Tidak dinafikan kita juga manusia tidak sempurna, dalam keadaan tertentu mak ayah alpa lalu marah anak dengan teruk sekali penuh emosi.
Sesungguhnya keadaan ini akan memberi kesan negative kepada perkembangan emosi anak-anak. Mereka menjadi kurang yakin diri, berasa tidak disayangi dan lebih buruk berdendam dengan mak, ayah.
Padahal tujuan utama mak,ayah adalah untuk mendidik, namun lain pula penerimaan anak-anak.
Oleh itu, mak ayah perlu elakkan diri marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri daripada anak. Cuba ambil masa sebaiknya.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami penjelasan yang cuba disampaikan:
Elakkan Marah Dengan Emosi
Antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi. Kata-kata dan perbuatan kita akan penuh dengan emosi.
Ini akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi.
Ini bahaya.
Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Keadaan Tidak tenteram Jauhkan Diri Daripada Anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Ads
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Ingat kawan-kawan, anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang dah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat.
Kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi.
Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagi lah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Entah-entah yang kita marahkan sangat dekat anak itulah teguran Tuhan buat kita. Tuhan nak bagitahu itulah kamu. Tengok dekat anak tu.
Allahu.
Bila Sudah Tenang Barulah Tegur Anak
Jadi elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Ads
Bila perasaan kita dah tenang balik, baru datang semula dekat anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati.
Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah ye dak? Begitulah.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Kita sama-sama belajar jadi ayah.
MW: Biarpun tak mudah, ayuhlah kita belajar menjadi mak dan ayah yang baik untuk anak-anak. Insyallah.
“Sakit hati diusir rumah selepas 23 tahun hidup bersama.” Suami nekad racun isteri hingga isterinya meninggal dunia.
Disebabkan rasa marah yang membuak-buak, seorang suami sanggup masukkan racun dalam minuman isterinya. Niat yang awalnya hanya ingin memberi pengajaran menjadi sebaliknya.
Sakit Hati DiUsir Rumah
Seorang lelaki di Dusun Kemuning dalam wilayah Jawa Timur tergamak meracun isterinya sehingga mati dengan alasan sakit hati kerana diusir dari rumah, lapor laman BeritaJatim, semalam.
Menurut Samiro Putra,45, dia meletakkan sisa racun tikus di dalam jag air kopi yang disediakan di warung milik mangsa.
“Saya sakit hati kerana diusir keluar rumah selepas 23 tahun hidup bersama. Saya tiada wang dan hilang tempat tinggal.
“Namun saya tidak berniat membunuh, saya cuma mahu memberinya pengajaran. Saya tidak sangka isteri, Ponisri, meminumnya sehingga habis bersama pelanggan warung, Nur Ahmadi Wijaya,” ujarnya.
Dalam sidang akhbar bersama polis, Samiro mengaku menyesal atas perbuatannya dan tidak menyangka niatnya untuk ‘mengajar’ isteri akhirnya bertukar menjadi kes bunuh. – Agensi
Mingguan Wanita: Akibat sakit hati, nyawa melayang. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat suami, isteri di luar sana.
Sumber : Kosmo Online
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Mak mentua jangan jadi batu api bila anak menantu bergaduh, kena adil, cuba nasihat anak sendiri dulu. Bila menantu datang berjumpa minta pandangan dan pertolongan, jangan cepat melatah. Walaupun yang datang itu menantu, mengadu tentang anak sendiri.
Mak Mentua Jangan Jadi Batu Api Bila Anak Menantu Bergaduh
Tidak semestinya anak sendiri sentiasa betul untuk dipertahankan. Kadang kita sendiri tak kenal anak kita sendiri. Jadi bersifat rasional menegur anak sendiri dari jadi toksik salahkan menantu pula!
Begitulah seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, jangan sesekali rasa ego jika anak sendiri yang buat salah. Sentiasalah menasihati mereka.
Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup anak menantu.
Kena Adil, Cuba Nasihat Anak Sendiri Dulu
Yang membuatkan porak peranda hidup menantu ialah apabila mak mentua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak dia jadi seperti itu.
Berapa ramai mertua di Zimbabwe ini mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner…
Tak jadilah macam itu…
“Mengadu tentang anak dia, ko la kena…”
Tak ramai mak mentua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasut. Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu. Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu itu. Hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu.
Nanti, kita yang muda-muda ini akan dapat menantu juga. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai orang tua dan ibu bapa. Hanya yang cetek agama saja yang akan rasa macam itu.
Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu. Wallahualam.
Sikap mengungkit isteri kepada suami bukan bermakna isteri tidak ikhlas dalam membantu suami tapi mungkin kerana isteri terlalu penat mental dan fizikalnya. Bagi pihak suami pula apabila sang isteri telah berkorban membantu meringankan beban kewangan suami, pandai-pandailah mengimbangi semula bantuan yang diberikan oleh isteri.
Isteri ‘Mengungkit’ Bukan Tak Ikhlas
Bagi isteri yang bekerja, bukan sahaja penat di tempat kerja tapi boleh bertambah penat lagi dengan kerja-kerja rumah yang harus dibuat. Sementelah kalau suami tidak membantu langsung membuat kerja rumah.
Mulalah isteri ‘mengungkit’ dalam hati. Maklum sahaja, dia bekerja untuk membantu dan mengurangkan beban suami. Hakikatnya, suami tidak langsung mahu membantu isteri dalam hal-hal ruamh tangga.
Bab-bab ‘mengungkit’ ini bukan bermakna isteri tidak iklhas dalam membantu suami. Ini berlaku mungkin kerana isteri penat tetapi suami pula buat tidak tahu dan langsung tidak mahu membantu.
Mesti Ada Sebab Yang Suami Terlepas Pandang
Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan isteri mula mengungkit bantuan yang diberikan olehnya.
Bukan Tidak Ikhlas
“Mengungkit” sebagai tanda peringatan supaya jangan rasa selesa…
Bukan tak ikhlas dalam memberi pertolongan…bukan tak ikhlas dalam meringankan bebanan…
Lelaki susah nak figure out this situation…bila isteri cakap,
“Barang dapur saya beli, nurseri anak saya bayar, bil-bil utiliti pun saya tanggung, abang boleh pulak beli moto baru, tukar kereta, tambah komitmen keluarga?” Suami: “Nampak sangat awak tak ikhlas, hilang pahala awak bila awak ungkit macam ni…”
Isteri Bayar
Dalam rumah tangga, persetujuan bersama itu perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan walaupun guna duit sendiri. Ini kerana, mungkin si suami ada duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayarnya kerana sudah pun dibayar isteri.
Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami bila dia MAMPU.
Bila ada duit lebih, maka jangan fikir lagi hendak tukar motor, upgrade kereta, beli handphone dan sebagainya…tapi ambik balik apa yang isteri sedang bayar setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak dibahunya…tapi dibahu kita yang menjadi suami…
Kita kena ambil semula apa yang tak sepatutnya isteri bayar sebab kita sudah mampu bayar.
Jangan terus pejam mata sebab sudah buat perjanjian, rumah dengan kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar dan perjanjian itu pula dibuat di awal usia perkahwinan dahulu.
Apabila anak sudah tiga, belanja dapur yang isteri keluarkan masa berdua tak sama jumlahnya dengan belanja dapur masa berlima. Sama juga dengan bil-bil utiliti dan sebagainya. Kita seronok sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana sudah tetap untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang.
Bila dengar isteri ada berbunyi tentang kewangan keluarga, tentang apa yang dibayarnya, maka itu adalah peringatan kepada kita yang menjadi suami supaya tidak menyalahgunakan bantuan tersebut dan menjadi terlalu selesa bila tak perlu mengeluarkan duit seperti dia.
Ingat, kita akan dikira ‘berhutang’ dengan isteri kalau kita biar dia bayar apa yang kita patut bayar dalam ketika kita sendiri mampu untuk bayar.
Kemalangan pikap polis Perlis mengakibatkan seorang pemuda maut selepas dirempuh. Keluarga kini menuntut keadilan. Baca laporan penuh perkembangan kes.