Ibu alami gangguan jiwa dipasung & ditinggalkan dalam hutan, meraung saat rantai di leher dibuka. Tega seorang anak memasung ibunya di leher dan meninggalkannya di hutan.
Kisah seorang ibu bernama Ani yang mengalami ganguan jiwa telah dipasung dan ditinggalkan di hutan menarik minat ramai hingga kisahnya menjadi viral di media sosial baru ini.
Dalam satu video dimuat naik di channel YouTube Asa, seorang sukarelawan bernama Andri telah menemui ibu berusia 50 tahun ini ditinggalkan dalam keadaan terikat di lehernya di daerah Serang, Banten. Hal ini nyata mengejutkan di mana satu usaha menyelamatkan ibu tua yang dibiarkan sendirian berhujan berpanas di selamatkan segera.
Dan reaksi ibu tua ini, sebaik rantai di lehernya dibuka kelihatan dirinya terus meraung kuat, seolah mengucapkan tanda syukur dibebaskan. Dalam video temuramah selepas dibebaskan, kelihatan ibu tua ini mampu bercerita dirinya merupakan seorang guru semasa muda.
Di sebalik kisah viral ini, ada kisah yang terjadi. Ibu tua ini terpaksa dipasung kerana sering mengamuk akibat masalah ganguan jiwa dialaminya. Bahkan kerana masalah itu, Ani sering mengacau orang kampung hingga semua sepakat mengurung dan merantainya bagi mengelakkan masalah berlanjutan.
Kata anaknya, dikenali sebagai Ismail dia tidak sanggup memasung ibunya tetapi terpaksa melakukannya bersama warga setempat agar ibunya tidak terus membahayakan penduduk kampung ketika mengamuk. Ini kerana ibunya sering membaling batu ke rumah penduduk kampung dan adakalanya mencederakan mereka.
Ads
Ibunya dipasung di dalam hutan selama 10 hari sebelum ditemui oleh sukarelawan itu. Kata anaknya, sebelum ini ibunya diikat kedua belah tangan dan ditinggalkan di rumah makciknya, Sopiah namun ibunya berjaya melarikan diri.
Atas desakan kehidupan kerana miskin, keluarga memutuskan tidak menghantar ibu sakit ini ke rumah perawatan kerana masalah kewangan bahkan lokasi pemasungan dipilih agar mudah ibunya mandi dan berehat.
Sekali pun hal ini tidak dapat diterima kerana anak dilihat berlaku zalim pada ibu yang melahirkannya sendiri namun Ismail akui dirinya tiada pilihan lain. Bahkan dirinya menyediakan makanan, gayung dan lain lagi bagi memudahkan ibunya mandi dan bergerak setempat.
Ads
Bahkan sebelum dipasung, di leher ibunya dipasangkan tiub motosikal bagi mengelakkan ibunya memberontak dan melukai lehernya sendiri. Kini selepas diselamatkan ibunya dihantar ke rumah rawatan sakit, Yayasan BNI Syifa untuk jagaan khusus.
Dirinya turut meminta maaf dan katanya dia tidak tega melihat keadaan ibunya namun dirinya tiada pilihan. Sumber :TribunNews.
Alyah bakal tunaikan ibadah haji tanpa ditemani suami. Syukur alhamdulillah dan seronok tidak kepalang bila dapat panggilan menunaikan Haji. Begitu jugalah yang diluahkan oleh Datin Alyah.
Baru-baru ini menerusi program The Hardest Singing Show, Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada menyertai pertandingan tersebut selepas dirinya mendapat panggilan menunaikan haji pada Jun depan.
Isteri kepada Datuk Ramli MS itu juga memohon maaf kepada semua tenaga pekerja program realiti tersebut kerana terpaksa mengundur diri. Malah turut memohon doa orang ramai supaya dia diberi kesihatan dan mendapat haji mabrur.
Alyah Bakal Tunaikan Ibadah Haji Tanpa Ditemani Suami
Seperti mana dilaporkan media, Alyah menunaikan ibadah haji tanpa ditemani Datuk Ramli MS.
“Saya selalu cakap dah banyak kali pergi umrah dan niat saya nak menunaikan haji ketika saya masih muda dan larat. Alyah sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah haji.
“Alhamdulillah niat saya pada tahun lalu Allah izinkan. Saya tidak pergi bersama suami kerana dia (Ramli) sudah pun menunaikan haji, lagi pun dia perlu menjaga rumah dan dalam waktu sama ibunya tidak begitu sihat,” luahnya.
Bakal Berangkat 12 Jun
Terbaru Alyah memberitahu dirinya akan berangkat ke Tanah Suci pada 12 Jun ini.
“Banyak benda saya perlu belajar kerana ibadah ini yang paling saya tunggu-tunggu.
“InsyaAllah saya akan berangkat pada 12 Jun tapi sebab saya ini orang yang banyak naifnya jadi saya kena belajar banyak perkara,” sambungnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Alha Alfa tungkus lumus hulur sumbangan, jurusolek dan usahawan terkenal yang juga pemilik nama sebenar Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa antara mereka yang tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.
Sememangnya ramai selebriti yang turun padang dan mengagihkan sumbangan kepada mereka yang terkesan dek kerana banjir besar yang berlaku.
Datuk Alha Alfa Tungkus Lumus Hulur Sumbangan
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya, sejak beberapa negeri ditimpa musibah terutamanya di Selangor Alha antara yang paling aktif turun padang. Alha juga berasa sangat bersyukur kerana dapat menyampaikan sumbangan para penginfak di bawah Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa.
“Ya Allah terima kasih kepada yang dah ramai membantu, walaubagaimanapun masih ramai lagi yang berada di dalam rumah yang tak boleh masak tak ada sumber air bersih, yang tak boleh bagi makan anak-anak air panas tak ada.
“Semoga segala bencana ini selesai segera. Bot kami berpecah-pecah tadi separuh ke taman perumahan, separuh ke kawasan sekolah dan flat.
“Terima kasih pada yang membantu, ingat guys, aktiviti ini bukan untuk seronok-seronok, banyak faktor yang perlu dijaga.
“Paras air boleh membuatkan kita lemas, sampah sarap tajam-tajam. Lokasi longkang dan banyak benda merbahaya kat bawah sampan tu. Terima kasih pihak berkuasa yang tak henti membantu. Ramai guys sungguh ramai mereka yang perlukan bantuan,” tulis Alha.
Salurkan Barang Dapur & Makanan
Malah menerusi perkongsian juga, Alha turut menjalankan misi ke beberapa buah tempat yang terjejas teruk termasuklah di Hulu Langat dan Shah Alam. Malah Alha dan team juga menyalurkan barangan dapur, makanan serta keperluan lain.
Malah sebelum ini juga Alha telah menyempurnakan misi dalam sehari memberi bantuan kepada 1000 orang. Antara yang disampaikan, pampers dewasa, pampers baby, tuala wanita, ubat ubatan, air mineral dan susu bayi.
Mungkin kerana kasihnya seorang ibu yang sedang sakit tenat bimbangkan anak-anaknya yang tidak terjaga, sanggup membuat keputusan diluar jangkaan dengan mengahwinkan anak lelaki sulungnya pada wanita yang lebih berusia.
Seorang budak lelaki yang baru berusia 13 tahun mengahwini perempuan 10 tahun lebih berusia daripadanya semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak ibunya yang sakit tenat. Alasannya mudah agar ada wanita dewasa menguruskan rumah keluarga mereka selepas kematiannya.
Media tempatan melaporkan, majlis perkahwinan di Upparahal, Andhra Pradesh itu berlangsung pada 27 April lalu tetapi cuma diketahui pihak berkuasa tempatan selepas gambar upacara berkenaan menjadi tular di media sosial.
Menurut Hindustan Times, kedua-dua keluarga pengantin terbabit kini dilaporkan hilang. Menurut penduduk tempatan, remaja itu datang daripada keluarga miskin dan kedua-dua ibu bapanya meraih pendapatan seharian sebagai buruh.
Bimbang 4 Anak Terabai
“Wanita itu sakit tenat dan suaminya kaki botol, jadi dia bimbang empat anaknya terabai melainkan yang sulung dikahwinkan dengan wanita yang lebih berusia,” kata jiran yang enggan dikenali.
Menurutnya, wanita itu dimaklumkan mengenai keluarga yang mencari suami untuk anak perempuan mereka berusia 23 tahun dan hasil rundingan masing-masing bersetuju untuk menyatukan dua keluarga berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Daerah Srinivasa Rao dipetik The Hans India berkata: “Perkahwinan itu akan dibatalkan kerana tidak sah di sisi undang-undang. Jika ibu bapa mereka tidak menyerahkan pasangan terbabit kepada pihak berkuasa daerah dalam tempoh dua hari, kami akan membuka kertas siasatan terhadap mereka.”
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...