Jahidah positif covid-19. “Adik risau tahap kesihatan kakak, sebab belum divaksin.” Sebelum ini berikutan Jahidah masih koma, doktor tidak menggalakkan Jahidah untuk mengambil vaksin.
Apatah lagi dengan tahap kesihatan Jahidah yang tidak menentu membuatkan ahli keluarga terutamanya adiknya, Fauziah bimbang dengan keadaan Jahidah yang kini dijangkiti Covid-19.
Jahidah Positif Covid-19
Wanita mangsa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suami Jahidah Nordin, 43, disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan Jahidah dijangkiti Covid-19 petang semalam berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini. “Menurut pihak hospital, kakak Jahidah positif (Covid- 19) tahap dua dan telah dipindahkan ke Wad Covid-19 petang semalam.
“Sebelum ini, memang ada kes pesakit katil sebelah kakak pun positif Covid-19, tapi saya tidak pasti berapa ramai yang positif dalam wad itu,” katanya.
Adik Risau Tahap Kesihatan Kakak
Menurut Fauziah, dia risau memikirkan tahap kesihatan kakaknya tambahan pula dia belum pernah divaksin atas nasihat doktor.
“Dengan keadaan kakak Jahidah macam itu, demam tinggi dengan ‘bedsore’ (kudis) baharu naik di belakang badan lagi, dia bukan macam orang normal lain tidak boleh bercakap atau merengek kalau sakit.
“Tahun lepas memang doktor tidak berani beri suntikan vaksin Covid-19 pada kakak kerana keadaannya koma,” katanya.
Menurut Fauziah, memandangkan Jahidah belum divaksin pihak hospital akan membuat pemantauan selama 10 hari.
Ads
Pada 21 Januari lalu, Kosmo! melaporkan Jahidah dikejarkan ke HTJ dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jelas Fauziah, dia juga melahirkan kekecewaan apabila berlaku kes Covid-19 dalam wad hospital sedangkan pelawat perlu membuat pemeriksaan pengesahan ujian Covid-19.
Mingguan Wanita : Semoga Jahidah cepat sembuh dari virus Covid-19 dan dipermudahkan urusan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Ternyata biar pun makanan sejuk beku, ianya juga mudah tercemar dengan virus Covid-19. Oleh sebab itu mak,ayah seharusnya mengambil langkah pencegahan dan berhati-hati.
Biar pun di luar negara, ia tetap membimbangkan. Selepas dibuat ujian, makanan sejuk beku yang diimport dikesan positif Covid-19.
Makanan Sejuk Beku Dikesan Positif Covid-19
Wuhan: Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.
Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.
Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.
Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.
Makanan Sejuk Beku Yang Diimport Dikesan Positif
China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.
Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.
Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan.
MW: Buat masa ini lebih baik mak,ayah membeli stok makanan yang tidak diimport atau ambil tahu dari mana makanan sejuk beku diimport. Walaupun perkara ini berlaku di luar negara, namun apa salahnya mengambil langkah berjaga-jaga.
Linangan air mata di hadapan Kaabah, Siti sebak rindu zaman tidak popular. Figura hebat yang bernama Datuk Seri Siti Nurhaliza dikagumi ramai dek kerana statusnya sebagai penghibur terkenal tanahair.
Di sebalik keceriaan Siti di pentas rupa-rupanya ibu kepada dua cahaya mata itu teramat rindukan momen ketika dirinya tidak dikenali.
Malah dia juga meluahkan dirinya sudah lama tidak merasa kehidupan seperti orang biasa, apatah lagi menjadi insan yang kecil di rumah Allah.
Linangan Air Mata Di Depan Kaabah
Menerusi perkongsian ketika bersiaran langsung menerusi akaun rasmi Instagramnya, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu mengalirkan air mata di hadapan Kaabah.
Wanita hebat itu turut menyatakan dia lebih suka duduk bersama orang ramai.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni dengan orang-orang biasa, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni dengan orang ramai, orang tak kenal saya pun dan masing-masing sedang berdoa yang terbaik.
“Ini yang sangat-sangat saya rindui,” ungkap Siti.
Suami Beri Keizinan
Sempena Ramadan bulan penuh keberkatan Siti telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.
Perjalanan kali ini Siti ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.
“Alhamdulillah ALLAH makbulkan.
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya adalah satu rahmat buat saya.
Tan Sri Michelle Yeoh Cantik Berselendang. Aktres tersohor antarabangsa yang dilahirkan di Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dilihat telah menghadiri majlis pengebumian mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini.
Pelakon filem Wicked yang juga pemenang trofi Oscar itu sempat dirakam oleh petugas media yang membuat liputan di sana.
Tan Sri Michelle Yeoh Cantik Berselendang
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu dilihat cantik mengenakan selendang. Ramai yang memuji keanggunan figuran hebat itu.
Malah Michelle juga sanggup hadir memberikan penghormatan terakhir buat negarawan itu.
Selain Michelle, antara selebriti popular yang dilihat turut menghadiri majlis pengkebumian itu ialah penyanyi, Datuk Ramli Sarip.
Majlis pengebumian tersebut turut dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad serta mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak.
Seperti yang diketahui umum, Malaysia telah kehilangan seorang negarawan yang sangat dikasihi, Perdana Menteri ke-5 yang juga Bapa Pembangunan Modal Insan, Tun Abdullah Ahmad Badawi malam ini. Allahyarham kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara jam 7.10 malam. Khabar duka ini disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin.
Salam takziah buat YABhg Tun Jeanne dan seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah. Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan pemergiannya, mengampuni segala kesalahannya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang beriman. Alfatihah.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand. Mangsa dipercayai terlibat dalam masalah hutang yang membawa kepada tragedi berdarah di sempadan Malaysia-Thailand.