Hampir 40 tahun pelakon versatil, Norliza Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Liza Abdullah, 56, masih lagi menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini.
Malah pelakon senior ini juga cukup selesa dengan kerjaya seninya, apatah lagi bagi menampung kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Liza Abdullah Harus Teruskan Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal
Apabila disua soalan adakah dia meletakkan target untuk berada dalam bidang seni sehingga tempoh tertentu, wanita yang kuat bekerja ini mempunyai pendiriannya yang tersendiri.
“Saya tidak pernah meletakkan tempoh tertentu untuk meletakkan nokhtah pada kerjaya seni saya. Bagi saya, bila tiba masanya, ia akan berlaku atas apa juga alasan sekalipun.
“Cuma pada ketika ini, saya selesa dengan apa yang lakukan dan ia adalah punca pendapatan untuk saya meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal,” akuinya yang sebelum ini pernah ditemubual oleh Mingguan Wanita menerusi sebuah majlis hiburan.
Menjadi Tular Gara-Gara Mak Leha
Watak Mak Leha membuatkan Liza Abdullah menjadi tular.
Ads
Jika sebelum ini dirinya sinonim dengan watak komedi, semenjak akhir-akhir ini Liza yang telah membintangi lebih 10 buah filem dan hampir 70 buah drama serta telefilem itu meledak dengan karakter antagonis dan kemuncaknya menerusi watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Ditanya tentang reaksinya apabila namanya menjadi tular dan kembali menjadi sebutan ramai gara-gara watak Mak Leha dalam 7 Hari Mencintaiku 2, Liza tidak pernah menyangka penerimaan penonton sebegitu hebat.
“Alhamdulillah saya sendiri tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini berlaku kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelakon.
“Mungkin ia menjadi perhatian kerana watak Mak Leha itu sendiri dekat dengan masyarakat iaitu seorang ibu mertua yang ‘jahat’ dan bermasalah dengan menantu.
“Rasa macam tak percaya ia begitu memberi impak kepada penonton sehingga ramai betul yang membenci watak itu, selain memparodikan babak melibatkan Mak Leha di laman sosial,” jawab Liza.
“Apa pun Saya Okay” Liza Abdullah
Ads
Adakah anda kini dicop sebagai pelakon antagonis dan mula dibanjiri dengan watak-watak sebegitu?
“Memang itulah selalunya yang akan dihadapi oleh kebanyakan pelakon kita. Jika lakonannya untuk sesuatu watak itu memberikan impak besar, maka lamalah dia akan melekat dengan watak sebegitu kerana akan ada lagi tawaran-tawaran lain menyusul menerusi karakter sama.
“Apa pun saya Okay sahaja kerana bagi saya, sebagai pelakon kita kena kreatif dan sentiasa sahut cabaran. Jahat pun ada pelbagai gaya dan caya, jadi pandai-pandailah kita warnakan agar watak itu jadi pelbagai walaupun dalam kategori sama,” ungkapnya yang tidak pernah membezakan antara pelakon senior atau junior. Dan beranggapan semua pelakon sama saja di set penggambaran.
Sebagai pelakon senior, Liza juga turut menjadi perhatian di media sosial dan dikenali dalam kalangan peminat generasi baharu.
“Jujurnya saya memang terkejut dengan perkembangan tersebut kerana kita semua maklum media sosial didominasi oleh budak-budak muda, jadi pelakon senior macam saya ini jarang mendapat tempat di medium itu.
“Memang satu kejutan jugalah bila pengikut di media sosial saya naik bilangan dengan mendadak dan bila saya muat naik sesuatu gambar atau video, laju sahaja orang ‘like’ atau memberikan komen. Itu belum masuk lagi yang minta buat review produk dan sebagainya.
“Rasa seronok sebab rasa penat lelah kita berbaloi bila orang menghargai kita dengan cara macam itu. Tak perlu tunggu anugerah, tetapi cara begini pun saya anggap sebagai satu penghargaan atas kerja seni saya.
“Bagaimanapun, saya tetap dengan prinsip saya untuk sentiasa bekerja dengan betul meskipun nama dijulang atau tidak.
“Paling penting, saya tidak pernah mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain,” akhiri Liza.
Sharifah Sakinah puji. Selepas berpisah bukannya senang mahu berbaik dengan bekas isteri atau suami. Namun lain pula dengan selebriti popular Sharifah Sakinah.
Malah Sakinah juga memuji bekas suami kerana sangat bertanggungjawab dalam menjaga anak perempuan mereka Anais Adha.
Untuk rekod, pelakon itu berkahwin dengan Aliff pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020. Pada tahun sama, Sakinah kembali berumah tangga dengan lelaki asal Sweden iaitu Michael Hensen namun ikatan itu juga berakhir dengan penceraian dua tahun kemudian.
Sharifah Sakinah Puji “Aliff Memang Bagus”
Malah Sakinah juga menyatakan bekas suaminya itu sangat memberi Kerjasama bila berkaitan dengan anak perempuan mereka. Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Aliff sangat bagus dan bersyukur dikurniakan bekas suami seperti Aliff.
“Dia (Aliff) adalah ibu sebenarnya! Aliff memang bagus dan saya sangat bersyukur dikurniakan bekas suami macam dia.
“Hubungan Anais dengan bapanya pun sangat baik. Tak tahu kenapa Tuhan berikan saya rezeki kehidupan sebegini,” ungkap Aliff.
Anais Bijak
Sakinah turut memuji anaknya yang baru berusia tujuh tahun sangat bijak.
“Dekat sekolah hanya dia sahaja yang ibu bapa sudah bercerai. Kadang-kadang kawan dia tanya kenapa ada dua rumah dan Anais jawab ibu dan ayah sudah berpisah… Siap terangkan kepada mereka.
“Ketika menetap di Sweden, 50 peratus pasangan bercerai di sana dan ia perkara normal. Sebaliknya di Malaysia, nak normalisasikan perkara itu sangat sukar.
“Sebab itu pentingnya bercuti ke luar negara. Tengok budaya luar, penceraian itu perkara biasa,” kongsinya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Chef Selebriti yang juga peserta program Masterchef Malaysia musim pertama iaitu Brian Chen memang rajin berkongsi resipi buat para pengikutnya dilaman instagramnya. Posting terbaru yang kongsikan oleh brian adalah Resipi Ikan Berlado, serta tip untuk menjadikan sambal rasa lebih sedap!
Ujar pengasas Brian Masterchef Young Chefs Academy Malaysia dan penyampai Suria FM ini, antara tipnya jangan campurkan air atau minyak bila nak kisarkan bahan-bahan seperti cili dan bawang. Sebaliknya giling bahan-bahan tersebut atau gunakan chopper.Namun jika masih mahu gunakan blender/ pengisar biasa, pastikan tumis lama sedikit sampai garing dan pecah minyak cilinya.
Berikut perkongsian resipi Ikan Berlado Abang Brian yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.
Ikan pilihan, diperap bersama garam dan kunyit
Bahan kisar/giling:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi boleh tambah
5 biji cili hijau
1 cili merah
1 sudu besar Ikan bilis
Asam keping
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Gorengkan ikan dalam minyak panas secukupnya sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak berlebihan. (Nak lagi sihat guna air fryer jer)
2. Tumiskan bahan kisaran/giling dengan minyak secukupnya sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping seketika. (Abg brian suka keluarkan supaya tidak terlalu masam).
3.Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambalnya menjadi hijau gelap.
Sekarang ini macam satu trend orang kita suka join contest online. Ada sesetengah company pun suka juga cipta contest online untuk branding produk mereka. Sebab itu, tak rugi jadi ‘kaki contest’ online ini. Macam ibu anak kembar ini, Hamiza Mohd Hanapi yang sedang menikmati hadiah percutian di Fun Island Resort Maldives bersama suami, Al-Aza Asham Muhammad Hamim.
Syok ke tak syok.. Tentulah seronok kan. Macam-macam hadiah boleh dapat jika rajin masuk peraduan online ini. Tapi nak menang satu-satu peraduan itu, bukanlah ‘luck’ semata-mata. Rupanya ada teknik dan cara macam mana nak sampai dapat hadiah kemenangan.
Hamiza dan keluarga, dah beberapa tahun terlibat dengan peraduan online ini. Biasanya, mak usia 32 tahun ni akan sertai peraduan online dengan bantuan sepasang kembar dan anak bongsu yang ketiga-tiganya lelaki. Kadangkala suaminya akan membantu. Terutama dari segi membuat rakaman video atau fotografi dan edit sendiri.
Memandangkan masing-masing bekerja, mereka menjadikan hari Sabtu dan Ahad untuk memenuhi hobi yang amat menguntungkan ini. Percutian ke Maldives itulah hadiah honeymoon terbaik untuk pasangan anak tiga ini.
Nak tahu kaki ke tak kakinya Hamiza ini, dalam sebulan dekat 30 peraduan disertai. Sebelum ini beliau pernah menang telefon bimbit harga RM2000, wang tunai, barang kemas, tiket wayang, produk kanak-kanak, baucar dan VESPA.
Hamiza juga sudi berkongsi tip bagaimana nak menang peraduan online. Buat anda yang baru-baru hendak mencuba, boleh ikuti tip yang beliau berikan ini. Mana tahu, untung-untung boleh jejak luar negara pula.Tak pun memang hadiah wang tunai yang lumayan. Sekarang ini memang banyak peraduan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang ada di negara kita. Rajin tak rajin je nak mencubanya.
Anak-anak kembar Hamiza dan anak bongsunya sporting habis kalau berkaitan bab-bab contest online ni.
7 Tip Rebut Kemenangan Peraduan Online Untuk ‘Kaki Contest’
(Dari Pengalaman Peribadi Hamiza Hanapi Sendiri)
1. Penting ada kawan-kawan kaki contest. Makin ramai kawan, walaupun tak pernah jumpa, merekalah yang sering bagi semangat. Bila ada rakan-rakan post kemenangan, ianya menyuntik semangat bersaing cara sihat.
2. Baca terma & syarat dengan jelas sebelum sertai satu-satu jenis contest.
3. Berusaha dengan gigih.
4. Tunjukkan kreativiti diri.
5. Kalau tak berjaya jangan putus asa, cuba contest yang lain pula. Perbaiki lagi tekniknya.
6. Penyertaan contest online ni kena hantar saat-saat akhir untuk mengelakkan idea ditiru.
7. Jangan target nak menang. Sebab kalau gagal kecewanya lain macam. Hantar dan relaks saja. Ada rezeki tak ke mana, sampailah ke tangan kita.
Makna kata di sini, suri rumah atau suri bekerja yang tengah fikir nak cari pendapatan lebih tu, boleh cuba hobi baru ini. Tak rugi sebenarnya jadi ‘Kaki Contest’ ni. Percayalah!
Sumber/Foto : Facebook Hamiza Hanapi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...