“Isteri bisnes, ada duit jangan sombong dengan suami”. Jika si isteri nak berbisnes, dapatkan reda dan restu suami kerana syurga kita ada pada keredaan suami yang soleh. Wanita yang berbisnes pastinya banyak cabaran yang perlu dilalui.

Wanita hari ini rata-ratanya serba boleh dan mampu menyaingi lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai anak, isteri, ibu, dan pekerja. Malah ada Pepatah Melayu menyebut ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia’.

Tidak hairanlah ramai wanita yang berjaya dalam pelbagai lapangan termasuklah perniagaan. Dengan mempraktikkan tip pengurusan masa yang bijak, wanita sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga.

“Isteri Bisnes, Ada Duit Jangan Sombong Dengan Suami”

Namun jika sudah berjaya dan bisnes berkembang maju para wanita yang bergelar isteri jangan pula sombong dengan suami.

Seperti mana yang dikongsi oleh salah seorang wanita berjaya yang juga pemilik empayar perniagaan, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin, golongan isteri jika berbisnes janganlah sombong dengan suami. Manakala suami pula bila isteri punya perniagaan yang berjaya jangan pula ambil kesempatan pada kekayaan isteri.

“Bila kita business..

“Kita ada suami dan hidup berpasangan…

“kenapa lepas kawen makin susah? Sebab itulah ujian allah.

“bila kita kawen nak rezeki makin murah.. Kita kena saling meredhai suami isteri. Itu yg allah suka.

“suami redha isteri, isteri redha suami. Jangan pentingkan diri sendiri.

“rezeki boleh jadi tersekat kalau psangan kita tak redha pd kita dan tak suka kita dlm diam. Bila pasangan kita makan hati. Merajuk tu asam garam tp dlm diam jangan simpan dendam. So sebab tu kena betol-betol jaga.

“isteri business ada duit jgn sombong dengan suami.

“Suami bila isteri business nk tlg suami jgn ambik kesempatan plak.. Tak baik.

MELENGKAPI

IKLAN

“Lagikan Org luar kita kena buat baik apatah lagi sesama suami isteri. buat baik kat orang luar je tp yg dalam rumah terasa pon tak boleh jugak. so kena sentiasa berkasih sayang.

“sebab dulu khyra dah lalui dari susah nak bina business ni. seriously bukan senang. Perit sangat. Macam-macam asam garam khyra hadap.

“jangan rasa senang, happy untuk diri kita sorang je tapi kita nak bagi semua merasa. kita fight sebab nak bagi orang yg kita sayang happy bahagia. sebab Allah takkan bagi andai kata kalau kita pentingkan diri. Allah akan bagi bila kita nak bagi orang lain bahagia,” kongsi isteri dan ibu berjaya ini menerusi akaun Instagramnya. Syarifah Khyra juga  merupakan pengasas produk Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral.

Lalui Asam Garam Kehidupan

Pemilik nama sebenar Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin ini juga turut berkongsi tip kejayaannya. Menempuh pelbagai kehidupan yang agak mencabar. Pegangannya mudah iaitu, tinggalkan apa sahaja yang Allah larang dan buat apa Allah suka.

“Khyra fight giler-giler for my team.

“walau apa pon i will makesure guide sape yg nak sampai berjaya. sape nak kita akan bagi habis habisan. sae tak nak takpe, Kita Tak paksa.

“Apa je khyra buat…?

“Sebab dulu khyra dah lalui dari susah nak bina business ni. seriously bukan senang. Perit sangat. Macam-macam asam garam khyra hadap. So khyra Guide adik beradek felleraskin ni dengan penuh nasihat & pesan. khyra tak nak dorang lalu apa khyra lalui tp lalui shortcut nk brjaya. bila dah faham

“konsep, Tinggal apa Allah larang & buat apa Allah suka.. InshaAllah Mudah.

IKLAN

“ikot je satu persatu..

“InshaAllah ikot Jalan Shortcut.

“Apa saja khyra buat untuk Adik beradek,

“Sebab khyra nak dorang rasa apa nikmat khyra rasa. Sebak ramai bole ke umrah asbab felleraskin. Allah mudahkan semua.

“Ni la maksud perjuangan.

“Jangan rasa senang, happy untuk diri kita sorang je tapi kita nak bagi semua merasa. Kita fight sebab nak bagi orang yg kita sayang happy bahagia.

“Sebab Allah takkan bagi andai kata kalau kita pentingkan diri. Allah akan bagi bila kita nak bagi orang lain bahagia,” tambahnya yang turut memberitahu bermula 20 hingga 27 Disember ini bakal mengadakan jualan hujung tahun dengan diskaun. Dia juga berharap dengan harga istimewa mereka yang mahu mencuba dan merasai faedah dan keberkesan produknya bolehlah mencuba.

Mahu Bantu Perkasa Golongan Wanita

Syarifah Khyra yang mahu membantu golongan wanita juga terharu apabila dapat membantu memberikan semangat yang positif.

“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak.

IKLAN

“Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.

“Malah ada digelar dengan panggilan jahat iaitu mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun dengan izin Allah, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga bersyukur kerana produk yang diusahakan turut mendapat sokongan dari selebriti popular seperti Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.

Baca Disini : Suami Cukup Sempurna BAIKNYA Tapi Isteri Nekad CERAI, Rupanya TERLANJUR Dengan Bekas Kekasih

‘Rezeki Tertangguh’, Satu Hari Nanti Terjawab Segala Doa, Achey & Isteri Redha

“Isteri Bisnes, Ada Duit Jangan Sombong Dengan Suami” Syarifah Khyra

“Isteri Bisnes, Ada Duit Jangan Sombong Dengan Suami” Syarifah KhyraFollow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Syarifah Khyra Muhsin

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI