Ada orang kata, naluri orang perempuan ini boleh kalahkan kuasa Thanos, dia punya kuat itu.. tak payah bagi dia nampak, sebab dia boleh rasa apa yang suami mahupun anak sembunyikan. Apa yang disembunyikan itu, isteri ke mak tahu juga akhirnya.
Bak kata Ustaz Khairul Anuar Basri ini, naluri atau instinct ini anugerah deria ke-7 yang sangat kuat yang tuhan beri pada orang perempuan. Sebab sayangnya Allah pada orang perempuan ini.
Hadamkan penjelasan ustaz ini kenapa tak boleh dibuat main-main dengan naluri orang perempuan ini.
Jangan Main-main Dengan Naluri Orang Perempuan
Jangan main-main dengan instinct orang perempuan. Terutamanya seorang ibu atau seorang isteri.
Kerana terlalu banyak dan terlalu besarnya pengorbanan mereka, Allah kurniakan mereka deria ke 7 yang sangat kuat.
Allah sangat sayang 2 kumpulan ni; ibu dan isteri.
Anak-anak, jangan la cuba nak tipu mak. Jangan sesekali. Sebab mak akan tahu juga akhirnya.
Mak bukan saja tahu anaknya menipu, tapi mak juga akan tahu bila anak-anaknya ditimpa kesusahan atau berada dalam masalah.
Hebatnya ilmu seorang mak terhadap anak, dia akan tahu semua tentang anaknya walaupun anak cuba nak sembunyikan.
Marah anak, tak puas hati anak, sakit hati anak, susah anak… semua-semua lah. Seorang mak akan tahu.
Ads
So, jangan cuba-cuba nak tipu mak ye. Kalau ada benda perlu bagitahu, bagitahu dulu cepat-cepat. Jangan sampai mak tahu sendiri dari mulut orang lain. Kecik hati mak.
Isteri pun sama. Suami-suami jangan la cuba nak tipu isteri. Dia akan tahu.
Lebih-lebih lagi kalau buat benda yang salah dan berdosa. Isteri akan dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Part ni memang boleh tabik la kat insan yang namanya isteri. Allah memang bagi sungguh anugerah ni pada isteri.
Mana taknya, tiada insan semulia seorang isteri. Dia bukan saja menyerahkan seluruh tubuhnya kepada manusia bernama suami, tetapi dia menyerahkan nasib sepanjang hidupnya juga kepada suami.
Ads
Lebih daripada itu, dia menyerahkan 100% kepercayaannya kepada suami untuk menjaganya, membimbingnya, memberi nafkah kepadanya dan menjaga kebajikan anak-anaknya.
Bila berkahwinnya seorang wanita yang beriman, hidup dan matinya hanya untuk mengabdikan diri kepada suaminya. Sebab itu Allah balas dengan ganjaran yang besar kepada isteri asbab pengorbanannya itu.
Isteri serahkan sepenuh jiwa raganya kepada suami, Allah anugerahkannya deria yang kuat yang boleh menghidu perbuatan buruk dan berdosa suaminya.
Sekali Kepercayaan Dikhianati, Isteri Ingat Sampai Mati
Allah tak akan biarkan pengorbanan seorang isteri berlalu sia-sia. Allah pasti akan gerakkan hatinya demi untuk menyelamatkan sebuah rumahtangga.
Ads
Baik pecah rahsia awal-awal daripada berselindung di sebalik angkara yang durjana buat sekian lama. Betul tak?
Bukan mudah sebuah kepercayaan nak diberi. Tapi sekali kepercayaan itu dikhianati, isteri akan ingat dan terasa hati sampai mati.
Perasaan cinta dan sayangnya terhadap suami tak akan sama lagi.
So, buat semua anak-anak dan para suami…
Jagalah hati ibu dan isteri. Jangan cuba-cuba nak buat benda tak senonoh di belakang ibu atau isteri. Lambat laun mereka akan tahu jugak.
Nak percaya ke, tak nak percaya ke, terserah.
Dan bila kita jujur dan tidak menipu, pasti Allah akan bagi balasan yang setimpal dengan kejujuran dan keikhlasan kita sebagai anak atau suami.
Percayalah…
#KAB #StayAtHome
MW : Dah faham kan.. janganlah cuba nak tipu-tipu isteri ya. Sebab, isteri boleh rasa.. dan tahu apa yang suami sembunyi.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri*Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wahai suami, dengarlah pesanan berharga daripada Ustaz Ebit Lew akan cara menghargai pengorbanan isteri dan anak-anak ini. Terutama soal pemberian hadiah untuk mereka, yang setia menanti di rumah.
Suami, walau ke manapun anda pergi.. sentiasalah ingat akan insan-insan yang setia menanti di rumah. Siapa lagi kalau bukan isteri dan anak-anak. Balik rumah.. belikan sekali mereka buah tangan, hadiah. Jangan tak tahu cara inilah yang nabi ajarkan untuk para suami contohi.
Cara inilah juga yang Ustaz Ebit praktikkan untuk menghargai, mengasihi bidadari hatinya sempena ‘anniversary’ mereka. Kalau seorang ustaz yang kita maklum akan kesibukannya dengan kerja-kerja dakwah, boleh melakukan hal-hal romantis sebegini.
Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai KL terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya.
Suka sangat walau kecil kejutan buat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kasih Allah.
Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k.
Sesekali Buat Kejutan Cinta Untuk Isteri
Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka.
Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary.
Sungguhpun kasih ibu adalah kasih yang abadi, namun kasih ayah juga tiada tolok bandingnya. Meskipun bukan dari darah daging sendiri, namun rasa kasihnya bagai anak sendiri.
Rai Hari Ibu Dengan Anak Angkat
Seorang bapa tunggal di Thailand menyentuh hati netizen selepas dia berpakaian seperti wanita untuk meraikan Hari Ibu bersama anak angkatnya di sekolah, lapor portal berita Mothership hari ini.
Hari Ibu di Thailand disambut pada 12 Ogos setiap tahun untuk memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu. Ia juga menjadi hari memperingati ulang tahun kelahiran mendiang Permaisuri Sirikit.
Bagi meraikan hari tersebut, Sekolah Ban Noen Kroi mengadakan acara khas dengan para ibu dijemput hadir ke sekolah.
Enggan Anak Bersedih Rasa Kekurangan
Bagi seorang pelajar kelas tiga bernama Cream yang dibesarkan oleh bapa tunggal, dia tidak perlu bimbang kerana kerusi untuk ibunya diisi oleh bapa angkatnya, Joe Lookphonbodee.
Enggan membiarkan anak angkatnya bersedih, Joe memakai rambut palsu dan gaun semasa menghadiri acara tersebut.
Lelaki berusia 48 tahun yang juga guru di sekolah sama berkata, Cream sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.
“Apabila sekolah menganjurkan aktiviti Hari Ibu, saya tidak mahu anak saya berasa serba kekurangan. Sejujurnya, saya tidak berasa malu (berpakaian seperti wanita) kerana saya amat menyayangi anak saya,” katanya.
Joe memuat naik gambar dia dan Cream di laman TikTok beserta keterangan bertulis: “Ibu, saya juga boleh menjadi (ibu) untuk anda.”
Dalam video tersebut, Cream memberikan penghormatan kepada Joe di samping rakan-rakan sekelasnya bersama ibu masing-masing, sebelum memeluk bapa angkatnya itu.
Menurut Cream, dia juga tidak berasa malu dengan tindakan bapanya itu, sebaliknya berpendapat lelaki tersebut amat comel.
“Terima kasih bapa, kerana membesarkan saya dan menggembirakan saya. Saya tidak pernah sekali pun berasa kekurangan dalam hidup ini,” katanya.
Mesti Baca:‘Lari Sampai Tertanggal Selipar’, Kasih Ayah Jadi Benteng Tahan Anak Dari Rebah Masa Pembarisan
Baca Lagi Di Sini:Meninggal Ketika Temani Anak Temuduga, Begitulah Kasih Ayah Hingga Hujung Nyawa
Artikel Menarik:Kasih Ayah, Sanggup Hilang Malu Rela Berpakaian Pengantin Perempuan & Pegang Sepana Kerana Perkara Ini
Mingguan Wanita: Kasih ayah pada anaknya. Meskipun bukan dari darah daging sendiri, namun tetap menyayangi anak sepenuh hati dan tak mahu anak rasa kekurangan tak seperti anak-anak yang lain.
Sesekali kalau tengok wajah isteri masam mencuka, cubalah ambil tahu walau malas nak hadap. Ya, bukan mudah dan jaga hati si dia tambah pula kalau tanpa sebab tengok layanan atau air wajahnya berubah sekelip mata. Kalau buat tak tahu boleh jadi perang dingin, jadi apa kata anda ikut cara seperti yang dikongsikan oleh seorang Doktor Taufiq Razif ini…
Air Wajah Isteri
Semalam entah kenapa saya rasa gelisah je bila pandang wajah isteri saya. Setiap kali dia pandang saya mukanya agak masam mencuka dan berkerut je sepanjang hari.
Jadi saya pun keluar rumah. Saya ke masjid untuk tenangkan diri. Dalam hati saya memang sangat-sangat tak puas hati. Yela, seorang isteri mana boleh bermasam muka di depan suami kan? Suara ego dalam diri saya membentak bentak tanda tak puas hati.
Bila dah solat Zohor dan jiwa dah agak tenang saya pun Whatsapp isteri. Bagi saya dalam hubungan suami isteri ni kena ada sikap saling terbuka. Kadang-kadang apa yang kita simpan dalam hati kononnya nak jaga perasaan si dia la yang boleh menjadi bom masa dalam rumahtangga. Sampai waktunya, ia akan meletup dan lafaz cerai boleh terucap!
Saya Whatsapp isteri saya tentang ketidakpuasan hati saya pada dia. Panjang berjela saya tulis tentang hukum bermasam muka di depan suami.
Oh! Dah bluetick!
Tapi hampa. Tiada balasan.
Bila saya sampai je rumah wajah isteri saya lain macam. Ya Allah! Punya la berseri wajah dia. Bila bercakap pun lemah lembut je. Bila bersembang pun senyum je. Alamak! Ni bidadari dari kayangan ke siapa ni?
Semalam la saat paling indah dalam hidup saya sampaikan saya dah lupa masalah antara saya dan dia sampai la selepas subuh tadi baru la saya tiba-tiba teringat ” Ya Allah. Patut la bidadari saya ni masam je. Dia datang bulan rupanya. Saya lupa! ”
Ya Allah. Saya jadi sebak dan sayu. Saya pegang tangan isteri saya yang tengah tidur. Saya belai tangan dia. Saya cium tangan dia. Saya pegang telapak tangannya sambil berkata di dalam hati.
” Ya Allah. Ni la tangan yang dah bekerja keras membantu saya mengharungi hidup berumahtangga. Tangan ni la yang membantu saya mencuci pinggan, membasuh baju dan menjaga anak walaupun itu bukanlah tugas hakiki seorang isteri. Maafkan abang sayang. Maafkan abang. “
Kepada para suami semua. Kita kena belajar untuk faham bila isteri kita agak bermasam muka ketika datang bulan. Boleh jadi mereka sedang mengalami Pre-Menstrual Syndrome ataupun senggugut. Dimaafkan pada sisi agama jika mereka termasam muka sekalipun sebab ianya dikira musibah syar’iyyah.
Bila kita faham ilmu ni insyaAllah kita para lelaki takkan mudah terasa hati dengan para isteri kita. Rumahtangga pun akan lebih berseri kalau kita faham dan amik tahu tentang psikologi dan fisiologi seorang bidadari bernama isteri.
NOTA:
Tolong saya tag dan sebarkan ilmu ni pada semua pasangan suami isteri yang korang semua kenal. InsyaAllah akan sangat bermanfaat untuk hubungan dan ikatan mereka semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.