Jadikan Piza Sebahagian Daripada Hidup, Wanita Obses Piza Pecah Rekod Dunia! Siapa sangka piza cukup penting dan memberi makna dalam kehidupan seseorang. Terlalu obses dengan piza sehingga mengumpul pelbagai koleksi malah berjaya memecahkan rekod dunia.

Seorang wanita di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) memecah Guinness World Records apabila mengumpulkan item memorabilia piza paling banyak di dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Jadikan Sebahagian Daripada Hidup, Wanita OBSES PIZA Pecah Rekod Dunia!

Dikenali ‘Gadis Piza’

Telina Cuppari, 42, yang turut dikenali sebagai ‘Gadis Piza’ telah mengumpul 669 memorabilia piza termasuk sofa, pakaian, anting-anting, rantai, mainan, piza Pez (sejenis makanan ringan) dan stoking.

Cuppari memberitahu laman berita NJ.com bahawa dia mula mengumpul memorabilia dan pakaian piza selepas berpindah ke negeri New Jersey pada 2012.

IKLAN

“Saya berpendapat ia menyeronokkan untuk dipakai apabila saya keluar dan makan piza.

Jadikan Sebahagian Daripada Hidup, Wanita OBSES PIZA Pecah Rekod Dunia!

“Saya juga menerima begitu banyak pujian sehingga mula membeli aksesori piza dan sejak itu, saya terus mengumpul lebih banyak barangan dan menjadi ‘Gadis Piza’,” katanya.

Jadikan Sebahagian Daripada Hidup, Wanita OBSES PIZA Pecah Rekod Dunia!

Piza Sebahagian Daripada Hidup

Menurut Cuppari, hidangan itu sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

“Kami makan begitu banyak piza di rumah ketika membesar selain pernah memberi hadiah Krismas kepada lelaki penghantar piza setiap tahun. Saya sentiasa terpesona dengan pelbagai jenis piza dari seluruh dunia,” ujarnya.

Jadikan Sebahagian Daripada Hidup, Wanita OBSES PIZA Pecah Rekod Dunia!

Pecah Rekod Dunia

Dalam usaha memecah Guinness World Records, Cuppari berkata, dia perlu menyerahkan senarai terperinci mengenai semua memorabilia berkaitan piza dan mendokumentasikannya dalam video selain mengumpul kenyataan saksi.

IKLAN

Cuppari menyerahkan permohonannya pada Disember lalu sebelum mengalahkan pemegang rekod sebelumnya pada Ogos lalu dengan memiliki 100 item lebih banyak daripada individu tersebut.

Jadikan Sebahagian Daripada Hidup, Wanita OBSES PIZA Pecah Rekod Dunia!

Mesti Baca:‘Moga Sampai Pada Abah ‘DI SANA’ Digandakan Sedekah Sebaik Beri Piza Percuma
Baca Lagi Di Sini:Roti Tak Habis Boleh Buat Cuppizza Sedap Guna Air Fryer, Senang!
Artikel Menarik:Piza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

IKLAN

Mingguan Wanita: Tak sangka ada wanita cukup obses dengan piza malah menjadikan ia sebahagian daripada kehidupan.

Sumber: Kosmo, New York Post

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI