Selain dibuat sambal hitam atau dijemur kering, rupanya belimbing buluh juga boleh dijadikan halwa. Rasanya masam manis, sesuai di makan begitu sahaja atau dimasukkan kedalam masakan seperti acar buah.
Buat mak-mak yang ada pokok belimbing buluh dan berbuah banyak, inginkan kelainan boleh rujuk perkongsian Puan Azizah Daud ini, cara untuk membuat Halwa Belimbing Buluh.
“Ada yang tak tau nak buat apa dengan buah belimbing buluh yang banyak dipokok. Untuk tahan lama buah belimbing ni boleh diperoses menjadi:
1. Belimbing kering
2. Halwa belimbing
3. Sambal Hitam
Disini saya tunjukkan cara untuk buat Halwa Belimbing.
Bahan-Bahan:
Belimbing buluh
Air kapur
Air gula
Ads
Cara Membuat:
1. Basuh bersih Buah Belimbing.
2. Belah dua dan rendam dalam air kapur semalaman atau sekurang kurangnya 4 jam.
3.Keluarkan belimbing dan basuh bersih. Toskan.
Ads
4.Masak air gula dan sejukkan. Kemudian masukkan belimbing yang telah ditos tadi.
5. Dua atau tiga hari sekali, asingkan belimbing dari air gula.Panaskan semula air gula. Sejukkan dan masukkan balik buah belimbing tadi.
7. Ulangi proses hingga buah mengecut dan air gula semakin menyusut. 8. Akhir sekali, bolehlah dijemur atau keringkan dalam ketuhar.
Ads
Info Ekstra!
Halwa yang dah kering boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lama. Boleh makan begitu saja atau masukan dalam masakan. Saya masukkan dalam acar buah.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian resipi halwa belimbing ini bermanfaat buat mak-mak yang ingin mencubanya, daripada terbiar busuk buah belimbing di pokok.
Mak-mak penggemar mee boleh cuba resipi Mee Goreng Basah Sedap ni. Menariknya resipi ni tak guna garam, gula dan serbuk perasa pun. Sesekali ubah selera keluarga, anak-anak dan suami mesti suka. Jika nak buat jamuan atau ada tetamu nak datang di rumah pun sesuai sangat masak mee ni.
“Mee Goreng Basah ni adalah antara kesukaan saya. Saya simpan resepi dari saudari Ieda Roslida ni di note phone saya. Saya kongsikan semula jika ada sesiapa berhajat nak makan mee goreng basah nanti”
1 bungkus Mee kuning (Dibilas dan tos)
10 ekor Sotong (Dibersihkan, potong dan tos)
1paket Fish ball (Dibersihkan, potong dan tos)
1 Ikat Sayur sawi jepun (Dibersihkan, potong dan tos)
1 biji tomato (Dibersihkan dan dibelah 6)
4 sudu besar Cili kisar
5sudu besar Sos cili
1sudu besar Sos tiram
1sudu besar Sos ikan
1sudu besar Kicap pekat
5sudu besar Kicap manis
2sudu besar Kicap mee
1cawan kecil Air putih
2sudu besar Minyak Masak untuk menumis
Bahan-Bahan (Tumbuk)
10biji Cili api
3ulas bawang putih
*Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.
4.Masak dan kacau-kacau bagi sebati, masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.
5.Selepas itu masukkan mee kuning dan tomato… kacau-kacau bagi sebati dan masak.
Siap.
Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji, sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup.
MW: Mak-mak boleh cuba buat sendiri resipi mee goreng basah yang sedap ni. Selalu buat mee goreng biasa je, sesekali boleh ubah selera keluarga cuba resipi ini.
Nak buat pulut kuning ada banyak teknik dan cara memasaknya.Selalunya pulut perlu dikukus sebanyak dua kali.Pulut kuning sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Malah disediakan pada hari istimewa seperti majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Rupanya ada cara lebih ringkas untuk buat pulut kuning yang sedap, teksturnya cantik berkilat dan tak lembik.Buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi keluarga yang dikongsikan oleh Puan Masmira Idris ini.
“Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut dan sebiji-sebijik (tak benyai atau lembik/ kembang). Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe”
1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 inci Halia (kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus)
5 helai Daun Pandan
250-300 gram Santan segar dan pekat
2 cawan air panas
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu kecil garam
1.Bilas beras pulut 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam).
2.Sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.Sejat dengan penapis.
3. Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut dan daun pandan tadi.
4.Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5.Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam dan gula.
6.Kemudian masukkan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
7.Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.Keluarkn daun pandan.
8.Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (orang kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu..Baru lah pulut jadi lembut.. Pastikan kacau pulut sampai rata hilang ketul.
9.Kemudian, tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dalam 10-15 minit baru cedok untuk packing atau makan.
Try lah kawan-kawan insyaallah menjadi dan puas hati.
1. Beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sikit, elakkan yang jenis montok-montok. hehe
2. Perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
3. Cincang halia nipis-nipis dan paling halus. Orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
4. Daun pandan 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus. 2 helai koyak 3 jugak untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus.
5.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk.
6.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut.
7.Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
8.Resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang berhasrat nak buat pulut kuning sendiri di rumah atau nak dibuat niaga.
Susah nak dapat bancuhan tepung yang sedap dan kekal rangup walaupun dah sejuk. Selalunya salutan tepung tersebut hanya rangup ketika panas dan lembik bila dah sejuk.
Menerusi perkongsian Tuan Adriana Arissa, rupanya kena campur ais dan air sejuk dalam bancuhan tepung goreng, barulah ia rangup dan tahan lebih lama.
“Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat untuk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain-lain. Tauhu bergedil jualan saya pun saya buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupon sejuk.”
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4 atau 5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.
Boleh share. Saya halalkan.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang tercari-cari resipi bancuhan tepung rangup boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.