
Isi Kandungan
ToggleBerapa lama biasanya kuih buah melaka yang kalian buat boleh bertahan sebelum basi dan tidak boleh dimakan?
Biasanya kuih yang ada bercampur dengan kelapa parut mudah sangat basi. Namun dengan cara ini kuih buah melaka mampu bertahan dari pagi hingga ke malam, dan kadangkala boleh tahan sehingga ke esok paginya.
Resipi Kuih Buah Melaka
Perkongsian resipi dan cara buat kuih buah melaka oleh Salbiah Bt Mustapar ini boleh dicuba. Lebih kurang 60 biji kuih buah melaka yang boleh kalian dapat dengan menggunakan resipi ini.
“Sedikit perkongsian dari saya. Cara saya buat kuih buah melaka agar tahan lama adalah dengan kukus dahulu kelapa parut dalam 5 hingga 7 minit. Insya Allah buah melaka akan tahan lama. Jika buat pagi, akan tahan sampai malam. Boleh juga tahan sampai esok pagi.”
BAHAN-BAHAN
1 Paket Tepung Pulut – dapat menghasilkan 60 biji buah Melaka
Air pandan secukupnya
1 ketul gula melaka (potong kecil-kecil)
Kelapa parut (ambil putih sahaja)
Garam secukupnya
Artikel berkaitan:
Resipi Peria Goreng, Campurkan 3 Jenis Bancuhan Tepung, Barulah Rangup!
CARA BUAT
1-Kukus kelapa parut terlebih dahulu. Lebih kurang dalam 5 hingga 7 minit.
2-Bancuh tepung pulut bersama air pandan. Jangan terlalu lembik, cukup sekadar boleh kepal dan tak berderai.
3-Cubit sedikit tepung dan masukkan gula melaka. Bulat-bulatkan.

4-Kemudian terus campakkan ke dalam air yang mendidih. Tunggu buah timbul, itu kira sudah masak.
5-Golek-golekkan dalam kelapa yang sudah dicampur sedikit garam.
6-Siap.
Sumber: Salbiah Bt Mustapar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Isi Kandungan
ToggleResepi pizza paratha ini semudah ABC nak membuatnya. Pejam mata main, campak-campak pun boleh jadi. Sebab tak perlu buat sendiri doh tu. Boleh guna roti paratha yang jual di pasaraya.
Kali ini MW kongsikan beberapa resepi pizza paratha dengan pelbagai variasi topping. Boleh pilih nak cuba teknik masakan mana, yang penting kejunya kena banjir.
Barulah pizza tu rasa ‘terangkat’. Kalahlah resepi kedai.
Beef Pepperroni Crust Cheese Leleh
Resepi air tangan : Nor Fatimah Md Dasuki
Beef pepperoni pizza. Doh roti paratha Tisha’s.
So yummy they want more ( hantu pizza kuasa 2 yang cakap – Rysha Ryhana)
Prep time – 10 mins
Bake – 15 mins at 220 degree
Done
Pizza Paratha Sos Bolognese, Sosej Rebus
Resepi air tangan : Farizan Hassan
Buat pizza paratha untuk anak-anak sebelum gi skolah. Suka deme makan. Hepii.. yang penting buatnya senang ya amat.
Bahan-bahan
Roti paratha
Sos bolognese
Bawang holland
Cili benggala
Sosej rebus dan potong nipis
Cheese keping dan mozarella
*Sapukan sos bolognese atas paratha. Tabung bawang, cili benggala dan sosej. Letakkan cheese dan tabur cheese mozarella. Bakar, siap.
Pizza Roti Paratha Topping Ayam Cheese
Resepi air tangan : Nor Azura Aziz
Pizza roti paratha dengan topping ayam hancur, sosej, bawang holland dan tomato. Tabur chili flakes sedikit, parmesan cheese melimpah ruah (yang khas untuk topping pizza).
Yang penting cepat dan mudah untuk disediakan.
Cara buat :
√ Sapu dulu sos spageti atas roti. Letak cheese (parmesan. mozarella untuk efek boleh tarik). Topping ayam/daging hancur (masak separuh dulu).
√ Sosej, bawang holland dan tomato letak atasnya. Tabur chili flakes sikit. Lepas itu letakkan lagi parmesan cheese melimpah ruah.
√ Kemudian, sapukan marjerin/butter pada dulang pembakar dan letak pizza dalam oven terus bakar. Suhu 170 api atas bawah selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing ya.
Topping boleh diubah mengikut citarasa anda.
5 Keping Roti Paratha Selamat Jadi Pizza
Resepi air tangan : Syikin Zahir
Dan alhamdulillah selamat masuk perut ummi & anak 4 orang tu.
Kenyang alhamdulillah.
Malam ni takya makan dah ek..
Korang kenyang dah kan.
Bahan simple je. Kecuali nak pelbagaikan toping dia.
Roti paratha
Sos spaghetti
Sosej
Bawang holland
Mozarella
Sapu sos spaghetti atas roti.
Tabur mozarella.
Tabur bawang.
Susun sosej.
Tabur lagi mozarella.
Bakor api atas bawah. Suhu 160-170 darjah celsius. 15-20 minit.
Guna mozarella cheese.
Ada efek tarik tu yang buat lagi best.
Paling syok+best bila anak kata sedap macam piza kat kedai.
Pizza soldout, tq
Bakar Pizza Sedap Guna Pemanggang Ajaib
Resepi air tangan : Nurasyikin Alin
Biasanya kalau nak makan pizza terpaksalah uli doh dulu kan. Leceh. Memandangkan hari ni super busy day pulak so Kak ekin sempat buat breaksfast homemade pizza segera je. Kak ekin guna pemanggang ajaib. Mudah dan cepat.
Bahan-bahan:
Roti Paratha (frozen)
Sos spaghetti prego
3 batang sosej ayam dihiris nipis
Isi ayam cincang (telah digoreng)
Nenas dalam tin
Cendawan butang dalam tin
Keju Mozarella
Lada benggala (dihiris)

Cara-cara:
1. Sapukan minyak pada pemanggang ajaib. Buka api dapur paling kecil.
2. Agak pemanggang ajaib dah panas, letak roti paratha dan sapu permukaan roti dengan sos spaghetti prego.
3. Kemudian taburkan keju Mozarella supaya topping dan base boleh melekat.
4. Susun hirisan sosej ayam sebagai topping.
5. Letakkan pula isi ayam cincang, nenas, cendawan dan lada benggala.
6. Taburkan Keju Mozarella sekali lagi dan biar masak selama 15-20 minit. Pastikan api kecil.
7. Boleh dihidangkan.
Seronok tengok anak-anak licin makan. Kalau korang suka, boleh share. Selamat mencuba.
Pizza Ekspress Semudah ABC
Resepi air tangan : Jamilah Abd Rahman
Base – roti paratha kawan
Topping – sapu butter pada tudung periuk, letak roti paratha, sapu sos spageti, tabur cendawan butang, crab stick, bawang holland dan sosej.
√ Tabur chese dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 25 minit.
Pizza Paratha Topping Cili Padi
Resepi air tangan : Fatimah Abdul Rahman
Resepi sos
Boleh gunakan pes tomato dalam tin. Saya kurang minat. Jadi buat sendiri.
Caranya : Lada kering 15 tangkai dan tomato 2 biji dikisar. Tumis gunakan minyak zaiton. Tambah oregano, parsli, basil dan rosemary. Tambahkan sedikit air limau nipis atau limau kasturi. Tambah garam dan lada hitam.
Cara buat pizza
1. Panaskan oven pada suhu 170 c.
2. Saya gunakan paratha jenama tisha sebagai base. Sapukan sos yang telah dibuat tadi. 3. Taburkan cheese. Boleh gunakan cheddar atau mozarella.
4. Susun sosej. Boleh juga gunakan ayam atau daging yang telah dimasak. Lebih elok sebenarnya. Taburkan bawang holland yang dihiris nipis. Boleh taburkan juga nenas dan cili benggala. Saya takde .
5. Saya taburkan dengan lada hijau dan cili api untuk rasa pedas. Kalau tak suka pedas tak perlu. Taburkan lagi cheese bahagian atas.
6. Bakar pada suhu 170 c selama 20 minit.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi KUIH BAKUL Homemade Halal, Kukus 8 Jam Wangi Alas Daun Pisang!

Isi Kandungan
ToggleKuih Bakul (Nian Gao dalam Kantonis) merupakan makanan tradisi kaum Cina yang sering disediakan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Bahan utamanya adalah tepung pulut dan ia berbentuk seperti dodol. Jika beli di pasaran, mungkin kita ragu-ragu dengan status halalnya dan bahan-bahan yang digunakan. Sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah. Malah dijamin halal dan yakin kebersihannya.
Boleh cuba resipi Kuih Bakul yang dikongsikan oleh Puan Hidjrah Ali ni.
Kuih bakul resepi dari jiran. Seperti yang dijanjikan kuih bakul cara saya macam dodol.
Bahan-Bahan:
500 gm tepung pulut (sebungkus)
190 gm gula pasir
400 gm gula merah
500 ml air
Santan 200 ml
Beberapa helai daun pisang
Cara Membuat:
1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).
6. Didihkan air dan kecilkan api.
7. Tuangkan adunan ke dalam tin.
8.Kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
Siap! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Bukan Saja-Saja Dihidangkan, Ini Simboliknya Kenapa Yee Sang Jadi Makanan WAJIB Ada Ketika Raya Cina!
Doktor Ini Terang Cara Betul Makan Limau Mandarin, Nanti Taklah Batuk Atau Sakit Tekak
MW:Jika sebelum ni ragu-ragu nak beli kuih bakul di pasaran, boleh buat sendiri di rumah. Yakin bersih dan terjamin status halal bahan-bahannya.
Sumber: Hidjrah Ali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tips Masak Kari Sedap Sebelah Utara, Tak Perlu Letak Santan Gantikan Dengan Beras Sangai Ditumbuk!

Isi Kandungan
ToggleNegeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairi yang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.

Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ieda Zairi MAHN
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI