Macam Mana Wanita Ini Boleh Tanam 30 Pokok Berpasu Dalam Rumah, Hidup Subur Lebih 3 Tahun

Bestnya kalau dapat tanam pokok berpasu dalam rumah dan pokok-pokok itu hidup subur menghijau. Masalah kebanyakan mak-mak ini, asal tanam pokok berpasu dalam rumah je mulalah tiba-tiba dia jadi ‘tangan panas’.

Baru beberapa hari, pokok dah layu. Hidup segan mati tak mahu. Beza sungguh dengan tanaman pokok berpasu dalam rumah Puan Muniyati Mohamad. Boleh buat mak-mak rasa tenang habis dan berangan bilalah nak dapat ‘tangan sejuk’ atau ‘greenfinger’ kata omputihnya.

Mingguan Wanita hubungi Puan Muniyati minta petua nak jadikan pokok-pokok subur malah segar menghijau dalam rumah. Dan tip yang boleh mak-mak pakai untuk realisasikan impian tanam pokok berpasu dalam rumah ni.

Berkenaan dengan indoor plant, ini sedikit perkongsian, cara jaga dan tip yang boleh saya kongsikan. Saya pun beginner lagi.” Ujar Puan Muniyati yang sudah mula menanam pokok dalam rumah sejak 3 tahun yang lalu.

Tambahnya lagi, jumlah tanaman yang ada dalam rumahnya ada lebih 30 jenis pokok berpasu. Ada yang jenis kaktus, succulent, keladi malah lidah buaya. Kehadiran pokok-pokok menghijau inilah buatkan dekorasi dalam rumah nampak wow! Rasa tenang bagaikan berada dalam taman.

Yang mak-mak boleh nikmati di rumah sendiri tanpa perlu keluar rumah. Ia juga memberikan bekalan oksigen yang baik kepada penghuni. Malah pokok-pokok ini kan berzikir, jadi ia mengundang ketenangan hati kepada pemiliknya.

IKLAN

 

Macam Mana Wanita Ini Boleh Tanam 30 Pokok Berpasu Dalam Rumah, Hidup Subur Lebih 3 Tahun

Persediaan Sebelum Tanam Pokok Berpasu Dalam Rumah Untuk Yang Baru Nak Mula

1. Pastikan beli pokok yang murah-murah ja dulu. Tak perlu pokok mahal lagi. Kira kalau mati tak stress sangatkan.
2. Pastikan juga pokok-pokok tu jenis yang low maintenance. Mudah cara jaga dia. Atau yang jenis susah mati.
3. Belajar serba sikit tentang pokok tu. Pencahayaan yang perlu dan cara siraman yang sesuai. (Boleh tanya pada tauke nurseri atau penjual pokok itu. Tanya dalam grup tanaman atau melalui pembacaan).

 

IKLAN

Macam Mana Wanita Ini Boleh Tanam 30 Pokok Berpasu Dalam Rumah, Hidup Subur Lebih 3 Tahun

Cara Dan Tip Yang Saya Amalkan

1. Cara jaga bergantung pada jenis pokok yang kita tanam dan medium yang kita guna (tanah @ air)
2. Cari tapak/tempat yang sesuai untuk kita letak pokok mengikut jenis dan kesesuaian pokok yang kita tanam.
3. Pastikan pasu dari jenis yang sesuai dengan pokok kita tu. Ada pokok yang nak kelembapan tanah. Tapi kalau kaktus dan succulent dia nak tanah yang kering.
4. Kalau ada masa atau rajin boleh la berbual-bual dengan pokok. Ada banyak manfaat sembang dengan pokok ni.
5. Selalu perhatikan pokok kita tanam. Kalau nampak lain macam ja. Boleh la cuba ubah tempat atau cara siraman kita.
6. Kalau guna medium tanah boleh lah letak baja yang sesuai. Kalau guna medium air bolehlah tukar seminggu sekali.
7. Kena selalu perhatikan dia. Kalau ada daun rosak kena cepat buang. Kalau ada jangkitan kena cepat rawat. Takut berjangkit dan boleh mati pokok kita.

Jenis Pokok Dalam Rumah Ikut Kategori

Keladi

 

IKLAN

Lidah Buaya / Paku Pakis

 

Kaktus / Succulent (Renek Berduri)

 

Pasu Bergantung

 

 

Sumber/Foto : Muniyati Mohamad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI