tidur selepas sahur

Bersahur adalah perkara sunnah yang amat dituntut buat umat Islam yang berpuasa terutamanya di bulan Ramadhan. Walaupun ianya sunat, tetapi amatlah besar kelebihannya. Makan sahur memberikan diri kita tenaga untuk berpuasa dan mendapat ganjaran pahala kerana menghidupkan sunnah Rasulullah.

Tidak dapat dinafikan kebanyakan daripada kita akan bangun dan rebut peluang untuk bersahur.Itu bagus!Tapi, malangnya mereka akan tidur semula sebaik sahaja selepas makan sahur.Ini yang tidak bagus! Ramai yang tidak tahu bahawa tidur selepas makan sahur sebenarnya amatlah tidak digalakkan dan ia mampu beri kesan buruk pada kesihatan dan tubuh badan.

Antaranya;

1.Pertambahan Berat Badan & Perut Buncit

Tidur selepas makan akan membuatkan badan gemuk dan perut buncit.Ini kerana makanan yang dimakan tidak sempat dicernakan sepenuhnya oleh sistem tubuh.

2.Masalah Asid Reflux

Ianya keadaan di mana kita berasa sepeti perut kita masuk angin. Rasa loya dan nak muntah .Puncanya, asid ini akan bergerak ke perut,kemudian terus ke dada dan kerongkong.

IKLAN

Jangan Ambil Mudah, Bersedialah Terima 6 KESAN BURUK Ini Sekiranya Suka Terus Tidur Sejurus Selepas Bersahur!

3.Rasa Panas & Tidak Selesa Dibahagian Dada

Ini disebabkan ianya berkaitan dengan masalah asid reflux.Rasa panas bagaikan pedih terbakar di dada adalah akibat dari peningkatan asid reflux tersebut.Malah mulut pun terasa pahit.

IKLAN

4.Risiko Terkena Stroke

Ini lah yang paling merisaukan. Jika jarak waktu selepas makan dan tidur terlalu pendek ia mampu meningkatkan risiko dengan serangan stroke. Ia juga mengakibatkan interaksi otak dan usus terganggu.

5.Dehidrasi

Tidur selepas bersahur juga boleh mengakibatkan dehidrasi pada tubuh dan otak. Air tidak diserap, sebaliknya di bawa terus ke pundi kencing.

IKLAN

6.Hapuskan Nutrisi

Jika kita beria menyediakan makanan bernutrisi tinggi sewaktu sahur kerana mahu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan ketika berpuasa disiang hari, malangnya dengan tidur selepas sahur nutrisi tersebut tidak dapat diserap.Ini kerana makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya.

Adalah sebaiknya tidak tidur selepas bersahur, namun jika terlalu letih dan mengantuk adalah disarankan untuk tidur jarak satu hingga dua jam selepas makan sahur dengan posisi tidur menggunakan bantal tinggi atau tidur dalam keadaan sambil duduk bersandar.

Semoga bermanfaat!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI