Sebagai seorang wanita rambut merupakan mahkota yang perlu dijaga sebaik-baiknya. Terutamanya buat mereka yang berhijab, walaupun rambut anda tidak didedahkan kepada umum, tetapi cukuplah sekadar anda sendiri yang merasai kepuasan memiliki rambut yang sihat dan cantik.

Malah pemilihan syampu adalah penting bagi medapatkan kesesuaian produk dengan masalah rambut yang dihadapi. Tidak semua syampu yang berada dipasaran efektif dalam menangani masalah-masalah rambut, jadi para wanita perlu lebih peka dan teliti dalam mendapatkan syampu yang sesuai.

Amalan Air Ramasan BUNGA RAYA, Umur 60-an Rambut Sihat Lebat Hitam!  

IKLAN

Elakkan Rambut Berbau, Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Lembap, Rajinlah Rawat Mahkota Sendiri 

Jangan Tunggu Masalah Rambut Kritikal

Sebelum membuat keputusan untuk memilih syampu yang diinginkan, seseorang individu tersebut haruslah mengenalpasti terlebih dahulu jenis masalah rambut yang dihadapi. Ini adalah bagi mengelakkan tersalah pilih produk, sehingga mengakibatkan masalah rambut menjadi bertambah kritikal.

IKLAN

Selain bersyampu, penggunaan perapi turut penting dalam merawat rambut yang bermasalah. Ini adalah bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif dan secara tidak langsung bagi memiliki rambut yang sihat dan senang terurus sepanjang masa. Jadi, bagi wanita yang berhijab jagalah mahkota anda ini sebaik-baiknya. Walaupun rambut ini tidak didedahkan kepada umum, tetapi cukuplah sekadar anda sendiri yang merasai kepuasan memiliki rambut yang sihat dan cantik.

Elak Rambut Berbau 

Malah bagi mengelak masalah rambut berbau ini juga pertama kali sudah tentu bermula dengan cara cucian. Penting untuk kamu merehatkan dahulu rambut dan kulit kepala sebelum dicuci. Pulang dari tempat kerja kuliah atau bersukan, pastikan kamu memberi ruang kepada rambut dan kulit kepala untuk bernafas. Lepaskan ikatan pada rambut kamu jika ada.

IKLAN

Elakkan Rambut Berbau, Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Lembap, Rajinlah Rawat Mahkota Sendiri 

Tip Cucian Rambut

  • Sikat rambut sebelum mandi bagi memudahkan laluan air pada setiap helaian rambut.
  • Elakkan bertukar-tukar jenis syampu yang digunakan. Jika jumpa yang sesuai, fokus pada satu jenis saja.
  • Satu atau dua kali sebulan, rawat sendiri rambut anda. Potong hujung rambut bagi mengelakkan masalah rambut bercabang.
  • Selepas mandi dan cuci rambut, elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kulit kepala kamu berpeluh.
  • Elakkan memerah rambut yang sedang basah terlalu kuat. Ini kerana stuktur rambut ketika itu sangat rapuh.
  • Jangan menggunakan tudung ketika rambut masih basah atau lembap kerana ia adalah punca utama masalah rambut berbau.
  • Elakkan penggunaan anak tudung yang terlalu ketat dan pastikan ia daripada material yang memudahkan penyerapan peluh atau pengaliran udara.
  • Utamakan tudung atau selendang jenis kapas yang membantu memudahkan sistem pengudaraan.

Rambut Takkan Rosak Walau Warnakan Banyak Kali, Eh! Macamana Tu?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI