Sebaiknya bila suami meluahkan hasrat untuk berpoligami, minta si dia gunakan saluran yang betul, isytiharkan harta serta nafkah untuk elakkan hal-hal berbangkit selepas berpoligami.
Ramai wanita di luar sana terlepas perkara ini dan akhirnya merana hidup berpoligami gara-gara percaya dengan janji manis suami.
Jika ada di kalangan suami anda berkata, “Sayang jangan bimbang, abang tetap akan adil dan saksama dalam tunaikan hak dan tanggungjawab”. Atau “Sayang jangan risau, madu sayang tak nak apa-apa harta pun dari abang, dia hanya nak menumpang kasih sahaja”.
Jangan percaya bulat-bulat melainkan kalian benar-benar tak kisah untuk bermadu. Gunakanlah saluran yang tepat dengan cara mengisytiharkan harta dan nafkah apa yang selayaknya untuk kalian dan anak-anak bagi mengelakkan hal-hal berbangkit di masa mendatang.
Dalam hal ini, anda sebagai isteri perlu bijak. Dan jika anda suami, dari sinilah sikap anda akan dihidu oleh isteri sedia ada jika anda sedang “cuba” untuk menipu.
Kebiasaannya malang tidak berbau, dan habis madu sepah dibuang. Jadi, wanita perlu bijak.
Pada yang berhajat untuk berpoligami, ikutlah landasan yang ditetapkan syarak, jangan dek kerana sunnah yang satu itu, habis kewajipan yang lain dizalimi dan diingkari.
Sudahlah tidak cukup, dikurangkan pula apa yang sudah sedia diberi.
Jangan begitu ye tuan-tuan. Jika anda tidak bertaubat. Nantikan saja saat kejatuhan pasti kunjung tiba.
MW: Poligami tidak salah sebenarnya, namun lelaki hari ini mengambil mudah soal berpoligami. Poligami bukan sekadar menambah isteri tetapi ia disertai dengan tanggungjawab, dan setiap kekurangan terhadap isteri-isteri akan disoal kelak. Jadi fikir dahulu, ukur kemampuan diri dan jangan fikirkan keseronokan semata-mata.
Tetiba rasa nak duduk rumah dan jadi suri rumah sepenuh masa. Anda pernah tak lalui perasaan ini, puas fikir tetapi tetap takut nak buat keputusan sebulat suara.
Kebanyakan perempuan bukan tak ada jawapan tetapi sebenarnya cukup risau kalau tak cukup duit sebab dah biasa pegang duit sendiri. Pendek kata, nak beli apa-apa tak payah minta dengan suami.
Haaa… tak payah pening kepala, sebab anda terus boleh bertindak sama ada nak berhenti kerja atau jadi suri rumah selepas baca perkongsian daripada Puan Nurulbadiah Lai ini…
Sesuatu yang kita nampak bagus belum tentu baik untuk kita.
Perlu ke saya berhenti kerja dan jadi suri rumah?
1. Keperluan itu tengok pada situasi.
Jika anda masih ade hutang yang kena bayar bulan-bulan, masih ada ibubapa yang susah memerlukan duit bulanan dari anda, masih ada banyak komitment yang perlu dibuat, pendapatan suami tak seberapa, nasihat saya tangguhkan dulu. Bekerjalah kerana kerja itu juga satu jihad. Tak perlu terpengaruh dengan seseorang yang nampak indahnya duduk di rumah sebab realiti tidak sama apa yang kita nampak.
Tidak menyusahkan suami keterlaluan adalah pahala untuk kita.
Dapat membeli apa yag kita suka dengan duit sendiri adalah satu kepuasan untuk kita.
Dapat membantu ibu bapa adalah keberkatan untuk kita.
Dapat bergaya cantik-cantik pun adalah satu kebahagian buat kita.
Perlu ke saya berkerja sedangkan saya sekarang suri rumah?
1. Perlu kalau sumber kewangan dalam rumahtangga tak mencukupi. Nak beli itu ini tak boleh, asyik bergaduh dengan suami sebab tak cukup duit,vsolutionnya pergilah cari kerja atau pun buat kerja dari rumah asalkan datang duit.
Tak perlu kalu pendapatan dalam rumah dah cukup. Suami sudah mampu menanggung keluarga.
Tak perlu sekiranya anak dah ramai, hantar pengasuh pun dah berapa, so baik jaga sendiri.
Dapat jaga anak sendiri walaupun keperluan sendiri tak tertunai adalah satu rezeki untuk kita.
Tak dapat pegang duit tapi dapat berbakti pada keluarga 24jam adalah satu pahala bagi kita.
Sedekah buat kerja rumah kerana berkidmat untuk keluarga adalah satu jihad juga.
Bersyukurlah dengan apa yang kite dapat. Menbandingkan di antara satu sama lain adalah tidak releven sama sekali sebab setiap orang ada rezeki masing-masing, berdiri di atas kepayahan masing-masing, level kepenatan dan kesusahan setiap manusia tak akan sama.
Pokoknya,bersyukurlah rezeki yang kamu terima hari ini. Ada orang yang masih berkira-kira mahu tinggal di mana, ada orang masih dijalanan mencari tempat tinggal, ada orang bertahun tahun mencari kerja tak dapat, ada orang masih tak terkial kial mencari sesuap nasi… bersyukurlah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zaman bercinta mahupun baru berkahwin, biasanya semuanya indah-indah belaka, orang kata ‘kentut pun bau wangi’. Bila dah bertahun-tahun berkahwin kita semakin kenal pasangan, barulah nampak ‘rupa sebenar’. Yang dulunya manis-manis kini mungkin jadi kelat dan pahit. Lebih parah bila lihat lebih banyak keburukan yang pasangan ada berbanding kebaikan yang di pernah lakukan.
Jika dalam situasi ini, titipan pesanan dan nasihat oleh Imam Muda Asyraf ini boleh dijadikan panduan;
Selepas arahan agar ‘Bergaul baiklah bersama pasangan kamu’, Allah menyambung dengan mesej selepasnya agar kembali mengenang dan berfikir dengan lebih mendalam bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga seperti tercatat di Surah An-Nisa ayat 19 :
“Jika kamu tidak menyukai mereka maka boleh jadi kamu membenci sesuatu (beberapa perkara tentang pasangan) padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.”
Lupakan Keburukan & Fokus Kebaikan Pasangan
Ayat ini memberi gambaran, apabila kita sudah lama berumahtangga pasti sesama pasangan akan terbuka keaiban, sifat-sifat jelik serta kekurangan. Maka ketika itu Allah menyuruh kita melupakan kejelekan pasangan dan fokuskan kepada apa yang baik pada pasangan.
Selari dengan apa yang disebut di dalam Sahih Muslim :
عن أبى هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِىَ مِنْهَا آخَرَ “
Maksudnya : Dari Abu Hurairah Rasulullah saw. bersabda : Seorang suami mukmin tidak boleh membenci isteri mukminah, sebab apabila dia membenci satu akhlak dari isterinya tersebut maka dia pasti redha dengan akhlaknya yang lain (HR. Muslim).
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengajarkan kita untuk bersikap positif dan tidak hanya melihat kekurangan orang lain saja. Tetapi juga kelebihannya.
MW: Semoga pesanan ini bermanfaat buat pasangan suami isteri dalam melayari rumahtangga. Banyakkan bertolak ansur dan memaafkan pasangan, lupakanlah keburukan dan kesilapannya. Lihatlah kebaikan yang pasangan telah berikan dan terimalah sikap buruk yang dia ada selagi tidak bertentangan dengan syariat. Barulah rumahtangga aman harmoni dan saling meredhai.
Ini bukan cerita tantrum biasa-biasa yang mana kanak-kanak buat perangai sebab nak dapatkan apa yang mereka mahu. Tetapi ini tantrum disebabkan anak autisme, jadi melompat-lompat, guling-guling dan mungkin menghantuk kepalanya di dinding.
Untuk atasi anak-anak autisme, orang luar atau mak ayah tak boleh merenung atau menyentuh si kecil autistik ini kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stress.
Jika anda nak rasa lebih dekat, ketahui pengalaman seorang ayah yang mempunyai anak autisme, saudara Zulka (Faizul Khalid) ini..
Kalau korang menghadapi situasi seperti dalam video dibawah, bagaimana reaksi korang dengan jelingan kurang mesra orang sekeliling?
Mesti ada banyak jawapan kan?
Aku…
Pada awal dulu, masa zaman tak terrer mengawal situasi dan Khar9 masih berusia 2 tahun, fikiran cenderung ke arah negatif.
