahan ini akan menjadi kenangan yang terlalu istimewa untuk pasangan pengantin ini. Semoga keduanya kekal bahagia sehingga ke jannah.

Baca sini :’Rehatlah ayah..’ ketika anak masih dalam kuarantin, ayah pergi selamanya kerana Covid-19

Sumber/Foto : seicisproduction

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI