Bagi wanita dan mak-mak yang sedang berdiet boleh cuba pelbagaikan menu sihat, cuba resipi Kobis Gulung yang sedap ini. Menggunakan sayur kobis sebagai bahan utama dan berinti ayam atau daging kemudian dikukus seketika.
Berikut perkongsian resipi daripada Puan Az Hanie Ismail yang boleh dijadikan rujukan.
“Masak apa hari ni? Masak kobis gulung buat kunyah-kunyah la kita. Inspirasi dari KAKAK KOBIS. Sesuai dicicah dengan sos cili thai. Sesuai jugak untuk yang nak diet.”
Meh saya share kan resepi inti versi saya.
Bahan-Bahan:
Dada ayam dicincang @ pakai daging cincang jenama ramly pon boleh
Bawang putih
Bawang merah
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk maggi cukup rasa / boleh ganti dengan garam bukit bagi yang nak diet
Serbuk cili
Lobak merah
Kobis purple
Cara Membuat :
1. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau.
2. Masukan isi ayam masak sampai air ayam sedikit kering.
3. Masukan lobak dan kobis purple goreng sekejap.
4. Masukan lada hitam lada sulah serbuk cili dan maggi cukup rasa. Sesuaikan rasa.
Info Ekstra!
Kulit kobis tu boleh pakai kobis ape-apa pon. Yang penting kena celur dulu bagi lembut supaya senang nak gulung.
Ads
Lepas dah gulung boleh ikat dengan daun kucai.
Ads
Tak ikat pon tak pe, lepas tu kukus dalam 3 minit untuk lembutkan lagi kobis tu.
Ads
Selamat mencuba resepi berasakan sayur KOBIS.
MW: Menarik juga resipi kobis gulung ni, menu sihat berasaskan kaedah kukus. Sesuai sangat buat mak-mak yang sedang berdiet.
Memang seronok bila berkumpul ramai-ramai tak kiralah dengan adik beradik mahupun anak-anak dan buat shell out ini di rumah. Lebih puas hati, kos pun lebih jimat. Bukan apa jika makan di kedai, makanan laut ni boleh tahan juga harganya. Bila buat sendiri, hidangkan secara ‘lambak’ dan makan beramai-ramai pastinya lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Buat mak-mak yang tercari-cari resipi kuah shell out, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah ini sebagai rujukan.
“Homemade Shellout.Buat sendiri makan dekat rumah puas hati! Husband cakap lagi sedap dari dekat kedai.Resipi dan cara membuat ada dikongsikan dekat gambar”
Bahan-Bahan:
Udang
Sotong
Kepah
Ketam
(Kisar)
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5@6 biji cili api
2 batang serai
sedikit belacan
setengah inci halia
Mentega/ minyak masak
Daun Limau Purut
2 sudu besar cili kisar/boh
2 sudu besar Sos cili
2 sudu besar Sos Seafood
Brokoli
Jagung
Cara Membuat:
1.Rebus seafood, udang dengan sotong tu nak rebus sekali boleh je. Cume ketam dengan kepah tu rebus asing-asing, nanti nak ambil air rebusan ketam.
2.Kisar bawang besar, bawang putih, cili api, serai, belacan dengan air rebusan ketam.
3.Sementara itu, celur sayur sekejap.
4.Cairkan butter, nak pakai minyak masak biasa pun boleh ke dalam kuali.
5.Kemudian, tumiskan bahan kisar tersebut dengan daun limau purut sampai naik bau.
6.Tambah cili boh/ cili kisar dalam 2 sudu.
7.Tumis sampai naik bau dan masukkan pula air rebusan ketam ikut kepekatan yang kita nak.
8.Masukkan pula Sos cili 2 sudu besar.
9.Kemudian masukkan pula sos Seafood sos 2 sudu besar.
10.Masukkan pula makanan laut yang telah direbus tadi.
11.Masukkan sayur yang telah dicelur tadi.
12.Gaul rata kejap dan siap!
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak yang nak buat kelainan, boleh cuba buat shell out ini di rumah. Pastinya lebih puas hati, harga lebih jimat dan rasanya pun lebih sedap!
Bagi penggemar masakan ‘western’ Macaroni Cheese adalah antara menu yang menjadi kesukaan ramai. Selalunya bila buat sendiri Macaroni Cheese ni di rumah, rasanya tak sesedap macam kita sering makan di kedai. Sebenarnya ada ramuan rahsia yang digunakan bagi menjadikan Macaroni Cheese ni super sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Noratiqah Nordinini yang dah cuba berkali-kali dan akhirnya berjaya hasilkan Macaroni Cheese yang rasanya sesedap macam makan di kedai.
Resepi MACARONI CHEESE super sedap dan tersedap. Dulu suka sangat pergi satu kedai western ni. Memang saya akan order Macaroni Cheese, tapi sekarang dah tutup.
Dok fikir, macam mana nak buat macaroni cheese sesedap macam kedai tu buat.
Try try try & error , asyik fikir fikir, akhirnya dapat juga buat macaroni cheese seakan kedai favourite Ika.
Bahan-Bahannya :
3 cawan Macaroni
Air secukupnye untuk rebus macaroni
Sedikit minyak untuk rebus macaroni
3 keping cheese
1 cawan cheese powder
1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano
3 cawan susu segar
Nak lagi sedap. Letak mozarella cheese. Lagi terangkat.
Cara Membuat:
1. Rebus dulu macaroni dengan air dan minyak.
2. Ni bila dah kembang macaroninya.
3. Kemudian masukkan susu segar.
4. Masukkan cheese keping semuanya.
5. Masukkan cheese powder. Ni rahsia kesedapan macaroni cheese.
6. Masukkan daun parsley, basil, oregano.
7. Last sekali masuk macaroni yang dah direbus.
8. Gaul-gaul hingga sebati.
9. Ok dah siap.Nak kuah banyak, banyakkan susu.
Ok. Siap. Macaroni cheese sedap. Nak lagi sodap. Letak mozarella cheese. Tu lagi bertambah sedap.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.