Malu bila orang sekeliling pandang. Nak angkat muka pun segan. Terbayang-bayang mulut jahat mengumpat walaupun sekadar perasaan sendiri sahaja.
Pukul Betis Nak Bagi Diam
Kepala pulak blank. Cepat marah.Tak tau nak buat apa. Sekali-sekala aku pukul betisnya nak kasi cepat diam. Tapi hakikatnya perbuatan aku hanyalah menyimbah minyak ke api. Makin marak. Haha.
Aku kerap menghadapi situasi ni ketika di Kapit dulu masa nak bawak Khar9 appoitment dengan doktor pakar dan terapi ke Kuching. Dalam sebulan paling kurang kene hadap sekali atau dua kali.
Tempat paling kerap aksi ni berlaku adalah di airport Sibu, sebab terpaksa tunggu 1-2 jam sebelum meneruskan perjalanan. Kadang-kadang ada jugaklah berlaku di shoping kompleks.
Lama-lama aku sedar, sebenarnya aku tak perlu melayani perasaan negatif ni. Jangan takut atau malu. Kalau dilayan, akan buat rasa tertekan.
Dalam situasi ni, aku mula belajar memanimulasi situasi….dari negatif kepada positif….
“Alah..dulu masa aktif main band, beria-ia nak perform atas stage. Nak orang lihat persembahan. Kalau orang tak ramai masa show, mulalah rasa tak happy. Ok! Sekarang sama je. Aku tengah beraksi tenangkan anak aku yang tengah tantrum ni. Lihatlah wahai orang sekeliling. Lihatlah dunia. Jangan korang tak tau wujud perkara macam ni. Sedarlah… sesungguhnya autism tu wujud”.
Itulah antara kata-kata aku memujuk hati.
Biarlah orang memandang jahat yang penting Allah memandang kita baik. Tu lebih utama. Mulut orang mana boleh tutup pun.
Kalau pikir balik, kita sendiri pun akan pandang kalau ada perkara macam ni berlaku kat orang lain. Akan tertanya-tanya dalam hati. “Kenapa macam tu?”. Ini adalah satu reaksi normal.
Tak Semua Orang Negatif
Sebenarnya, tak semua orang negatif, ada jugak yang baik hati. Pernah masa Khar9 mengamuk ada seorang bro cuba tolong pujuk kasi gula-gula. Apa yang dia buat tu buat hati kita segar walaupun kasi gula-gula tu boleh kasi power berganda buat Khar9 yang punyai asd & adhd. Sekurang-kurang dia cuba memahami walaupun dia sendiri tak faham apa itu autism.
Beberapa hari lepas, aku nonton filem Logan. Logan atau Wolverine ada satu keupayaan istimewa. Dia boleh pulihkan diri sendiri dengan cepat walau kene tembak berdas-das.
Begitulah aku cuba kaitkan dengan hati ni. Kene cepat pulih kalau kene tembak dengan kata-kata atau pun mata. Kalau nak sentap, sentaplah.. tapi jangan lama-lama. Sembuhkan secepat mungkin. Tak usah terlalu emosi. Kita ada misi yang perlu diselesaikan.
Bagi korang yang selalu memghadapi situasi ni, pasti tau betapa pentingnya persiapan awal sebelum berada dikhalayak ramai.
Pastikan anak kenyang…
Barang kesukaan kene stanby…
Pastikan ada tukang kejar…
Kene pastikan kita sehat dan berkeupayaan untuk berlari… jangan kene gout masa tu sudah…
dan banyak lagi bergantung dengan anak masing-masing.
Dulu sebelum memulakan perjalanan jauh, kami sengaja biarkan Khar9 tidur lewat.
Biar tak cukup tido. Bila masuk dalam bot ekspress ke Sibu yang sejuk dan memakan masa 3 jam, dia akan lena sepanjang jalan.
Selamat di dalam boat ekspress, bila dah sedar sampai airport, penuh pulak bateri.
Begitulah kita ni mak bapak super.
Kena sentiasa positif, kerana negatif akan melemahkan.
Tambah ilmu tentang autism dan kenali sifat semula jadi anak kita.
Belajar tangani tantrum dan meltdown.
Ok. Korang yang ada anak autism mesti banyak nak kongsi kan? Kongsikan diruangan komen supaya orang lain boleh memanafaatkan apa yang korang kongsikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.