“Maaf saya mungkin tak sempurna di mata tapi saya pernah ada di saat awak memerlukan”-Shuhada. Pasti ramai yang tengah mengikuti kisah rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi.
Luahan hati isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai kecurangan suami yang bermesej sayang dengan wanita lain pasti mengingatkan kita kepada kisah beberapa selebriti yang turut melalui hal yang sama. Nama Shamsul Yusof, Shuk dan lain lagi antara yang saling disebut berikutam kecurangan mereka terbongkar di media sosial.
Selepas mendedahkan wanita yang mengganggu rumahtangga mereka dan mesej-mesej yang cukup jelas, terkini di akaun Tik Toknya, Nurul Shuhada memuat naik luahan hatinya serta gambar kenangan bersama suami dengan cukup menyentuh jiwa.
Tulisnya, “Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya. Menambah sebak, dirinya menggunakan lagu latar Cinta Terakhir.
Pasangan ini berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya perkahwinan pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahayamata.
Ads
Tapi Saya Pernah Ada Di Saat Awak Memerlukan- Nurul Shuhada
Tidak lama selepas memuat naik video kenangan itu, beberapa jam selepas itu, Shuhada sekali lagi memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.
“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.
Hari ini di instargamnya, Hafidz memuat naik satu gambar dengan keterangan
Ads
“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan ,
Tapi ingat Allah maha pengampun ,
Jahat macam mana pun kita , Jangan kita tinggal solat
Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.
Pembunuhan kejam Abby Choi kerana harta, bekas bapa mentua tak puas hati pembahagian harta. Pembunuhan kejam dan sadis melibatkan pempengaruh dan model Abby Choi sememangnya menggemparkan. Hanya kerana harta, model cantik ini maut di tangan bekas bapa mentua durjana yang tamakkan hartanya.
Kira-kira dua minggu lalu, wajah Abby Choi Tin-Fung menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup mewah digital, L’Officiel Monaco.
Tetapi, dunia fesyen dikejutkan dengan berita kehilangan sosialit berusia 28 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Abby Choi pada Selasa lalu dan kemudiannya digemparkan dengan penemuan bahagian tubuh miliknya, tiga hari kemudian.
Sebelum ini, ikon fesyen dan pempengaruh media sosial itu telah mencipta nama sebagai salah seorang individu paling disegani dalam industri berkenaan.
Wanita yang mempunyai gaya unik tersendiri itu bukan hanya popular di Hong Kong malah turut mempunyai peminat di seluruh dunia.
Abby sering dilihat menghadiri acara Paris Fashion Week dan tampil dalam sejumlah majalah terkenal seperti Elle, Vogue dan Harper’s Bazaar.
“Saya adalah seorang individu yang sentiasa mengambil inspirasi dan mencuba gaya baharu. Kadangkala saya juga cuba mengenakan busana lebih mewah dengan gaya suai dan padan untuk tampak berbeza,” katanya menerusi wawancara baru-baru ini.
Tetapi, kehidupan glamor beliau berakhir dengan tragis apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dipercayai telah didalangi oleh bekas bapa mertuanya.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati rumah tiga tingkat yang menjadi lokasi penemuan bahagian tubuhnya dalam keadaan mengerikan dijadikan sebagai tempat ‘menyembelih’ Abby.
Beberapa laporan media mendakwa bekas bapa mertuanya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian hartanah mewah yang menjadi punca pertikaian hingga mereka tergamak membunuhnya tanpa perikemanusiaan.
Pada Jumaat, polis Hong Kong menyifatkan kejadian itu sebagai pembunuhan terancang susulan penemuan pelbagai bukti jelas di sebuah rumah di perkampungan Lung Mei Tsuen di Tai Po yang terletak di pinggir bandar raya tersebut.
“Kami sedang berusaha mencari kepala mangsa,” kata jurucakap polis, Alan Chung ketika mengesahkan sepasang kaki mangsa ditemui di dalam sebuah peti sejuk.Menurutnya, rumah itu turut dilengkapi dengan gergaji elektrik dan pengisar daging, namun tidak mempunyai sebarang perabot.
“Kami percaya kediaman itu disewa semata-mata untuk melupuskan mayatnya. Dua bekas mengandungi tisu manusia ditinggalkan di lokasi kejadian. Bahagian badan dan tangannya juga belum ditemui,” jelasnya lagi.
Sebagai usaha menjejaki bahagian lain tubuhnya, kira-kira 100 anggota termasuk penyelam dari unit khas digelar Flying Tigers telah dikerahkan untuk melakukan carian di kawasan tadahan air di tanah perkuburan Tseung Kwan O.
Operasi itu dilancarkan selepas siasatan awal mendapati bekas bapa mertua dan abang iparnya dilihat di kawasan itu pada Rabu, sehari selepas Abby dilaporkan hilang.
Ketika penemuan mengejutkan itu heboh diperkatakan media, bekas suaminya, Alex Kwong akhirnya berjaya ditahan di kawasan dermaga Tung Chung pada Sabtu.
“Kami percaya dia mungkin sedang menunggu bot laju sebagai cubaan untuk melarikan diri,” lapor South China Morning Post memetik sumber rapat dengan pihak berkuasa sambil menambah Kwong turut membawa wang tunai HK$500,000 (RM282,532) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2.3 juta) bersamanya.
Tanggung keluarga bekas suami
Walaupun sudah berpisah dengan Kwong, Abby dikatakan masih menanggung bekas suami dan keluarganya.
Wanita itu juga membeli hartanah di Kadoorie Hill di Ho Man Tin, sebuah kawasan kejiranan mewah di tengah Kowloon di bawah nama bekas bapa mertuanya.
Difahamkan, nilai pasaran hartanah itu dianggarkan berjumlah HK$45 juta (RM25.4 juta).
Pada tahun lalu, Abby memaklumkan rancangannya untuk menjual hartanah mewah tersebut.
Wanita jelita itu juga berjanji untuk menempatkan keluarga bekas suaminya ke kediaman lain, namun rancangan itu mencetuskan bantahan daripada mereka hingga membawa kepada pertengkaran mulut.
Siasatan pihak berkuasa juga mendapati Abby tidak mendaftarkan perkahwinan terbaharunya pada 2016 bersama Tam Chuk-Kwan anak kepada pengasas rangkaian restoran kasual di Hong Kong, TamJai Yunnan Mixian yang beroperasi di Tanah Besar China.
Kegagalan Abby berbuat demikian akan menyebabkan aset miliknya bakal diwarisi dua anaknya bersama Kwong.
Sebelum wanita itu dilaporkan hilang, Abby dikatakan menaiki kereta bersama bekas abang iparnya yang bekerja sebagai pemandunya.
Tetapi, media tempatan melaporkan Abby tidak sempat mengambil anak perempuannya dan ia adalah kali terakhir wanita itu dilihat masih hidup.
Pada Ahad, bekas bapa mertuanya dan abang iparnya telah didakwa atas tuduhan membunuh manakala bekas ibu mertuanya berdepan tuduhan menghalang keadilan.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 31 dan 65 tahun itu yang diberkas pada Jumaat akan dihadapkan di Mahkamah Bandar Kowloon pada Isnin. – Agensi / Sinar Harian
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Jangan Lukakan Hati, Sayangi, Manjakan Isteri. Tutup Ruang Dan Peluang Untuk Curang” itulah antara nasihat dari warganet buat pelakon Hafidz Roshdi.
Sebelum ini heboh pelakon itu dikaitkan dengan isu curang. Namun Hafidz menafikan hal tersebut dan menjawab segala spekulasi dan dakwaan tidak benar mengani rumah tangganya itu. Namun isterinya Nurul Shuhada mendedahkan bahawa ada orang dalam rumahtangga mereka.
Selepas gambar seorang wanita tular dan diasak oleh netizen hingga gelaran penyondol diberikan, baru-baru ini Athira Yuhada yang dikaitkan sebagai ‘penyondol’ rumah tangga Hafidz membuat permohonan maaf kepada Nurul Shuhada dan dua anaknya, Humaira dan Umar.
Untuk rekod Hafidz dan isteri miliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Prihatin dengan nasib yang isteri Hafidz, warganet menerusi gambar terbaru yang dimuat naik oleh Hafidz menerusi komen berharap agar Hafidz jangalah lukakan lagi hati isterinya.
“Jangan lah lukakan hati isteri. Sayangi dia, hargai dia. Tutup ruang dan peluang untuk curang. Kalau ada yg kurang pada isteri, bantulah dia utk jadi yang sempurna untuk awk. Manjakan dia, hiasi dia, labur utk dia.. In shaa Allah, rezeki akan lebih melimpah ruah..
“Satu lagi, jaga batas antara kawan perempuan yg lain.. Syaitan suka hasut bab² ni.. Kena ingat, mmg pmpuan lain tu nmpak lebih mcm sempurna la.. Tp sbb x jadi isteri lagi.. Nt dh jd isteri, terus nampak bende yg kita tak puas hati lg..
“Nampak terus kekurangan.. Jadinya, jaga niat tu.. Ikhlaskan hati.. If ada masalah, cari jalan utk ajar isteri jadi pendengar yg paling setia.. Kalau ada masalah komunikasi, cuba pergi kaunseling, belajar turunkan ego masing².. Tetap yg penting, jangan cuba² utk buka ruang utk perempuan lain kalau isteri sendiri tak mampu diberi kebahagiaan dan dilayan seperti bidadari syurga,” itulah komen dari akaun warganet menerusi akaun Instagram mommybella_roslan.
Menerusi entri terbaru, Hafidz dilihat memuat naik hantaran berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dipercayai isterinya.
Menerusi hantaran tersebut juga, Hafidz memohon semua pihak mendoakan kebahagiaannya dan keluarga. Tambah Hafidz, dia berharap hubungannya dengan pasangan kekal hinga ke syurga.
“Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga,
“Doakan hubungan kami kekal hingga ke Syurga Firdausi , Amin YRA” luah Hafidz.
Menerusi ruangan komen ramai yang menasihati agar pelakon lelaki itu tidak curang lagi.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sewaktu mengerjakan umrah, Fasha Doa Dikurniakan Zuriat Lelaki. Seperti yang diketahui umum, pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz baru saja pulang mengerjakan ibadah umrah.
Fasha yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Aidil pada 28 Mac 2019 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram dan Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram.
Pelakon wanita cantik yang berusia 39 tahun itu berkongsi antara doa yang dipohon ketika menunaikan ibadah umrah agar dia dan suami dikurniakan zuriat lelaki.
Hasrat demikian sebenarnya merupakan idaman suaminya. Kini anak pertama hasil perkongsian hidup mereka, Aisha Amaira sudah berusia dua tahun enam bulan.
Seperti mana yang dilaporkan Kosmo Online, Fasha menerangkan permintaan tersebut bagi melengkapkan keluarga mereka.
“Ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, salah satu doa yang saya pohon adalah untuk mendapatkan zuriat lelaki.
“Sebab itu adalah permintaan suami untuk melengkapkan keluarga kami.
“Kalau ikutkan, suami sudah menyuarakan hasrat untuk anak kedua sejak tahun lalu lagi. Tapi saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama.
“Insya-Allah, kami akan berusaha untuk anak kedua pada tahun ini dan berharap dikurniakan seorang bayi lelaki,” kongsi Fasha seperti mana yang dilaporkan.
Fasha dan Aidil sangat bersyukur hasrat mereka berdua untuk mengerjakan ibadah umrah tertunai.
“Alhamdulillah, saya berada di sana selama sembilan hari. Empat hari di Mekah dan lima hari di Madinah.
“Saya bersyukur dapat mendoakan yang baik-baik untuk semua orang.
“Saya sangat teruja dan bersyukur apabila hasrat mengerjakan umrah buat kali pertama akhirnya terlaksana lebih-lebih lagi ditemani suami,” kongsi Fasha.
Akui Fasha lagi sebelum ini dia pernah menyimpan hasrat untuk mengerjakan umrah namun pada waktu dia masih belum berkahwin.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.