Kalau bercerita pasal kerja rumah, memang tak akan habis. Tambah-tambah bila semua urusan rumah dilakukan sepenuhnya oleh isteri. Ada suami yang langsung tak tolong isteri, sedangkan isteri sama-sama bekerja untuk ringankan beban suami.
Mungkin kalau dibandingkan dengan orang dulu-dulu, isteri tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Jadi, tidaklah timbul isu suami tak tolong isteri. Ini kerana hanya suami yang mencari rezeki di luar. Tapi dengan keadan sekarang ini, nak tak nak isteri turut bekerja untuk membantu suami.
Jadi, buat suami jangan sesekali berkira nak tolong isteri. Kalau tak tolong, boleh saja, dapatkan pembantu rumah. Tapi kalau tak mampu kenalah sama-sama membantu uruskan kerja rumah.
Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar ada benarnya. Hidup berumah tangga jangan harapkan pada isteri saja, suami tak perlu malu atau berat tulang nak tolong isteri, barulah rumah tangga bahagia.
Ramai yang berkira dengan pasangan untuk buat kerja rumah. Terutama suami. Iyalah, tiba-tiba kau nak kena basuh kain, lipat baju, gosok baju anak atau kena mandikan bayi.
Sedangkan dalam masa yang sama isteri sedang siapkan kerja lain, contohnya memasak.
Ads
Masa itu juga lampin anak dah penuh. Mengembung dengan kencing dan busuk dengan bau najis. Dibiarkan sampai isteri selesai masak.
Anak tak selesa. Menangis dan merengek. Datang pada ayah dia, pujuk-pujuk tak jalan juga akhirnya kena marah. Padahal anak minta dibersihkan.
Selalu jadikan?
Jangan Serah Semuanya Pada Isteri
Ya tuan-tuan, kita jenis nak semua kerja rumah isteri yang buat. Anggap kau dah bekerja cari duit ribu-ribu, urusan anak kau letak tepi. Semua kerja rumah kau serah pada isteri. Pandai-pandailah isteri buat semua.
Sampai kadang kau lupa, isteri itu juga baru balik kerja. Dah gaji kau rasa tak cukup. Kau pun izinkan dia kerja. Setiap bulan tampung juga belanja sikit sikit.
Ads
Kawan-kawan, kalau isteri tak berkira untuk guna kudrat dan masa dia untuk bekerja dan bersama-sama kita membina keluarga, takkan kita berkira untuk buat sedikit kerja rumah.
Masa dua-dua ada di rumah, kerja rumah kita bahagi-bahagi lah. Bukan lah sampai perlu buat pembahagian dan perjanjian, tidak. Tapi kesedaran sendiri.
Waktu isteri memasak, dia perlukan masa untuk sediakan semua dalam kadar segera. Kau juga yang nak makan. Waktu itu, anak-anak ada dan perlukan perhatian. Siapa nak ambil tugas ni? Kau lah.
Selesai waktu makan, pinggan mangkuk dan periuk kuali semua belum bercuci. Anak kecil dah mula cari mak dia, nak apa pun tak tahu. Yang penting anak nak mak dia waktu itu. Siapa yang nak basuh semua tadi dan kemaskan sikit dapur? Kau lah.
Kadang ada malam yang isteri kau sakit-sakit badan dan pening akibat penat bekerja. Ubat dia tidur awal lah. Baju kerja kau tak bergosok lagi. Eh, baju kerja dia pun belum siap. Apa salahnya kau ambil baju untuk kerja esok, kau gosoklah.
Hidup rumahtangga. Dua-dua bersatu membentuk rumahtangga. Kalau mampu, kau gajikan lah pembantu rumah.
Ads
Kalau tak mampu, kau buatlah sama-sama. Itu sahaja solusi sebuah rumahtangga.
Begitulah.
MW: Hidup berumahtangga, jangan harapkan isteri semua uruskan dan jangan anggap kita ‘raja’ dalam rumahtangga. Sebab isteri pun tolong pasangan untuk ringankan kewangan suami. Tolonglah mana yang patut.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Apa maksud sebenar suami terlebih sayang isteri? Ok, dalam rumah tangga yang dibina, mesti ada salah seorang pasangan yang lebih mengalah walau apa pun situasi.
Orang kata itu kerana sayang si dia. Tapi macam mana kalau rasa SAYANG itu dah terlebih sampai nampak menjengkelkan?
Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami”.
Ini Tanda Suami Terlebih Sayang Isteri
Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?
1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
5. Kalau sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.
8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.
9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda… jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang.
Kredit: Pak Utih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar, bila ada pasangan meninggal terutamanya suami, perkara yang disebut-sebut tentulah harta peninggalannya. Masa inilah, ramai ahli keluarga yang mula sibukkan diri untuk membantu dan tidak kurang juga yang membuat kiraan untuk pembahagian harta.
Balu yang baru kehilangan suami tersayang tentulah tidak mampu membuat apa-apa sebab masih lagi dalam kesedihan. Apa yang difikirkan tentulah tentang masa depan yang harus dilaluinya bersama anak-anak.
Bagi ahli keluarga pasangan yang meninggal terutamanya mentua dan ipar duai tidak perlulah sibukkan diri dalam mempertikaikan hak masing-masing untuk dibahagikan mengikut syariat yang ditetapkan.
Sebenarnya, keadaan ini boleh menjadi parah dan tentu sekali isteri atau balu, apabila mentua dan ipar duai mula sibukkan diri untuk menegakkan hak yang dimiliki hasil daripada peninggalan ahli keluarganya.
Mungkin bertambah rumit dan menjadi hidup si balu bertambah susah bila adanya edisi campur tangan mentua dan ipar tentang harta yang dimiliki olehnya. Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk isteri agar tidak hidup susah pada masa akan datang. Kena beringat.
Ini beberapa tanda hidup anda akan susah apabila ketiadaan suami satu hari nanti. Edisi mentua dan ipar.
1. Mentua awal-awal lagi sudah sibukkan harta suami. Suami tengah sihat walafiat tetapi sudah dibangkitkan yang dia layak dapat rumah yang anda duduk sekarang, awal-awal sudah bising berkenaan duit persaraan Tentera anaknya, mengungkit pembelian-pembelian anak yang ada kena mengena dengan diri si ibu dan sebagainya.
2. Hubungan dengan mentua tidak baik. Sentiasa diperli-perli, sentiasa dipandang rendah dan tidak dipedulikan. Umpamanya anda bukan sebahagian dari keluarga dia. Biasa menjadikan situasi seperti anda yang bersalah dan nampak menyesal kerana menerima anda sebagai menantu.
3. Suami adalah anak mak. Semua urusan akan melalui ibunya dahulu. Dia tidak mampu dan tidak mahu membuat keputusan sendiri sebelum menerima nasihat ibu tercinta. Segala yang dilakukan akan meletakkan ibunya dahulu. Ini tidak salah, tetapi apabila si suami sentiasa membelakangkan isteri, ini ada masalah. Pendapat isteri dianggap tidak penting. Keperluan isteri diketepikan.
4. Anda tinggal di rumah yang anda bina bersama suami tetapi di atas tanah mentua. “Buatlah rumah atas tanah mak tu, takpe”. Kat sini berganda-ganda kebarangkalian masalahnya jika nama tanah tidak ditukar.
Pertamanya jika ibu mentua yang pergi dahulu, tanah itu akan menjadi tanah pusaka dan akan difaraidkan. Melainkan adik beradik lain tidak mahu menuntut, tanah itu akan menjadi rebutan. Walaupun sudah ada rumah yang dibina dengan duit sendiri di atas tanah itu. Tetapi tanah itu adalah harta pusaka yang boleh dituntut waris lain.
Keduanya apabila si suami meninggal dan ibu mentua masih hidup. Ini juga boleh mendatangkan masalah jika si ibu mahu menggunakan tanah itu atau mahu menjual tanah itu. Silap-silap, anda akan dihalau dari rumah sendiri.
5. Hubungan dengan ipar tidak baik. Sentiasa bermasam muka, sentiasa mengata-ngata. Yang sana mencucuk, yang sini berbisik. Apa yang anda buat semuanya tidak kena. Komen di Facebook juga di”screenshot” dan dijadikan bahan kecaman adik beradik ipar.
Ini bermakna, jika tiada si suami yang menjadi pelindung, ipar-ipar yang kelaparan ini akan bersedia membaham harta benda yang ditinggalkan dan sudah tentu anda menjadi orang yang mereka tidak sukai akan diabaikan. Hadirnya hanya pada menuntut harta faraid dan tidak datang bersama tanggungjawab.
6. Anda tinggal bersama mentua dan ipar di dalam satu rumah. Risiko untuk anda terpaksa mencari rumah lain sangat tinggi nanti. Yang menjadi gam keluarga anda dengan mereka adalah si suami. Apabila ikatan itu sudah tiada, kebarangkalian dipinggirkan itu sentiasa ada.
7. Suami ada membuat pinjaman dari mentua dan ipar. Hutang wajib dibayar. Selagi ianya tidak dihalalkan, selagi itu perlu dibayar. Jika amaunnya ribuan ringgit? Bagaimana anda nak membayarnya? Ini perlu diambil perhatian dari sekarang.
Suami anda sebagai penyelamat, suami anda adalah pelindung. Tanpa dia, anda akan terdedah dengan bahaya.
Bukan Semua
Benar, bukan semua keluarga begini. Banyak keluarga mentua yang baik hati. Tetapi tidak terjadi kepada anda tidak bermaksud ianya tidak berlaku. Ini semua saya dapat dari perkongsian-perkongsian pembuat hibah dengan saya.
Mereka tidak yakin dengan masa depan, takut dengan ibu mentua sendiri dan ipar-ipar mereka. Malah, mereka sedar yang di sana pada bila-bila masa sahaja akan boleh membaham dengan rakusnya kehidupan yang anda dan suami bina sehingga hari ini.
Ingat, segala harta benda yang bukan di atas nama anda sendiri, anda boleh kehilangannya, melainkan tiada siapa yang menuntut.
