Dr Asmah berkongsi cara elak Covid-19 'MASUK' rumah.

Jangan hanya sanitize barang yang dibeli dan bersihkan diri. Ramai yang lupa nak sanitize kereta atau motosikal yang digunakan berulang kali untuk membeli barang keperluan.

Dalam kenderaan inilah kita letak barang-barang yang dibeli dan kita sentuh di merata bahagian terutama stereng. Tapi ramai yang terlepas pandang bab ini. Bimbang kecuaian yang berulang kali ini mengundang padah.

Sanitize Stereng

Menurut Dr Asmah Razalli, stereng pemandu seeloknya disembur dengan penyembur antibakteria atau sanitizer yang mengandungi tahap alkohol untuk nyahkuman yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Untuk mencuci kenderaan bergantung pada individu. Kenderaan mungkin boleh dicuci dengan sabun jika dikhuatiri kotor atau menyembur kenderaan dengan penyembur antibakteria,”ujar beliau yang merupakan Pengarah Urusan Laura Wellness & Consultation/ Motivator.

Tiada sebarang paksaan mengenai perkara ini, ia sebahagian langkah pencegahan yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

IKLAN

Buang Terus Mask Dan Sarung Tangan

Tegas Dr Asmah, sebaik sahaja pulang ke rumah, pastikan sarung tangan dikeluarkan dengan cara yang betul. Buang sarung tangan dan mask ke dalam tong sampah yang bertutup. Kemudian, segera mandi dengan menggunakan sabun. Jangan sesekali menyentuh ahli keluarga sebelum anda mandi.

“Pastikan barangan yang dibeli diletakkan di tempat khas untuk dicuci sebelum digunakan atau disimpan. Ia sebagai langkah keselamatan bagi memastikan barangan ini selamat digunakan.

IKLAN

“Bawa beg kitar semula sendiri dari rumah kerana kita lebih tahu tahap kebersihannya berbanding plastik yang digunakan di kedai. Amalan ini juga dalam menyelamatkan bumi daripada pencemaran,”katanya.

Rumah Pun Kena Sanitize

Dr Asma juga mengatakan, kita perlu lakukan pembersihan rumah dengan kerap. Mop lantai dengan pembasmi kuman, basuh segala permainan anak dan alatan memasak.

IKLAN

“Jangan lupa tukar dan cuci cadar serta sarung bantal dengan kerap. Sebaik-baiknya, sembur pembasmi kuman pada tilam, bantal, sofa dan langsir. Lakukan secara konsisten sebagai langkah pencegahan,”ujarnya.

Didik Keluarga Jaga Kebersihan

Tambah Dr Asmah, mak ayah mesti didik anak-anak mengamalkan tahap kebersihan yang optimum. Sentiasa pastikan anak-anak basuh tangan dengan sabun dan mandi dengan sempurna. Bagi mak-mak pula, pastikan bahan masakan dibasuh bersih sebelum dimasak.

“Paling penting, mak ayah patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jangan bagi anak bermain di luar rumah. Ini bukan masa untuk pulang ke kampung atau keluar ke tempat awam bersama anak-anak.

“Mak ayah juga kenalah jujur dan jangan sembunyikan maklumat jika mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 atau golongan yang berisiko. Kejujuran ini dapat menyelamatkan keluarga kita,”tegas Dr Asmah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI