Sejak ada media sosial ni, kalau boleh segalanya nak dikongsi dengan kawan-kawan termasuklah hal peribadi. Baik pergi bercuti, tunjuk gambar naik kapal terbang, tempat peranginan dan tak kurang juga tunjuk gambar beli barangan berharga.
Mungkin bagi sesetengah kawan yang ada di medai sosial selesa dan turut sama berkongsi kegembiraan. Tapi paling ditakuti bila ada ‘mata jahat’ yang memerhati dan mencari peluang.
Boleh jadi berlaku ‘sihir ain’ atau ada juga rompak4an di rumah kita. Semua ini kita tak tahu baik buruknya. Cuma, bila berlaku menyesal pun dah tak guna.
Jadi, berpada-padalah nak berkongsi di media sosial, tak perlu nak menunjuk sangat. Kita tak tahu hati orang.
Perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat kita yang suka sangat berkongsi di media sosial. Tidak salah untuk berkongsi tapi berpadalah.
“Betul juga apa yang dicakapkan ini. Selepas ini, sesiapa nak bercuti, jangan nak beria-ia post di media sosial. Tunggu dulu, bila dah balik ke rumah, barulah post.”
Ads
(Betol gok dio royak, pahni sapo2 nok bercuti tu jange dok lorat post, tunggu balik rumoh dulu baru boleh post”)
Polis Soal siasat Penyamun
Polis: “Bagaimana awak boleh tahu bahawa tiada siapa di dalam rumah itu? “”
Perompak: “Ya encik.. Saya sedang memantau kemas kini status daripada semua ahli keluarga di
Facebook… hanya dengan melihat 15 foto yang tersedia di facebook maka saya boleh tahu bahawa mereka sedang menikmati percutian jauh dari rumah selama 1 minggu… Itulah sebabnya saya percaya bahawa rumah itu kosong “
Polis: “??????”
Ads
===============================
Ambil serius cerita pendek ini.
Berhati-hati dengan apa yang anda letakkan di Facebook anda
Berhenti berkongsi maklumat peribadi di media sosial!
1. Jangan iklankan kegembiraan anda di media sosial. 2. Jangan iklankan jadual penerbangan dari lapangan terbang (A) ke lapangan terbang (B). 3. Jangan iklankan percutian anda di media sosial. 4. Jangan iklankan pencapaian anak-anak anda di media sosial 5. Jangan iklankan kehamilan anda di media sosial. 6. Jangan iklankan pembelian mahal anda di media sosial. (Kereta, rumah dan sebagainya)
Kadang-kadang semua komen baik yang anda dapat hanyalah palsu.
Anda hanya menarik mata jahat kepada anda & keluarga anda.
Ads
Anda tidak tahu siapa yang menyimpan gambar anda atau memeriksa pembaharuan anda.
Media sosial kadang-kadang merugikan seperti kisah penyamun yang polis soal siasat di atas.
Semoga maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita..
Mingguan Wanita : Berhati-hati dan berpadalah dengan media sosial.
Tahniah diucapkan buat Datuk Ramli MS atau lebih dikenali dengan Tok Ram yang selamat menerima menantu semalam. Anak perempuannya yang bernama Nadiah telah melangsungkan pernikahan bersama lelaki pilihan, Taufik Nazri.
Nadiah merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Tok Ram bersama bekas isteri, Jennifer Thompson, selain seorang lagi anak lelaki, Najee.
Sebagai seorang bapa Tok Ram telah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan menikahkan sendiri pasangan pengantin dalam majlis ijab kabul yang berlangsung secara ringkas mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP).
Datuk Ramli MS Terima Menantu, Datin Alyah Muat Naik Foto Istimewa Majlis
Perkhabaran gembira tersebut dikongsi isteri Tok Ram iaitu Datin Alyah menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto istimewa majlis itu.
“Tahniah Nadiah dan Taufik. Semoga rumah tangga yang dibina berbahagia hingga syurga Allah SWT,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, Alyah menyatakan keterujaannya dapat turut sama melakukan persiapan untuk majlis pernikahan anak tirinya itu bersama Jennifer Thompson (bekas isteri Tok Ram) yang juga ibu kepada Nadiah.
“TQ so much Jennifer. Seronok sebab dapat join sama-sama buat persiapan yang ringkas, tapi bermakna. Tahniah juga sebab dapat menantu. Alhamdulillah.
“Buat Najee, tahniah dapat adik ipar. Lepas ni tunggu Najee pula.
“Terima kasih Tok Ram untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Terima kasih ALLAH,” tulis Alyah lagi.
Sebaknya hati, lihat anak kecil seusia 4 tahun dipimpin ayah masuk ke dalam ambulans. Anak itu positif Covid-19, tapi ibu dan ayah negatif. Terpisahlah si kecil itu dari ibu dan ayah selama dirawat dalam bilik isolasi di hospital.
Tidak boleh berjumpa, tidak boleh dicium apatah lagi dipeluk. Jauh terasing dari mak ayah yang selama ini melayan setiap keletahnya. Allahu..
Dan itulah gambaran hakikat yang akan dilalui oleh sesiapa saja yang positif Covid-19. mereka akan diasingkan. Melalui proses rawatan isolasi.. terasing, yang tidak tahu bila kan berakhir.
Sebak sekali membaca catatan Dr Redza Zainol, doktor yang menjadi barisan hadapan berdepan secara langsung dengan pesakit-pesakit Covid-19. Betapa sunyinya mereka, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang diuji.
Rayuan Seorang Ibu Di Bilik Isolasi
Dari pagi mata ni asyik berkaca-kaca.
Sekejap-kejap ditelan air liur supaya air mata tu tak tumpah.
Setiap kali kami masuk ke bilik isolasi, mereka akan tanya.
“Saya positif Covid ke doktor?”
Saya jawab belum lagi. Belum tahu lagi.
Sebenarnya, hari ni giliran saya menjaga 2 pesakit PUI (patient under investigation) Covid-19 dengan kawan.
Seorang ibu dan seorang anak.
Dari awal saya masuk ke bilik pesakit, ibu ni dah merayu supaya ayahnya boleh datang untuk melawat anak.
Sekejap merayu, sekejap menangis. Sampaikan kita pun nak ikut sama menangis.
“Tolong doktor. Tolong saya. Sekejap je.”
Merayu macam mana pun, jawapannya tetap sama.
Pesakit Covid-19 Perjalanannya Memang Sunyi
Maafkan saya, pesakit begini perjalanannya memang sunyi. Banyak masa mereka ini seorang diri.
Tidak ada pelawat. Tak ada penjaga.
Di dalam wad isolasi, lepas selesai memeriksa pesakit, memberi perawatan, semua staf akan sama keluar dan pintu ditutup.
Perbualan hanya melalui walkie talkie atau telefon. Ada masa kami berhubung gunakan papan putih dan marker melalui tingkap kaca.
Banyak masa kami masuk cuma 2 kali sehari, ikut keperluan.
Deritanya menjadi mereka ini hanya Allah yang tahu. Dan saya, saya hanya buat apa yang termampu.
Selebihnya, saya serahkan pada Allah.
Dan setiap kali saya solat, saya doakan moga mereka ni sembuh. Moga kalian pun sama-sama doakan.
MW : Wahai rakyat Malaysia.. teruslah berdoa untuk mereka.. untuk diri sendiri juga. Kita tak tahu doa siapa yang Allah dengar dan angkat, maka berdoalah terus demi kesejahteraan bersama.
Sumber/Foto : Redza Zainol, Jika apa yang dibuat ni masih belum cukup, ampuni hambamu ini ya Allah.
Setiap kali Roszuati Zahari atau Nadia (nama panggilan mereka yang mengenalinya) keluar rumah, sudah pasti ada yang bertanya mengenai parut pada dahinya. Tidak pernah sekali pun dia rasa marah dengan pertanyaan tersebut. Sebaliknya Nadia tidak segan bercerita mengenai tragedi yang telah mengubah kehidupannya lebih kurang 15 tahun lalu.
“ Saya tidak pernah lupa kemalangan yang telah menimpa saya ketika berusia 20 tahun itu. Kisahnya begini. Saya mendirikan rumahtangga sebelum saya habis belajar. Selepas sahaja saya bernikah dengan suami Mohamed Hisham, keesokan harinya saya perlu kembali semula ke Johor kerana ada peperiksaan di tempat saya belajar, Politeknik Johor Bahru.
Boleh dikatakan saya dalam keadaan tergesa-gesa ketika itu. Pada mulanya saya bercadang hendak naik bas dari Puduraya ke Johor Bahru. Senang kerja. Tetapi suami tidak membenarkannya.
Suami mahu menghantar sendiri saya ke sana. Disebabkan mahu mengejar waktu, kami tergesa-gesa ke sana. Suami memandu dan saya hanya duduk di sebelahnya. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 12.00 malam.
Disebabkan rasa mengantuk, saya tidur. Suami terus memandu. Apabila suami rasa mengantuk dia akan berhenti seketika untuk berehat. Selepas berehat dia akan menyambung semula pemanduan. Hendak dijadikan cerita, suami yang sedang memandu tiba-tiba terlelap seketika.
Kemudian apabila dia tersedar, buka sahaja mata dia nampak trailer di hadapan mata. Ketika itu kami berada di Simpang Renggam. Suami terkejut dan dia cuba mengelak daripada berlanggar dengan trailer itu.
Kereta yang dipandu suami terseret dan terbalik dan berpusing beberapa kali. Saya sebenarnya tidak sedar apa yang berlaku ketika kemalangan berlaku. Sebaik saya buka mata, saya berada dalam keadaan mamai atau separuh sedar.
Suami panggil nama saya. Dia kata, Nadia, kita kemalangan. Saya tanya pada suami. Siapa Nadia? Suami saya hairan dan fikir mesti tidak ingat siapa diri saya ketika itu. Risau juga dia.
Tanpa berlengah, suami telah memecahkan tingkap kereta dan mengangkat saya keluar daripada kereta. Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Suami saya cedera dan patah tangan kiri tetapi dia mampu membawa saya keluar daripada kereta yang telah remuk.
Kereta remuk dengan teruk. Bumbung kereta itu telah menekan tempat duduk saya. Sebab itu saya terperosok ke dalam. Suami berusaha mengangkat saya walaupun dalam keadaan dirinya yang cedera.
Suami telah mengangkat saya dan kemudian meletak saya di tepi jalan. Tidak beberapa lama kemudian, ada sebuah kereta berhenti. Pemandu itu membantu kami dan suami telah mengangkat saya dan meletak saya dalam kereta tersebut.
Kami kemudiannya telah dibawa ke hospital berdekatan iaitu Hospital Kluang. Tidak lama saya di sana kerana kelengkapan untuk merawat saya tidak cukup. Saya kemudiannya dihantar ke Hospital Johor Bahru.
Disebabkan saya jauh daripada keluarga, saya kemudian telah dipindahkan dari Hospital Johor Bahru ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya, Selangor. Nasib baik saya ada kawan-kawan yang berkerja di sana. Mereka telah memudahkan urusan perpindahan tersebut.
Apa yang boleh saya katakan sepanjang proses bertukar hospital itu saya tidak tahu keadaan diri saya. Kemalangan itu menyebabkan tiga jari kanan saya telah putus. Manakala dahi saya telah berlubang sehingga nampak tengkorak.”
Gembira Dikelilingi Mereka Yang Bersikap Positif
Cerita Nadia lagi, selama dua bulan dia dirawat di hospital. Sepanjang dua bulan itu juga dia telah melakukan lima kali pembedahan untuk memperbaik anggota badan yang cedera.
“ Saya tidak tengok cermin sepanjang berada di hospital. Saya juga tidak tahu bagaimana wajah saya ketika itu. Muka saya berbalut dan ini membuatkan saya takut untuk melihat wajah sendiri. Saya juga sedih sebab jari tidak ada.
Namun ketika saya bersedih itu, bapa banyak memberi semangat dan kata-kata nasihat. Dia kata selama 20 tahun Allah bagi pinjam jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada saya. Saya perlu redha apabila Allah tarik semua itu.
Suami saya juga memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi. Begitu juga keluarga kandung dan juga keluarga mentua. Sepanjang dua bulan saya menjalani fisioterapi. Saya dan suami tidak sempat berbulan madu. Kami ibaratkan kami ini berbulan madu di hospital. Suami akan sentiasa menemani saya menjalani rawatan di hospital.
Setiap hari sepanjang menjalani rawatan, saya rasa gembira sebab saya dikelilingi oleh mereka yang positif. Orang yang datang melawat selalu bagi sokongan. Malah doktor yang merawat saya pula kalau dia datang jumpa saya dia akan panggil saya pesakit yang comel. Pandai betul doktor itu menjaga hati saya. Dia takut saya sedih.
Disebabkan itu jugalah saya mengambil sikap positif. Saya bina keyakinan diri agar tidak malu berdepan dengan orang ramai sebaik keluar dari hospital.”
Selepas dua bulan, Nadia telah dibenarkan keluar daripada hospital. Dia bersyukur kemalangan tersebut tidak menyebabkan kerosakan anggota dalaman tubuh.
“ Keluar hospital kami terus mengadakan majlis resepsi perkahwinan yang tidak sempat dibuat selepas saya bernikah. Semasa majlis tersebut muka saya masih berbalut. Kalau orang tanya kenapa muka saya berbalut saya beritahu mereka saya kemalangan.”
Walaupun telah keluar hospital, Nadia sentiasa berulang-alik ke sana untuk menjalani rawatan susulan. Sepatutnya dia perlu menjalani pembedahan plastik untuk memperbaik dahi yang berlubang. Tetapi Roszuati mengambil keputusan tidak melakukannya.
“ Sebabnya beberapa bulan selepas keluar hospital saya hamil. Ini membantutkan hasrat untuk pembedahan dibuat. Saya tidak buat pembedahan apabila saya hamil lagi selepas itu.
Suami memberitahu saya yang dia tidak kisah dengan parut pada muka saya itu. Bagi suami saya tetap cantik di matanya.
Mendengarkan penjelasan suami itu, saya ambil keputusan tidak melakukan pembedahan plastik. Saya tidak malu dengan wajah saya ini. Boleh dikatakan dengan parut pada dahi ini orang mudah kenal saya.”
Ibu kepada lima orang anak ini tidak menyambung pengajian selepas kemalangan tersebut. Malah dia juga tidak sempat mengambil peperiksaan yang sepatutnya diambil. Suami memberitahunya bahawa dia mampu menanggung kehidupan mereka sekeluarga.
“ Saya ambil keputusan duduk rumah menjaga anak dan menguruskan rumahtangga. Selepas saya melahirkan anak keempat, saya ambil keputusan pula untuk mencari cari duit lebih. Saya suka membeli beg dan jam tangan. Saya terfikir mengapa tidak saya menjual beg dan jam tangan kepada mereka yang suka.
Pada tahun 2009, saya mula jual melalui Facebook di bawah nama Nursabrina Zahari. Saya ‘gamble’ sahaja. Daripada situ ramai pembeli mula follow saya. Kini saya mempunyai pelanggan tetap. Saya bersyukur dapat mencari duit lebih untuk kegunaan saya dan keluarga.”
Mahu Beri Inspirasi
Nadia sentiasa bersikap positif. Disebabkan itu apabila ada sahaja yang bertanya pasal parut pada dahi, dia akan bercerita apa penyebab parut tersebut.
Saya akan cerita pengalaman saya mengharungi hidup selepas kemalangan tidak kira kepada sesiapa sahaja. Setiap kali saya bercerita saya mahu beri inspirasi kepada mereka yang mendengar.
Pernah juga salah seorang anak saya bertanya pada saya. Mama, tidak rasa malukah apabila orang tengok muka Mama? Saya akan jawab, Apa yang hendak dimalukan. Saya kata dengan parut pada dahi Mama ini buat orang kenal Mama.
Nasihat saya kepada mereka yang pernah mengalami tragedi hitam dalam diri agar sentiasa positif. Kita perlu lihat apa yang ada di sekeliling kita. Jangan lihat apa yang kita tidak ada. Ramai lagi orang sayang pada kita.
Kita perlu tunjukkan kepada orang sekeliling yang kita ini bersikap positif. Kita perlu sedar setiap ujian yang diberikan oleh Allah ini sebenarnya mungkin disebabkan ada kesalahan yang kita lakukan pada masa lalu. Kita perlu redha apa yang berlaku. Saya bersyukur masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...