Tolonglah baca dan jadikan iktibar. Jika anda seorang mentua, jadilah mentua yang tidak membebankan hidup menantu. Jika anda seorang ipar, jangan disibukkan harta adik beradik anda. Pasangan mereka lebih memerlukannya nanti.
Jagalah juga hubungan anda dengan mentua dan ipar. Jika hubungan itu baik, risiko terjadinya perkara yang tidak diingini akan berkurangan.
Jika kehidupan anda ada tanda-tanda seperti di atas, buatlah hibah. Kalau suami tak terbuka lagi hatinya, buat sendiri.
BroOhsem
MW: Memang betul. Walaupun tak semua mentua atau ipar duai sebegini, tapi kita sebagai isteri kena beringat untuk masa akan datang. Kita tak tahu apa akan berlaku.
Suami yang memilih untuk curang lebih berpotensi cepat mati. Curang perlu bekerja keras, kena padam mesej, lock phone dan kena fikir ayat-ayat untuk menipu. Terlalu susah untuk curang, baik setia sahaja.
Kenapa perlu nak cari yang lain, kalau yang ada itu adalah yang terbaik, nanti menyesal tak sudah. Mungkin bagi lelaki sekadar untuk suka-suka, tapi akhirnya makan diri. Curang dengan pasangan bukanlah perkara yang ditakdirkan.
Suami Curang Lebih Cepat Mati
Kalau tak ada angin manakan pula pokok bergoyang. Kalau tak mencari dan terhegeh-hegeh tak mungkin ia terjadi. Bila sudah ada pasangan hidup, bersyukurlah. Itulah yang melengkapkan kehidupan kita. Jangan bermain dengan api dan pilihlah untuk setia. Apa lagi yang tak cukup?
Kalau sudah mempunyai segalanya, tiada sebab untuk berlaku curang dengan pasangan. Perkongsian menarik Rohana Saad yang mengatakan suami curang lebih cepat mati. Betul ke?
Pilihlah Untuk Setia, Itulah Sebaiknya
Sudah berpunya tapi melayan. Bila sudah tersuka dikatakan takdir Tuhan. Ini bullshit kau tahu tak? Setia atau curang, bukan bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran.
CURANG ITU PILIHAN BUKAN KESILAPAN, JADI, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN DAN JANGAN SALAHKAN TAKDIR. KITA NAK SESUATU PUN ATAS PILIHAN KITA SENDIRI DAN KEMAHUAN DIRI SENDIRI. KALAU KAU PILIH UNTUK SETIA, KAU TAK AKAN BERANI MENDUA.
Kalau nak setia, duduk jauh pun tetap setia. Kalau nak curang, duduk sebelah pun boleh curang. Kalau isteri sudah ‘perfect’ pandai masak, pandai jaga suami dan anak-anak, tapi kalau suami nak curang, dia curang juga. Bila suami sakit, isteri sibuk nak jaga dia.
Bila isteri sakit, suami sibuk nak cari pengganti dia, betulkan? Jadi suami ini, jangan sesekali curang dengan isteri, sebab bila kau curang, dia tak akan sama macam dulu lagi.
Kenapa curang? Sebab ingat akan dapat yang lebih baik? Tak. Sebenarnya bila kau curang, kau akan kehilangan seseorang yang sememangnya cuba menjadi terbaik untuk kau. Tapi kau tamak.
Boleh Tingkatkan Risiko Serangan Sakit Jantung
Nak juga cari lain. Susah nak cantumkan hati isteri yang telah hancur. Nak dia layan kau macam dulu pun susah. Jadi, jangan cuba-cuba untuk curang. Hati yang terluka tak mungkin kembali seperti asal, beringat-ingatlah. Bukan mudah untuk merawat luka, kalau sembuh sekalipun parutnya tetap ada.
Bergantung Pada Diri Sendiri
MENGIKUT KAJIAN, SUAMI CURANG LEBIH CEPAT MATI. KECURANGAN LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN BOLEH MENINGKATKAN RISIKO SERANGAN SAKIT JANTUNG.
Pada suami di luar sana dan bakal suami, tolonglah fikirkan hati dan perasaan isteri. Sebelum ada hati nak cari lain ingatlah masa susah dulu sama-sama, masa sudah senang apa pasal pula nak bagi isteri kau madu?
Tidak semua suami adalah sampah dan tidak semua wanita juga adalah suci tanpa pernah melakukan kesilapan. Hakikatnya, segalanya bergantung kepada diri sendiri. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, baikilah perhubungan. Bagi si perempuan yang menjadi orang ketiga, sailang hak orang pun pilihan.
Kau sudah tahu orang itu suami orang, kau boleh saja tak melayan. Kau boleh saja jauhkan diri. Tapi kau tetap memilih nak membina bahagia atas derita orang lain. Jangan risau, kifarah kejap saja sampai.
Jangan sesekali nak suka. Makan diri dan menyesal tak sudah. Syukurlah dengan pasangan yang sanggup susah senang bersama.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.