Salam takziah diucapkan buat pelakon Ako Mustapha yang telah kehilangan ibu mentuanya semalam.
Perkhabaran duka tersebut disampaikan menerusi akaun Facebooknya. Ibu mentuanya, Hajah Santanina disahkan meninggal dunia akibat Covid-19. Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib (Tina Mustapha) pada 17 Januari 2009.
Ibu Mentua Ako Mustapha Meninggal Dunia, Isteri Reda Pemergian Ibu
Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.
“Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mertua saya, Hajah Santanina, ibu kepada isteri saya, Tina Mustapha telah kembali kerahmatullah hari ini di HKL disebabkan virus Covid,” tulisnya.
Isteri Ako juga memaklumkan perkara berkenaan dan reda dengan pemergian ibu tercinta menerusi perkongsian di laman sesawang.
Ads
“Assalamualaikum kepada yang mengenali ibu ku hajah Santanina binti Jalam minta jasa baik KAWAN KELUARGA SEDEKAKAN AL-FATIHAH buat ibu ku yang telah pulang kepencipta nya ptg tadi..halal kan klau arwah ibu ku ada terpinjam atau termakan dan terminum, semoga arwah ibu kami di tempatkan dikalangan ahli-ahli syurga Allah SWT.
“Mak Tenang dan Damailah Engkau Di Dalam Dakapan Pencipta Mu”
“Mak tenang dan damai lah engkau di dalam dakapan pencipta mu. Anak-anak disini akan sentiasa mendoakan mu. Ya Allah sungguh sakit ujian mu ini tapi aku sebagai hamba mu reda dengan pemergian mak kami. Mak kami sayang mak dunia dan akhirat. Sehingga kita bertemu,” kongsinya.
Ujian rumahtangga sangat menyakitkan. Kita berdoa, moga Allah mudahkan ujianNya, tapi makin payah pula nak dilalui. Hati mula ragu-ragu, tak sayangkah Allah dengan kita? Jangan begitu mak-mak, ada sebab kenapa Allah tak beri apa kita nak.
Hadamkan persoalan cara berdoa dengan betul ini yang dikongsikan Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali ini ketika berhadapan dengan konflik rumah tangga.
Puan Suzana Ghazali
Tolong Bagitau Doa Yang Kak Su Ajarkan Tu
“Salam. Kak Su, tolong bagitau semula doa yang Kak Su ajar masa kita bercakap malam tadi.”
Itu petikan mesej yang dikirim klien baru saya, kurang lapan jam selepas bertemu janji bersama saya menerusi telefon. Mungkin pembaca nak tau, apakah doa yang dimaksudkan klien saya itu?
Sebenarnya doa mudah menggunakan bahasa pertuturan harian memohon petunjuk kepada Allah sama ada perlu meneruskan hubungan bersama suami atau sebaliknya.
Kenapa Doa Allah Belum Makbulkan
Saya yakin, memang ramai yang berdoa kepada-Nya bila berdepan dengan pelbagai ujian. Tapi tak ramai yang benar-benar berserah kepada-Nya bagi menentukan keputusan yang terbaik.
1. Ramai yang lebih suka memohon agar hajat hati atau kemahuan fikiran sendiri diperkenankan oleh Allah SWT walau tidak pasti sama ada hajat atau kehendak tersebut terbaik untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak atau sebaliknya.
Sebab itulah ada tikanya bila doa yang diminta daripada Allah SWT dimakbulkan oleh-Nya, masalah dan ujian masih ada malah ada tikanya lebih parah dan payah.
2. Ada juga yang berdoa memohon yang terbaik daripada Allah SWT tetapi tidak betul-betul berserah atau mulut lafaz mohon yang terbaik tetapi minda telah ditetapkan dengan sesuatu kehendak.
Lantaran, ramai yang mengeluh telah berdoa mohon yang terbaik tetapi jawapan daripada-Nya tetap tidak berpihak ke arah yang terbaik.
3. Bagaimana nak betul-betul berserah? Jangan letak sebarang keputusan atau pendirian terhadap masalah anda. Terus berdoa mohon Allah berikan jawapan yang terbaik untuk diri dan jika ia melibatkan urusan perkahwinan; berdoa mohon yang terbaik untuk diri, pasangan dan anak-anak.
4. Jangan mohon yang terbaik untuk diri sahaja sebab yang terbaik untuk anda belum tentu yang terbaik juga untuk pasangan dan anak-anak anda.
Ini Cara Doa Yang Betul
1. Doa Perlu Diiringi Usaha
Bukan sahaja, doa tetapi perlukan juga usaha walau masih tidak pasti jawapannya.
Sebagai contoh; perkahwinan sedang hadapi saat getir sebab suami gagal laksanakan tanggungjawab memberi nafkah zahir malah ada tikanya bertindak memukul isteri jika isteri enggan bantu berikannya wang yang diminta tetapi suami adalah lelaki yang penyayang dan romantik jika masalah kewangan tidak diambil kisah oleh isteri.
Dalam erti kata mudah; suami boleh jadi baik kalau kegagalannya jalankan tanggungjawab memberi nafkah tidak dipersoalkan atau tindakannya meminta wang daripada isteri tidak dipertikaikan.
Fakta penting: kes ini adalah contoh kegagalan hikmah perkahwinan yang dianjurkan oleh syarak.
Bila berdepan keadaan seperti ini; usaha lakukan kehendak syarak iaitu biar suami jalankan tanggungjawabnya yang wajib dan jangan penuhi kehendak suami yang meminta wang.
Jika suami bertindak memukul, segera buat aduan kepada pihak berkuasa; pihak polis, dapatkan pengesahan doktor (walau hanya lebam-lebam biasa) dan laporkan juga kepada Unit Aduan dan Kaunseling di pejabat agama yang berdekatan.
2. Usahakan Dengan Solat Istikharah
Sama juga dengan isu solat istikharah sebagai antara usaha dan doa untuk mendapat petunjuk.
Saya pernah ditanya, bentuk jawapan yang boleh dipercayai hasil solat istikharah sama mimpi atau kata hati? Saya tak dapat berikan jawapan yang tepat sebab solat istikharah itu sendiri perlu dilakukan dengan penuh adab dan syarat.
Menurut ulama, jawapan akan diberikan melalui mimpi dan ada juga menerusi kata hati bermaksud rasa hati anda lebih menjurus kepada sesuatu kehendak.
Cuma, sama seperti berdoa, paling penting bukan berapa banyak solat istikharah yang anda lakukan tetapi yang utama ialah sejauh mana kebergantungan anda kepada Allah untuk memohon petunjuk dan bimbingan?
Luahkan segala isi hati berbicara dengan-Nya sama seperti anda meluahkan keresahan anda kepada sahabat baik anda. Gunakanlah bahasa yang anda faham! Tak perlu hafaz doa dalam Bahasa Arab yang anda tak faham. Allah Maha Mengetahui dan Memahami apa saja bahasa yang anda gunakan.
3. Agar Doa Makbul, Jangan Tinggal Solat 5 Waktu
Tak cukup hanya usaha dan doa tetapi paling penting, anda perlu tunaikan dan dirikan solat. Tak penting solat hajat atau istikharah tetapi yang lebih utama ialah solat lima waktu.
Segala masalah atau ujian datangnya daripada Allah, bukan saja sebagai kifarat dosa tetapi juga sebagai tanda kasih sayang-Nya, bukti kita di bawah perhatian-Nya.
4. Fahamkan & Rasai Maksud Hikmah Di Sebalik Ujian
Hanya Dia yang tahu hikmah di sebalik ujian yang diberikan-Nya lantas sucikan hati, bersihkan minda dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah SWT mohon yang terbaik.
Berdoa tanpa jemu, tanpa mengeluh atau persoalkan bila doa akan dimakbulkan. Doa anda akan dimakbulkan juga dan hikmahnya akan anda rasai bila tiba waktunya nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bursa Saham naik. Umum ketahui Perdana Menteri (PM) 10 yang ditunggu-tunggu untuk bawa pucuk pimpinan negara iaitu Datuk Seri Anuar Ibrahim. Sebaik itu jugalah Bursa Saham Malaysia terus melonjak naik seakan menyambut kehadiran PM 10 baru.
Seperti sedia maklum, Bursa Saham Malaysia mengalami lonjakan terbesar dalam tempoh dua tahun dan ringgit melonjak selepas pemimpin veteran pembangkang Anwar Ibrahim dinamakan sebagai perdana menteri baharu. Tak mustahil juga pelabur terus meluru masuk dalam pelaburan.
Bursa Saham Malaysia Naik, Dunia Melihat Malaysia
Tidak pasti kesahihannya dan ada juga yang berpendapat, kenaikan graf bukanlah kerana DSAI tetapi kerana dunia melihat Malaysia sudah mula membentuk kerajaan semula. Politik yang stabil sangat penting bagi sebarang pembentukan polisi ekonomi dengan pelabur luar.
.
Sama-sama kita doakan agar kita seluruh rakyat Malaysia dari peringkat bawah hingga pemimpin tertinggi untuk sama-sama bersatu hati memainkan peranan dalam memaju dan memakmurkan tanahair kita Malaysia yang tercinta.
Antara komen-komen yang kita perolehi:
.
.
.
.
.
.
Pasaran saham tempatan melonjak ketara, manakala ringgit pula mempamerkan prestasi positif hari ini didorong sentimen positif susulan pelantikan Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Bursa Malaysia kembali melepasi paras 1,500 mata hari ini apabila ditutup pada 1,501.88 mata, naik 58.38 mata atau 4.04 peratus. Sementara itu, ringgit meningkat 1.8 peratus untuk ditutup ke paras tertingginya dalam tempoh dua bulan berbanding dolar AS. On x on?
Ramai pakat share gambar FBMKLCI. Kenaikan volume setakat jam 5 petang adalah sebanyak 58.38 (4%), ini adalah volume & value tertinggi 2022. Jangan lupa, ingat saham, ingat AAA! – Mohd Asri (Facebook)
Mingguan Wanita : Ada yang suka dan tak kurang ada yang membantah. Kita doakan yang baik-baik untuk negara tercinta.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Jaclyn Victor telah dinobat sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dalam pertandingan akhir yang berlangsung malam tadi.
Bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, penghibur berusia 45 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000, trofi, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka.
Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu turut menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan produk Adabi bernilai RM500.
Jaclyn memukau para juri dengan persembahan mantap menerusi lagu When You Believe, Sandarkan Pada Kenangan (duet bersama Datuk Jamal Abdillah) dan Let’s Kill This Love bergandingan dengan Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok) di pusingan battle. Ia sekaligus menawan hati para juri dan meletakkan dirinya di tangga pertama persembahan pada malam itu.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5, itu bergelut dengan masalah laryngitis pada minggu kelapan ASGV hingga mengakibatkan beliau menghadapi kesukaran untuk bertutur.
Mula bertapak dalam industri seni suara tanahair sejak 2003, penyanyi ini mula menempa nama dalam seni suara apabila menjadi juara Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.
Jac mempunyai kemampuan vokal yang lunak sekaligus meletakkan dirinya sebagai salah seorang penghibur terbaik Malaysia .
Pelantun Di Bawah Pohon Asmara telah mengumpul 10 trofi Anugerah Industri Muzik, lima trofi Anugerah Juara Lagu, dua trofi Anugerah Bintang Popular dan dua trofi Anugerah Planet Muzik. Jaclyn juga telah memenangi satu trofi Anugerah Skrin, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Era.
Semua finalis tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima wang tunai bernilai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain.
Untuk kategori Khas Anugerah Pilihan Boss Susu, ia dimenangi oleh penyanyi Naqiu.
Pengkritik dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri undangan, Ratu Rock, Ella.
Sementara menunggu keputusan diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan Hael Husaini.
ASGV dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.