Hana & Da’i Syed bulan madu di Sabah, tunai umrah sambil lawat keluarga di Mesir. Tahniah diucapkan buat personaliti dan pengacara cantik, Hana Ismail yang sudah bergelar isteri kepada Da’i Syed Iqmal.
Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan akhirnya pasangan ini telah selamat bernikah dengan sekali lafaz. Menerusi majlis pernikahan pasangan yang diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Ampang itu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.
Pemilik nama sebenar Nurulhana Ismail, 36 telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Hana & Da’i Syed Bulan Madu Di Sabah
Dalam majlis penyatuan hati tersebut, pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran kerana mereka telah berbuat demikian ketika melangsungkan pertunangan pada Oktober lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan rapat serta pihak media. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datin Seri Paduka Umie Aida, Sharifah Noorhasleenda dan Irma Hasmie.
Malam tadi juga pasangan tersebut telah diraikan dalam satu majlis resepsi di Shah Alam.
Seperti mana yang dilaporkan media, perkenalan antara mereka berlaku apabila Umie Aida bertindak selaku ‘orang tengah’ selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana.
Hana Anugerah Allah Bagi Da’I Syed
Pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful turut meluahkan Hana adalah satu anugerah Allah buat dirinya.
Ads
“Syukur saya menjadi seorang suami kepada Nurul Hana Ismail. Pada pagi yang mulia ini, kami dapat bersama-sama dengan ulama dan habib yang mendoakan kami.
“Tarikh nikah hari ini juga tiada apa-apa maksud, cuma dipercepatkat kerana tidak mahu proses berkenalan terlalu lama, hanya sebulan setengah saja.
“Kenapa saya memilih Hana, sebab keistimewaan dia banyak. Antaranya cantik budi pekertinya, budi bahasanya cantik dan suka ke majlis ilmu,” ujarnya.
Tunaikan Umrah Bersama
Bercerita tentang bulan madu, Hana memaklumkan akan ke Sabah dan seterusnya ke Makkah bersama suami.
“Minggu depan, saya akan ke Sabah atas urusan kerja dakwah. Alang-alang nak ke sana bawalah suami sekali.
Ads
“Sebulan selepas itu kami akan menunaikan umrah bersama-sama dan seterusnya melawat keluarga walid (ayah Da’i Syed) di Mesir,” katanya.
Tahniah diucapkan buat pelakon Risteena Munim yang kini sah menjadi isteri kepada pelakon, Isa Khan. Pasangan ini selamat bernikah dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Majlis bersejarah pasangan popular ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi Intagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan.
Risteena Sah Bernikah, Pasangan Sama Cantik Sama Padan
Pada majlis ini, Risteena kelihatan begitu anggun dengan sepersalinan busana putih rekaan Ezuwan Ismail.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah pasangan itu adalah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies bersama beberapa ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Untuk rekod sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan dek kerana penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebelum ini, pasangan selebriti cukup sensasi ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.
“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”. Umum mengetahui mengenai perhubungan penyanyi Indonesia, Mahalini telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular senegara, Rizky Febian.
Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini
Pada pertemuan Mahalini dengan media baru-baru ini, Mahalini atau pemilik nama penuh, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja lebih selesa berbicara soal kerjayanya memandangkan penyanyi yang popular dengan lagu Sial ini ligat mempromosikan konsertnya di Kuala Lumpur iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan.
Mahalini elak soalan peribadi
Mahalini berkata, dia kini fokus dengan konsertnya iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan. Konsert anjuran Kharisma Music International itu turut menampilkan tunang Mahalini, iaitu Rizky Febrian sebagai penyanyi jemputan.
“Sebenarnya idea di sebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu. Saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.
“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Apatah lagi, Malaysia begitu dekat di hati. Konsert dijadualkan berlangsung selama lebih kurang dua jam dengan hampir 15 sehingga 17 lagu,” katanya yang akan diiringi band sendiri iaitu Lini.
Umum mengetahui,selepas dua tahun bercinta, Mahalini dan Rizky mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
Meskipun berbeza pegangan hidup, di mana Rizky beragama Islam, manakala Mahalini beragama Hindu, tetapi perbezaan itu tidak menghalang mereka untuk ke mengikat hubungan ke peringkat seterusnya. Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
Eyra Hazali tiada rezeki timang anak kembar. Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat Eyra. Ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat memberikan kejutan berkongsi kit ujian kehamilan positif kepada suami, Muhammad Haziq Nadzli menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube.
Eyra Hazali Tiada Rezeki Timang Anak Kembar
Pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 23, telah melakukan beberapa kali ujian kehamilan menggunakan kit ujian berbeza sehingga dua daripadanya terpapar keputusan positif satu hingga dua minggu.
Namun Eyra turut mendedahkan kehamilannya itu adalah kembar, namun salah seorang tidak berkembang.
“Bismillahirrahmanirrahim,
“Adding a little more love to our family. Baby number three is on the way!
“Di sini Eyra minta doa-doa baik daripada semua untuk kami sekeluarga as our little bean will be here in 4 months. Terima kasih semua,” katanya.
“Rupanya dua anak Mama dan Papa tapi tiada rezeki, satu tak jadi. Tinggal satu sahaja.
“Tak apa, kami masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih ALLAH,” katanya.
Untuk rekod, Eyra dan suami yang juga merupakan penjaga gol pasukan Perak FC mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.
Pempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...