Kerepek kentang bilis kacang sambal pedas bilis memang sedap dinikmati begitu sahaja. Bila makan memang payah nak berhenti, tak sedar boleh habis sebalang. Namun selalunya bila buat kerepek macam ni, salah teknik dan caranya kentang yang dihiris mudah serap minyak bila digoreng, malah lembik tak rangup.
Puan Missz Amiraada kongsikan resipi dan tip macam mana nak buat kentang kekal rangup, garing tak lembik berminyak.
First time makan masa kenduri bulan lepas, tak tau orang panggil apa ni. Bila makan syok lak tak mau berhenti. Tak puas makan punye pasal balik umah try buat kene pulak kentang RM2.50 sekilo. Alhamdulillah nasib menjadi, sedap dan ranggup krukk krakk. 2 balang ni sekejap dah licin.
3 bahan utama:
Kacang tanah(digoreng) Ikan bilis(digoreng) Kentang(dihiris nipis macam kerepek dan goreng)
* tips, goreng api yang perlahan
Cara Membuat:
1. Kentang yang dihiris nipis rendam cuka @ soda bikabornat @ air kapur dalam sejam dua kemudian cuci buang kanji dan toskan. Kemudian goreng sampai garing. Nak guna bahan mana-mana pun boleh semuanya menjadi. Banyak mana bahan tu tak kisah sebab nanti kentang tu dicuci sekali lagi.
Antara sebab serap minyak ialah dihiris tebal, dan kanji kentang ada lagi. Sebab tu kena rendam nanti air kentang akan keluar yang keruh. Cuci bersih toskan baru goreng.Biasanya lepas rendam dan cuci kentang tu jadi lebih keras dan mudah digoreng.
Ads
2. Ketiga-tiga bahan yang dah siap goreng dicampur. Makan gini pon dah sedap.
3. Yang ni dah siap digaul sambal. Bahan agak-agak yea takde sukatan. Caranya macam buat sambal tumis biasa.
Sambal Pedas Manis:
Bahan-Bahan:
Cili kering dikisar halus/cili boh (nak pedas lebihkan)
Bawang putih dikisar
Bawang merah/bawang besar dikisar
Sedikit Sos tiram
Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup. Tapi jangan manis sangat nanti tak sedap)
Garam
Minyak untuk menumis
Ads
Caranya:
1.Panaskan minyak tumis kesemua bawang kisar kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis sampai pecah minyak.Baru perasakan dengan sos tiram, gula garam.
2.Jangan cair sangat dan jangan terlampau pekat sangat. Dah masak sejukkan dahulu sambal ni baru masukan kentang,kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.
3.Selepas itu terus masak dalam bekas/botol boleh tahan lama tetap ranggup.
Mingguan Wanita: Sedapnya kerepek kentang, kacang, bilis pedas manis kruk krak ni. Macam ni rupanya nak buat supaya kentang kekal rangup, tak serap minyak.
Penggemar sambal bolehlah cuba sambal ayam penyet ini. Mudah nak dibuat dan rasanya tak pedas sangat.
Boleh cuba cara buat resipi sambal ayam penyet ngosek yang dikongsi oleh Afy AL Habibi ini.
Sambal Ayam Penyet ‘Ngosek’
“Akhirnya, resepi sambal yang ditunggu-tunggu sudah muncul. Ada nampak kelainan dalam gambar cikgu hari ini?
“Cikgu guna resepi sama memenuhi permintaan jualan yang tinggi tahun lepas. Tak tinggal satu bahan rahsia pun. Rasanya tak pernah mengecewakan.
“Secukup rasa. Pedas sederhana, manis masin masam sebati dalam kuali cermin muka adik Ben. ‘Ngosek’ sungguh.
“Kalau suka resepi cikgu jangan lupa like dan komen banyak-banyak.
Semoga bermanfaat buat semua.”
Sambal Ayam Penyet Ngosek
Sediakan Bahan Berikut Untuk Digoreng Seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah dan hijau
*atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas*
– 1/4 bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– semangkuk kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– secubit belacan
2-Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini.
3-Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Kacau sesekali.
4-Masukkan baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal masak dalam api perlahan.
5-Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa. Cikgu tambah secubit dua perencah Hilal. Boleh beli di Tesco.
6-Cikgu keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak.
Memang payah nak jumpa apam balik yang betul-betul ikut cita rasa tekak sendiri. Selalunya yang dijual, tepungnya terlalu tebal dan isi jagung, kacang dan gulanya sikit sangat.Buat mak-mak yang suka makan apam balik, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Letak jagung penuh meleleh, kacang tabur ikut citarasa sendiri, puas hati makan.
Boleh cuba perkongsian resipi Apam Balik oleh Puan Raihan Mahat ini;
“2 hari layan apam balik.Bila buat sendiri nak letak jagung sampai meleleh pun boleh.Nak tebal ke nak nipis ke pun bolehhhhh.Kalau yang nak buat esok lusa, ni saya edit letak resepi sekali ok.”
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan Tabur:
Kacang tanah (Saya beli yang dah siap kat pasaraya. Aritu beli sebab buat kuih makmur dengan cheese tart magnum tu)
Jagung manis dalam tin (beli kat eco murah uols RM2.10)
Gula
Marjerin
Cara Membuat:
1.Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
2.Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3.Sapu margerin dipermukaan non stick pan. Buat ade-ada je sapu tu. Tak yah banyak-banyak. Tuangkan dalam 2 senduk dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita. Aggitew.
4.Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula. Pastu kacang then jagung. Masa dah angkat sapu lak majerin.
5.Masa nak potong tu lalukan pisau kat air. Ok siap. 1 adunan resepi ni ley dapat dalam 4 keping.
Makesure sape dah tengok resepi ni, buat iya esok. Hahahaa. Pastu letak gambar kat komen kat bawah.
(Kalau nak letak pulut itam pon boleh, nak letak jagung saje pun boleh. Kita yang buat dia khennnn).
MW: Senang je rupanya mak-mak nak buat apam balik sendiri di rumah. Tak perlu beli kat pasar malam dah. Yang bestnya, kita boleh tentukan sendiri nak tebal atau nipis, letak inti atau bahan tabur banyak-banyak pun boleh.. ikut citarasa sendiri.
Mentega kacang atau peanut butter menjadi kesukaan sekeluarga termasuk anak-anak. Banyak rumah yang mempunyai stok mentega kacang di dumah mereka. Hanya perlu sapu pada roti dan makan. Memang sedap!
Wanita ini #AinSheCook berkongsi cara-cara membuat mentega kacang home made hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu kacang, madu dan minyak. Ringkas dan senang sangat membuatnya. Jadi, musim PKP ni, tak perlulah keluar rumah untuk beli mentega kacang. Buat je sendiri di rumah. Bahan yang digunakan juga tak banyak. Bajet pun tak besar.
Menurut Ain, mentega kacang ini versi diet sihat, Korang boleh tambah sendiri bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing ye. Sangat mudah resipi yang dikongsikan ini, Insya-Allah semua orang pun boleh buat, asalkan ada keinginan dan sedikit kerajinan gitu. Jom kita!
RESIPI MENTEGA KACANG HOMEMADE
Bahan-bahan:
1 mangkuk kacang tanah (lebih kurang 300 gram)
** Ain guna kacang tanah putih tanpa kulit, ada yang panggil kacang shandong. Guna kacang tanah yang biasa pun boleh. Cuma perlu buang kulitnya nanti.
2-3 sudu besar madu
**Nak tukar gula atau stevia pun boleh. Ikut selera.
1 sudu besar minyak/Minyak zaitun/minyak sayuran/minyak masak. Boleh guna saja mana-mana yang ada di rumah ya.
Cara Membuat:
Cuci bersih kacang dan tos kering. Kemudian sangai/goreng tanpa minyak sehingga kacang bertukar warna perang dan masak sepenuhnya. Boleh juga guna oven, suhu 180° selama 15 minit. *Bergantung kepada oven masing-masing juga. Setelah masak biarkan sejuk dulu. Jika guna kacang tanah biasa, pastikan buang kulitnya.
Masukkan kacang tadi bersama madu dan minyak ke dalam pengisar kering atau ‘food processor’.Kemudian kisar sehingga dapat tekstur yang diinginkan. Bergantung kepada selera masing-masing. Lagi lama kisar, lagi smooth atau cair teksturnya.
*Kacang pun akan keluarkan minyaknya apabila dikisar lama. Jadi tak letak minyak pun tak apa. Terpulang pada selera masing-masing.
Okay siap. Isi dalam bekas kaca yang sesuai. Bolehlah dijadikan stok kudapan pagi dan petang. Memang lemak berkrim! Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...