Jangan bangga isteri masih bertahan atas segala sikap buruk anda selama ini. Dia kekal berada di sisi suami kerana kenangkan kau ayah kepada anak-anaknya yang belum mengerti apa-apa.
Kadang-kadang memang sukar untuk menyelami hati seorang wanita kerana dia sanggup kebalkan hati dan perasaan demi orang lain terutamanya untuk anak-anaknya. Oleh itu suami jangan terlalu yakin bila isteri masih bertahan dengan sikap anda. Bukan kerana anda tetapi anak-anak.
Jangan anggap isteri bertahan sebab dia bergantung hidup pada kita…
Kita bagi dia duit, kita bagi dia makan, kita bagi dia pakaian, kita bagi dia tempat tinggal, maka sebab itulah dia bertahan walaupun kita ni dah buat macam-macam yang menyakiti dan melukakan hatinya…
Jangan bangga bila terus-menerus membuatkan isteri menangis disebabkan sikap dan layanan kita terhadapnya…
Dia Masih Bertahan Kerana Anak-anak
Dia bertahan dan masih kekal di situ kerana kau adalah ayah kapada anak-anaknya…
Ads
Kerana alasan itulah, dia letak harapan untuk pasangannya berubah walaupun dia sendiri tak nampak harapan bahawa kau akan berubah… Kerana alasan itulah, dia mengenepikan perasaan, kemahuan dan impian dirinya…
Dia boleh sahaja hidup tanpa orang yang bagi dia duit, makan, pakaian dan tempat tinggal kerana keyakinan dia pada rezeki itu datangnya dari Allah SWT, bukan pasangan…
Jangan anggap mereka lemah dan tak boleh hidup tanpa seorang insan yang bernama lelaki…
Apa guna hidup dengan lelaki yang berterusan tidak menghargai, menyakiti, menganiayai serta menzalimi dirinya sebagai seorang wanita yang mana sepatutnya dimuliakan kerana Islam mengajar untuk memuliakan kaum hawa dan melayan isteri dengan makruf…
Berubahlah selagi masih diberikan masa untuk berubah… Kita tak akan pernah tahu banyak mana masa yang kita ada untuk berubah…
Untuk apa kita berkahwin kalau bukan untuk membahagiakan mereka yang berada di sisi kita? Renung-renungkan…
MW: Sesungguhnya seorang isteri akan bertahan bila dia kenangkan anak-anak walaupun hatinya remuk dengan sikap pasangan. Namun jika tiba masanya, seorang isteri dan ibu mampu bertindak demi kebaikannya sendiri. Renung-renungkan.
Memang bukan menguruskan rumahtangga dan anak-anak yang masih kecil, apatah lagi tiada pembantu dan segalanya diuruskan sendirian. Walaupun berkemampuan, namun ada mak-mak yang lebih selesa dan puas hati apabila dapat menguruskan anak-anak dan buat segala kerja rumah sendiri.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Diana Nasir, 34 ada berkongsi cara dan tip menguruskan 3 orang anak perempuannya iaitu sepasang kembar comel Anggun Darleesa & Anggun Darleena,3 serta Anggun Darniella,2. Malah kakak sulong kepada pelakon Anzalna Nasir ini turut menjelaskan kerja-kerja rumah juga dilakukan sendirian tanpa adanya bantuan daripada pembantu rumah.
Bagi Diana atau nama panggilannya ‘Lady D’, tiada pembantu rumah atau pengasuh bukanlah menjadi satu masalah, dia ada cara untuk menguruskannya anak-anak dan kerja rumah sebaiknya.
Pertama, paling penting kena buang sikap malas serta kurangkan masa dengan telefon. Harus menekankan disiplin serta kerjasama pada anak-anak serta suami.
“I get asked a lot on “how do l manage 3 toddlers! Do l have a maid/helper?and “ who does all the house chores?”Well, the answer to these questions are.. Me, Myself&I! 24/7! No maid no problemo.. How do l do it?”
1. Dont be LAZY!If malas semua benda tak akan berjalan!
2.Less time on the phone! This is like the most important thing!
3.Discipline is a MUST! Not only Angguns but papa pon sekali lol.Semua kene bekerjasama because Im your momma/wife! I AINT YOUR MAID!
Selain itu, bangun seawal pagi sebelum anak-anak bangun. Jadi segala urusan membersihkan rumah dan mencuci baju dapat disiapkan awal. Malah Diana juga menjelaskan dia cukup tak selesa bila rumah bersepah, dia akan pastikan kemas dengan segera.
Mengakui dirinya “OCD/perfectionist”, Diana lebih suka dan mampu buat semua kerja rumah dan jaga anak-anak sendiri. Baginya jika ada pembantu tak akan sama bersih seperti yang dia lakukan, malah turut berasa tidak selesa bila ada ‘orang luar’ di rumah.
Tambahnya lagi, tak perlu membazir duit suami untuk membayar pembantu rumah. Malah menjadikan ibunya sebagai inspirasi, yang tak memerlukan pembantu ketika menguruskan rumahtangga dahulu.
4. Be an early bird! For me, it’s important to wake up before Angguns so l can get all the house cleaning and washing done, bath, make myself look presentable, buat breakfast for husband&etc.
For the rest of the house, it’s just me constantly cleaning as l cant stand having a messy house! It makes me feel uneasy so l always tidy up immediately bile bersepah.
With the white sofas, curtains, carpets&almost everything else being white,everytime terkene kotor sikit l will use wipes,that’s why it still looks amazingly clean! YES im an OCD/perfectionist. I rather buat semua sendiri lagi puas hati. If ada maid pon tak akan sama bersih like how we do it also tak selesa bile ade outsider in the house plus Dee masih mampu buat semua &its a good exercise for me too so theres no need to waste my husband’s money paying for a maid. If my mother can do it without anyone helping her back then, well so can l!
Ujar Diana lagi, kena ada rutin setiap hari untuk anak-anak agar dapat menguruskan rumahtangga dengan lebih baik. Malah jangan lupa latih anak-anak untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah, walaupun usia mereka masih kecil.
Sediakan makanan secukupnya untuk anak-anak dan ia ‘berkesan’ dalam ‘meredakan’ mereka terutamanya ketika sedang ‘tantrum’, selain bantuan daripada suami.
5.Routine – Have routines for your day and the kids and you will be able to manage better!
6.Train your kids to help around! Walaupn Darleesa and Darleena baru 3 years old they help me so much around the house. They clean up their own mess, help me carry barang & so on. They gotta start young right!
7.Prepare your kids fav munchy! So bile anak-anak throw tantrum keluarkan ‘senjata’ makanan! It helps! LOL!
8.If you’re having a bad day, ITS OK! cepat-cepat pray agar husband finish work early! If tak berkesan juga, CALL HUSBAND SURUH BALIK NOW, like right NOW!
Dear mommas, Lower your expectations mommas! Everything doesn’t need to be perfect! You’re allowed to have a messy house, messy hair & messy kids! Just enjoy and cherish your time with them. I believe that if a momma is at peace the kids are usually too.D
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi mak-mak yang ada anak-anak kecil, tiada pembantu dan uruskan rumahtangga sendirian boleh ikut tip-tip yang dikongsikan oleh Diana Nasir ini. Tak perlu terlalu sempurna dalam menguruskan rumahtangga, paling penting hargai saat berharga bersama-sama anak-anak.
Wanita atau isteri ini tak boleh terlalu cerdik. Kalau terlalu cerdik, matilah itu dan ini isteri kena buat. Dalam tak sedar, segala tanggungjawab jatuh pada isteri.
Biarlah nampak kurang cerdik, tapi suami sama-sama membantu menguruskan rumah tangga. Barulah bahagia rumah tangga, saling bekerjasama.
Ikuti perkongsian Busseroa Abd Jalil ini dan fahami sebaik-baiknya. Niatnya bukan nak suruh mak-mak jadi derhaka kepada suami, tapi mendidik suami bahawa kerja rumah lebih manis dilakukan bersama-sama:
Dua tiga hari lepas ada family yang datang bermalam di rumah saya beberapa hari. Lalu bertanyalah golongan wanitanya beberapa soalan yang berbunyi:
2. Oh macam tu. Jadi ajarlah akak nak guna mesin ini macam mana?
Ohh.. saya tak tahu guna mesin itu kak. Nanti big boss ajarkan.
4. Habis itu kenapa tak tahu guna?
Sebab… Saya tak nak jadi pandai dalam semua perkara. Kalau saya pandai dalam semua perkara, maka semua tugasan rumah tangga terpikul di bahu saya.
Oleh itu saya sengaja membiarkan saya kekal bodoh dalam beberapa hal supaya tugas itu diambil alih oleh pasangan!
Cuba akak tengok di sekeliling kita, isteri yang overload kerja sampai tak kering tangan ialah isteri yang serba tahu semua benda. Dalam erti kata lain, isteri yang uruskan AtoZ.
Hal dapur dia. Bab hal pakaian dia. Kemudian, hal sekolah anak-anak pun dia. Hal mengaji Al-Quran, anak-anak pun dia juga. Kereta rosak pun dia.
Hal kewangan pun dia juga yang kena fikir untuk cukupkan. Malah kadang-kadang bumbung rumah bocor pun dia yang cari tukang.
Kenapa tanggungjawab dia banyak sangat? Sebab dia isteri yang sangat cerdik. Tahu semua benda. Maka sifirnya mudah…
Semakin cerdik seorang isteri maka semakin blur seorang suami.
Oleh itu, tak usahlah kita cerdik dalam semua perkara ya, supaya tatkala kita memilih untuk menjadi bodoh itu, kebijaksanaan pasangan akan bercambah dan berkembang dengan jayanya.
Hakikatnya, suami kita tu serba boleh sebenarnya. Cuma kadang-kadang kita yang tak beri ruang, tak yakin dan nak bolot semua tugasan bersendirian.
Terlopong mulut kakak-kakak itu mendengar teori saya yang sudah tujuh bulan tidak ada maid!
MW: Biar isteri nampak kurang cerdik, tapi suami ringan tulang membantu. Lagi satu, rumah tangga ini ada bermacam ikutan. Jika kita selesa dengan acuan isteri lakukan semua tugas di rumah, maka teruskan. Jika acuan kita saling bekerjasama antara suami dan isteri, elok juga diteruskan.
Sumber: Puan Busseroa Abd Jalil
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Soal rezeki, perlu yakin dan serahkan kepada Allah. Kerja biasa, tidak berjawatan besar bukanlah penentu hidup susah. Paling penting kita tidak berputus asa berusaha mencari rezeki. Yakin sahaja dengan Allah kerana dia Pemberi Rezeki.
Tidak salah kerja biasa-biasa, asalkan sentiasa ada niat untuk mencari rezeki yang halal. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sebaiknya.
“Kau nak bagi anak aku makan apa nanti… Kau sendiri pun cukup-cukup makan”
“Nurul, baik kau cari orang lain yang kerja elok skit dari budak ini, nanti senang dan mewah hidup kau… Susah hidup kau kalau kau nak juga pilih dia ni…”
Sekarang ini sebenarnya, rezeki ini siapa yang bagi? Allah SWT ke, manusia? Kalau kita nampak rezeki ini daripada manusia, maka kita sudah syirik kepada Allah SWT…
Sakit daripada Allah, sihat daripada Allah, miskin daripada Allah. Kaya daripada Allah, susah pun daripada Allah. Senang daripada Allah, derita daripada Allah dan bahagia juga daripada Allah…
Kalau Allah nak bagi sakit, sakit… Kalau Allah nak bagi sihat, sihat… Kalau Allah nak bagi miskin, miskin… Kalau Allah nak bagi kaya, kaya…
Kalau kita letak perkara ini daripada manusia, maka kita sudah pun syirik tanpa sedar…
Kita tak yakin dengan Allah SWT… Bagi kita, jika kerjaya itu biasa-biasa, tak sehebat orang lain, maka hidup nanti akan susah… Hidup nanti akan merana… Sebab kita letak rezeki dia pada jawatan dan pendapatan dia…
Kerja apa pun, kelayakan apa pun, jawatan apa pun, selagi kita berusaha di jalan yang benar, maka selagi itu akan diberikan rezeki ke dalam kehidupan kita… Dan usaha itu pula, kalau boleh, jangan sampai lupa dan jauh dengan Pemberi Rezeki…
Jemput rezeki dengan doa, jemput rezeki dengan solat, jemput rezeki dengan amalan kebaikan…
Baik kau despatch, operator kilang, driver lori, buruh kasar, rider makanan, penjual pasar malam, semua akan dapat nikmat dan rezeki dari Allah SWT. Selagi mana dia tidak putus asa berusaha…
Ingat, semua datang dari Allah SWT, bukan manusia…
MW: Jangan sandarkan rezeki pada pangkat dan harta, sebaliknya mak,ayah harus bergantung pada Allah SWT. Paling penting berusaha untuk cari rezeki atas kaki sendiri.
Madam Mariyah cari jodoh sekufu, elak orang cakap tumpang kesenangan bini. Walau pernah diuji dalam rumah tangga, usahawan sensasi ini tidak tertutup untuk berkahwin sekali lagi.