Pemergian sekelip mata sudah tentu bukan mudah untuk ditelan. Bayangkan kali terakhir sang isteri sempat masakkan dan tinggalkan juadah sebelum keluar bekerja. Di pertengahan jalan dia ditimpa kemalangan dan pergi begitu sahaja.
Ternyata Allah lebih menyayanginya. Ujian ini amat berat buat keluarga arwah, Wan Azlinda Wan Mohamad. MW merakamkan ucapan takziah buat keluarganya.
Hanya Mampu Berdoa Allah Ampunkan Dosanya
“Tiada apa yang saya dapat lakukan kecuali memangku jasadnya yang sudah tidak bernyawa selain berdoa semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dijauhkan daripada azab (neraka).
“Sedih kerana kehilangannya dalam sekelip mata tetapi saya lihat mukanya cukup berseri seperti sedang tersenyum,” kata Mohd Nazir Zainuddin, suami mangsa kemalangan jalan raya, Wan Mazlinda Wan Mohamad.
Arwah Wan Mazlinda, 31, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira 6 pagi, semalam, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas motosikal Yamaha Lagenda ditungganginya terbabas ketika melalui selekoh di lorong kiri Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Ads
Berdasarkan maklumat awal daripada Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh, mangsa yang juga ibu tiga anak berusia tiga hingga 12 tahun dipercayai maut di tempat kejadian akibat pendarahan pada kepala dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibedah siasat.
Selalu Gerak Bersama Dengan Motosikal Masing-Masing
Menurut Mohd Nazir, 38, dia menerima panggilan daripada rakan sekerja arwah isterinya yang bertugas sebagai kakitangan PLUS di cawangan Plaza Tol Damansara kira-kira 6 pagi dan ketika itu dia berada di dalam lori penghantaran roti di Petaling Jaya.
“Kebiasaannya, saya dan arwah isteri bergerak ke tempat kerja serentak dengan menunggang motosikal masing-masing sebelum berpisah di simpang Seksyen 32, Shah Alam,
“Cuma hari ini, arwah bergerak ke tempat kerja lebih awal dengan membawa bersama bekal makanan, nasi bersama udang masak sambal yang dimasaknya malam tadi.
“Namun, arwah tidak sempat menjamah makanan itu walaupun dia memberitahu teringin untuk makan sejak semalam. Malah, setibanya di tempat kejadian, saya lihat isi bekas makanan itu sudah bertaburan di jalan raya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Ads
Menunjukkan Perubahan
Bercerita lanjut, Mohd Nazir dapat katakan hubungannya dengan arwah amat akrab seperti sahabat sejak mereka mendirikan rumah tangga 14 tahun lalu.
Disebabkan itu, dia rasa cukup terkesan dengan pemergian isterinya malah tidak menyangka arwah akan pergi biarpun ada menunjukkan perubahan sejak beberapa hari lalu.
“Sejak kebelakangan ini, arwah kerap masak makanan untuk bekalan saya ke tempat kerja.
“Arwah juga ada memberi ucapan dan hadiah untuk saya sempena hari bapa, Ahad lalu,” katanya.
Akan Menjamah Lauk Terakhir Dimasak Isteri
Mohd Nazir berkata, dia masih tidak sempat menjamah lauk dimasak isterinya malam tadi kerana masih bersedih dengan kehilangan arwah.
Ads
“Walaupun masih sedih dengan kehilangannya, saya akan tetap menjamah makanan itu bersama anak kerana ia hidangan air tangannya yang terakhir sebelum meninggalkan kami.
“Saya sudah beritahu anak mengenai apa yang berlaku walaupun mereka masih kecil dan belum cukup mengerti apa itu kematian,” katanya yang menetap di Seksyen 18, Shah Alam.
Menurutnya, jenazah isterinya dijangka diserahkan pihak hospital esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Soeharto, Kuala Kubu Baru, Selangor.
MW: Semoga keluarga ini tabah menerima kehilangan orang sayang, buat anak-anak almarhum, sesungguhnya ujian ini amat besar buat kalian. Semoga Allah mengurniakan kesabaran buat mereka dalam menempuh hari-hari mendatang. Al-fatihah.
Sumber/ Foto: myMetro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka dalam meniti usia warga emas, seorang nenek berusia 77 tahun di Singapura, masih kekal aktif dan berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun bergelar pelajar seni mempertahankan diri itu, lapor portal Mothership.sg.
Tali pinggang hitam merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam Taekwondo, dengan jumlah keseluruhan sembilan peringkat. Untuk mencapai tali pinggang hitam pertama, seseorang itu mesti mampu melakukan spar, bertahan menentang lawan dan memecahkan dua papan tiga inci dengan sebarang tendangan atau pukulan, menurut Active SG.
Lynn Soh yang menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada2018 berkata, pada mulanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo hanya untuk menguatkan bahagian lututnya yang semakin lemah.
Namun begitu, kemahiran yang ditunjukkan oleh Soh adalah luar biasa apabila berjaya mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding pelajar lain yang lebih muda.
Soh telah memenangi beberapa pingat di pertandingan Taekwondo dan kini memburu tali pinggang hitam kedua. Kakinya tidak lagi sakit dan dia tidak lagi perlu makan ubat.
“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.
“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya.
Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang hubungan cinta antara pelakon Harris Alif bersama Intan ladyana yang jauh beza usia. Rentetan perkongsian Harris di instagramnya dengan gambar berbaju raya sedondon dengan caption ‘second raya with (love)’
Rupanya, akui Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi yang kini berusia 21 tahun, tidak kekok menjalin hubungan cinta dengan Intan Ladyana, 38. Biarpun jarak usia 17 tahun membezakan mereka, ia tak menjadi halangan untuknya saling mengenali hati budi masing-masing.
Kata Harris, dia sudah pun mengenali Intan sejak 10 tahun yang lalu. Namun, tiada yang istimewa berlaku antara mereka, sehinggalah tahun ini mengubah sisi pandangnya terhadap aktres tersebut.
Biar pun tiada lagi memikirkan soal berkahwin, memandangkan hubungan mereka masih baru, namun pintanya agar mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.
“Ramai cakap fasal perbezaan usia, bagi saya itu hanya angka. Saya tak nampak ianya sebagai satu masalah kerana masing-masing tahu apa matlamat dalam hubungan.”
Bukan Mereka Saja Pasangan Dengan Beza Usia
Bak kata Harris, bukan mereka saja pasangan yang berbeza usia. Ada orang lain pun sama dan mereka dah buktikan perbezaan umur bukan penghalang.
Nampaknya hubungan mereka pun dah mendapat restu orang tua.
“Dalam hal ini, saya bersyukur kerana keluarga okay saja dan mereka merestui.” Jelasnya memaklumkan senang bersama Intan yang dilihat sebagai wanita yang matang.
“Intan seorang yang ringkas, saya suka sebab dia tak ada ‘drama-drama’. Dia juga matang dan saya rasa banyak benda yang kami boleh ‘masuk’”.
Betul juga apa kata Harris itu, kalau disenaraikan artis yang dah berumah tangga dan bahagia dalam perkahwinan berbeza usia ini ada beberapa contoh,
Misalnya,
Amar Baharin (1985) – Amyra Rosli (1991) = 6 tahun Fizz Fairuz (1979) – Almy Nadia (1986) = 7 tahun Que Haidar (1979) – Linda (1972) = 7 tahun Fattah Amin (1990) – Fazura (1983) = 7 tahun Azad (1976) – Eira Syazira (1984) = 8 tahun
Dan kesemuanya direzekikan hubungan rumahtangga yang bahagia.
MW : Mendoakan yang manis-manis untuk Harris Alif dan Intan Ladyana.
Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy, KEUNTUNGANNYA Achey Sumbang Van Jenazah Percuma. Tahniah buat Achey Bocey kerana telah menyumbangkan keuntungan penjualan perniagaan candy puterinya dengan membeli sebuah van jenazah.
Seperti yang dikongsi di sosial media, Achey menyumbangkan van jenazah tersebut untuk membantu waris yang kurang berkemampuan.
Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy
Dek kerana berkat rezeki daripada jualan gula-gula anaknya, Tiara Candy, Achey telah membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menjadikan ia van jenazah untuk kegunaan secara percuma bagi pihak yang memerlukan.
Achey turut menyatakan adalah pencapaian jualan perniagaan puterinya hasil sokongan daripada warga maya yang membeli.
“INI ADALAH ACHIEVEMENT ANAK BERNAMA NUR TIARA ZINNIRAH DAN ANDA YANG MENYOKONG TIARA CANDY.
“Semoga semua dapat merasa hasilnya,” kongsi pelakon dan pelawak Achey.
“Doakan Kami Dapat Sediakan Van Jenazah Untuk Kawasan-Kawasan Memerlukan”
Pada masa yang sama Achey telah berkongsi sebuah video memaparkan kenderaan berupa KIA Carnival berwarna hitam yang tertera ‘Van Jenazah’ dan ayat-ayat suci al-Quran.
“Walaupun kenderaan terpakai, kami percaya ia membantu.
“Peti jenazah belum siap, jadi belum beroperasi lagi. Insya-ALLAH kami cuba secepat mungkin.
“Untuk cover perjalanan yang dekat, insya-ALLAH. Doakan kami dapat sediakan van jenazah lagi untuk kawasan-kawasan yang memerlukan,” luah Achey.
Selain perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah tanpa sebarang bayaran kepada golongan kurang berkemampuan, pihaknya juga menyediakan set kain kafan percuma.
Mingguan Wanita: Terbaiklah Achey! Memang bagus ajar anak-anak bersedekah sejak kecil!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...