Sedapnya makan puding buah sejuk-sejuk. Inilah salah satu pencuci mulut yang sangat disukai oleh sesiapa saja. Cara nak buat? Tak adalah susah sangat.
Kali ini, Muhammad Ali berkongsi cara membuat puding buah. Katanya, ini adalah resipi dari emaknya sendiri. Paling penting, bahan nak buat pun senang nak cari dan caranya pun mudah sangat.
Satu adunan akan dapat loyang 8 x 8 inci petak tapi dalam gambar ni sebab tak ada loyang tersebut jadi pakai loyang 7 x 4 inci + 1 bekas sq1500
Bahan – Bahan
30 gm agar-agar tali (nak pakai jenis serbuk pun boleh. Sukatan sama sahaja)
1 + 1/4 cawan gula
1 tin buah campur
1 tin susu cair
2’sudu besar tepung kastad di bancuh dgn sedikit air
4 biji telur gred B
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla
.
Cara Membuatnya:
1. Agar-agar dibasuh dan masak dengan 7 cawan air . Bila dah cair masukkan gula dan masak hingga gula larut
Ads
2. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kepuk-kepuk manja dan curahkan ke dalam susu cair bersama-sama tepung kastad yang sudah dibancuh. Selepas dah curahkan dalam susu cair gaul dulu dalam seminit dan masukkan dalam periuk bersama air buah. Api sederhana
Kacau hingga mendidih tanpa gagal.
3. Selepas itu bila dah mendidih masukkan buah campur, esen vanila & garam.
4. Setelah 2-3 minit tutup api. Angkat dan tuang dalam loyang . Selepas 10-15 minit baru masukan dalam peti. Biarkan set dalam 2-3 jam sahaja dan terus boleh makan
Nak pakai buah potong ikut citarasa hampa pun boleh. Tak ade masalah.
Selamat Mencuba semua! Boleh buat sebagai pencuci mulut juga. Semoga bermanfaat resepi mak saya ini. Insya Allah
Ads
Bila air agar agar tali dah larut boleh masukan air buah dulu . Airnya sahaja dulu tau
Kacau sebati baru masukan atas api tadi
Dah mendidih masukan buah dia dulu. Kacau 2-3 minit atas api then off api
Ads
Terus masukan dalam Loyang
Lepas dah tuang biarkan kejap dalam 10-15 minit baru masukan dalam peti/ chiller selama 2-3 jam
Dah siap boleh makan! Selamat mencuba semua!
Mingguan Wanita : Makan sejuk-sejuk memang sedap. Boleh buat jual lagi.
Kalau perasan setiap kali beli buah, mesti ada pelekat yang tertera digit-digit tertentu. Sama ada bermula dengan no 3,4,8 atau 9. Sebenarnya, digit-digit ini dikenali sebagai ‘PLU Code’. Ia menunjukkan cara buah tersebut ditanam atau dihasilkan,jenis baja yang digunakan dan sebagainya.Jadi mak-mak sebelum nak beli, belek-belek buah tu dan fahamkan dulu jenis ‘PLU code’ nya iya.
Berikut merupakan perkongsian ilmu oleh Lin Chalo sebagai panduan;
PLU Code.
Kalau anda perasan, kadang-kadang ada buah yang mempunyai pelekat yang tertera 4 atau 5 digit.
Ia adalah PLU Code. Setiapnya mempunyai maksud tertentu.
1) Mempunyai empat digit dan dimulai dengan nombor 3 atau 4
– Ini menunjukkan sayur atau buah tersebut ditanam secara konvensional; yang mana kemungkinan besar ada penggunaan racun serangga (pesticides).
– Makanya sebelum nak makan tu silakan basuh properly. Basuh bersih-bersih kalau ada sabun khas organik untuk basuh buah-buahan dan sayur-sayuran silalah beli dan guna di rumah.
2) Mempunyai lima digit dan dimulai dengan nombor 8
– Ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan atau haiwan adalah Genetically Modified Organism (GMO).
– Maksudnya tumbuh-tumbuhan atau haiwan tersebut dihasilkan melalui kaedah bioteknologi penggabungan gen.
– Seboleh-bolehnya elakkan GMO ni. Sebab ia boleh menghasilkan toksin dalam badan dan menimbulkan macam-macam penyakit.
3) Mempunyai lima digit dan dimulai dengan nombor 9
– Sayur-sayuran dan buah-buahan ni ditanam secara organik. Maksudnya ditanam tanpa racun serangga. Makanan organik adalah yang terbaik tapi kosnya agak mahal.
Bukan semua produk makanan ada PLU Code sebab benda ni tak diwajibkan pun. Kalau ada bajet lebih makanan organik itulah yang terbaik. Saya suka cari sayur yang ada bekas-bekas gigitan ulat. Kalau rasa mahal boleh start tanam sayur-sayuran sendiri.
Kalau takde bajet nak beli yang organik dan tak kuasa pula nak tanam sendiri, pastikan sayur-sayuran & buah-buahan tu basuh bersih-bersih. Guna garam ka, pencuci sayur & buah organik ke dan sebagainya.
Jangan culas bab ni sebab walaupun racun serangga yang digunakan ke atas sayur-sayuran tu katanya di bawah paras bahaya tapi kalau dah simpan sikit-sikit dalam badan lama-lama boleh jadi toksin.
Makanan semulajadi adalah yang terbaik tapi pastikan ia adalah dari sumber yang terbaik juga.
Semoga bermanfaat.
*Marilah kita start berkebun.
Sumber: Lin Chalo
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi mak-mak yang ada anak kecil, sediakan bubur setiap hari bagaikan satu kemestian. Tapi nak masak bubur tu, makan masa juga sebab perlukan tempoh yang lama nak tunggu beras benar-benar hancur dan bubur betul-betul masak.
Rupanya ada cara mudah untuk sediakan bubur ekspress untuk anak.Hanya perlukan 10 minit sahaja untuk beras cepat masak dan hancur. Tipsnya adalah gunakan beras yang dibekukan dalam air.
1.Basuh beras bersih-bersih, masukan dalam bekas dan isikan air.Bekukan beras Untuk bagi cepat masak dan hancur.
2.Simpan beras tadi dalam peti sejuk beku semalaman,sebelah tu ayam untuk masak bubur anak,pack siap-siap senang nak masak nanti.
3.Time ni boleh letak sayur atau apa-apa bahan lain, agak mengelegak terus masukan beras yang beku tadi.
4.Semua dah bersatu macam ni tunggu 10 minit pastikan api sederhana kecil tau.
5.Kejadian bubur selepas 10 minit
6.Dah siap masak tadi blend dan masukan dalam bekas macam ni.Simpan dalam peti sejuk,time anak nak makan keluarkan satu bekas rendam guna air panas.Sehari 3 kali anak makan, sebekas beras tadi boleh dapat 5 bekas.
Siap! Semoga bermanfaat!
Mudah sangat rupanya mak-mak nak buat bubur ekspres untuk anak. 10 minit dah siap tak perlu nak tunggu, biarkan masak lama atas dapur.Kena cuba cara yang dikongsikan ini.
Hati kadang tertanya-tanya selamat ke tauhu yang dibeli di kedai. Kita pun tak tahu sejauh mana kebersihan dan cara penyediaannya. Lebih baik buat tauhu homemade di rumah sendirikan.
Rupanya buat tauhu ini tidaklah gunakan bahan yang banyak pun. Cuma kacang soya, air dan cuka, Kalau mak-mak masih beri alasan, macam mana nak jadi ibu yang hebat ya tak.
Jom belajar buat tauhu homemade seperti yang diajarkan oleh Mimi Ly.
“Bila semua nak buat sendiri, macam ni lah jadinya. Kali ke dua buat tauhu homemade. Resepi ada pada setiap gambar ya. Saya dah up ni, tak sangka pula ramai yang nak. Lebih kurang saya minta maaf ya.
“Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak mencubanya. Insyaallah.” Jelas Mimi yang memaklumkan lain orang lain cara pembuatannya.
Bahan-bahan Buat Tauhu Home Made
1 kilo kacang soya
Cuka makan
2 helai kain napkin yang bersih
2 bekas plastik sama saiz
Jika sukakan kacang soya organik, bolehlah dapatkan bahan-bahan organik lain di Love Earth :
Caranya Mimi Tunjuk Bawah Ini
Sediakan 2 kain napkin anak yang bersih. Yang ni masih baru tak pakai lagi.
Bekas penapis ni saya beli kat kedai RM2 saja. Beli 2 bekas satu untuk bawah satu untuk atas ya. Usahakan bekas yang sama. Biar senang nak tekan tauhu tu nanti. Atau ikutlah bekas apa yang korang nak. Janji yang bawah tu ada lubang dan bekas atas dan bawah sama besarnya.
Rendam 1 kilo kacang soya semalaman. Kalau buat 500 gram sikit sangat jadinya. Nanti tak berbaloi buat penat aje kan. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya. Saya guna cawan metrix ya.
Caranya: Kisar kacang soya dengan air paip. Perbandingan untuk sekali kisar. Sukatannya: 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Lepas dikisar, sekali sahaja tak mahu dua kali ya. Hampasnya boleh buat cekodok ke apa ke ikut suka!
Kemudian tapis dengan kain napkin tu. bawahnya letak bekas untuk tampung air. Kasi perah sama dia elok-elok. Buat sampai habis.
Masukkan dalam periuk besar air tapisan tadi. Hampasnya kita buang. Kacau sentiasa biar sampai keluar bau dia dan berasap-asap. Ingat masa ni kacau terus tak nak bagi dia pecah. Tunggu 5 minit lagi baru tutup api. Tunggu 5 minit lagi bagi dia suam sikit.
Baru tapis sekali lagi untuk kali kedua. Ini bagi mengelakkan daripada hampas-hampas yang tersisa tadi. Baru tauhu homemade kita cantik, lembut jer.
Lepas ditapis tadi letak dalam bekas yang bersesuaian. Biar lagi 5 minit baru masukkan 10 sudu besar cuka makan. Kacau lagi sekejap dan biarkan tunggu dia menjadi ketulan-ketulan dalam 15@20 minit macam tu.
Kalau Tak Nak Guna Cuka : Boleh Letak GDL (serbuk tao fa). Beli kat kedai bakery pun boleh. Untuk gantikan cuka makan tadi. Sukatannya:
√ 60 gram air suam
√ 30 gram GDL kacau sebati dengan air suam tadi. Baru campur sekali dengan air tauhu kita.
Pilih antara satu yang ada kat rumah atau yang anda suka. Nak cuka makan saja atau GDL tu! sila hadam baik-baik, Jangan letak pulak dua-dua sekali.
Ni semua untuk 1 kilo kacang soya. Kalau korang nak buat 500 gram kacang soya sila bagi dua jumlah cuka atau GDLnya. Faham ya semua.
Siapkan bekas tapis tadi. Letakkan lagi kain napkin. Bawah tapis ni saya letak lagi rak. Biar senang air lebihan tahu tu menitis ke bawah.
Baru masukkan bancuhan yang dah menjadi ketul-ketul tadi.
Terus tutup dia kasi elok-elok. Buang sisa air yang ada dan mampatkan tauhu homemade kita.
Kemudian timpa dengan bekas yang sama besar dengan yang di bawah tadi. Letak pemberat apa pun yang ada kat rumah. Saya guna batu konkrit.. hahaha..
Tunggulah sampai dia betul-betul sejuk dan bila dibuka kain dia tak melekat. Nak letak bekas macam mana pun boleh. Janji bekas yang di bawah tu ada penapisnya macam dalam gambar.
Tu diaa.. tauhu homemade kita. Alhamdulillah puas hati buat sendiri. Dah siap macam ni simpanlah dalam peti ais bahagian bawah bukan yang beku. Atau jangan simpan kat suhu bilik bilik. Nanti cepat rosak.
Letak 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu homemade kita. Dah pon siap.
Bila nak masak, bolehlah potong dengan pisau ye.
Petua Dapur, Buang Bau Cili Pada Pengisar
Petua ini tak ikut sekali dalam resepi cuma nak bagi petua yang biasa saya buat saja. Untuk hilangkan bau dalam mesin pengisar cili ni. Kita rendam dulu dengan kopi dan air panas. Jangan minum pula ya. Hehe.. Kemudian, kisarlah untuk buang bau cili dia tu.
Dah tahukan buat tauhu homemade macam mana. Teknik ini hendaklah dibuat ikut stepnya. Selama mana boleh disimpan tak pula dinyatakan, sebabnya sekali buat tauhu ini akan cepat habis. Tapi mak-mak boleh gunakan indicator ini. Jika tauhu dah mula rasa masam, bermakna tauhu itu dah tak baguslah untuk dimakan.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.