Jangan tertawakan rumah tangga orang lain, tidak tahu apa ujian yang sedang menanti rumah tangga kita. Benar sungguh apa yang dibicarakan oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli.
Nasihatnya cukup bermakna malah kita tidak perlu mentertawakan kehidupan orang lain bukan saja dari segi rumah tangga malah dari semua segi.
Puan Dzuriasikim
Jangan Tertawakan Rumahtangga Orang Lain
Ternyata apa yang dikongsikan cukup bermakna dan sememangnya dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua. Berbuat baiklah dengan semua orang dan janganlah mempersendakan kehidupan orang lain.
Ads
Sumber Foto : Canva
“Jangan ketawakan suami orang kerana suami kita juga hatinya milik Tuhan. Jangan ketawakan isteri orang, isteri kita sendiri kita belum tahu berapa lama akan terus setia berada di sisi.
“Jangan ketawakan anak dara tua, anak dara kita sendiri belum tentu jodohnya nanti. Jangan ketawakan janda, suami yang ada Allah hanya pinjamkan sekejap sahaja. Boleh jadi esok atau lusa kita juga akan berpisah dengannya.
“Jangan ketawakan wanita yang dimadukan, sedang mereka semua sangatlah bersabar dalam berkongsi rasa dalam menempuh banyak ujian hidup serta tempat mereka mungkin lebih baik di Syurga nanti.
Sumber Fioto : Canva
Semua Orang Mahukan Kesempurnaan
“Tidak ada yang mahu perkara yang tidak baik dalam hidup. Semua orang mahukan kesempurnaan. Tetapi tidak ada manusia yang terlepas dari ujian dari Tuhan juga.
“Oleh itu, ketawa biar berpada. Harus ingat di setiap bahagia itu akan ada tangisan.
Menangis pula, janganlah seolah kita tidak akan bahagia semula nanti.
Orang kaya boleh jadi miskin.
Orang miskin boleh jadi kaya.
“Saya sudah melihat dengan mata saya sendiri semuanya. Yang kekayaannya bukan setakat rumah besar sahaja atau sekadar wang berjuta, bahkan lebih dari itu… Tetapi mudah bagi Allah untuk mengambil semuanya hanya dalam sekelip mata.
“Kita ini, jika Allah jadikan kita sakit gigi sahaja pun, sudah hilang nikmat hidup. Sudah tidak dapat senyum, tidak dapat makan, tidak dapat minum dengan baik. Apa lagi jika Allah tarik lebih dari itu.
Tidak Perlu Pamerkan Kebahagiaan Pada Orang Lain
“Jika benar-benar cukup bahagia, kita tidak perlu mempamerkan kebahagiaan kita kerana happiness doesn’t need any approval.
Jika benar-benar cukup kaya, diam diam sahaja kerana orang yang benar-benar kaya hidup mereka penuh dengan kecukupan yang tidak seorang pun orang yang cukup kaya pamerkan harta mereka.
“Dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua.
Hiduplah bagaikan seorang musafir.
Apakah nikmat yang terbaik bagi kita hari ini?
Bukan wang.
Bukan rumah besar.
Bukan kereta yang banyak.
Bukan glamour.
Bukan wajah yang cantik.
“Nikmat yang paling besar buat kita semua hari ini adalah kehidupan ini sendiri.
Kerana orang yang sudah mati sangat ingin kembali ke dunia (walaupun sekejap) hanya untuk berbuat amal dan kebaikan yang tidak sempat mereka lakukan selama hidup mereka.
Untuk itu…
“Ucapkanlah Alhamdulillah.
Kerana kita semua masih bernyawa.
Dan selagi kita masih bernyawa, selagi itulah ada harapan yang lebih baik untuk kita.
La Tahzan
Jangan menangis, Allah sayang,” nasihat Dzuriasikim Dzulkefli.
“Sukar terima warna kulit pasangan.’ Pengantin perempuan nekad batalkan perkahwinan dengan bakal suaminya kerana baginya kulit pengantin lelaki terlalu gelap.
Benarlah kalau bukan jodoh, ada saja perkara yang menghalang. Wanita ini mengambil tindakan berani untuk batalkan perkahwinan kerana lelaki ini bukanlah pengantin lelaki sebenar.
Seorang pengantin perempuan di India nekad membatalkan perkahwinannya hanya disebabkan sukar menerima warna kulit pasangannya yang didakwa terlalu gelap.
India Times melaporkan Neeta Yadav dikahwinkan dengan Ravi Yadav dalam majlis berlangsung di Bharthana, Etawah, Uttar Pradesh namun hilang ‘rasa’ untuk meneruskan upacara perkahwinan pada saat terakhir.
Dia menyatakan hasrat membatalkan pernikahannya ketika upacara ‘pheras’ kedua dan tidak melengkapkan tujuh tawaf mengelilingi api suci.
Dakwa Neeta, pengantin lelaki yang diperkenalkan kepadanya sebelum ini bukanlah lelaki yang dinikahinya pada hari itu dan dia tidak menyukai warna kulit pasangannya kerana terlalu gelap.
Ahli keluarganya merayu agar Neeta meneruskan upacara itu namun wanita itu meninggalkan majlis selepas enam jam usaha memujuk gagal.
Pernikahan itu dibatalkan dan bapa pengantin lelaki membuat laporan polis kerana mendakwa barang kemas bernilai ribuan rupee yang diberikan kepada pengantin perempuan sebagai hadiah tidak dikembalikan kepada mereka.
Selain itu, pengantin lelaki turut memaklumkan maruahnya tercalar akibat penolakan itu.
Mingguan Wanita : Sebenarnya paras rupa dan warna kulit bukanlah penentu kebahagiaan dalam rumah tangga. Namun siapa kita untuk menghakimi tindakan wanita ini kerana dia mungkin miliki alasan tersendiri untuk menolak bakal suaminya.
‘Nak cari kerja, bagi modal RM500.’ Selepas tiga bulan, isteri masih gagal kesan suami dan tidak mengetahui ke manakah suaminya pergi. Semuanya tinggal tanda tanya hingga ke hari ini.
Begitulah gundahnya hati isteri dan anak-anak mengenangkan suami yang hilang entah ke mana. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki suami yang ghaib namun masih gagal.
Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu.
Lelaki terbabit, Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu.
Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu.
Menurut isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena dan dia kali terakhir bertemu suami yang mendakwa mahu ke rumah keluarganya di Gurun, Kedah.
Jelasnya, suami sebelum itu menyatakan hasrat mahu mengikut adik lelakinya bekerja di Johor selepas hari raya dan dia bersetuju dengan hasrat suami selepas mereka berbincang.
“Saya dan suami sebelum ini mencari rezeki dengan mengambil tempahan melakukan dekorasi hiasan dalaman namun kurang mendapat sambutan sejak pandemik melanda.
“Untuk menambah pendapatan suami memberitahu dia mahu melakukan kerja luar dengan mengikut adik ipar yang ketika itu pulang bercuti menyambut Aidilfitri,” katanya.
Katanya, suami kemudian memberitahu mahu ke rumah keluarganya di Gurun untuk bertemu dengan adik ipar bagi berbincang mengenai kerja seterusnya akan bertolak ke Johor beberapa hari selepas itu.
“Saya beri suami RM500 untuk dijadikan sebagai modal dan belanja namun terkejut apabila adik ipar menghubungi bertanyakan sama ada abangnya berada di rumah beberapa minggu selepas itu.
“Mendengarkan pertanyaan adik ipar itu saya mula pelik kerana selama ini menyangka suami berada di rumah keluarganya dan sudah bertolak ke Johor untuk mencari kerja,” katanya.
Malah dalam masa yang sama, jelas Nurul Hidayah, selepas itu baru mereka semua menyedari yang suaminya itu tiada di kedua-dua rumah sebelum bapa mentuanya membuat laporan polis.
“Selepas tiga bulan kehilangannya, suami masih gagal dikesan malah pelbagai usaha dilakukan termasuk kaedah perubatan Islam namun tiada sebarang petunjuk ditemui.
“Tiada masalah atau sebarang pergaduhan antara kami yang mungkin menjadi punca kehilangan suami. Itu yang membuatkan saya dan ahli keluarga lain pelik,” katanya.
Menurutnya, kehilangan suami sejak tiga bulan lalu itu turut meninggalkan kesan buat anak bongsu dan juga satu-satunya anak lelaki tunggal berusia enam tahun yang terlalu merindui bapanya.
“Anak bongsu daripada empat beradik ini paling rapat dengan suami malah hampir setiap hari akan bertanyakan mengenai bapanya itu.
“Saya amat berharap suami dapat ditemui dalam keadaan selamat dan pulang segera kerana kami sekeluarga amat merinduinya,” katanya.
Menurutnya, dia berharap sesiapa yang menemui suaminya supaya menghubungi talian 01110728937.
Mingguan Wanita : Semoga suami wanita ini kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin.
Ternyata Allah lebih menyayangi Nurafiamikayla, tempoh tiga tahun tentu dirasakan terlalu singkat apabila anak yang dibelai sepanjang masa kini sudah tiada di depan mata.
Perkongsian pengguna TikTok, melissajefri iaitu ibu kepada arwah adik Afia meruntun hati semua orang apatah lagi melihat wajah comel yang tidak berdosa ini akhirnya pergi buat selamanya setelah mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan.
Menurut ibunya, arwah mempunyai masalah saluran jantung sempit dan terbalik sejak dilahirkan lagi. Namun siapa sangka, walaupun pembedahan yang dilaluinya berjalan lancar.
Tetapi ternyata Allah lebih sayangkan dia dan tanggal 16 Julai yang lalu, adik Afia pergi buat selamanya. Benarlah, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita sebagai hamba-Nya harus reda dengan Ketentuan-Nya.
Apa yang membuatkan hati semua orang lebih tersentuh apabila anak kecil ini dikebumikan di kawasan perkuburan yang betul-betul bersebelahan rumah keluarganya.
Rata-rata netizen mendoakan agar ibu dan ayah Adik Afia kuat menerima takdir ini. Sesungguhnya kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah ditelan oleh ibu bapa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mingguan Wanita : Salam takziah dan semoga ibu dan ayah Adik Afia terus kuat menempuh hari-hari mendatang tanpa Afia di sisi. Al-Fatihah.